Showing posts with label Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Shaklee. Show all posts

Pengedar Sah Shaklee Pandan Indah yang Komited dan Mesra Pelanggan

Pertama-tamanya, eboo ingin memanjatkan syukur ke hadrat Illahi di atas segala nikmat yang tak terhitung selama hidup. Terbuka hati untuk berkecimpung dalam bisnes Shaklee juga merupakan satu nikmat yang dapat memberi harapan untuk eboo peroleh saham dunia dan akhirat, InsyaAllah.

Pengalaman menyusukan anak pertama yang telah menemukan eboo dengan Shaklee. Sedikit imbasan kisah lalu telah dicoretkan di sini. 


Treasure our Healthy Lifestyle

Tagline Serimuslimah Sihat ini menegaskan betapa berharganya kesihatan dalam cara hidup kita seharian. Tubuh badan sihat, kita boleh generate income 💰💍💎 Tetapi dengan duit, kita tidak boleh beli kesihatan.

Pilihan eboo untuk memilih bisnes Shaklee sebagai penjana pendapatan tambahan adalah suatu keputusan yang betul dan tepat. Selain peroleh side income, eboo dapat menambah nilai sihat tubuh badan dengan pengambilan produk Shaklee yang telah terbukti.

Sukacitanya eboo promote diri sendiri selaku Pengedar Sah Shaklee Pandan Indah yang Komited dan Mesra Pelanggan 😎👍


Eboo sebagai bisnes leader untuk Serimuslimah Sihat (SMS) dengan no ID Shaklee 1119453, anak kepada group Wondrous Empire (WE) dan cucu kepada Celik Vitamin Group (CVG) bersedia untuk berkhidmat kepada seluruh masyarakat yang celik vitamin. 

Kawasan jajahan eboo untuk perkhidmatan cash on delivery (COD) adalah Pandan Indah khususnya, Ampang dan Cheras. 

Di luar kawasan jajahan juga (seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak) eboo cover dengan menggunakan perkhidmatan pos (Citylink/Pos Laju). Kos penghantaran adalah flat rate untuk Semenanjung dan Sabah/Sarawak. Mudah sekarang, klik-klik, buat bayaran, esoknya barang sampai depan rumah. 

Jika anda di luar Malaysia seperti Singapura, Brunei atau di mana sahaja anda berada (except restricted country) juga ada ditawarkan perkhidmatan pos berdaftar. 

Semua pelanggan eboo akan diberikan konsultasi percuma dan eksklusif untuk anda. Kepada ahli Shaklee di bawah penyeliaan eboo, anda akan dapat coaching session percuma sama ada secara face-2-face ataupun online. 

Eboo mencari protege yang boleh eboo bimbing bersama-sama untuk berjaya dengan bisnes Shaklee dari seluruh Malaysia. Usah takut atau risau, eboo tak makan orang 😁 Eboo suka anda yang proaktif, suka bertanya, suka mencuba, suka explore, suka ambil tahu, suka bertindak dan suka amal Shaklee untuk kesihatan optimum.

Jika sudah bersedia...

HUBUNGI EBOO SEKARANG!

Follow me 👇





Tips Bisnes Berkaitan:
Cara Buat Bisnes Tanpa Modal dan Tak Perlu Simpan Stok
Jana Pendapatan dengan Mudah dari Rumah

Cara Atasi Kejang Kaki (Tidur) ketika Hamil dengan Berkesan

Kaki kejang (cramp) atau bahasa famousnya simpul biawak/tarik mengkarung adalah situasi biasa berlaku kepada ibu hamil ketika tidur. Kebiasaannya gejala ini menyerang di bahagian kaki terutamanya ketika trimester kedua & ketiga. Ia disebabkan oleh pertambahan berat badan yang meningkat memberi tekanan kepada otot2 untuk menyokong. 

Kenapa ia terjadi?

Beberapa teori sebab berlakunya kekejangan otot terhadap ibu hamil ketika tidur, iaitu:
  • Suhu persekitaran pada waktu malam lebih sejuk menyebabkan fizikal tubuh yang tidak aktif melakukan regangan secara tiba-tiba boleh menyebabkan urat tergeliat
  • Keletihan otot  akibat dari pertambahan berat badan
  • Peredaran darah yang tidak lancar
  • Dalam darah terlalu banyak fosforus (terdapat dalam daging proses, makanan ringan dan minuman bersoda) manakala kalsium dan potassium pula terlalu sedikit 
  • Apabila uterus ibu mengembang, ini boleh memberi tekanan kepada saraf-saraf yang mengunjur daripada badan ke kaki

Apa perlu buat apabila kejang kaki?

Sekiranya berlaku kekejangan semasa tidur, regangkan otot serta-merta dengan luruskan kaki, perlahan-lahan bengkokkan (flex) buku lali dan jari-jari kaki ke arah anda. Memang sakit tapi terpaksa tahan sikit InsyaAllah akan beransur hilang nanti. 

Boleh juga legakan kaki kejang dengan urut otot atau guna hot pad/botol panas tuam perlahan-lahan. 

Berjalan perlahan-lahan seketika bagi meredakan ketegangan.




Tips elak kejang kaki

𝟷 Sebelum tidur, buat aktiviti regangan dengan berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.




𝟮 Lakukan senaman tapak kaki dengan membengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.




𝟯 Elakkan berdiri atau duduk dengan kaki bersilang untuk jangka masa yang lama. Pastikan posisi berdiri dan duduk adalah betul.





𝟰 Amalkan pengambilan makanan, vitamin dan mineral tambahan seperti Vitamin C, magnesium, potassium dan kalsium. Makan makanan yang kaya dengan magnesium seperti bijirin, kekacang dan buah-buahan kering. Pengambilan pisang disyorkan setiap hari kerana pisang kaya dengan potassium yang membantu mengurangkan kekejangan otot. Anda juga digalakkan untuk minum susu atau mengambil Ostematrix untuk mendapatkan kalsium yang mencukupi semasa hamil.


𝟱 Pastikan minum air pada kadar yang mencukupi supaya diri sentiasa terhidrat bagi mengelakkan kejang otot. 

Klik 👉 http://bit.ly/2iQUVx4

Tips! Amalkan memakai stokin semasa tidur untuk elakkan kesejukan pada waktu malam. 


Jom tonton pengakuan Pn. Suhaida dari Kedah mengenai masalah kejang kaki yang dialami setiap malam dan bangun pagi. Apakah penyelesaiannya?



Testimoni2 mereka yang tiada masalah kejang kaki lagi







Cara untuk Dapatkan Ostematrix Shaklee


Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘

HUBUNGI EBOO SEKARANG!


Follow me 👇





*PERHATIAN: Kepada para ibu, sila dapatkan konsultasi doktor jika alami kesakitan otot yang berterusan. 

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


Artikel berkaitan (Akan datang):

Cara Atasi Kaki Bengkak Semasa Hamil



Petua Atasi Bengkak Susu secara Semulajadi

Bengkak susu adalah normal bagi ibu2 yang menyusukan. Payudara ibu menjadi lebih besar, membengkak, sakit, berdenyut serta terasa penuh dan tidak selesa apabila penghasilan susu meningkat 2-5 hari selepas lahir. Jangan risau. Keadaan ini hanya sementara dan ada cara untuk atasinya.
Bengkak susu biasanya berlaku semasa berpantang dimana susu terhasil dengan banyak untuk penuhi keperluan si anak dan pada masa yang sama, lebih banyak darah mengalir ke buah dada dan sesetengah tisu disekelilingnya akan membengkak. 
Ingatlah bahawa payudara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk menyusui bayi anda 😍
Tetapi...
Awas! Bengkak susu tidak patut dianggap ringan kerana ia boleh menyebabkan masalah yang lebih serius sehingga memerlukan pembedahan.

Risiko yang mungkin bakal dialami oleh ibu termasuklah;

👉 Demam bengkak susu (boleh menggigil juga)

👉 Mastitis (jangkitan bakteria pada payudara)

Punca Bengkak Susu

Punca utama ia berlaku apabila susu ibu tidak dikeluarkan dan payudara tidak dikosongkan secara kerap dan efisien.

Selainnya adalah;

𝟙 Lambat memulakan penyusuan kali pertama (Late on set on breastfeeding)
Kelewatan memulakan penyusuan selepas bersalin akan menyebabkan cecair dalam badan terkumpul di kawasan payudara, sekaligus menyebabkan kesukaran bayi untuk menyusu apabila keadaan payudara membengkak.


𝟚  Lekapan yang tidak betul (Poor latch)
Lekapan yang tidak betul akan menyebabkan susu tidak dapat dikeluarkan dengan efektif dari payudara. Ini juga menjadi penyebab kepada masalah luka pada payudara dan bayi tidak cukup susu.


𝟛 Penyusuan/pemerahan yang tidak kerap (Inadequate feeding/pumping)
Kekerapan menyusu adalah penting jika tidak payudara yang tidak dikosongkan dengan kerap dan pada waktu yang sesuai sebabkan susu ibu tidak keluar dengan lancar. Saluran susu akan tersumbat apabila jarak masa antara sesi memerah yang terlalu lama. Sesi memerah paling sesuai untuk memastikan kelancaran aliran susu dan mengelakkan bengkak susu adalah setiap 2-3 jam sekali.


𝟜 Penyusuan berjadual (Scheduled feeding).
Elakkan penyusuan berjadual dimana bayi menyusu mengikut jam yang ditetapkan, iaitu pada waktu-waktu tertentu. Ia boleh menyebabkan bengkak susu. Apabila bersama bayi, amalkan penyusuan on demand (mengikut tanda-tanda yang ditunjukkan bayi), bukannya melihat kepada jam. (Watch the baby, not the clock).


𝟝 Menetapkan masa menyusu di setiap belah payudara (5 or 10 minutes rules on each breast)
Bayi sepatutnya menyusu di sebelah payudara sahaja sehingga dia melepaskan sendiri payudara itu. Selepas itu, barulah ibu susukan bayi di sebelah payudara lagi. Kerap menukar payudara (switch sides) semasa menyusu menyebabkan susu tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya dari setiap belah payudara. Ia juga menjadi sebab bayi tidak menerima kandungan lemak dalam susu (hindmilk) yang cukup. 


𝟞 Tertinggal sesi memerah (Skip pumping session)
Bagi ibu yang mempunyai jadual kerja yang terlalu padat, sesekali anda pernah tertinggal sesi memerah kerana batasan tugas dan waktu di office. Perkara ini boleh menyebabkan masalah bengkak susu.


𝟟 Pam susu (Breast pump)
Penggunaan pam yang tidak sesuai terutamanya jika saiz corong pam terlalu kecil dengan puting ibu boleh menyebabkan susu tak dapat keluar dengan baik dari payudara. Salah satu tanda nak tahu anda menggunakan saiz corong yang salah adalah, setiap kali memerah anda rasa sakit atau pedih pada puting susu. Jika berlaku begini, gunakan corong pam yang lebih besar. 

Selaku ibu anak 3, pengalaman bengkak susu sudah dirasai sehinggakan demam tiba2. Berikut adalah tips bagi melegakan bengkak susu.


Tips Melegakan Bengkak Susu

Teruskan penyusuan - bagi membantu kurangkan bengkak susu, ibu perlu teruskan penyusuan walaupun sakit (setiap 2-3 jam - juga dapat elakkan demam kuning/jaundis). Apabila banyak susu keluar, maka lebih cepat saluran yang tersumbat itu pulih. 


Kosongkan payudara - jika bayi kurang menyusu tapi susu ibu banyak, dinasihatkan untuk kosongkan payudara dengan cara pam/mermet. 


Rehat dan tenang - kosongkan fikiran, tenangkan diri dengan amalkan zikir (bagi muslim) kerana runsing, resah dan tertekan akan mengganggu pengeluaran susu dan tambah rasa sakit & bengkak.


Tuam dan urut - tuam dengan tuala yang direndam dalam air suam/pad panas/pad sejuk ikut keselesaan. Urut berterusan dengan lembut sehingga bahagian bengkak yang keras surut perlahan2.

Petua orang tua2 👵👴

👉 Letakkan kobis segar & sejuk pada payudara bagi mengurangkan keradangan. Tapi jangan buat selalu kerana kobis boleh menyebabkan susu kering. 

👉 Gunakan sikat untuk urut bahagian yang bengkak. Caranya ialah urut menghala ke arah puting dan ulang beberapa kali.


Tidak pada painkiller/ubat penahan sakit - Elakkan pengambilan segala jenis ubat penahan sakit kerana ia tidak membantu masalah bengkak susu hanya menghilangkan rasa sakit sahaja untuk seketika. Sakit dan bengkak akan berulang setelah kesan ubat habis.


Alternatif yang lebih mudah, cepat dan berkesan untuk masalah bengkak susu ialah dengan pengambilan makanan yg mempunyai sumber lecithin.

Lecithin adalah bahan semula jadi yang pertama kali ditemui pada kuning telur. Ia juga secara semula jadi di dalam 👇
  • kacang soya
  • bijirin
  • kacang tanah
  • daging (terutamanya hati)
  • susu (termasuk susu ibu)


Testimoni2 ibu2 yang berjaya atasi bengkak susu secara semulajadi.








Cara untuk Dapatkan Lechitin Shaklee

Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘

HUBUNGI EBOO SEKARANG!



Follow me 👇






*PERHATIAN: Kepada para ibu, sila ikuti kelas di hospital/klinik kesihatan dan dapatkan nasihat pakar penyusuan yang bertauliah

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.



Artikel berkaitan:


Rahsia Gastrik Hilang secara Semulajadi

Gastrik merupakan suatu penyakit atau gejala perut yang menyebabkan anda berasa tidak selesa. Adakah cara yang berkesan untuk elakkan masalah gastrik datang menyerang? Pastinya setiap penyakit ada penyelesaiannya. 

Adakah anda sering berasa sakit atau tidak selesa pada bahagian tengah atas abdomen?

Perut berasa senak, berangin atau pedih?

Selainnya, anda akan berasa:
  • sakit ulu hati
  • rasa mual, loya dan muntah
  • perut berangin dan berbunyi2
  • asyik sendawa dan terkentut2
Bagi tahap yang lebih kronik, mereka akan alami muntah berdarah dan najis berwarna hitam 😨

Apa itu Gastrik?
Berdasarkan keterangan Dr. Mohd Faisal Jabar (Pakar Perunding  Pembedahan Laparoskopi), gastrik terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu:
  1. Gastritis - keradangan mukosa yang melapik perut
  2. Ulser perut/Peptik - Keradangan pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis)
Secara semulajadinya, perut kita mengeluarkan asid hidroklorik yang berfungsi untuk mencerna makanan. Asid hidroklorik sangat kuat dan  bersifat menghakis. Sebab itulah lapisan perut kita dilapisi dengan mukosa bagi mengelakkan terhakis.

Gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik dengan kekuatan lapisan pertahanan.

Lelaki 👨 lebih berisiko menghidap penyakit ini dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda daripada wanita 👩

Apa Punca Gastrik?
1 Makanan Pedas
Ia meransang lebih banyak rembesan asid perut untuk tujuan mencernakan makanan

2 Makanan @ Minuman masam
Meningkatkan kesan asid terhadap dinding perut

3 Makanan berminyak @ berlemak (kecuali menggunakan minyak zaitun)
Sukar untuk dihadam, menyebabkan lebih banyak asid perut akan dirembeskan untuk mencerna makanan

4 Merokok
Mengurangkan kecekapan Lower Esophogeal Sphincter yang berfungsi sebagai pintu pagar bagi membenarkan makanan masuk ke dalam perut dan menutupnya kembali

5 Minuman berkafein (teh @ kopi)
Mampu meransang rembesan asid perut

6 Penggunaan NSAIDS (non-steroidal anti inflammatory drugs)/Ubat Tradisional
Pengambilan yang berterusan dan kerap (contoh: aspirin) akan menyebabkan hakisan kepada dinding perut serta pengambilan ubat traditional/herba yang tidak diketahui kandungan sebenarnya

7 Stress/tekanan emosi
Ya! Stress boleh mengaktifkan aktiviti asid hidroklorik dalam usus kita

8 Jangkitan bakteria H.Pylori
Bakteria ini boleh menyebabkan dinding perut luka (gastrik ulser)

⛔ Tabiat suka skip main meal (breakfast/lunch/dinner) atau melambat2kan waktu makan juga merupakan punca gastrik menyerang.

Apa Cara Atasi Gastrik?
✅ Berhenti merokok

✅ Berhenti mengambil ubat tahan sakit

✅ Amalkan pemakanan yang sihat dan diet yang teratur

✅ Elakkan makanan yang masam, pedas, bercili, berempah dan banyak bahan pengawet

✅ Sekiranya berpuasa, pastikan bersahur

✅ Makan sedikit tetapi kerap

✅ Kurangkan minuman berkafein dan berkarbonat

✅ Banyakkan minum susu kerana susu bersifat alkali dan mengurangkan keasidan perut

✅ Kurangkan makanan berangin

✅ Berhenti mengambil minuman beralkohol

Untuk penghidap gastrik kronik, dapatkan rawatan & khidmat nasihat pakar perubatan. Doktor akan cadangkan pengambilan ubat yang menghalang penghasilan asid ataupun ubat penghalang asid (acid blocker) untuk mengurangkan pembebasan asid ke dalam saluran pencernaan.

Doktor juga mungkin akan jalankan ujian x-ray untuk melihat lapisan perut, ujian darah untuk mengenal pasti sekiranya anemia akibat pendarahan dalam perut, stool test untuk mengesan jika ada darah dan jangkitan bakteria serta rawatan membasmi bakteria H. pylori sekiranya sah terdapat jangkitan.

PERHATIAN!
Gastrik yang kronik serta tidak mendapatkan rawatan sewajarnya boleh mengundang kepada kanser perut.

Ikhtiar Gastrik dengan Vitamin Shaklee
Anda boleh berusaha dengan mengamalkan suplemen/vitamin semulajadi daripada Shaklee. 

Kombinasi produk Shaklee untuk masalah gastrik terdiri daripada:

ESP
Membantu m
eneutralkan keasidan dalam perut kerana mempunyai sumber protein soya non-GMO yang tinggi sifat kealkaliannya

Ia juga membantu
membina sel-sel baru dengan menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat hakisan asid hidroklorik yang menghakis dinding perut

Bonus! Dapat extra kulit cantik dan jadual period yang teratur 😍

Ostematrix
Lengkap dengan kalsium, magnesium dan vitamin D yang bersifat alkali sangat membantu
mengurangkan keasidan dalam perut
Mengurangkan rasa pedih ulu hati dengan cara menaturalkan asid yang memasuki esofagus

B complex
B Complex amat membantu dalam proses sintesis DNA, menguruskan tekanan dan membina tenaga dalam proses metabolisma

B Complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B (Vitamin B1 Tiamin, Vitamin B2 Riboflavin, Vitamin B3 Niacin, Vitamin B6, Folate,Vitamin B12 Cynocobalamine, Biotin dan Panthothenic Acid) yang diperlukan oleh tubuh bagi
menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang dari badan setiap hari akibat dari tekanan kerja, alkohol dan ubatan preskripsi

Peppermint Ginger Plus
Kajian klinikal menunjukkan pengambilan halia sebagai makanan tambahan dapat membantu mengurangkan masalah sebu, senak perut dan menyingkirkan angin dalam badan
Mengurangkan rasa tidak selesa akibat masalah penghadaman

TIPS! Untuk rasa yang lebih menyegarkan, rendamkan 3 biji Peppermint Ginger Plus dan minum airnya. Rasa herba yang sejuk mengegarkan tekak dan melegakan ketidakselesaan perut serta pedih ulu hati

Mari dengarkan keluhan Pn. Farahana yang mengalami masalah gastrik kronik lebih 10 tahun. Secara tak sengaja dengan pengambilan Set Pantang Shaklee, gastrik beliau hilang ntah kemana walaupun makan tak ikut masa 😍


Testimoni2 mereka yang gastrik tak serang dah!


Cara untuk Dapatkan Set Gastrik Shaklee

Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘

HUBUNGI EBOO SEKARANG!



Untuk pembelian terus, klik link berikut:



Follow me 👇




*PERHATIAN: Kepada yang mengalami masalah gastrik kronik, sila dapatkan khidmat nasihat doktor pakar dengan segera.

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.