Showing posts with label Period Berpanjangan. Show all posts
Showing posts with label Period Berpanjangan. Show all posts

Ada apa dengan Vivix?

Vivix Wanted!

Nama yang menjadi perbualan hangat dan tular di media sosial. 
Famouskan Cik Vivix ni?

Sungguh…
Tak hebat orang tak cari

Tak istimewa orang tak cite

Apa yang HEBAT lagi ISTIMEWAnya Vivix ni?
Vivix adalah minuman campuran botani yang merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol (kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi)

Kandungan utama Vivix yang unik adalah campuran Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang sememangnya kaya dengan polifenol.

Jom berkenalan serba sedikit dengan empat (4) bahan ajaib dalam Vivix 👇👇👇

(1) Anggur Muscadine (Muscadine Grape)
  • Sejenis anggur liar yang istimewa
  • Mempunyai sumber terbaik antioksida dan anti-radang
  • Mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yang terbukti baik untuk:
    • kesihatan kardiovaskular
    • menurunkan tahap gula dalam darah
    • melambatkan proses penuaan
    • mencegah kanser
    • selaku anti-virus dan anti-bakteria

(2) Lobak Ungu (Purple Carrot)
  • Merupakan sumber terbaik vitamin A dan mengandungi phytochemical 
  • mengandungi anthocyanins (antioksida mustajab - btanggungjawab pd warna merah menyala, biru dn ungu pd buah dn sayur) yang bertindak sebagai anti-radang, anti-mikrob dan anti-carcinogen yang dapat membantu mengurangkan risiko sakit jantung 
  • Asid klorogenik adalah antioksidan paling banyak dalam semua karot dan ia bertanggungjawab mengurangkan gejala diabetes

(3) Elderberi Eropah (European Elderberries)
  • Mengandungi vitamin C yang tinggi dan sangat bermanfaat untuk jangkitan daripada virus dan bakteria
  • Kemampuannya untuk mencegah dan mengubati kanser (fakta dikaitkan dengan antioksidan yang dikandungnya)
  • meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan 
  • Menurunkan kadar kolesterol dan mengurangi kolesterol jahat. Hal ini dapat sangat bermanfaat dalam mencegah penyakit jantung
  • Mencegah dan membantu penyembuhan diabetes, perlindungan terhadap infeksi virus, dan sesak nafas
  • Meningkatkan kesihatan jantung dan ginjal

(4) Polygonum Cuspidatum (Japanese Knotweed)
  • Merupakan tumbuhan perenial yg besar berasal dari asia dan banyak juga ditemui di Amerika Utara dan Eropah
  • Mempunyai sumber resveratrol yang sangat tinggi
  • Digunakan untuk merumuskan supplemen anti penuaan 
  • Merendahkan kolesterol dan tekanan darah
  • Meningkatkan prestasi atlet
  • Mengurangkan berat badan

Gabungan 4 bahan istimewa ini telah menghasilkan 1 minuman yang memberi 1001 manfaat dan ekslusifnya ia telah dipatenkan oleh Shaklee (dengan ini tiada produk yang boleh sama dengan Vivix, jika ada yang tiru boleh kena tindakan saman).


Kita dah bongkar 4 bahan ajaib yang dirumus khas untuk Vivix super power ni, kita lihat pula apakah tindakan/mekanisme vivix terhadap tubuh kita.

Macamana Vivix bertindak?
Terdapat 4 tindakan berikut:

1) Mempertahankan Sel (Cell Defense)

Vivix pertahankan sel dari kerosakan biological.

CONTOH: Lihat cara pemakanan kita. Dari pagi hingga malam, makan banyak benda bukan-bukan (processed food, perisa tambahan, dengan pewarnanya, conservative tambahan dll)  

TOLONG SEDAR! BENDA NI SEMUA MENYEBABKAN STRESS BIOLOGI (biological stress) KEPADA SEL BADAN KITA

Contoh yang dikaji, lepas makan makanan berlemak tinggi (biological stress), sel-sel badan akan bertindak menghasilkan biomarker tertentu sebagai respon kepada makanan yg tinggi lemak tu.

Biomarker ini selaku indicator biological stress dimana lagi tinggi biological stress, lagi banyak biomarker ni akan dihasilkan dan lagi cepat sel-sel badan kita mengalami kerosakan/penuaan.

Peranan Vivix, ia menahan biomarker tu dari dibebaskan, makanya sel-sel dapat diselamatkan dari rosak. Dengan itu, lambatlah sel-sel penuaan berlaku.


2) Menambah Tenaga Sel (Cell Energy)

Pusat penghasilan tenaga dalam sel adalah mitokondria (Jom bukak buku Biologi Form 5 😀).

Vivix terbukti meningkatkan penghasilan tenaga dari peringkat mitokondria lagi. Apa terjadi bila mitokondria kita ni sentiasa bertenaga?
  • Antara kebaikannya adalah sel kita tak mudah termutasi menjadi sel yang tak elok (sel jadi kuat). Tahukah anda, sel termutasi ni boleh berubah jadi sel kanser? 
  • Sel akan menjadi bertenaga maka prestasi sel akan meningkat. Jadi sihat dan bertenaga
  • Kalau sel ada yg rosak sangat cepat dapat diperbaiki dan tak sempat termutasi menjadi sel kanser
  • Sel akan menjadi sel yang berprestasi tinggi


3) Memperbaiki Sel (Cell Repair)

Vivix juga memperbaiki sel DNA dan mengelakkan sel daripada radikal-radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel.


4) Meningkatkan Prestasi Sel (Cell Performance)

Protein AGE (advanced glycation end products) adalah antara 'culprit' yang boleh menyebabkan kerosakan tahap selular dan menyebabkan penuaan sel.

Vivix bertindak menghalang penghasilan protein AGE ini dan memperbaiki prestasi sel. Ini juga kerana Vivix bantu tingkatkan tenaga dalam mitokondria tadi.

Gabungan Polifenol & Resveratrol Selaku Bahan Aktif Vivix
Resveratrol adalah sejenis antioksida polifenol yang didapati pada tumbuhan, buah-buahan, bijian dan kekacang. Manakala kulit anggur merah mengandungi konsentrasi resveratrol yang paling tinggi. 

Resveratrol bertindak sebagai sistem imunisasi bagi memelihara sel-sel daripada jangkitan virus dan bakteria.

Resveratrol yang terkandung dalam Vivix telah dirujuk pada lebih 2,500 penerbitan penyelidikan, termasuk pelbagai kajian yang dijalankan oleh Harvard University, National Institutes of Aging dan Institut Sains Kesihatan Alam sekitar.

Vivix menyediakan 100mg resveratrol dalam setiap hidangan (1 sudu teh Vivix) dan mempunyai resveratrol semulajadi kandungan 98% lalu menjadikan Vivix sebagai suplemen anti-penuaan yang terbaik di dunia.



Pabila Resveratrol + Polifenol Bergabung 💥

Merujuk kepada data yang diterbitkan oleh Dr. David Sinclair (Harvard University), gabungan polifenol telah menjadikan resveratrol lebih berkuasa. Oleh sebab itu, Vivix mempunyai 10x lebih berkuasa berbanding resveratrol tunggal.

Selain itu, Vivix mengandungi polifenol yang kaya dengan asid elagik (bahan kimia semula jadi yang berlaku (daripada proses fitokimia) yang terkandung dalam buah-buahan seperti delima, strawberi, beri hitam, raspberi, kranberi, walnut dan pecans), yang mana tidak terdapat di dalam wain merah (wain merah dikatakan mengandungi khasiat resveratrol tertinggi).

TAHUKAH ANDA? 100 gelas wain = 1 sudu kecil Vivix dengan kandungan resveratrol sebanyak 100 mg. Kita tidak boleh minum wain (selaku orang Islam) 100 gelas sehari betul tak?
Asid elagik menghalang enzim yang terlibat dalam pembentukan protein AGE (salah satu daripada empat pusat mekanisme penuaan selular). Resveratrol mempunyai kesan ke atas enzim ini, tetapi menyekat tiga kunci lain mekanisme penuaan selular.

Secara ringkasnya, Vivix menjadi lebih berkuasa berbanding suplemen berasaskan resveratrol tunggal atau polifenol tunggal semata-mata hasil daripada penambahan kompaun polifenol yang mengandungi asid elagik dan 10 lagi polifenol bersama-sama resveratrol.


Landmark Study II - Kajian Telomere 

Shaklee bukan sahaja menjalankan kajian Landmark Study ke atas pengguna suplemennya, malah turut mengadakan Landmark Study Kedua khusus berkenaan dengan Kajian Telomere terhadap pengambilan Vivix. 

Secara ringkasnya dalam kajian ini, pengguna Vivix yang mengambilnya setiap hari selama 5 tahun & bukan perokok kemudian bacaan diambil terhadap DNA mereka. Kajian telah dijalankan oleh pemenang Anugerah Noble Perubatan pada 2009, Dr Elizabeth Blackburn.

Berdasarkan hasil kajian, didapati kadar pemendekan telomeres bagi pengguna Vivix yang berumur 80 tahun adalah 40% lebih perlahan, iaitu sama dengan mereka yang berumur 41 tahun.  

Ini menunjukkan Vivix membantu untuk mengekalkan kemudaan, keremajaan, dan membantu mengelak daripada penyakit-penyakit yang disebabkan oleh peningkatan usia.

Fakta Menarik Vivix

✅ Disokong oleh 5 hak paten (hak eksklusif yang diberikan untuk sesuatu ciptaan)

✅ Semua gabungan bahan semulajadi polifenol yang berkuasa tinggi

✅ Kuasa antioksidan yang sangat besar

✅Berdasarkan anggur muscadine - merupakan salah satu daripada buah-buahan yang paling jarang ditemui dan tahan lasak 

✅ Proses pengekstrakan yang dipatenkan mengekalkan polifenol bioaktif



Kelebihan & Manfaat Vivix 
  • menggalakkan penuaan yang lebih sihat, awet muda dan anti penuaan
  • membantu mengelakkan kanser - memberi tenaga melawan kanser, merencatkan sel kanser dari terus merebak
  • menurunkan risiko sakit jantung dengan melindungi jantung dan menggalakkan jantung bekerja dengan lebih efisyen
  • mengawal tekanan darah
  • mengurangkan komplikasi akibat kencing manis/diabetis
  • menurunkan rintangan insulin
  • menyokong kesihatan sendi dan saraf termasuk bell palsy
  • melambatkan simptom alzheimer
  • membantu pesakit parkinson
  • membantu mempercepatkan pemulihan pesakit strok dan angin ahmar
  • meningkatkan kekuatan sistem imun 
  • menyahtoksin dari badan dan membantu mengurangkan habit merokok
  • menggalakkan kesihatan keseluruhan badan
  • mempercepatkan penyembuhan luka sama ada operation akibat kemalangan atau luka bersalin (episiotomy)
  • mencantikkan dan meremajakan kulit
  • membantu proses menurunkan berat badan dan detox dengan lebih berkesan

Kenapa perlu BERVIVIX?

Dipersembahkan suplemen Shaklee yang paling eksklusif, Vivix the Vast! 😍 

1 botol mengandungi 150ml pati resveratrol dan polifenol tulen (tahap ketulenan 98%) yang tiada pada mana-mana jus resveratrol yang lain.
TAHUKAH ANDA? Bagi mendapatkan 100mg resveratrol + polifenol (1 sudu teh VIVIX) = 22 pil/kapsul @ 100 gelas wine sehari (for non-muslim) 

Betul ke MAHAL SANGAT VIVIX ni?
Dengan harganya itu anda akan dapat:
  • Khasiat resveratrol dan polifenol
  • Pati resveratrol asli dan tulen 
  • Sokongan kepada kesihatan tubuh secara menyeluruh
Ciri-ciri unggul Vivix Shaklee:

  • Mempunyai kajian klinikal ke atas setiap ramuan dan keberkesanannya
  • Mempunyai landmark study tersendiri bagi menyokong keberkesanan penggunaannya
  • Terbukti selamat diambil oleh semua golongan
Tak sabar-sabar nak rasakan kelainan tahap kesihatan dengan hanya sesudu kecil VIVIX?

HUBUNGI EBOO SEKARANG!


Follow me 👇





PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Cara Berkesan Atasi Period Berpanjangan supaya Mudah Hamil

Stressnya!!! 
Bila period ni nak habis? Nak masuk sebulan ni period tak kering-kering!

Pendarahan darah haid lazimnya berlaku antara 3 - 7 hari, malah ada sehingga 10 hari. Berbeza ikut setiap individu tapi ia masih dianggap normal. 

Tetapi bagaimana pula, mereka yang alami period melebihi 15 hari juga dipanggil darah istihadah (wajib solat & puasa bagi muslim. Mengikut istilah perubatan dikenali sebagai Menorrhagia (menstrual periods with abnormally heavy or prolonged bleeding).

Masalah ini mengundang pelbagai konflik dalam diri wanita tidak kira selaku isteri, ibu mahupun yang belum berkahwin dan remaja. Lebih teruk apabila mengalami pendarahan yang banyak dalam tempoh masa yang lama. Terdapat beberapa kaji selidik yang membuktikan, jika seseorang wanita kehilangan darah lebih dari 80cc setiap bulan berkemungkinan akan mengalami masalah anemia (kurang darah). Keadaan normal seorang wanita, jumlah darah yang turun semasa haid kebiasaannya adalah 30 cc dalam seminggu. 

Apakah penyebab masalah pendarahan yang banyak?

Terbahagi kepada tiga (3) sebab utama, iaitu:

𝟏 Tiada Keseimbangan Hormon 
  • Kitaran haid yang normal adalah keseimbangan penghasilan hormon estrogen dan progesteron yang akan menyebabkan dinding rahim (endometrium) menebal kemudian luruh menjadi darah haid. Jadi, jika tiada keseimbangan hormon maka endometrium akan kembang luar biasa menyebabkan pendarahan yang banyak

𝟐 Masalah Struktur - terbahagi kepada beberapa faktor
  • Kegagalan Fungsi Ovari - Ovari merupakan kilang telur (ovum). Apabila ia tidak normal, telur tidak dapat dilepaskan dan ovulasi tidak berlaku. Ini akan menyebabkan hormon progesteron gagal dihasilkan maka tiada keseimbangan hormon berlaku dan boleh mengundang pendarahan yang banyak
  • Fibroid Rahim - Boleh sebabkan pendarahan haid yang lebih banyak dan berpanjangan dari biasa
  • Polip - Ketumbuhan kecil dan tidak berbahaya yang muncul pada permukaan dalam rahim sebabkan pendarahan banyak. Kebiasaannya terjadi pada wanita berusia 30-an akibat penghasilan hormon yang tinggi
  • Adenomyosis - Berlaku apabila kelenjar pada lapisan dalam rahim menjadi tertanam dalam otot rahim lalu menyebabkan pendarahan yang banyak dan menyakitkan. Lazimnya berlaku pada wanita pertengahan umur yang telah punyai anak
  • Kanser - pada rahim, ovari dan pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan yang berlebihan (tetapi jarang berlaku)
  • Penyakit keturunan berkaitan gangguan pembekuan darah - Contoh penyakit Von Willebrand, di mana sukar darah untuk beku maka sebabkan pendarahan haid tidak normal

𝟑 Alatan & Ubatan
  • Alat Perancangan Kehamilan dalam Rahim (IUCD) - Menorrhagia merupakan kesan sampingan bagi kaedah cegahan hamil ini yang tiada tambah hormon. Jika IUCD penyebab kepada pendarahan luar biasa maka dinasihatkan untuk keluarkan alat tersebut
  • Ubat-ubatan seperti ubat cair darah boleh sebabkan pendarahan banyak dan panjang

Apakah pilihan rawatan?

Mengikut protokol perubatan, pemeriksaan ultrasound akan dilakukan untuk melihat sistem reproduktif wanita yang alami masalah period berpanjangan.


Bagi wanita berumur lebih 40-an, histeroskopi dan D&C (Dilation & Curretage) disyorkan bagi mencari punca dalam rongga rahim. 


D&C digunakan bagi mendapatkan sampel dinding rahim bagi tujuan histologi bagi kenal pasti jika wujudnya barah/kanser rahim

Kaedah paling konservatif adalah dengan pengambilan ubat hormon dan transmine setiap bulan. 

Pilihan pembedahan seperti endometrial ablation kurang radikal kerana memusnahkan lapisan endometrium menggunakan pembedahan krio, laser atau gelombang mikro, serta resection (kaedah yang mana lapisan endometrium dikikis atau dipotong).


Kemuncak rawatan adalah histerektomi (pembuangan rahim). 

Pilihan di tangan anda!

Selain rawatan, pilihan diet yang betul juga dapat membantu

  • Pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi (VitaLea) untuk mengekalkan tahap hemoglobin yang baik
  • Mengurangkan pengambilan teh, kopi, alkohol, susu, dan produk susu (hormon)
  • Lebihkan sayur-sayuran/ulam dalam menu
  • Ambil Kalsium/magnesium (Ostematrix) untuk menghentikan atau  mengurangkan kekejangan otot rahim
  • Melakukan senaman ringan 30 minit setiap hari tetapi elakkan sehingga keletihan
  • Sapukan minyak jarak/krim (Herbal blend) pada perut untuk mengendurkan otot

Adakah cara berkesan nak atasi period berpanjangan supaya mudah hamil?

Jawapannya ada! Selaku manusia yang bertanggungjawab & sayangkan diri sendiri kita WAJIB berikhtiar selagi ada cara yang selamat, semulajadi dan pastinya berkesan.

Vitamin Shaklee adalah pilihan yang terbaik dan truly recommended 👍👍👍

Eboo akan sarankan vitamin yang sesuai mengikut keadaan dan masalah anda. Di sini eboo akan kongsikan vitamin utama yang boleh membantu bagi masalah period berpanjangan.


Vitamin khusus untuk menstabilkan hormon adalah 👇👇👇
GLA COMPLEX
60 biji soft gel

Gamma-linoleik Acid (GLA) merupakan sejenis asid lemak omega 6 yang diperlukan oleh tubuh kita untuk menghasilkan prostaglandin bagi menstabilkan hormon dan mengawalatur proses badan yang normal.


Bagaimana GLA Complex dapat membantu wanita lebih subur?

GLA Complex Shaklee bertindak merangsang penghasilan dan peningkatan lendir serviks yang berkualiti tinggi untuk kesuburan wanita sebagai medium terbaik untuk persenyawaan.

Jika anda perasan, semasa waktu subur wanita akan keluar discharge bewarna putih telur tetapi tidak semua wanita mengalaminya.

Inilah fungsi GLA di mana ia menghasilkan cecair lambing ‘kesuburan’ dimana ia membantu memanjangkan hayat sperma di dalam tiub fallopio sehingga menjangkau 5 hari. Secara logiknya, sekiranya persenyawaan bukan berlaku tepat pada waktu subur, sperma masih ada 5 hari peluang untuk sampai kepada ovum.

Pengambilan GLA Complex perlu diberhentikan apabila anda disahkan hamil. Ini kerana dikhuatiri ia akan mengganggu hormon hamil. Dinasihatkan untuk teruskan dengan Set Hamil Shaklee.

Alternatif seterusnya adalah produk shaklee yang paling premium iaitu, VIVIX 😍


Vivix mengandungi resveratrol yang membantu untuk memperbaiki semula hormon sekaligus detoks badan. Ia turut membantu memberi kecergasan badan waktu kita lemah lesu akibat darah period tak berhenti pada tempoh yang panjang.
Namun begitu, anda tetap perlu berpantang makan walaupun ambil Vivix. 
Eboo sarankan anda untuk ambil Vivix 2 botol terus. KENAPA?

BERITA GEMBIRA!!!

Terbuka kepada anda yang nak cuba ikhtiar dengan vivix dengan penjimatan berganda-ganda. 

Apa yang anda akan dapat?
  • 💓 Keahlian percuma bernilai rm80
  • 💓 Pos percuma bernilai rm10.60
  • 💓 Pulangan tunai sebanyak rm36

Apa kata mereka yang telah ikhtiar dengan suplemen Shaklee







Cara untuk Dapatkan Suplemen untuk Masalah Period Berpanjangan


Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘


HUBUNGI EBOO SEKARANG!


Follow me 👇





*PERHATIAN: Kepada anda yang menghadapi masalah period yang berpanjangan, anda dinasihatkan untuk rujuk pakar perubatan dahulu bagi mendapatkan khidmat nasihat serta saranan rawatan selanjutnya.

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.