Cara Merawat Kurap dengan Berkesan dan Semulajadi

Wednesday, January 31, 2018 0 Comments A+ a-

Kurap (ringworm) atau dalam istilah perubatan disebut tinea corporis merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan kulat, sama seperti panau

Masalah kulit ini bukan hanya sebab jerawat atau jeragat, macam-macam sebab lagi yang boleh membuatkan kulit kita menderita. 

Penyakit kurap ini boleh berjangkit melalui sentuhan sama ada manusia atau pun haiwan yang berkurap. Boleh jadi juga daripada sebarang objek yang mempunyai kulat di atasnya (formites). Kurap disebabkan oleh jangkitan sejenis kulat (fungi) yang dikenali sebagai dermatophyte

Kebiasaannya kurap muncul di bahagian-bahagian lipatan seperti punggung, peha, perut dan kawasan lembap (mudah berpeluh) seperti kaki dan kemaluan. Ada juga yang diserang di kawasan muka. Kurap berbentuk bulat berwarna pucat di tengah dan berwarna kemerahan di sekelilingnya. Kesannya, nampak bertompok hodoh pada kulit, rasa gatal bila cuaca panas. Awas! Kurap boleh merebak dengan penggunaan tuala, sikat atau pakaian pesakit. 

Rawat kurap dari rumah
  • Pakai pakaian yang longgar dan jenis kain lembut seperti kapas supaya tidak memburukkan lagi iritasi kulit
  • Bersihkan kawasan yang dijangkiti kurap dengan kerap dan pastikan ia kering. Boleh guna Basic H untuk mengurangkan keradangan
  • Ganti dan cuci pakaian, tuala, cadar sekerap mungkin semasa jangkitan. Gunakan pencuci Basic H untuk merendamnya. 
  • Sapu kawasan berkurap dengan krim anti kulat Herbal Blend Cream

Petua untuk rawat kurap

Amalan petua memang berkesan yang penting konsisten mengamalkannya.

1) Tumbuk sayur bayam hingga lumat dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan pada bahagian kulit yang berkurap. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.


2) Dapatkan santan pekat dari sebiji kelapa tua. Ambil beberapa helai daun kangkung dan tumbuk hingga lumat. Gaul santan bersama kangkung dan sapukan pada bahagian kulit yang berkurap. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.


3) Ambil seketul kunyit hidup dan ketuk dengan pisau. Sapukan bahagian kuning kunyit pada kulit yang berkurap sebelum tidur. Amalkan setiap malam.


4) Dapatkan 10 cawan daun jambu yang telah dicincang. Masukkan ke dalam periuk bersama 2 liter air. Rebus selama 15 minit. Tapis air rebusan dan tambahkan dengan air biasa secukupnya untuk dibuat mandi. Amalkan setiap hari.


5) Ambil beberapa helai daun peria dan basuh. Ramas dan gosokkan pada bahagian kulit yang berkurap. Amalkan selalu.


Sumber


Rawatan dari dalam dan luar untuk bunuh kulat kurap

Luaran kita nampak tapi dalaman tiada siapa yang tahu. Amalan pengambilan suplemen bersama-sama dengan corak pemakanan yang sihat boleh memberi impak terhadap tahap kesihatan keseluruhan. 

Cadangan suplemen/vitamin untuk masalah kurap adalah seperti berikut:

Vitamin C - Bantu meningkatkan sistem imun tubuh untuk melawan jangkitan kulat pada kulit

GLA Complex - Kandungan minyak Borage dan Vitamin E secara semulajadi mengurangkan keradangan, kegatalan, kekeringan pada kulit yang berkurap. Bantu menghilangkan kesan parut kurap dengan berkesan

Alfalfa Complex - Selaku agen detoksifikasi (buang toksin) yang bantu lawan alahan dan jangkitan pada kulit. Bantu kurangkan kegatalan. Bersifat anti-kulat dan jika diamalkan kurap takkan jengah ke kulit anda lagi, InsyaAllah.

Garlic - Sebagai antibiotik semulajadi bagi melawan jangkitan kulat 

Herbal blend cream - Krim serbaguna yang bantu mengurangkan rasa gatal 

Basic H - Cecair tanpa toksik untuk mencuci bahagian kulit berkurap dan pakaian pesakit kurap

Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum ðŸ˜˜

HUBUNGI EBOO SEKARANG!


Follow me 👇



Jika berminat untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Shaklee kami, jom daftar dengan klik sahaja gambar di bawah 👇👇👇

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.