Cara Hilangkan Parut Jerawat Berlubang dengan Selamat Tanpa Rawatan Laser

Tuesday, March 27, 2018 0 Comments A+ a-

Masalah jerawat sahaja telah mengundang pelbagai persepsi terhadap individu yang alaminya. Inikan pula pakej bersama parut yang meninggalkan kesan lubang seperti kawah gunung berapi bentuknya di muka berlekuk-lekuk menyebabkan permukaan kulit muka tidak sekata. Jauh sekali untuk kelihatan flawless walaupun dilapik dengan make up yang tebal. 

Mustahilkah untuk menghilangkan parut jerawat berlubang ini tanpa rawatan laser? Jawapannya, ia TIDAK MUSTAHIL dan ada penyelesaiannya yang selamat.

Sebelum diteruskan, tahukah anda jerawat merupakan proses semulajadi untuk mengeluarkan dan menyingkirkan toksin? Ya, proses ini dikira penting untuk kesihatan dan anda seharusnya risau dan takut jika kulit anda langsung tiada jerawat. Ini kerana jika kulit tidak ditumbuhi jerawat menandakan lapisan epidermis kulit telah rosak dan mengalami kehilangan protein serta melanin yang bantu melindungi kulit daripada sinaran UV secara semulajadi. 😱😱😱
Nampakkan kepentingan jerawat? Kalau sikit-sikit takpe yang menjadi masalah bila terlalu banyak dan menjadi radang sehingga mengambil masa untuk sembuh dan akhirnya meninggalkan parut berlekuk. Jenis jerawat batu yang akan meninggalkan kesan parut di muka. Apabila kulit mengalami keradangan, ia boleh meninggalkan kesan parut keloid yang kekal.

Bagaimana Parut Jerawat Berlubang Terjadi?

  1. Punca utama parut jerawat terbentuk akibat daripada radang kulit
  2. Apabila jerawat naik dan kembali sembuh, ia akan meninggalkan kesan kemerahan atau parut hitam pada kawasan jerawat tersebut
  3. Jika tiada jerawat baru tumbuh, kulit akan baik pulih dengan sendirinya dan kesan jerawat akan hilang
  4. Tetapi jika jerawat dipicit, ini akan meninggalkan parut di muka sama ada kemerahan, kehitaman atau pun kesan berlubang
  5. Bertambah kronik apabila jerawat tumbuh di tempat yang sama berkali-kali akan menyebabkan keradangan kulit menjadi serius dan akhirnya membentuk parut berlubang 
  6. Jerawat menjadi sukar untuk sembuh dan parut mula terbentuk, tisu baru yang lebih gelap, kasar dan tidak rata kelihatan di muka
  7. Ini disebabkan keradangan pada tisu kulit belum sembuh sepenuhnya dan menjadi kurang elastin akibat kekurangan kolagen dan protein

Kenapa Parut Jerawat Berlubang Sukar untuk Hilang?

Ini disebabkan sel kulit mengalami kerosakan serius dan perlukan masa yang lebih lama untuk menggantikan sel yang rosak kepada sel kulit baharu. 

Sel kulit individu dewasa memerlukan 56 sehingga 90 hari untuk tumbuh semula sel kulit yang baharu. Ia bergantung kepada umur, dan komposisi kolagen, elastin dan protein seseorang individu itu.

Faktor genetik memainkan peranan bagi menentukan kadar penghasilan kolagen dan sel-sel baru tubuh kita sama ada cepat atau lambat.

Selain itu, sistem imun juga mempengaruhi kesan penyembuhan luka dan radang akibat jerawat.

Peningkatan umur manusia akan menyebabkan penghasilan kolagen semakin menyusut dan ini akan mengakibatkan proses penyembuhan tisu secara semulajadi sangat perlahan.

Cara Hilangkan Parut Jerawat Berlubang dengan Berkesan

1) Bina sel kulit baru dengan pengambilan protein
  • Pengambilan protein lengkap boleh bantu menghasilkan struktur kulit yang lebih sihat dan meratakan lekukan akibat kekurangan protein

2) Ambil kolagen tambahan selaku struktur sokongan kulit
  • Penghasilan kolagen dalam badan mula menurun seawal 25 tahun
  • Kekurangan kolagen mengakibatkan kulit kendur dan kesan lubang lebih jelas
  • Ambil kolagen tambahan untuk anjalkan kulit dan tegangkan lekukan

3) Lindungi kulit dari serangan radikal bebas dengan antioksidan
  • Fungsi antioksidan adalah untuk meneutralkan radikal bebas yang merosakkan sel-sel tubuh
  • Pengambilan antioksidan dapat meningkatkan sistem imun tubuh untuk melawan serangan jangkitan

4) Lembapkan kulit dengan omega-3 & omega-6 yang kaya dengan anti-radang 
  • Bagi membaik pulih kulit yang keradangan, perlukan makanan yang kaya dengan anti-radang

5) Ambil berat proses penuaan
  • Peningkatan usia sejajar dengan daya ketahanan tubuh untuk menghadapi segala serangan dan ancaman pada tubuh
  • Tubuh perlu kuatkan pertahanan sel untuk melindungi kerosakan sel dari peringkat DNA 

6) Guna set penjagaan kulit muka yang semulajadi dan selamat
  • 100% Semulajadi . Berkesan . Selamat
  • 100% vegan (berasaskan tumbuhan)
  • Kajian yang telah dibuat selama 8 tahun dan mempunyai 8 paten & patern pending (tiada produk lain yang sama/boleh claim setanding YOUTH®)
  • Tanpa 2500 bahan kimia berbahaya yang selalu di gunakan dalam penjagaan kulit
  • Bebas daripada 1500 bahan tercemar (contaminant) 
  • Kaya dengan anti aging nutrient (pembaharuan sel sehingga 10x ganda lebih cepat dari biasa)
  • Gluten Free
  • Cruelty Free (tiada ujian ke atas haiwan)
  • Hipoalergenik (relatively unlikely to cause an allergic reaction)
  • Non-Comedogenic (tidak menyumbatkan liang roma)
  • Diuji oleh ahli dermatologi (kulit) dan oftalmologi (mata)
  • Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif

Saranan Vitamin Semulajadi untuk Hilangkan Parut Berlubang secara Selamat

Baik Pulih Dalaman




Testimoni Parut Jerawat Berubang






Anda boleh dapatkan rangkaian produk Shaklee dan YOUTH khususnya bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah kulit yang anda hadapi serta cara pemakaian yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘 

HUBUNGI EBOO SEKARANG!

Follow me 👇




PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Ciri-ciri Kulit Sensitif dan Cara Menanganinya dengan Selamat

Cara Mengatasi Vertigo dengan Berkesan dan Selamat

Monday, March 26, 2018 0 Comments A+ a-

Pernah tak anda rasa tiba-tiba keadaan sekeliling berpusing hingga menyebabkan rasa tidak seimbang? Boleh jadi sama ada sedang berdiri, duduk atau pun baring. Selain itu, ada ketika telinga rasa berdengung. Keadaan ini adalah suatu penyakit yang dikenali sebagai Vertigo. 

Kebiasaannya masalah ini akan menyerang dalam tempoh beberapa saat atau minit sahaja tetapi tahap seriusnya boleh berlarutan sehingga berhari-hari. Apakah cara untuk mengatasi masalah Vertigo dengan mudah dan selamat?

Apakah Vertigo?
Vertigo adalah suatu penyakit dimana rasa tidak seimbang, dunia seakan berpusing, bergoyang walaupun dalam keadaan statik. Jika sedang berdiri atau duduk, kita akan berasa seperti hendak jatuh ataupun akan berasa loya/mual.

Penyebab utama vertigo ini berlaku adalah akibat daripada masalah bahagian dalam telinga yang mengganggu sistem keseimbangan badan. Antaranya dikenali sebagai berikut:

BPPV (Benign Paroxysmal Positional Vertigo)
BPPV berlaku apabila zarah kalsium kecil (canaliths) berkumpul di laluan dalam telinga. Bahagian dalaman telinga akan menghantar isyarat kepada otak mengenai pergerakan kepala dan badan berbanding dengan graviti. Ia membantu kita mengekalkan keseimbangan. Contohnya:
  • Perubahan posisi kepala yang mendadak seperti dari posisi tegak terus menunduk 
  • Bangun tiba-tiba dari tidur
  • Gerakan mendongakkan kepala

Meniere's Disease
Ini adalah gangguan bahagian dalam telinga yang disebabkan oleh cecair yang terkumpul dan perubahan tekanan dalam telinga. Ia boleh menyebabkan episod vertigo bersama deringan di telinga/berdengung (tinnitus) dan hilang deria pendengaran. Gejala ini boleh berlarutan selama beberapa jam sehingga berhari-hari dan disertai dengan muntah dan mual yang teruk.

Vestibular neuritis atau labyrinthitis 
Masalah dalam telinga yang disebabkan oleh jangkitan menyebabkan keradangan akibat jangkitan virus (cold and flu virus). Kesan radang pada bahagian saraf penting dalam telinga yang berperanan untuk membantu keseimbangan tubuh.

Selain daripada 3 sebab yang biasa berlaku ini, vertigo juga dikaitkan dengan:
  • Kecederaan kepala atau leher
  • Kecederaan otak (strok dan tumor)
  • Ubat-ubatan tertentu yang menyebabkan kerosakan telinga
  • Migrain/sakit kepala

Simptom Vertigo
Anda boleh kesan masalah vertigo ini apabila mengubah kedudukan kepala dan akan berasa:
  • berpusing-pusing
  • senget
  • bergoyang/gayang
  • tidak stabil
  • seolah-olah ditarik ke satu arah
Selain itu, anda akan berasa:
  • loya/nak muntah
  • pergerakan mata yang tidak normal (seperti bergerak-gerak pada kelopak mata yang dikenali sebagai nystagmus)
  • tubuh rasa berdebar-debar
  • pandangan kabur
  • nadi berdenyut dengan cepat
  • sakit kepala
  • berpeluh
  • telinga berdesing/hilang deria mendengar
Simptom-simptom ini akan berlarutan selama beberapa minit sehingga berjam-jam dan akan datang dan pergi.

Siapa yang Berpotensi Alami Vertigo
Selain daripada peningkatan umur, kebarangkalian wanita mengalami vertigo adalah 2-3 kali ganda berbanding lelaki.  
  • Melibatkan 2.5% daripada penduduk umum (US) (Hain 2009)
  • 1 daripada 5 orang dewasa yang terlibat (Yardley 1998)
  • Gejala yang biasa bagi pesakit yang melebihi 65 tahun (65%)
Tips untuk Atasi Masalah Vertigo 

Lakukan:
1) Tenangkan hati dan berbaring dalam bilik yang gelap untuk mengurangkan rasa berpusing

2) Gerakkan kepala perlahan-lahan dan berhati-hati semasa lakukan aktiviti harian

3) Duduk segera apabila rasa pening/berpusing

4) Buka lampu apabila bangun pada waktu malam

5) Gunakan tongkat jika berisiko untuk jatuh

6) Tidur dengan meninggikan kepala dengan menggunakan 2 atau lebih bantal

7) Bangun perlahan-lahan dari katil/tilam dan duduk dahulu di tepi katil sebelum berdiri

8) Cuba untuk bertenang dan relaks - kebimbangan (anxiety) boleh menyebabkan vertigo menjadi lebih teruk

Elakkan: 
1) Jangan membongkok untuk ambil barang - tetapi turunkan badan (mencangkung/squat) untuk mencapainya

2) Jangan mendongak dan regangkan leher untuk mencapai barang yang tinggi di rak/almari

Dapatkan rawatan selanjutnya dengan segera jika:
  • Sakit kepala yang teruk
  • muntah-muntah yang teruk
  • demam dengan suhu yang tinggi sehingga rasa menggigil

Cara/Rawatan Mengurangkan Vertigo

Suplemen vitamin D - bermanfaat untuk pesakit yang di diagnosis dengan vertigo paroxysmal. Dapatkan khidmat pakar perubatan untuk kenal pasti sama ada anda mempunyai masalah kekurangan vitamin D atau tidak

Penyembuhan dengan herba - seperti akar halia, ginkgo biloba dan ketumbar dapat membantu mengurangkan gejala vertigo pada sesetengah orang. Rujuk doktor anda sebelum mengambil ubat herba

Akupunktur - boleh memberikan bantuan untuk gejala beberapa jenis vertigo


Atasi Vertigo dengan Berkesan dan Selamat

Saranan terbaik untuk pesakit Vertigo adalah Vivix.

Vivix adalah tonik yang dirumuskan secara teliti untuk membantu memulihkan kesihatan tubuh hingga ke peringkat sel.

Kajian makmal telah menunjukkan ramuan utama dalam Vivix melindungi dan membaik pulih sel-sel DNA.

Ramuan utama dalam Vivix juga bertindak melindungi tubuh dari tindak balas keradangan yang berpunca dari pemakanan yang tidak sihat yang menyebabkan tubuh menjadi semakin tua dari usia sebenar.

Melalui ujian klinikal juga telah menunjukkan tindak balas Vivix yang melambatkan pembentukan protein AGE yang merosakkan sel-sel badan.


Vivix juga membantu mempertingkatkan fungsi otak agar dapat mentafsir impuls yang diterima dengan lebih baik dan tepat.


Apa Kata Mereka yang Ikhtiar dengan Vivix Shaklee





Kita wajib berikhtiar selebihnya serahkan kepada Yang Maha Kuasa (bagi Islam) untuk memperoleh kesihatan yang lebih baik, InsyaAllah.

Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘

HUBUNGI EBOO SEKARANG!

Follow me 👇





*PERHATIAN: Jika anda mengalami tanda-tanda vertigo yang kronik, terus dapatkan rawatan di klinik/hospital dengan segera. Saranan yang dikongsikan hanyalah untuk langkah pencegahan dan ikhtiar untuk mengatasinya.

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Jom Buat Duit Raya Tanpa Risiko yang Tinggi

Tuesday, March 20, 2018 2 Comments A+ a-

Bila Rejab mula menjengah, pejam celik, pejam celik tak lama lagi Ramadhan pula menyapa. Dah masuk bulan puasa, tup-tup dah nak raya. Bila cakap pasal nak raya, automatik jadi excited kan! Tapi... Cukupkah dalam tempoh 3 bulan ni nak sediakan persiapan untuk raya? Haih, puasa tak datang lagi dah sibuk fikir nak rayakan. Biasalah tu. Sebenarnya tempoh untuk persiapan tu yang mengujakan. Persoalannya, macamana nak mantapkan income supaya boleh beli untuk mak, abah, adik-beradik, atok, nenek, pakcik, makcik, anak-anak menakan. Bagi yang berkeluarga pastinya baju sedondon untuk semua ahli keluarga.

Pelbagai jenis bisnes yang boleh dilakukan semata-mata untuk menjana pendapatan tambahan sempena perayaan. Antaranya adalah:
  • jual kuih raya
  • jual kurma
  • jual juadah berbuka puasa
  • jual kerepek
  • jual kek coklat, kek lapis
  • jual songkok dan telekung
  • jual baju raya
  • jual tudung dan aksesori (butang baju melayu & kerongsang)

Apapun yang anda pilih untuk berniaga, perlu disertai dengan semangat dan hati yang waja. Tak semua mampu konsisten dan terus berjuang sehingga ke titisan terakhir. Setiap perniagaan ada risiko tersendiri.

Jualan makanan - Faktor bahan mentah, kebersihan, kualiti makanan yang dijual dan ketahanan dalm suatu tempoh

Jualan pakaian - Faktor supplier, pengasingan saiz dan kerosakan, modal yang tinggi (jika buka booth)

Tetapi, setiap cabaran dan risiko tidak akan menjadi penghalang kejayaan seseorang selagi ada kemahuan yang tinggi. 

Di sini, eboo sukacita ingin kongsikan kelebihan bisnes Shaklee yang tak lapuk dek panas tak lekang dek hujan di mana bisnes Shaklee bukan perniagaan bermusim. Ia adalah perniagaan yang berterusan malah boleh diwarisi dan mewarisi. 

Nak buat duit raya dalam tempoh 3 bulan? BOLEH SANGAT! Dengan syarat, ICU 😀 Nak tau apa ICU tu meh roger eboo! Bisnes Shaklee bukan bisnes kayakan orang lain tapi satu tapak untukanda membina legasi empayar bisnes anda sendiri. Bukan cakap kosong ye tapi berisi dan bukan SCAM! 


10 Kelebihan Bisnes Shaklee 

𝟙 Syarikat berkredibiliti, stabil dan dipercayai seluruh dunia 

Syarikat Shaklee telah ditubuhkan pada tahun 1956 (setahun sebelum Malaysia merdeka) di US dan menjadi syarikat No.1 yang membekalkan nutrisi semulajadi di sana. Di US, mereka sangat particular dalam pengeluaran produk-produk kesihatan dan Shaklee sangat obses dengan produk mereka dan telah dianugerahkan sebagai syarikat pertama yang mendapat anugerah Climate Neutral Company

Selain di US, Shaklee telah membuka pejabat di Kanada, China, Taiwan, Jepun, Indonesia, Mexico dan pastinya di Malaysia. 


𝟚 Produk diyakini dan berkualiti, selamat dan semulajadi

Setiap produk Shaklee dijamin berkualiti dan selamat. Ia tidak akan dipasarkan selagi tidak menjalani ujian kualiti. Sejajar dengan slogan Shaklee
  • Safe: Setiap bahan mentah atau kandungan yang digunakan adalah semulajadi dan selamat menepati piawaian standard yang tiada tandingan
  • Proven: Kajian dan semakan saintifik yang dijalankan oleh para saintis bertaraf dunia bagi mengesahkan keberkesanan dan kemujarabannya
  • Effective: Kajian Landmark Study yang telah dijalankan merupakan kajian berskala jangka masa panjang dan keputusan yang diperoleh pengguna Shaklee memiliki kesihatan yang jauh lebih baik berbanding mereka yang mengambil multivitamin jenama lain atau tiada multivitamin sama sekali

Perbezaan Shaklee ini yang tidak terdapat di mana-mana syarikat atau produk kesihatan di pasaran dunia dari dulu hingga sekarang. Tidak perlu bimbang akan keselamatan produk yang digunakan atau dijual dan tiada risiko syarikat akan disaman atau dibanned.

𝟛 Masa yang fleksibel, dimana-mana pada bila-bila masa

Bestnya bisnes Shaklee yang sukar untuk dapat dalam bisnes lain adalah fleksibiliti, kebebasan masa. Peluang terbaik bagi seorang ibu yang mahu meluangkan masa dengan anak-anak dan menjalankan kerja rumah dengan teratur. All about time! Bagaimana cara kita mengaturkan masa 24 jam itu untuk dibahagi-bahagikan kepada urusan keluarga dan bisnes. Tidak terkecuali bagi yang bekerjaya juga. 

Bisnes Shaklee bukan hanya tertakhluk kepada kaum Hawa sahaja, ramai sudah kaum Adam yang berkecimpung di dalam bisnes Shaklee ini secara serius. Anda bebas lakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. 

Jangan risau, anda tidak keseorangan kerana eboo selaku mentor dan team akan guide sampai jadi, InsyaAllah 😉


𝟜 Bisnes melalui Online saja dan bersistem lengkap

Aktiviti bisnes Shaklee boleh beroperasi secara online dan offline tetapi majoritinya ramai yang apply secara online sahaja. Segalanya di hujung jari, gunakan teknologi yang ada secara berhemah dan sebaik-baiknya.

Shaklee memiliki sistem lengkap yang mudah dikenali sebagai shaklee2u yang mudah untuk melaksanakan segala urusan pembelian, pendaftaran dan penerimaan info. Bestnya lagi, perihal penghantaran, pengeposan adalah tanggungjawab pihak Shaklee sendiri, kita hanya kendalikan hal-hal pemesanan sahaja.


𝟝 Bisnes sepanjang zaman (evergreen)


Produk kesihatan merupakan produk yang sentiasa mendapat permintaan dan takkan pernah lapuk selagi produk yang dijual Halal, menepati piawaian KKM, selamat tanpa bahan kimia berbahaya serta semulajadi. 

Produk Shaklee bertujuan menambah baik nutrisi untuk kesihatan tubuh bukan ubat untuk merawat. Memandangkan tahap kesihatan rakyat Malaysia kini, penyakit-penyakit berbahaya mula menyerang individu seawal 20an malah seawal kanak-kanak pun ada juga. Maka, rangkaian produk Shaklee merupakan ikhtiar terbaik untuk mencegah penyakit-penyakit kritikal.


𝟞 Bisnes mesra keluarga

Bagi ibu-ibu, statement ni paling best sekali. Ya, memang betul bisnes Shaklee sangat mesra keluarga. Ini dimana kebanyakan seminar, kelas yang dianjurkan berpeluang membawa anak-anak sekali mengikutinya. Memang berciak-miuk dengan telatah anak-anak masing-masing bila ada kelas yang perlu dihadiri tapi ia tidak langsung membataskan potensi diri untuk mendapatkan ilmu. 

Bisnes Shaklee adalah bisnes keluarga 💓


𝟟 Tak perlu modal besar dan simpan stok banyak-banyak

Bisnes Shaklee tidak memerlukan modal yang besar hanya serendah RM68.90 sahaja untuk daftar keahlian. Nak free pun klik sini. Tak perlu simpan stok banyak-banyak tau. Pendekatan kami, simpan stok yang boleh jual laju-laju bukan terperok bawah katil sahaja. Konsep sistem Shaklee adalah dropship yang mana kita buat marketing dan dapatkan sale, then kita order kemudian kita buat pesanan dalam sistem dan pihak Shaklee akan pos terus kepada pelanggan. 

Mudah ke mudah?


𝟠 Bimbingan pakar nutrisi 
VP Beauty R&D Shaklee, Mr. Chris Kyrou bersama dengan CVG Founder, Master Adilah & Master Fahmy semasa Youth™ Road Tour bulan Mac 2018
Produk Shaklee bukan calang-calang, bukan sekadar jual produk sahaja. Ia merupakan satu usaha untuk membantu sesama insan dalam mengekalkan kesihatan tubuh dengan pengambilan suplemen yang berkualiti dan selamat. 

Sebab itu selaku Shaklee Independent Distributor (SID), ilmu nutrisi sangat penting untuk dikongsikan dengan pembeli. No worries, bisnes Shaklee bermentor sebab itu kena cari upline yang komited!

Setiap bulan akan ada kelas Health Awareness PERCUMA yang diajar oleh Pakar Nutrisi Shaklee hokey, bukan orang sembarangan. Bukan setakat itu, event besar seperti pelancaran Youth, Landmark Study juga diadakan di Malaysia. 


𝟡 Bonus-bonus tersembunyi 

Pendapat tambahan yang anda akan peroleh adalah melalui:
  • Untung runcit setiap produk yang dijual kepada bukan ahli
  • Bonus bulanan hasil daripada UV terkumpul
  • Bonus kepimpinan (leadership bonus) sehingga level ke-6
  • Free trip setiap tahun di dalam dan luar negara bertaraf 5-star
  • Car Subsidy Program
Peringkat permulaan, anda layak untuk peroleh income dari 2 list bahagian atas dan seterusnya mengikut progress yang dibuat. Ada bermacam lagi kelebihan dengan bisnes Shaklee. Berapa nilai pendapatan, anda sendiri tentukan.


𝟙𝟘 Kumpulan sokongan yang berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Ini paling penting dalam sesuatu perniagaan iaitu, rakan kongsi, team yang sama-sama membangun untuk bisnes masing-masing. Secara keseluruhannya, bisnes Shaklee tiada istilah perang antara satu sama lain. Dalam team kami sama-sama menyokong dan memberi semangat untuk setiap individu mencapai level yang tertinggi dalam Shaklee. Tak percaya? Meh join dulu, anda akan tahu betapa rapat dan eratnya kami semua. 

Cukup 10 SEBAB kenapa boleh buat DUIT RAYA dengan bisnes ShakleeJika sudah bersedia...

HUBUNGI EBOO SEKARANG!

Follow me 👇