Didik diri untuk minum air masak
Air
adalah anugerah Allah yang sangat bernilai dan selalu juga diabaikan
keberadaannya. Manusia sentiasa merungut bila takda air, tapi air tak merungut
pun bila ia selalu dibazirkan.
Apa
ada pada air?
Air
adalah keperluan penting setiap benda hidup. Tanpa air maka matilah hidupan di
muka bumi ini. Pentingkan air? Diantara manfaat air pada manusia adalah:
- Air sangat penting untuk dapatkan tidur yang nyenyak dan berkualiti
- Air sangat penting untuk merelaxkan otot dan sendi pada tubuh supaya tak lenguh-lenguh dan kebas
- Air sangat penting untuk membekalkan oksigen pada otak supaya otak boleh proses dengan lancar dan bertenaga
- Air penting untuk meningkatkan metabolisme tubuh supaya makanan dapat dicerna dengan efektif
- Air penting untuk kurus, turunkan berat badan
Jom
kita teliti kaedah/tips untuk suka minum air masak dan waktu-waktu terbaik
untuk minum ;)
- Sediakan botol air/ cawan besar khas di mana sahaja kita berada. Ramai yang cadangkan botol air yang ada sukatan supaya tau banyak mana dah kita minum. Tapi bagi saya, air adalah keperluan dalam menjalani kehidupan harian, so let it be naturally. Didik diri untuk minum air setiap masa tanpa ambil kisah bape banyak dah kita minum.
- Guna straw. Secara tak langsung memang boleh habis 1 botol beso. Cuba try!
TAHUKAH ANDA? Penggunaan straw dapat mengelakkan dari non-stop drinking. Adab minum air adalah minum dengan tiga kali tegukan dan elakkan bernafas ke dalam bekas minuman.
- Minum air selepas keluar dari tandas bagi menggantikan cecair yang keluar.
- Tampal pada dinding depan mata:
SAYA SUKA MINUM AIR
MASAK!!!
TAHUKAH ANDA? Otak manusia akan bertindak
dari apa yang dilihat dan didengar.
Waktu yang digalakkan untuk
minum air masak:
- Minum 2 gelas air masak - SELEPAS BANGUN TIDUR Ã Bantu mengaktifkan organ dalaman
- Minum 1 gelas air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN Ã Bantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan
- Minum 1 gelas air masak - SEBELUM MANDI Ã Bantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah
- Minum 1 gelas air masak - SEBELUM TIDUR Ã Bantu mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur
Hubungi eboo:
Klik 👉 http://shakleepandanindah.wasap.my