Pengedar Sah Shaklee Pandan Indah yang Komited dan Mesra Pelanggan

Sunday, December 31, 2017 0 Comments A+ a-

Pertama-tamanya, eboo ingin memanjatkan syukur ke hadrat Illahi di atas segala nikmat yang tak terhitung selama hidup. Terbuka hati untuk berkecimpung dalam bisnes Shaklee juga merupakan satu nikmat yang dapat memberi harapan untuk eboo peroleh saham dunia dan akhirat, InsyaAllah.

Pengalaman menyusukan anak pertama yang telah menemukan eboo dengan Shaklee. Sedikit imbasan kisah lalu telah dicoretkan di sini


Treasure our Healthy Lifestyle

Tagline Serimuslimah Sihat ini menegaskan betapa berharganya kesihatan dalam cara hidup kita seharian. Tubuh badan sihat, kita boleh generate income 💰💍💎 Tetapi dengan duit, kita tidak boleh beli kesihatan.

Pilihan eboo untuk memilih bisnes Shaklee sebagai penjana pendapatan tambahan adalah suatu keputusan yang betul dan tepat. Selain peroleh side income, eboo dapat menambah nilai sihat tubuh badan dengan pengambilan produk Shaklee yang telah terbukti.

Sukacitanya eboo promote diri sendiri selaku Pengedar Sah Shaklee Pandan Indah yang Komited dan Mesra Pelanggan 😎👍


Eboo sebagai bisnes leader untuk Serimuslimah Sihat (SMS) dengan no ID Shaklee 1119453, anak kepada group Wondrous Empire (WE) dan cucu kepada Celik Vitamin Group (CVG) bersedia untuk berkhidmat kepada seluruh masyarakat yang celik vitamin. 

Kawasan jajahan eboo untuk perkhidmatan cash on delivery (COD) adalah Pandan Indah khususnya, Ampang dan Cheras. 

Di luar kawasan jajahan juga (seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak) eboo cover dengan menggunakan perkhidmatan pos (Citylink/Pos Laju). Kos penghantaran adalah flat rate untuk Semenanjung dan Sabah/Sarawak. Mudah sekarang, klik-klik, buat bayaran, esoknya barang sampai depan rumah. 

Jika anda di luar Malaysia seperti Singapura, Brunei atau di mana sahaja anda berada (except restricted country) juga ada ditawarkan perkhidmatan pos berdaftar. 

Semua pelanggan eboo akan diberikan konsultasi percuma dan eksklusif untuk anda. Kepada ahli Shaklee di bawah penyeliaan eboo, anda akan dapat coaching session percuma sama ada secara face-2-face ataupun online. 

Eboo mencari protege yang boleh eboo bimbing bersama-sama untuk berjaya dengan bisnes Shaklee dari seluruh Malaysia. Usah takut atau risau, eboo tak makan orang 😁 Eboo suka anda yang proaktif, suka bertanya, suka mencuba, suka explore, suka ambil tahu, suka bertindak dan suka amal Shaklee untuk kesihatan optimum.

Jika sudah bersedia...

HUBUNGI EBOO SEKARANG!

Follow me 👇





Tips Bisnes Berkaitan:
Cara Buat Bisnes Tanpa Modal dan Tak Perlu Simpan Stok
Jana Pendapatan dengan Mudah dari Rumah

3 Langkah Mudah untuk Mulakan Bisnes Shaklee

Sunday, December 31, 2017 0 Comments A+ a-

Shaklee.. Shaklee.. Shaklee.. 
Apa yang BEST sangat dengan Shaklee ni? 😎

Shaklee best sebab produknya BERKESAN . SELAMAT . SEMULAJADI. 

Bisnes Shaklee best sebab modal kecil tapi pulangannya boleh sampai tak tercapai dek akal (bersyarat!)

Anda berminat untuk menceburkan diri dengan bisnes Shaklee? Jom eboo kongsikan langkah mudah untuk memulakan bisnes Shaklee yang ohsem ni.


Langkah Mudah Mulakan Bisnes Shaklee

1) Daftar keahlian
Pendaftaran keahlian (new enrollment) adalah WAJIB untuk memulakan bisnes Shaklee. Terdapat 2 cara untuk menjadi ahli, iaitu;
  • PERTAMA: Daftar keahlian dengan yuran keahlian RM80 (SM) dan RM90 (Sabah/Sarawak)
  • KEDUA: Daftar PERCUMA dengan membuat pembelian produk Shaklee minimum 200UV point bersamaan lebih kurang RM700 ke atas. Cara ini automatik anda layak membeli produk Shaklee dengan harga ahli untuk pembelian yang pertama dan seterusnya. Selain itu, anda akan dapat bonus dalam bentuk cash back pada pertengahan bulan seterusnya.
Selepas mendaftar, anda akan terima membership stater kit yang lengkap untuk maklumat seterusnya. 

💓 Dengan eboo, anda akan diberi penerangan terperinci sama ada face-2-face atau sebaliknya daripada staterkit yang dibekalkan. 


2) Pilih upline dari group yang betul
Shaklee merupakan bisnes berkonsepkan MLM. Oleh itu, pemilihan upline yang betul sangat penting kerana siapa upline dan group mana anda sertai memainkan peranan dan impak yang besar terhadap kejayaan anda dalam bisnes Shaklee. 

Bisnes Shaklee berteraskan kepimpinan dan teladan dari leader/mentor yang berjiwa kental serta prihatin terhadap downline masing-masing. Ukhuwah kami di dalam group eboo sangat kuat dan positif selalu. Amalan 'ICU' merupakan salah satu peluang untuk anda sukses dalam bisnes Shaklee, InsyaAllah.

Group eboo sangat aktif dan mempunyai mentor yang sangat dedikasi serta sanggup bersama susah senang dalam dunia bisnes Shaklee.


3) Terapkan elemen 4S
Bisnes Shaklee perlu ada elemen 4S, iaitu;

  • Sharing - kongsikan ilmu, maklumat, kebaikan produk Shaklee kepada orang lain melalui media sosial (FB, IG, Twitter, Blog) 
  • Sponsoring - kembangkan bisnes dengan menaja lebih ramai lagi menjadi ahli Shaklee sama ada makan sendiri ataupun untuk berbisnes
  • Servising - berkhidmat kepada semua pelanggan dan downline sama ada berkenaan fungsi vitamin atau untuk bisnes
  • Solat - pengisian rohani dan jasmani kerana rezeki itu datangnya dari Yang Maha Kaya

Kami berpegang kepada 4 elemen ini untuk terus mencipta impian bersama Shaklee.

Jom lihat kesan yang diperoleh oleh Pn. Fatima Az Zahra yang telah menjebakkan diri dengan bisnes Shaklee dan berjaya peroleh pendapatan yang lumayan 👇

Bisnes Shaklee Penipu? Isk3. Tak Percaya? Tengok Ni from iReach HD on Vimeo.

Berjaya atau tidak bisnes yang anda lakukan semuanya terletak di tangan anda.

Berminat untuk sertai Eboo dengan bisnes Shaklee?


HUBUNGI EBOO SEKARANG!


Follow me 👇




Tips Bisnes Berkaitan:
5 Tips Buat Duit Online sambil Bekerja @ Belajar 
Cara Buat Bisnes Tanpa Modal dan Tak Perlu Simpan Stok
Jana Pendapatan dengan Mudah dari Rumah

5 Idea Bisnes yang Kalis Kegawatan Ekonomi

Sunday, December 31, 2017 0 Comments A+ a-

Bisnes adalah satu jalan keluar bagi menjana pendapatan yang tiada batasan bergantung kepada usaha dan cekalnya untuk terus berjuang. Tetapi dengan keadaan ekonomi negara masa kini, kita perlu peka dengan pemilihan idea bisnes yang boleh bertahan atau mampu meningkat naik walaupun ketika berlakunya kegawatan ekonomi. 

Bisnes bagaimanakah yang boleh dipertimbangkan untuk kita keluar daripada kemelut desakan hidup yang penuh mencabar?


Tahukah anda? 65% dari syarikat dalam senarai Fortune 1000 bermula masa ekonomi gawat? Contohnya seperti Microsoft, Hewlett Packard dan KFC.

Idea Bisnes yang Kalis Kegawatan Ekonomi

1 - Bisnes Makanan
Biasa dengar soalan 'orang hidup untuk makan atau orang makan untuk hidup'. Hakikatnya, manusia dan makanan adalah sinonim kerana semua yang hidup perlukan makanan. Cuma bisnes kedai makanan perlukan komitmen yang tinggi setiap hari tetapi bagusnya ia boleh diwarisi. Contohnya seperti buka warung Nasi Budget. Ia pasti popular dan mengundang ramai pengunjung yang tidak berkemampuan.

2 - Bisnes Produk untuk Wanita
Gelaran shopaholic terhadap wanita tidak dapat dipisahkan. Wanita mempunyai kuasa membeli lebih tinggi berbanding lelaki. Biasanya wanita lebih cenderung berbelanja asal berduit, lebih-lebih lagi sekarang semuanya di hujung jari. Contohnya seperti pakaian mak & anak, tudung, make up, kasut, handbag dll.

3 - Bisnes Servis Baik Pulih (Repairing)
Dalam keadaan gawat, masyarakat lebih cenderung untuk guna selagi boleh. Jika ada yang rosak, hantar servis untuk dibaiki berbanding beli yang baharu melainkan ia tidak boleh dibaikpulih lagi atau tidak berbaloi untuk dibaiki semula. Contohnya seperti tempat servis peralatan komputer, smartphone, kasut atau kereta. 

4 - Bisnes D.I.Y
Aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga di rumah bagi menjimatkan kos pembelian seperti menanam pokok sayuran atau buah-buahan, menjahit pakaian, masakan atau buat kek/biskut (baking). Secara tak langsung kemahiran yang ada boleh digunakan untuk menjana pendapatan yang lumayan. Cuma keadaannya sama seperti buka restoren/kedai makan, perlukan komitmen yang tinggi. 

5 - Bisnes Multi Level Marketing (MLM)
Cop! Jangan melatah dulu bila nampak perkataan MLM. Skeptikalnya masyarakat kita dengan perkataan ini. Sebenarnya konsep perniagaan MLM tidak salah sama sekali malah ia memberikan peluang yang cerah jika betul pelaksanaannya. Anda perlu bijak memilih model bisnes yang betul bukan scammers

Sebab utama bisnes MLM disalah ertikan adalah kerana sistem piramid yang menjerut ramai mangsa ke kancah hutang yang sangat besar dan pulangannya tidak seperti kata-kata manis yang dijanjikan. 

Model bisnes Shaklee berkonsepkan MLM yang telus, adil dan saksama. Shaklee menghasilkan produk yang ternyata berkesan serta selamat untuk jangka  masa panjang. Semua produknya adalah semulajadi dari khazanah alam tanpa sebarang bahan kimia yang merosakkan tubuh. 

Corak bisnes Shaklee pula jika diteliti, orang atas tidak boleh kaut keuntungan sekali harung dari semua downlinenya (makan sorang) TIDAK SAMA SEKALI! Konsep anda buat, anda dapat kaut keuntungan berganda-ganda lebih dari upline anda sendiri bergantung kepada usaha masing-masing. Ini sahaja telah menunjukkan adilnya sistem bisnes MLM Shaklee.

Sesiapa sahaja boleh membina empayar masing-masing dan melebarkannya seantero dunia. Sebaik anda buat bisnes Shaklee, automatic anda adalah LEADER!

Aiseh.. panjang lebar pulak mukadimahnya kan 😂😂😂 

Baiklah kembali kepada motif asal iaitu bisnes kalis gawat. Bisnes MLM Shaklee khususnya tergolong dalam bisnes kalis gawat kerana mereka menghasilkan produk kesihatan (suplemen/vitamin) yang terbukti berkesan, selamat, Halal, semulajadi dan mesra alam sekitar. Orang sakit mahupun yang sihat boleh berikhtiar dengan Shaklee untuk kekal sihat dan kembali sihat atas izinNya. 

Pengamal Shaklee akan terus membeli setiap bulan tanpa mengira keadaan ekonomi semasa kerana kesihatan adalah keutamaan. Sihat sangat mahal!

Jom tengok video ni 👇

Apa beza MLM Haram Jadah dengan MLM sebenar? from iReach HD on Vimeo.

Setakat ini perkongsian 5 idea bisnes yang boleh anda fikirkan demi meningkatkan taraf ekonomi keluarga ke arah yang lebih baik, InsyaAllah. 

Jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut berkenaan bisnes Shaklee, sudilah kiranya hubungi eboo seperti berikut:

HUBUNGI EBOO SEKARANG!


Follow me 👇




Tips Bisnes Berkaitan:
5 Tips Buat Duit Online sambil Bekerja @ Belajar 
Cara Buat Bisnes Tanpa Modal dan Tak Perlu Simpan Stok
Jana Pendapatan dengan Mudah dari Rumah

Cara Mengatasi Tangan Berpeluh secara Semulajadi

Sunday, December 31, 2017 0 Comments A+ a-

Biasanya kita akan berasa tidak selesa bila badan berpeluh. Tapi bagaimana jika tapak tangan pula asyik selalu berpeluh? Sungguhpun ia tidak mendatangkan kemudaratan (maut) tapi ia memberikan impak kepada kualiti kehidupan individu seperti sangat tidak selesa, sukar menulis atau membuat kerja dengan tangan yang basah dan terwujudnya perasaan rendah diri kepada yang mengalaminya.

Kebetulan, ada di kalangan rakan pejabat eboo juga mengalami masalah ini. Ia sangat mengganggu aktiviti sosial dan tugasan mereka dan boleh mendatangkan bahaya juga jika berkait dengan elektrik atau objek yang licin.

Adakah ia suatu penyakit? Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah tangan berpeluh ini?

Tapak tangan berpeluh atau istilah saintifiknya Palmar Hyperhidrosis merupakan suatu keadaan di mana si pesakit tidak dapat mengawal peluh di tapak tangan berpunca daripada rangsangan saraf sympathetic yang berlebihan pada kelenjar peluh kita.

Tangan akan berpeluh apabila pesakit berasa cemas, stress, demam atau cuaca yang panas. Menurut kajian penyakit ini berlaku seawal zaman kanak-kanak dan remaja.

Walaubagaimanapun, punca sebenar penyakit ini masih tidak diketahui dengan tepat. Secara umumnya, bahagian otak (hypothalamus) yang mengawal fungsi berkaitan peluh menghantar isyarat kepada saraf peluh. Saraf ini sebahagian daripada sistem saraf sympathetic yang terletak dalam rongga kaviti. Bagaimanapun, dalam kes hyperhidrosis, kelenjar peluh tidak patuh pada isyarat yang dihantar.

Jenis Tangan Berpeluh terbahagi kepada 

a) Hyperhidrosis Primer (sering berlaku) - bermula ketika seseorang remaja atau hampir remaja dan ia boleh berlaku kepada beberapa anggota keluarga kerana ada kaitan genetik (antara 30% - 50% anggota keluarga boleh terlibat)

b) Hyperhidrosis Sekunder - berpunca daripada masalah seperti penyakit pituitari, kencing manis, gout, tumor, menopause dan kesan sampingan beberapa jenis ubat-ubatan.

Rawatan Tangan Berpeluh

1) Perubatan - Ubat sapu aluminium chloride (boleh sebabkan iritasi pada kulit), suntikan botulinum toxin jenis A (BOTOX) untuk sekat kelenjar peluh buat sementara waktu, pil anticolinergic seperti oxybutynin (Ditropan) beri kesan memberangsangkan tetapi kesan sampingan yang dihadapi adalah rasa mengantuk dan rasa kering pada mulut

2) Teknik Iontophoresis - Pengaliran arus elektrik berkekuatan rendah pada tangan yang dicelupkan dalam air selama 10-20 minit untuk menutup saluran peluh

3) Pembedahan - Cara laparoskopik atau pembedahan lubang kunci (key-hole surgery) membabitkan pemotongan (clamping) saraf simpatetik pada bahagian dada iaitu Endoscopic Thoracoscopic Sympathectomy (ETS)

Cara Atasi Tangan Berpeluh
1. Kerap basuh tangan. Anda harus basuh tangan dengan air tanpa sabun kerana peluh tidak akan kering dengan sendiri. Kemudian keringkan dengan tuala bersih.
2. Bawa hand sanitizer. Dapat bantu kurangkan perpeluhan dan menghapuskan bakteria. Elakkan guna losyen yang berasaskan petroleum jel kerana ianya akan membuatkan masalah peluh menjadi lebih teruk.
3. Gunakan tisu lembap. Sangat diperlukan ketika situasi yang memerlukan anda bersalaman dengan orang lain. Sebaik-baiknya yang berasaskan aloe vera kerana ianya membuatkan tangan anda sejuk. 
4. Banyakkan minum air kosong. Peluh keluar dengan banyak untuk menyejukkan badan yang panas. Oleh itu air bantu untuk menurunkan suhu badan.
5. Jaga pemakanan. Elakkan makanan yang terlalu berminyak dan berlemak secara kerap kerana ia akan menaikkan berat badan sekaligus mengaktifkan lagi kalenjar peluh. 
6. Amalkan suplemen. Pengambilan suplemen yang dapat membantu masalah tangan berpeluh seperti berikut:
  • Vivix - mengesan sebarang ketidaknormal dalam badan kita terutamanya pada saraf simpatetik serta bantu meneutralkan kembali kalenjar peluh
  • B Complex - membantu peredaran darah menjadi lebih lancar serta dapat menyingkirkan toksin melalui air kencing
  • Vitamin C - membantu untuk detoks tubuh badan serta meningkatkan sistem imun
  • Ostematrix - kandungan kalsium dan magnesium dapat bantu mengurangkan peluh 
  • Omega Guard - membantu saraf-saraf berfungsi dengan lebih baik

Kesan Shaklee kepada yang Mengalami Masalah ini


Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘

HUBUNGI EBOO SEKARANG!


Follow me 👇




Jika berminat untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Shaklee kami, jom daftar dengan klik sahaja gambar di bawah 👇👇👇

*PERHATIAN: Rawatan dan khidmat nasihat pakar perubatan perlu diberi perhatian dan anda boleh berikhtiar dengan pengambilan suplemen Shaklee yang terbukti selamat, berkesan dan semulajadi.

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Panduan Posisi bagi Teknik Tepuk Percussion untuk Hilangkan Kahak Anak

Saturday, December 30, 2017 1 Comments A+ a-

Batuk dan selsema di kalangan bayi dan kanak-kanak adalah masalah yang biasa dan mudah menyerang. Keadaan cuaca yang tidak menentu, panas hujan, pencemaran alam sekitar, pemakanan merupakan faktor utama serangan batuk selsema di kalangan anak-anak. Ia boleh menjadi kronik apabila terlalu banyak kahak (mucus) terkumpul dan mereka sukar untuk mengeluarkannya dan boleh menjadi punca penyakit bronchitis atau pneumonia.

Lazimnya, selaku ibu ayah pastinya mencari solusi terbaik untuk masalah mengeluarkan kahak yang tersekat bagi bayi dan kanak-kanak. Teknik tepuk percussion adalah salah satu cara yang boleh dilakukan untuk kurangkan kahak si anak. Bagaimanakah cara yang betul? 

Teknik tepukan atau percussion ini adalah untuk melonggarkan kahak di paru-paru dan dada bayi/kanak-kanak. Sesi tepukan dibuat dalam tempoh keseluruhan 30 minit di bahagian dada dan belakang anak.

Teknik Percussion
Dimulakan dengan tangan berbentuk 'cup' dengan tujuan terdapat kusyen udara dan masa anda menepuk, anak akan batuk dan mungkin juga hingus akan meleleh keluar (boleh lapkan), jika tak keluar pun biarkan anak telan kerana kahak yang ditelan akan dicernakan dalam perut dan kemudian akan keluar melalui najis. Ia tidak akan memudaratkan si anak.
Posisi Anak untuk Tepuk Percussion (postural drainage)
Terdapat lima (5) posisi yang disarankan oleh doktor atau pakar terapi seperti berikut:
𝙰. Lower Lobes (Back/Belakang) - bahagian peparu bawah

Bayi: Baringkan bayi dalam posisi meniarap dimana kedudukan kepala dan badan perlu rata. Kemudian, cuppingkan tapak tangan dan tepuk di bahagian belakang. Lakukan tepukan secara perlahan dan dengan kadar yang sekata.

Kanak Kanak: Baringkan anak dalam posisi meniarap dan di lapik satu bantal atau pada kedudukan 30 darjah, kemudian lakukan tepukan secara perlahan dan sekata.

𝙱. Lower Lobes (Front/Hadapan)
Bayi: Baringkan bayi pada kedudukan yang rata mengadap anda. Lakukan tepukan di bahagian dada seperti di tunjukkan di dalam gambar.

Kanak kanak: Baringkan anak pada posisi 30 darjah dengan dilapikkan bantal  di bawahnya kemudian tepuk secara berkala.

𝙲. Lower Lobes (Sides/Tepi)
Bayi: Baringkan bayi secara mengiring dan dalam keadaan rata. Lakukan tepukan di bawah ketiak (armpit) pada kedua-dua belah.
Kanak Kanak: Baringkan anak pada posisi mengiring bersudut 30 darjah (seperti dalam gambar) bagi mendapatkan kesan yang lebih baik hasil dari bantuan graviti. Lakukan tepukan di bawah ketiak (armpit) pada kedua-dua belah.

Perhatian! Untuk bahagian lower lobespastikan bayi anda tidak dibangunkan secara tiba-tiba bagi mengelakkan kemungkinan reflux berlaku.

𝙳. Upper Lobes (Back/Belakang) - bahagian peparu atas
Lakukan posisi yang ditunjukkan di dalam gambar dan pastikan tepukan dilakukan secara berkala dan perlahan serta tidak menyakitkan.


𝙴. Upper Lobes (Front/Hadapan)

Lakukan posisi seperti ditunjukkan di dalam gambar dimana kedudukan pada sudut 30 darjah bagi mendapatkan kesan yang optimum.

Semoga perkongsian ini dapat memberi panduan dan manfaat kepada semua ibu bapa demi kesihatan si anak tersayang 💖

Jika anda perlukan konsultasi lanjut mahu dapatkan rangkaian produk Shaklee bersama Eboo secara eksklusif bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘

HUBUNGI EBOO SEKARANG!


Follow me 👇




*PERHATIAN: Kepada para ibu bapa, sila dapatkan konsultasi doktor jika anak anda alami batuk selsema yang berpanjangan. 

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Artikel berkaitan: