Petua Atasi Bengkak Susu secara Semulajadi

Monday, October 30, 2017 0 Comments A+ a-

Bengkak susu adalah normal bagi ibu2 yang menyusukan. Payudara ibu menjadi lebih besar, membengkak, sakit, berdenyut serta terasa penuh dan tidak selesa apabila penghasilan susu meningkat 2-5 hari selepas lahir. Jangan risau. Keadaan ini hanya sementara dan ada cara untuk atasinya.
Bengkak susu biasanya berlaku semasa berpantang dimana susu terhasil dengan banyak untuk penuhi keperluan si anak dan pada masa yang sama, lebih banyak darah mengalir ke buah dada dan sesetengah tisu disekelilingnya akan membengkak. 
Ingatlah bahawa payudara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk menyusui bayi anda 😍
Tetapi...
Awas! Bengkak susu tidak patut dianggap ringan kerana ia boleh menyebabkan masalah yang lebih serius sehingga memerlukan pembedahan.

Risiko yang mungkin bakal dialami oleh ibu termasuklah;

👉 Demam bengkak susu (boleh menggigil juga)

👉 Mastitis (jangkitan bakteria pada payudara)

Punca Bengkak Susu

Punca utama ia berlaku apabila susu ibu tidak dikeluarkan dan payudara tidak dikosongkan secara kerap dan efisien.

Selainnya adalah;

𝟙 Lambat memulakan penyusuan kali pertama (Late on set on breastfeeding)
Kelewatan memulakan penyusuan selepas bersalin akan menyebabkan cecair dalam badan terkumpul di kawasan payudara, sekaligus menyebabkan kesukaran bayi untuk menyusu apabila keadaan payudara membengkak.


𝟚  Lekapan yang tidak betul (Poor latch)
Lekapan yang tidak betul akan menyebabkan susu tidak dapat dikeluarkan dengan efektif dari payudara. Ini juga menjadi penyebab kepada masalah luka pada payudara dan bayi tidak cukup susu.


𝟛 Penyusuan/pemerahan yang tidak kerap (Inadequate feeding/pumping)
Kekerapan menyusu adalah penting jika tidak payudara yang tidak dikosongkan dengan kerap dan pada waktu yang sesuai sebabkan susu ibu tidak keluar dengan lancar. Saluran susu akan tersumbat apabila jarak masa antara sesi memerah yang terlalu lama. Sesi memerah paling sesuai untuk memastikan kelancaran aliran susu dan mengelakkan bengkak susu adalah setiap 2-3 jam sekali.


𝟜 Penyusuan berjadual (Scheduled feeding).
Elakkan penyusuan berjadual dimana bayi menyusu mengikut jam yang ditetapkan, iaitu pada waktu-waktu tertentu. Ia boleh menyebabkan bengkak susu. Apabila bersama bayi, amalkan penyusuan on demand (mengikut tanda-tanda yang ditunjukkan bayi), bukannya melihat kepada jam. (Watch the baby, not the clock).


𝟝 Menetapkan masa menyusu di setiap belah payudara (5 or 10 minutes rules on each breast)
Bayi sepatutnya menyusu di sebelah payudara sahaja sehingga dia melepaskan sendiri payudara itu. Selepas itu, barulah ibu susukan bayi di sebelah payudara lagi. Kerap menukar payudara (switch sides) semasa menyusu menyebabkan susu tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya dari setiap belah payudara. Ia juga menjadi sebab bayi tidak menerima kandungan lemak dalam susu (hindmilk) yang cukup. 


𝟞 Tertinggal sesi memerah (Skip pumping session)
Bagi ibu yang mempunyai jadual kerja yang terlalu padat, sesekali anda pernah tertinggal sesi memerah kerana batasan tugas dan waktu di office. Perkara ini boleh menyebabkan masalah bengkak susu.


𝟟 Pam susu (Breast pump)
Penggunaan pam yang tidak sesuai terutamanya jika saiz corong pam terlalu kecil dengan puting ibu boleh menyebabkan susu tak dapat keluar dengan baik dari payudara. Salah satu tanda nak tahu anda menggunakan saiz corong yang salah adalah, setiap kali memerah anda rasa sakit atau pedih pada puting susu. Jika berlaku begini, gunakan corong pam yang lebih besar. 

Selaku ibu anak 3, pengalaman bengkak susu sudah dirasai sehinggakan demam tiba2. Berikut adalah tips bagi melegakan bengkak susu.


Tips Melegakan Bengkak Susu

Teruskan penyusuan - bagi membantu kurangkan bengkak susu, ibu perlu teruskan penyusuan walaupun sakit (setiap 2-3 jam - juga dapat elakkan demam kuning/jaundis). Apabila banyak susu keluar, maka lebih cepat saluran yang tersumbat itu pulih. 


Kosongkan payudara - jika bayi kurang menyusu tapi susu ibu banyak, dinasihatkan untuk kosongkan payudara dengan cara pam/mermet


Rehat dan tenang - kosongkan fikiran, tenangkan diri dengan amalkan zikir (bagi muslim) kerana runsing, resah dan tertekan akan mengganggu pengeluaran susu dan tambah rasa sakit & bengkak.


Tuam dan urut - tuam dengan tuala yang direndam dalam air suam/pad panas/pad sejuk ikut keselesaan. Urut berterusan dengan lembut sehingga bahagian bengkak yang keras surut perlahan2.

Petua orang tua2 👵👴

👉 Letakkan kobis segar & sejuk pada payudara bagi mengurangkan keradangan. Tapi jangan buat selalu kerana kobis boleh menyebabkan susu kering. 

👉 Gunakan sikat untuk urut bahagian yang bengkak. Caranya ialah urut menghala ke arah puting dan ulang beberapa kali.


Tidak pada painkiller/ubat penahan sakit - Elakkan pengambilan segala jenis ubat penahan sakit kerana ia tidak membantu masalah bengkak susu hanya menghilangkan rasa sakit sahaja untuk seketika. Sakit dan bengkak akan berulang setelah kesan ubat habis.


Alternatif yang lebih mudah, cepat dan berkesan untuk masalah bengkak susu ialah dengan pengambilan makanan yg mempunyai sumber lecithin.

Lecithin adalah bahan semula jadi yang pertama kali ditemui pada kuning telur. Ia juga secara semula jadi di dalam 👇
  • kacang soya
  • bijirin
  • kacang tanah
  • daging (terutamanya hati)
  • susu (termasuk susu ibu)


Testimoni2 ibu2 yang berjaya atasi bengkak susu secara semulajadi.








Cara untuk Dapatkan Lechitin Shaklee

Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘

HUBUNGI EBOO SEKARANG!



Follow me 👇






*PERHATIAN: Kepada para ibu, sila ikuti kelas di hospital/klinik kesihatan dan dapatkan nasihat pakar penyusuan yang bertauliah

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.



Artikel berkaitan: