Cara Hilangkan Panau dengan Cepat dan Selamat

Monday, January 15, 2018 0 Comments A+ a-

Dari jauh nampak comei dah, sekali bila datang dekat alamak aiiii bercapuk-capuk pulak mukanya. Bukan bercapuk bedak tapi kulit bercapuk sebab PANAU! Panau tidak menyebabkan maut tetapi ia boleh merosakkan imej penampilan seseorang individu. 

Panau muncul tidak mengira usia, jantina atau bangsa. Sesiapa sahaja boleh ada panau terutamanya golongan remaja. Bagaimanakah cara untuk hilangkan panau dengan cepat dan selamat?


Apa itu Panau?

Panau atau dalam bahasa saintifiknya Tinea Versicolor merupakan salah satu masalah kulit yang selalu berlaku di kalangan masyarakat. Ia adalah jangkitan yang kerap berlaku pada lapisan luaran kulit disebabkan oleh kulat jenis Malassezia. Kulat ini biasanya ditemui pada bahagian kulit di mana terdapat banyak penghasilan sebum (minyak) seperti bahagian muka, leher, dada, belakang badan dan kulit kepala. Ia akan menyebabkan kawasan kulit mempunyai tompok putih (hypopigmented) ataupun tompok hitam (hyperpigmented). 



Punca Panau

  • Kulit terlalu berminyak terutamanya di bahagian muka dan belakang badan
  • Cuaca yang panas dan lembap
  • Antibodi badan yang lemah
  • Terlalu banyak berpeluh
  • Perubahan hormon
  • Pengambilan ubat-ubatan yang kerap seperti steroid 
  • Kekurangan zat makanan
Panau boleh berjangkit?
TIDAK! Panau tidak berjangkit walaupun berkongsi pakaian/tuala. Ini kerana panau hanya jangkitan di lapisan luar kulit sahaja.


Langkah Pencegahan
  • Menjaga Kebersihan diri. Mandi dengan kerap jika mempunyai jenis kulit berminyak dan kerap berpeluh. Tetapi, pastikan badan/muka tidak berpeluh sebelum basuh dengan air. 
  • Elakkan pakaian yang basah/lembap. Pastikan menukar baju yang basah akibat peluh dengan kerap.
  • Pakai pakaian yang serap peluh dan longgar. Gunakan material kain kapas jika anda kerap berpeluh dan tidak ketat.
  • Amal pemakanan yang seimbang. Pastikan pengambilan buah-buahan dan sayuran yang tinggi kadar Vitamin C untuk meningkatkan sistem imun tubuh.
Bagi mengelakkan panau berulang, anda perlu tingkatkan sistem imuniti badan dengan mengambil makanan yang tinggi khasiat dan kaya nutrien seperti buah-buahan, sayur-sayuran ataupun dengan pengambilan suplemen khusus untuk masalah kulit. 


Set Panau Shaklee

Cadangan untuk menghilangkan panau dengan cepat dan selamat serta untuk mengelakkan ia berulang kembali adalah:

Vivix - Kaya dengan antioksidan yang bantu meningkatkan sistem imun tubuh serta memberi tenaga kepada sel untuk melawan jangkitan kulat dan virus.

Alfalfa Complex - Berfungsi untuk membuang toksin dari tubuh. Bertindak sebagai anti-kulat dan anti-radang serta melawan alahan. 

Garlic Complex - Berfungsi sebagai antibiotik semulajadi yang buat badan lebih tahan lasak terhadap jangkitan.

Vitamin C - Bantu meningkatkan sistem imun dan mencantikkan semula kulit.

Herbal Blend Cream - Untuk kegunaan luaran. Disapu pada tempat berpanau bagi melegakan kegatalan. Krim serbaguna yang tanpa steroid, tidak melekit/berminyak, mudah serap dan rasa dingin yang melegakan.


Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘

HUBUNGI EBOO SEKARANG!



Follow me 👇




PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.