Teknik Marmet Paling Mudah dan Berkesan

Wednesday, December 20, 2017 2 Comments A+ a-

Teknik memerah susu dengan menggunakan tangan juga dikenali sebagai teknik marmet. Teknik ini agak sukar dan memenatkan jika tidak praktikkan teknik yang betul. 

Selaku ibu yang baharu melahirkan atau yang belum tahu bagaimana teknik ini, anda dinasihatkan untuk belajar dan praktikkan teknik marmet kerana ia merupakan backup plan jika berlakunya emergency seperti pam tertinggal, bayi tidak mahu menyusu sedangkan payudara ibu sudah penuh dan membengkak dan pelbagai lagi masalah yang kita tak duga terjadi.

Kenapa Pentingnya Sistem Marmet?

1) Perlu perah susu selepas kelahiran bagi ibu-ibu yang tidak dapat menyusukan anak sejurus melahirkan. Ini kerana pada peringkat permulaan, ibu perlu perah kolostrum yang strukturnya sangat pekat dan melekat. Jika menggunakan pam, kolostrum akan melekat pada piping pump.

2) Perlu perah guna tangan apabila terjadinya bengkak susu kerana bila susu penuh dan payudara membengkak susu sukar untuk keluar jika menggunakan pam susu.

3) Jika berkesempatan selepas mengepam susu dengan menggunakan pam, perah susu dengan tangan untuk mengeluarkan sepenuhnya susu (mengosongkan payudara. Ini kerana, penggunaan pam hanya mengeluarkan 85% sahaja susu dari payudara dan apabila payudara betul-betul kosong akan hantar signal kepada otak untuk penghasilan lebih banyak susu seterusnya.


Bagaimana Lakukan Teknik Marmet dengan Betul?

1. MENGURUT 


Pastikan tangan bersih terlebih dahulu sebelum memulakan urutan. Kemudian, tekapkan payudara menggunakan tuala kecil yang telah direndam dalam air suam dan urut payudara dengan mengikut langkah-langkah berikut: 

Massage 👉 Dengan menggunakan jari telunjuk dan tengah, lakukan gerakan membulat dari hujung ketiak hingga ke areola. Tangan kanan mengurut payudara kiri manakala tangan kiri mengurut payu dara kanan

Stroke 👉 Dengan menggunakan kelima-lima jari tangan, tekan payudara secara lembut. Selain daripada itu, anda boleh ‘menyikat’ payudara menggunakan sikat yang bergigi lebar dari bahagian hujung ketiak ke areola

Shake 👉 Dengan posisi tubuh yang condong ke hadapan, goyangkan dada anda secara lembut. Dengan cara ini daya graviti yang terhasil akan membantu meransang pengeluaran susu ibu 


2. MEMERAH

1) Buat pegangan C dengan meletakkan ibu jari lebih kurang 1cm daripada areola, manakala jari telunjuk dan jari tengah diletakkan dibahagian bawah areola (kedua-dua jari berfungsi menampung bawah payudara) memandangkan payudara setiap ibu adalah berbeza anggaplah payudara anda seperti jam. Arah ibu jari berada pada jam 12 dan dua jari yang lain berada di posisi jam 6. Letak ibu jari di atas areola, jari telunjuk dan jari tengah dibawah areola.

2)  Tekan payudara secara lembut ke arah dada tanpa memindahkan posisi jari telunjuk dan jari tengah tadi.

3) Seterusnya picit ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah bagi menggalakkan susu ibu keluar daripada puting. Kemudian lepaskan dan ulang semula dengan melakukan pergerakan picit-lepas, picit-lepas.

4) Ulang langkah 1-3 sehingga aliran susu berkurangan.

5) Kemudian pindahkan posisi ibu jari ke arah jam 11, 10, 9, 8 dan 7 manakala jari telunjuk dan tengah ke arah jam 5, 4, 3, 2 dan 1. Lakukan gerakan memerah sama seperti langkah 1-4 supaya kesemua saluran susu dapat diperah sepenuhnya.

6) Tadah susu yang berjaya diperah ke dalam bekas penyimpan yang bersih.

7) Beralihlah ke payudara disebelahnya jika anda yakin sudah berjaya mengosongkan payudara. (Selang-selikan tangan untuk elak lenguh)


3. MELANCARKAN ALIRAN SUSU

1) Urut setiap saluran susu dengan menekannya secara lembut menggunakan kelima-lima jari ke arah dada bermula daripada bahagian atas. Lakukannya dalam gerakan memutar. Tumpukan pada satu tempat (saluran susu) bagi setiap masa untuk beberapa saat sebelum beralih ke tempat lain.


2) Usap payu dara bermula daripada bahagian atas hingga ke puting menggunakan sentuhan geletek. Teruskan pergerakan ini di mana ia dapat merangsang oksitosin, menenangkan anda dan seterusnya membantu melancarkan aliran susu.


Tetapi, AWAS! 

Ini adalah tindakan yang tidak betul tetapi selalu ibu-ibu lakukan.


Keseluruhan prosedur ini lazimnya dilakukan dalam tempoh 20 – 30 minit. Perah setiap payudara antara 5 - 7 minit untuk sebelah. Setelah itu, lakukan rutin urutan (massage, stroke dan shake). Kemudian perah lagi setiap payudara dalam 3 – 5 minit. Dan ulang semula rutin urutan dan di akhiri dengan sesi pemerahan antara 2 - 3 minit bagi setiap sebelah payudara. 

Cubalah praktikkannya! Practice make perfect 😍

Cara dan gambaran yang ditunjukkan di atas adalah asas kepada Teknik Marmet Pengalaman disepanjang melakukan Teknik Marmet pasti lebih mengujakan apabila hasil tuaian (susu) laju je keluar berdasarkan formula yang bakal anda temui nanti.

Take note mommies!
Amalkan 5 asas  penyusuan iaitu:
  • Minum air kosong dengan banyak
  • Dapatkan rehat yang cukup
  • Menjaga demand & supply 
  • Berdoa dan yakin susu cukup sehingga anak umur 2 tahun

Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘

HUBUNGI EBOO SEKARANG!

Follow me 👇





Artikel berkaitan:

2 review

Write review
Ros Ahmad
AUTHOR
22 December 2017 at 13:31 delete

Kalau tertinggal alatan pam, teknik marmet banyak membantu.

Reply
avatar
Eboo Idziani
AUTHOR
22 December 2017 at 14:55 delete

Betul tu Pn. Rosmawati Ahmad. Anak sy kene tahan nicu sebab jaundice, pam tak bawa makanya bermarmet sahaja :)

Reply
avatar