Showing posts with label Set Pantang Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Set Pantang Shaklee. Show all posts

Petua Banyakkan Susu Ibu ketika Berpantang secara Semulajadi

Soalan yang biasa diterima daripada ibu-ibu yang pertama kali melahirkan ataupun ibu yang telah mempunyai anak tetapi tidak menyusukan anak sebelum ini iaitu "Macamana nak banyakkan susu ni?"

Alhamdulillah, nikmat Allah yang mana kita dustakan? Terbukti daripada bidang sains juga bahawa penyusuan susu ibu memberikan nutrien terbaik kepada anak yang baru dilahirkan. Tahniah ibu-ibu yang berkehendak untuk menyusukan anak semaksimum yang boleh semata-mata untuk kebaikan si permata hati. Persoalannya, susu tak banyak, macamana nak banyakkan? Eboo kongsikan beberapa petua untuk diamalkan.


Banyak sebenarnya cara atau petua yang boleh dipraktikkan untuk memeriahkan penghasilan susu ibu tetapi tidak semua cara itu bersesuaian dengan setiap individu. Ada yang makan lobak putih susunya jadi banyak tapi ada yang tak suka makan lobak putih. Ada yang makan kurma untuk susu banyak tapi mungkin ada yang tak dapat beri kesan yang maksimum. Walau apapun, semua makanan yang sudah pasti khasiatnya, ada manfaat tersendiri cuma untuk tujuan banyakkan susu si ibu tidak dapat dipenuhi. 

Jangan berputus harap! Pasti ada caranya. Jom eboo kongsikan...

Pertama-tamanya, jaga emosi wahai ibu. Emosi ibu semasa berpantang sangat sensitif. Sangat terkesan nak-nak bila trauma ibu selepas bersalin, anak kerap menangis di tambah pula dengan susu yang kurang. Allahu... eboo faham sangat perasaan itu. Mohon pasangan (suami) memberikan perhatian dan komitmen yang terbaik sepanjang ibu berpantang dan bantu beri semangat untuk ibu menyusukan anak tersayang. Dapatkan rehat yang cukup dan bertenang semasa menyusukan anak. Fikiran ibu perlu positif dan cakap dengan diri sendiri 'SUSU IBU CUKUP ANAK IBU YANG SOLEH/SOLEHAH NI'. Bagi yang Islam, zikir Ya Matin selalu. 

Keduanya, amalkan minum air masak tidak kurang 3 liter sehari. Sebagai ibu menyusukan, air sangat penting bagi penghasilan susu yang banyak. Jika ibu kurang minum air, macamana kilang susu nak proses supaya makanan dan air yang ibu ambil dapat menjana penghasilan susu yang cukup? Eboo rasa fakta ini sangat mempengaruhi penghasilan susu ibu kerana rata-rata kita kurang minum air, kalau kata banyak pun cukup tak 3 liter. Yes 3 liter! Pendapat orang tua dulu-dulu ada beranggapan, tak boleh minum banyak nanti rahim kembang. Maaf, kenyataan itu tidak benar sama sekali. 

Yang ketiga, jaga faktor pemakanan. Ambil makanan yang mempunyai khasiat dan zat seimbang untuk proses penyembuhan si ibu dan penghasilan susu si comel. Masa dalam pantang, kenal pasti makanan yang boleh makan dan yang perlu dielakkan supaya tidak mengalami sebarang masalah pencernaan ibu dan anak yang disusui. Ibu perlu ambil protein, vitamin dan mineral yang penting untuk kembalikan kesihatan si ibu dan untuk perkembangan fizikal dan emosi si anak.

Cadangan makanan yang boleh bantu memperbanyakkan susu ibu

1) Kurma 
Makan begitu sahaja atau boleh divariasikan dengan mencampurkan kurma + susu + ESP hasilnya yummeh!

2) Habbatusauda/Jintan hitam
Boleh direbus dan minum airnya. Buat 2-3 kali seminggu.


3) Halba
Cuci halba, rendamkan dalam secawan air panas selama 15 minit dan kemudian boleh minum. Halba berkemungkinan boleh menyebabkan bau badan kepada yang mengamalkannya.


4) Longan
Longan kering yang boleh didapati di kedai ubat cina. Rebuskan dengan sikit gula batu untuk rasa manis. Jangan letak ais ye bagi ibu berpantang. Jika tidak serasi, mungkin boleh demam. 


5) Lobak putih
Buatkan sup lobak putih. 


6) Alfalfa
Dikenali sebagai raja tumbuhan yang kaya kandungan fiber dan bantu proses detoks bagi tubuh, mudah lawas dan buang angin. Milkbooster terbaik! 


Niat seorang ibu yang mahu menyusukan anak sahaja sudah mendapat pahala, inikan pula yang berjaya menyusukan anak walau apa jua dugaan melanda. Setiap apa yang ibu-ibu lalui dititipkan hikmah dan nikmat setiapnya, teruskan usaha dan yakin, InsyaAllah dipermudahkan.

Jika perlukan konsultasi mengenai pengambilan suplemen/vitamin yang dapat membantu untuk mencukupkan keperluan susu badan untuk si anak, InsyaAllah eboo bantu. 



Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘 

HUBUNGI EBOO SEKARANG!


Follow me 👇




*PERHATIAN: Kepada para ibu, sila ikuti kelas di hospital/klinik kesihatan dan dapatkan nasihat pakar penyusuan yang bertauliah

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Artikel berkaitan:
Rahsia Penyusuan Anak yang Berjaya secara Semulajadi

Cara Luka Jahitan Bersalin Normal Cepat Sembuh

Uniknya perjalanan menjadi seorang ibu. Pengalaman setiap ibu tak sama, ada yang mudah dan ada yang diuji dengan pelbagai komplikasi semasa mengandung dan proses melahirkan. 

Trauma & fobia bagi yang ada pengalaman luka jahitan yang banyak dan teruk. Ada kes yang luka terbuka akibat daripada pergerakan yang agresif/lasak disebabkan hal-hal tertentu. 

Bagi kelahiran secara normal, berkemungkinan luka koyakan pada faraj apabila proses bayi keluar adalah tinggi jika tidak melakukan teknik bersalin yang betul. Selain daripada itu, episiotomi dilakukan apabila saiz bayi yang besar dan sukar dikeluarkan. Walaubagaimana pun episiotomi adalah pilihan terakhir kerana kesannya pada ibu sangat menyakitkan.

Bagi luka jahitan bersalin normal secara puratanya mengambil masa 2 - 4 minggu untuk sembuh, tetapi ia bergantung kepada individu kerana mungkin ada yang mengambil masa yang lebih lama disebabkan faktor-faktor seperti berikut:

Punca Luka Jahitan Lambat Sembuh

  • Jangkitan kumanJagaan rapi pada bahagian jahitan perlu diberi keutamaan. Jika tidak, jahitan tak dapat melekat dengan baik dan lambat kering dengan sempurna
  • Kulit kering & merekah - Komplikasi sewaktu pembedahan seperti ‘prolong labour’ akan menyebabkan kulit kering & merekah.
  • Kurang zat makanan - Pemakanan perlu dijaga untuk pastikan sistem imuniti di paras normal terutama pengidap kencing manis. Mereka perlu pastikan tahap gula dalam darah terkawal untuk proses penyembuhan cepat. Vitamin C sangat penting untuk luka cepat kering dan digalakkan mengambil multivitamin selepas bersalin
  • Kulit perut tebal - Peluh berkumpul dan kuman membiak terutama di tempat yang dibedah berlipat
  • Hilang banyak darah semasa proses bersalin - Tubuh mudah dijangkiti kuman dan luka jahitan bersalin lambat kering kerana turut hilang sel darah merah bersama sel darah putih. Sel darah putih penting untuk melawan jangkitan
  • Kebersihan diri - Sangat penting! Elakkan sikap takut mencuci luka kerana kuman akan membiak
  • Jenis benang jahitan - Jahitan menggunakan benang yang cepat menyerap sedangkan kulit belum bercantum dengan baik
  • Jenis tisu di kawasan lukaSesetengah orang mempunya jenis tisu yang nipis, sangat sensitif dan mudah terkoyak
  • Doktor yang kurang pengalaman - Teknik jahitan menyebabkan simpulan tidak elok. Biasanya parut atau keloid terjadi disebabkan reaksi tubuh pada luka. Vitamin E dan pure protein yang saya amalkan sangat membantu untuk masalah parut keloid

Langkah-langkah Luka Jahitan Cepat Sembuh

1) Kawal Pergerakan
Berjalan dengan langkah yang kecil & perlahan. Mak eboo akan pesan 'kepitkan kaki bila berjalan, duduk atau mencangkung'. Bila nak duduk, turunkan lutut dahulu diikuti dengan punggung. Alaskan dengan bantal yang lembut supaya lebih selesa.

🙅 Elakkan berjalan laju
🙅 Elakkan duduk bersila
🙅 Elakkan duduk di atas lantai


2) Jaga Kebersihan Terutama di Bahagian Vagina
Kebersihan di bahagian vagina sangat penting selepas dijahit. Ini kerana jika tidak dijaga dengan baik, akan menyebabkan bau busuk dan jangkitan kuman senang merebak. Pastikan selepas ke tandas, basuh dengan air suam sampai bersih & keringkan dengan tisu (dap jangan rub luka). Kerap tukar pad bila perlu.


3) Sitz Bath (Rendaman air garam)
Doktor tidak menggalakkan untuk mencuci kawasan vagina dengan dettol/sabun pembersih kewanitaan tetapi boleh menggunakan kaedah air garam berikut. Ambil segenggam garam kasar dan larutkan di dalam satu jag air panas. Kemudian campurkan dengan air biasa supaya campuran tersebut menjadi suam dan tuangkan di dalam besen. Duduk di dalam besen selama 10-15 minit. 


4) Guna Ice Pack
Letakkan ice pack pada kain yang bersih dan lembut kemudian letakkan pada luka yang dijahit. Ais akan menyebabkan kawasan luka rasa kebas dan akan mengurangkan sakit serta bengkak.


5) Amalkan Senaman Kagel
Kagel adalah senaman kemutan untuk menguatkan semula otot-otot pelvis. Selain daripada itu, ia juga dapat mengelakkan peranakan jatuh dan boleh menggalakkan peredaran darah ke kawasan vagina yang akan membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.



6) Elakkan Sembelit 

Sembelit ketika berpantang adalah salah 1 trauma bagi ibu-ibu sekalian. Pengambilan air yang banyak dan makan makanan yang tinggi serat/fiber (kurma, prune, orange, epal etc). Selain itu, pengambilan ostematrix juga sangat membantu masalah sembelit bagi ibu berpantang.

Meneran menyebabkan tekanan yang tinggi di bahagian bawah boleh mengakibatkan luka meregang dan terbuka. Membayangkan sahaja sembelit ketika berpantang dah rasa ngilu 😖


7) Pemakanan sihat & Suplemen/Vitamin
Pengambilan buah oren (vitamin C) boleh membantu penyembuhan luka dengan cepat. Ambil sehari sebiji buah oren yang tidak sejuk. Selain makan makanan berpantang yang sihat, pengambilan set berpantang Shaklee sangat memuaskan. Pengalaman eboo melahirkan anak ke-2 dan ke-3 dengan Set Pantang Shaklee, badan rasa cergas dan bertenaga. Luka cepat sembuh, sembelit tak jengah, bengkak susu pun takde. Alhamdulillah 😍😍😍


Selain daripada set pantang, eboo teruja nak share berkenaan dengan pengambilan VIVIX yang membuatkan luka jahitan bersalin cepat sembuh.


Jom kita tonton pengalaman ngeri ibu ini melahirkan anak kedua dan mengalami luka jahitan yang banyak.


Secara ringkasnya, Vivix adalah minuman botanikal yang kaya dengan polifenol dan resveratrol yang dapat membantu membaik pulih sel-sel yang rosak. Semasa proses kelahiran bayi, terdapat banyak sel telah mengalami kerosakan atau kecederaan. Vivix telah membantu ramai ibu yang mengalami kesakitan akibat luka jahitan lepas bersalin sembuh seawal 3 hari.

Lihat pula pengakuan ibu-ibu yang mengalami pelbagai situasi semasa berpantang ⇩⇩⇩






Cara untuk Dapatkan Vivix + Set Pantang Shaklee


Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘

HUBUNGI EBOO SEKARANG!


Follow me 👇





*PERHATIAN: Kepada para ibu, sila rujuk pakar perubatan jika luka jahitan terbuka dan dijangkiti kuman untuk rawatan selanjutnya.

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


Artikel berkaitan: