Showing posts with label Vivix. Show all posts
Showing posts with label Vivix. Show all posts

Cara Mengatasi Vertigo dengan Berkesan dan Selamat

Pernah tak anda rasa tiba-tiba keadaan sekeliling berpusing hingga menyebabkan rasa tidak seimbang? Boleh jadi sama ada sedang berdiri, duduk atau pun baring. Selain itu, ada ketika telinga rasa berdengung. Keadaan ini adalah suatu penyakit yang dikenali sebagai Vertigo. 

Kebiasaannya masalah ini akan menyerang dalam tempoh beberapa saat atau minit sahaja tetapi tahap seriusnya boleh berlarutan sehingga berhari-hari. Apakah cara untuk mengatasi masalah Vertigo dengan mudah dan selamat?

Apakah Vertigo?
Vertigo adalah suatu penyakit dimana rasa tidak seimbang, dunia seakan berpusing, bergoyang walaupun dalam keadaan statik. Jika sedang berdiri atau duduk, kita akan berasa seperti hendak jatuh ataupun akan berasa loya/mual.

Penyebab utama vertigo ini berlaku adalah akibat daripada masalah bahagian dalam telinga yang mengganggu sistem keseimbangan badan. Antaranya dikenali sebagai berikut:

BPPV (Benign Paroxysmal Positional Vertigo)
BPPV berlaku apabila zarah kalsium kecil (canaliths) berkumpul di laluan dalam telinga. Bahagian dalaman telinga akan menghantar isyarat kepada otak mengenai pergerakan kepala dan badan berbanding dengan graviti. Ia membantu kita mengekalkan keseimbangan. Contohnya:
  • Perubahan posisi kepala yang mendadak seperti dari posisi tegak terus menunduk 
  • Bangun tiba-tiba dari tidur
  • Gerakan mendongakkan kepala

Meniere's Disease
Ini adalah gangguan bahagian dalam telinga yang disebabkan oleh cecair yang terkumpul dan perubahan tekanan dalam telinga. Ia boleh menyebabkan episod vertigo bersama deringan di telinga/berdengung (tinnitus) dan hilang deria pendengaran. Gejala ini boleh berlarutan selama beberapa jam sehingga berhari-hari dan disertai dengan muntah dan mual yang teruk.

Vestibular neuritis atau labyrinthitis 
Masalah dalam telinga yang disebabkan oleh jangkitan menyebabkan keradangan akibat jangkitan virus (cold and flu virus). Kesan radang pada bahagian saraf penting dalam telinga yang berperanan untuk membantu keseimbangan tubuh.

Selain daripada 3 sebab yang biasa berlaku ini, vertigo juga dikaitkan dengan:
  • Kecederaan kepala atau leher
  • Kecederaan otak (strok dan tumor)
  • Ubat-ubatan tertentu yang menyebabkan kerosakan telinga
  • Migrain/sakit kepala

Simptom Vertigo
Anda boleh kesan masalah vertigo ini apabila mengubah kedudukan kepala dan akan berasa:
  • berpusing-pusing
  • senget
  • bergoyang/gayang
  • tidak stabil
  • seolah-olah ditarik ke satu arah
Selain itu, anda akan berasa:
  • loya/nak muntah
  • pergerakan mata yang tidak normal (seperti bergerak-gerak pada kelopak mata yang dikenali sebagai nystagmus)
  • tubuh rasa berdebar-debar
  • pandangan kabur
  • nadi berdenyut dengan cepat
  • sakit kepala
  • berpeluh
  • telinga berdesing/hilang deria mendengar
Simptom-simptom ini akan berlarutan selama beberapa minit sehingga berjam-jam dan akan datang dan pergi.

Siapa yang Berpotensi Alami Vertigo
Selain daripada peningkatan umur, kebarangkalian wanita mengalami vertigo adalah 2-3 kali ganda berbanding lelaki.  
  • Melibatkan 2.5% daripada penduduk umum (US) (Hain 2009)
  • 1 daripada 5 orang dewasa yang terlibat (Yardley 1998)
  • Gejala yang biasa bagi pesakit yang melebihi 65 tahun (65%)
Tips untuk Atasi Masalah Vertigo 

Lakukan:
1) Tenangkan hati dan berbaring dalam bilik yang gelap untuk mengurangkan rasa berpusing

2) Gerakkan kepala perlahan-lahan dan berhati-hati semasa lakukan aktiviti harian

3) Duduk segera apabila rasa pening/berpusing

4) Buka lampu apabila bangun pada waktu malam

5) Gunakan tongkat jika berisiko untuk jatuh

6) Tidur dengan meninggikan kepala dengan menggunakan 2 atau lebih bantal

7) Bangun perlahan-lahan dari katil/tilam dan duduk dahulu di tepi katil sebelum berdiri

8) Cuba untuk bertenang dan relaks - kebimbangan (anxiety) boleh menyebabkan vertigo menjadi lebih teruk

Elakkan: 
1) Jangan membongkok untuk ambil barang - tetapi turunkan badan (mencangkung/squat) untuk mencapainya

2) Jangan mendongak dan regangkan leher untuk mencapai barang yang tinggi di rak/almari

Dapatkan rawatan selanjutnya dengan segera jika:
  • Sakit kepala yang teruk
  • muntah-muntah yang teruk
  • demam dengan suhu yang tinggi sehingga rasa menggigil

Cara/Rawatan Mengurangkan Vertigo

Suplemen vitamin D - bermanfaat untuk pesakit yang di diagnosis dengan vertigo paroxysmal. Dapatkan khidmat pakar perubatan untuk kenal pasti sama ada anda mempunyai masalah kekurangan vitamin D atau tidak

Penyembuhan dengan herba - seperti akar halia, ginkgo biloba dan ketumbar dapat membantu mengurangkan gejala vertigo pada sesetengah orang. Rujuk doktor anda sebelum mengambil ubat herba

Akupunktur - boleh memberikan bantuan untuk gejala beberapa jenis vertigo


Atasi Vertigo dengan Berkesan dan Selamat

Saranan terbaik untuk pesakit Vertigo adalah Vivix.

Vivix adalah tonik yang dirumuskan secara teliti untuk membantu memulihkan kesihatan tubuh hingga ke peringkat sel.

Kajian makmal telah menunjukkan ramuan utama dalam Vivix melindungi dan membaik pulih sel-sel DNA.

Ramuan utama dalam Vivix juga bertindak melindungi tubuh dari tindak balas keradangan yang berpunca dari pemakanan yang tidak sihat yang menyebabkan tubuh menjadi semakin tua dari usia sebenar.

Melalui ujian klinikal juga telah menunjukkan tindak balas Vivix yang melambatkan pembentukan protein AGE yang merosakkan sel-sel badan.


Vivix juga membantu mempertingkatkan fungsi otak agar dapat mentafsir impuls yang diterima dengan lebih baik dan tepat.


Apa Kata Mereka yang Ikhtiar dengan Vivix Shaklee





Kita wajib berikhtiar selebihnya serahkan kepada Yang Maha Kuasa (bagi Islam) untuk memperoleh kesihatan yang lebih baik, InsyaAllah.

Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘

HUBUNGI EBOO SEKARANG!

Follow me 👇





*PERHATIAN: Jika anda mengalami tanda-tanda vertigo yang kronik, terus dapatkan rawatan di klinik/hospital dengan segera. Saranan yang dikongsikan hanyalah untuk langkah pencegahan dan ikhtiar untuk mengatasinya.

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Cara Menghilangkan Jeragat dengan Berkesan secara Semulajadi

Kulit merupakan organ terbesar bagi manusia yang berfungsi menutupi lapisan luaran daripada tubuh. Kulit juga merupakan deria manusia yang sangat sensitif terhadap luka atau radang. Biasanya, bahagian kulit muka yang menjadi keutamaan kepada wanita mahupun lelaki tanpa mengira umur. Masalah kulit yang selalu mengganggu penampilan seseorang individu sama ada jerawat ataupun jeragat.

Sebelum ini eboo dah kupas masalah jerawat, dan kali ini untuk jeragat pula. Bagaimanakah cara untuk menghilangkan jeragat dengan berkesan secara semulajadi?

Jeragat atau dikenali sebagai freckles adalah disebabkan oleh faktor keturunan yang dialami sejak kecil atau remaja. Kulit mengalami tompok-tompok gelap atau bintik-bintik halus berwarna coklat dan keperangan-perangan yang muncul di bahagian muka seperti dahi, pipi, hidung, dan kawasan sekitar mulut. Jika kulit selalu terdedah pada cahaya matahari, kulit akan bertambah gelap serta dikhuatiri akan menjadi melasma (pigmentasi bertompok).

Punca Jeragat 
Punca jadinya jeragat ini bukan dari persekitaran semata-mata, faktor dalaman juga memainkan peranan. Berikut adalah puncanya:

1) Ketidakstabilan Hormon - Hormon tidak stabil berpunca daripada stress, hamil, peningkatan umur, pengambilan pil perancang

2) Faktor Genetik - Perwarisan genetik dalam kalangan keluarga yang mengalami masalah jeragat (frackles) berpotensi untuk diwarisikan kepada anak, cucu seterusnya

3) Sinaran UV Matahari - Kulit yang terdedah terus kepada cahaya matahari (UV) menyebabkan semakin banyak melanocytes menghasilkan melanin. Melanin berfungsi untuk melindungi sel kulit daripada rosak akibat sinaran UV. Tetapi, jika sel melanocytes menjadi terlalu aktif terlalu banyak pigmen melanin terhasil dan kulit lebih mudah berjeragat. 

4) Penggunaan Kosmetik Beracun - Bahan kosmetik/skincare yang mempunyai bahan kimia yang merbahaya boleh menghakis kulit menjadikan kulit semakin nipis dan sinaran UV lebih mudah menembusi lapisan kulit. 


Cara Atasi Jeragat
Petua dan amalan orang-orang lama biasanya menjadi sebab menggunakan khazanah alam tetapi dengan syarat rajin amalkan. 

1 - Baking Soda sebagai masker
Penggunaan serbuk penaik adalah untuk mengelupaskan sel-sel kulit dari kotoran, minyak dan kulit mati disamping dapat mengekalkan pH kulit. Ambil 1 sudu teh baking soda dan campurkan dengan air yang cukup untuk jadi pes. Sapukan pada bahagian jeragat dan biarkan sehingga kering. Kemudian cucikan dan lap. 

TAKE NOTE: Kulit sensitif tidak disarankan kerana baking soda bersifat asid (pH9)


2 - Jus Lemon 
Lemon kaya dengan asid alpha hydroxy yang bantu mengelupaskan kulit dan hilangkan minyak berlebihan kerana ia bersifat astringen. Pastikan lemon adalah segar dan perahkan jusnya. Ambil bola kapas dan celupkan dalam jus kemudian sapukan pada kulit muka. Biarkan 15-20 minit dan cuci dengan air sejuk. Ulang setiap hari secara konsisten ye.


3 - Kerap Cuci Muka 
Jaga kebersihan tubuh dan juga muka khususnya. Cuci muka dengan pencuci Youth 2 kali sehari untuk menghapuskan lebihan minyak, bakteria dan sel-sel kulit mati yang menjadi punca kepada jeragat dan jerawat. 

TAKE NOTE: Jika anda menggunakan pencuci muka yang boleh membuatkan kulit kering atau lebih daripada 2 kali, ia boleh menyebabkan lebih banyak minyak dihasilkan dan boleh membawa kepada pembentukan lebih banyak jeragat.


Cadangan Produk Semulajadi yang Berkesan Hilangkan Jeragat dengan Selamat
Pengambilan suplemen sangat penting bagi memperbaiki sistem tubuh membekalkan keperluan nutrien penting yang tidak mencukupi akibat daripada cara pemakanan yang tidak seimbang, pencemaran persekitaran, terdedah kepada sinaran UV yang merbahaya dan radikal-radikal bebas. Tubuh badan dan kulit yang sihat bermula dari dalam, apabila sel-sel berfungsi dengan betul sistem badan juga akan bertindak balas dengan lebih positif dan akan terzahir secara luaran.

Set Hapus Jeragat Dalaman

Produk utama yang disarankan adalah Vivix. Kandungan Vivix yang mempunyai 10x ganda antioksidan berbanding Resveratrol sendiri. Sangat terbaik untuk kesihatan & kecantikan kulit. 

Kajian menunjukkan wanita yang mempunyai kadar antioksidan yang tinggi didalam badan, sukar mendapat jeragat diwajah berbanding wanita yang kurang kadar antioksidan dalam badan. Ini kerana hanya ANTIOKSIDAN yang dapat menyingkirkan RADIKAL BEBAS PENYEBAB UTAMA JERAGAT  keluar dari badan.


Fungsi Vivix untuk jeragat:
  • Mengatasi punca utama jeragat iaitu hormon, kolagen termasuk keturunan. Ini dimana Vivix bantu membaiki sel sehingga ke peringkat DNA
  • Memudar dan menghilangkan jeragat dengan cepat dan selamat
  • Memberi tona kulit yang sekata
  • Melindungi kulit dari bintik jeragat dan masalah kulit lain
  • Menegang dan melicinkan kulit
Selain Vivix, produk yang sesuai untuk masalah jeragat adalah Minyak Borage ataupun dikenali sebagai GLA Complex. Kandungan Vitamin E juga yang terdapat di dalam GLA Complex dapat membantu untuk memudarkan jeragat sekaligus mencantikkan kulit. 

Dan juga Vitamin C yang juga kaya dengan antioksidan bagi melawan radikal bebas. Ia dapat bantu pembentukan kolagen pada kulit juga yang mana penghasilan kolagen akan terhenti apabila umur meningkat ke-28 tahun. Sekaligus akan menjadikan kulit lebih cerah, licin dan sekata.

Kolagen pula merupakan komponen utama dalam tubuh kita yang penting untuk memastikan keanjalan kulit dan juga anggota lain seperti rambut kuku, otot, tulang, mata dan saluran darah menjadi lebih kuat. Collagen powder dapat membantu memudarkan jeragat dan menjadikan tona kulit lebih sekata. 




Set Hapus Jeragat Luaran

Jika anda tercari-cari pula set penjagaan kulit (skin care) yang super power yang mana 100% daripada tumbuhan bebas bahan kimia serta telah menjalani ujikaji selama 8 tahun oleh saintis dan pakar kulit, jeng jeng jeng.... 

Produk YOUTH Shaklee dengan 100% berkesan akan  menggantikan Nutriwhite dan Enfuselle yang akan mula berada di pasaran Malaysia pada bulan Mac 2018 ini dengan tagline uniknya Be Younger By A Decade

Set yang terdiri daripada 7 produk iaitu:

1. Luminous Gel Oil Cleanser
2. Perfecting Skin Toner
3. Youth Activating Serum
4. Age Defense Mineral Moisturizer SPF 30
5. Advanced Renewal Night Cream (Rich or Light)
6. Radiance C + E Capsules
7. BB Cream


Apa menariknya produk YOUTH ini?
✔ 100% dari tumbuhan langsung tiada bahan kimia sintetik

✔ Kajian di jalankan oleh saintis dan pakar kulit selama 8 tahun untuk membuktikan Youth betul-betul selamat untuk di pasarkan

✔ Bebas Gluten, Hypoallergenic (sesuai untuk anda yang ada alahan)

✔ Diuji oleh Dermatologist (Pakar Kulit) dan Ophthalmologist (Pakar Mata)

✔ Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk anda yang mempunyai kulit sensitif

✔ Paling penting bebas daripada 2500 jenis bahan kimia berbahaya yang biasanya terdapat dalam produk kosmetik

✔ Dijamin 100% kulit akan nampak lebih muda seawal 7 hari

✔ Ujian klinikal mendapati 2 daripada 3 orang mendapat kulit seperti 10 tahun lebih muda bermakna jika umur 50 tahun kulit akan jadi macam umur 40 tahun; kalau 30 tahun jadi macam umur 20 tahun 😍


✔ Antara bahan yang digunakan ialah ekstrak anggur muscadine (seperti dalam Vivix), alga hijau, stem sel epal dan banyak lagi


Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘

HUBUNGI EBOO SEKARANG!


Follow me 👇

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Cara Menghilangkan Jerawat dengan Berkesan dan Selamat

Kecantikan wajah adalah idaman setiap wanita mahupun lelaki. Tetapi yang lebih menjaga penampilan wajah khususnya pastilah wanita. Wanita sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan wajah yang halus mulus jelita.

Tetapi sedarkah anda, terdapat lambakan produk yang boleh mendatangkan kemudaratan terhadap kulit wajah dalam jangka masa panjang? Berhati-hati dalam pemilihan produk kecantikan pastikan ia selamat, semulajadi sekaligus memberi kesan yang terbaik. Bagaimanakah cara menghilangkan jerawat dengan berkesan dan selamat?

Berdasarkan pengalaman eboo sendiri yang mengalami masalah jerawat yang agak kronik. Ia sangat memberi kesan terhadap penampilan dan tahap keyakinan diri yang rendah. Pelbagai usaha telah dibuat untuk mengatasi masalah jerawat. Bermula pada sekolah menengah dulu, eboo start pakai 1 krim yang agak popular pada masa tu. Tanpa usul periksa dan hanya ikut cakap orang melulu akhirnya membawa kepada kesan yang sangat mendukacitakan. Zaman remaja, kulit kita memang sangat sensitif sebab perubahan hormon yang sangat aktif pada tika itu. Ditambah pula dengan produk yang berminyak dan tidak sesuai untuk kulit remaja. Kesannya, eboo terpaksa jumpa pakar kulit, pergi hospital kerajaan dan mengambil antibiotik selama 2 tahun untuk cure masalah jerawat kronik. Bukan itu sahaja, macam-macam skincare dicuba tetapi hasilnya tiada perubahan yang membanggakan. (Ini zaman sebelum tahu kewujudan produk Shaklee). Masalah jerawat slowly berkurang bila eboo mula meningkat ke umur 30an. Pada tika itu memang hanya guna skincare yang pelbagai jenis untuk hilangkan kesan & parut jerawat tapi berkesan hanya sementara. Kesudahannya, selepas eboo mula ambil set menyusu shaklee baru nampak kesan yang ketara pada perubahan kulit muka. Alhamdulillah, sekarang masih meneruskan amalan suplemen Shaklee dan kesannya memang superb! 😍 Sekarang, eboo guna pula Youth Skincare yang sangat mengujakan. Kesan parut jerawat berlekuk semakin pudar dan jika ada jerawat 'gatal' tumbuh pun tidak menjadikan ia radang seperti sebelum ini.  
Apa itu Jerawat?
Jerawat atau bahasa perubatannya acne vulgaris adalah bintik atau benjolan pada pemukaan kulit yang disebabkan oleh liang roma tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati. Ia merupakan masalah biasa atau boleh menjadi teruk jika terdapat keradangan pada kulit sehingga menyebabkan berdarah dan bernanah.

Jerawat biasanya menjadi masalah utama kepada golongan remaja yang mana berlaku perubahan hormon yang mendadak pada tubuh. Tetapi ia tidak semestinya jerawat tidak menyerang apabila umur meningkat 30an ke atas.


Punca Jerawat
Pelbagai faktor yang mengundang masalah jerawat seperti:
  • Genetik/keturunan
  • Perubahan hormon (ketika akil baligh, hamil)
  • Cara pemakanan & diet tidak seimbang
  • Jangkitan kuman/bakteria Propionibacterium acnes
  • Penggunaan kosmetik yang berasaskan minyak boleh menyumbatkan liang roma kulit
  • Pengambilan ubat-ubatan seperti steroid (sebab hormon tidak stabil)
  • Pengeluaran androgen berlebihan bagi penghidap PCOS
  • Penggunaan bantal ketika tidur/tuala yang kotor untuk lap muka
  • Persekitaran yang kotor dan berminyak

5 Petua Hilangkan Jerawat secara Semulajadi
Penggunaan bahan-bahan semulajadi pastinya tidak mendatang kerosakan pada wajah malahan kos juga sangat rendah. Memang ada banyak petua untuk kecutkan/hilangkan jerawat tapi yang 5 ini paling mudah dan senang didapati.  Boleh guna bahan-bahan yang ada di dapur sahaja.

1. Bawang putih
Bawang putih merupakan antibiotik semulajadi yang terbaik walaupun ada bau yang kuat. Untuk kulit berjerawat, tumbukkan seulas bawang putih atau titik-titikkan bawang putih tu supaya keluar airnya dan tekapkan pada jerawat selama 5 minit. Kemudian, bilaskan dengan air bersih dan lap dengan tuala yang bersih.

2. Serbuk kayu manis
Ambil sebatang kayu manis dan parut menjadi serbuk. Ada juga yang jual serbuk kayu manis ni. Cuma campurkan dengan air dan sapukan pada kulit yang berjerawat. Boleh juga dicampur dengan bedak sejuk untuk beri kesan dingin pada kulit. Awas ye! Serbuk kayu manis ni memang pedih dan pijau pada kulit. Tapi hanya seketika sahaja, bila kulit dah mula adapt tak rasa pijau lagi. Perlu tahan sedikit rasa pijau tu kalau nak cantikkan hihi...

3. Putih telur
Sebiji telur diasingkan kuning dan putih telur. Ambil putih telur dan pukulkan sehingga berbuih. Sapukan putih telur pada wajah dan biarkan selama 15minit sehingga kering. Kemudian, cuci dengan air bersih. Boleh juga dijadikan masker D.I.Y dengan cara, ambil sehelai tisu (preferable tisu dapur yang keras sedikit). Guntingkan bahagian mata dan hidung. Kemudian, sapukan dahulu putih telur pada muka dan kemudian tekapkan tisu tadi supaya melekat. Sapukan baki putih telur atas tisu tadi. Selang 15minit/dah kering boleh tarik tisu perlahan-lahan. Sangat berkesan untuk buang whitehead/blackhead dan sangat best bila nampak ia terkeluar.

4. Ubat gigi
Tak kisah jenama apa pun hanya sapukan pada jerawat dan biarkan semalaman. Eboo suka letak ubat gigi bila jerawat mula tumbuh. Ia akan cepat masak (istilah bagi jerawat cepat matang) dan seterusnya cepat sembuh biasanya.

5. Ais ketul
Letakkan ais pada jerawat dan ia akan bantu mengecilkan jerawat. Selain itu, amalan meletakkan air pada seluruh muka juga dapat menaikkan seri wajah dan kalau pakai make up, bedak lebih melekat cantik. 


5 petua tadi untuk luaran, bagaimana pula untuk rawatan dalaman?
  • Minum air yang banyak (<3 liter sehari) - Air sangat penting untuk tubuh bagi menyingkirkan toksin dalam tubuh melalui peluh dan air kencing. Jika kurang air, tubuh akan dehidrat dan toksin berkumpul dalam tubuh menyebabkan liang roma tersumbat dan mudah tumbuh jerawat.
  • Makan buah-buahan dan sayuran hijau - Buah dan sayuran hijau kaya dengan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Vitamin C (oren) sangat penting untuk kecantikan kulit.
  • Elak makanan berlemak, bergula - Makanan yang berlemah dan gula tinggi meningkatkan kadar penghasilan minyak pada kulit dan menyebabkan liang pori tersumbat dan mudah jerawat terbentuk
  • Elak stress dan tidak cukup tidur - Stress memang boleh menyebabkan jerawat muncul. tidue yang tidak mencukupi juga boleh menggangu metabolisme tubuh menjadi tidak teratur.
Kesimpulannya, masalah jerawat bukan perlu dibaik pulih dari luaran sahaja tetapi faktor dalaman juga sangat penting untuk diberi perhatian lanjut. Selain kebersihan wajah, pemakanan sangat² menyumbang kepada pembentukan jerawat bagi anda yang mempunyai jenis kulit bermasalah. Sebab itu, ambil berat tubuh badan supaya sihat bagi menyerlahkan kulit wajah yang lebih berseri. Bukan itu sahaja, anggota lain seperti rambut, kuku juga lebih sihat dan cantik.

Merawat dari dalam dengan bahan Semulajadi yang Selamat dan pastinya Berkesan 

Jika anda mencari produk yang terbaik untuk dalaman dan menyerlah secara luaran, Vivix adalah pilihan yang tepat.
1. Membantu melindungi dan membaiki DNA
Kandungan Vivix yang hebat adalah untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA. Sel-sel tubuh badan kita diserang oleh hampir sejuta agen yang mampu merosakkan DNA kita setiap hari. Ia mampu merosakkan pengkalan data genetik, menghasilkan ‘typo’ (kesilapan susunan DNA dari yang asal) yang mana ini boleh mengganggu fungsi sel. Vivix mengandungi resveratrol iaitu sejenis antioksidan yang sangat hebat dan terbukti membantu melindungi DNA dari berterusan rosak dan membetulkan sel-sel yang telah rosak.
2. Pengawalaturan gen
Kerosakan dan kecacatan DNA boleh menyebabkan kemerosotan umur pada tahap sel. Dalam satu penemuan utama ramuannya, Vivix membantu mengaktifkan satu sistem pengawalan genetik utama yang membantu melambatkan penuaan terus pada tahap sel.
3. Biogenesis Mitokondria
Mitokondria sangat penting dalam penghasilan tenaga yang diperlukan oleh sel. Mitokondria merupakan penjana tenaga dalam tubuh. Apabila jumlah mitokondria berkurangan, kecekapan sel badan dalam menghasilkan tenaga juga berkurangan. Salah satu kelebihan Vivix adalah ia menggalakkan biogenesis (penghasilan baru) bagi memastikan penghasilan tenaga sentiasa mencukupi seperti yang diperlukan oleh sel.
4. Melambatkan pembentukan proten AGE
Pembentukan dan pengumpulan protein AGE (Advanced Glycation End Products) boleh menyebabkan kerosakan pada tahap sel yang mengganggu kekuatan dan jangka hayat sel. Ramuan Vivix yang mengandungi 10x ganda resveratrol (kandungan unik dalam Anggur Muscadine) sangat membantu melambatkan pembentukan protein AGE tersebut.

Bukti bahawa Vivix adalah pilihan terbaik untuk masalah jerawat 👇👇👇









Rata-rata menyatakan kesan Vivix memang drastik. Jika anda mahukan pilihan vitamin mengikut budget anda, eboo akan bantu berdasarkan masalah yang anda hadapi, InsyaAllah. Kita ikhtiar selebihnya dengan kuasa Yang Kuasa jua 💗 Setiap makhluk yang dijadikan Allah terutamanya manusia ini sangat hebat dan kita berhak untuk pelihara nikmat yang telah diberikanNya.

Jika anda tercari-cari pula set penjagaan kulit (skin care) yang super power yang mana 100% daripada tumbuhan bebas bahan kimia serta telah menjalani ujikaji selama 8 tahun oleh saintis dan pakar kulit, jeng jeng jeng.... 

Produk YOUTH Shaklee dengan 100% berkesan akan  menggantikan Nutriwhite dan Enfuselle yang akan mula berada di pasaran Malaysia pada bulan Mac 2018 ini dengan tagline uniknya Be Younger By A Decade

Set yang terdiri daripada 7 produk iaitu:

1. Luminous Gel Oil Cleanser
2. Perfecting Skin Toner
3. Youth Activating Serum
4. Age Defense Mineral Moisturizer SPF 30
5. Advanced Renewal Night Cream (Rich or Light)
6. Radiance C + E Capsules
7. BB Cream

Apa menariknya produk YOUTH ini?

✔ 100% dari tumbuhan langsung tiada bahan kimia sintetik

✔ Kajian di jalankan oleh saintis dan pakar kulit selama 8 tahun untuk membuktikan Youth betul-betul selamat untuk di pasarkan

✔ Bebas Gluten, Hypoallergenic (sesuai untuk anda yang ada alahan)

✔ Diuji oleh Dermatologist (Pakar Kulit) dan Ophthalmologist (Pakar Mata)

✔ Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk anda yang mempunyai kulit sensitif

✔ Paling penting bebas daripada 2500 jenis bahan kimia berbahaya yang biasanya terdapat dalam produk kosmetik

✔ Dijamin 100% kulit akan nampak lebih muda seawal 7 hari

✔ Ujian klinikal mendapati 2 daripada 3 orang mendapat kulit seperti 10 tahun lebih muda bermakna jika umur 50 tahun kulit akan jadi macam umur 40 tahun; kalau 30 tahun jadi macam umur 20 tahun 😍


✔ Antara bahan yang digunakan ialah ekstrak anggur muscadine (seperti dalam Vivix), alga hijau, stem sel epal dan banyak lagi

Tak sabar nak cuba kan? 

Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘

HUBUNGI EBOO SEKARANG!


Follow me 👇




*PERHATIAN: Vivix tidak sesuai untuk ibu hamil khususnya dan yang berumur bawah 18 tahun. Bagi ibu menyusukan, boleh ambil atas risiko sendiri.

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.