Cara Mengatasi Serangan Kutu Kucing pada Manusia secara Semulajadi

Thursday, December 28, 2017 0 Comments A+ a-

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang sangat disayangi Rasulullah S.A.W dan sekalian manusia. Gerak geri yang lincah dan comel mampu menambat sesiapa sahaja yang melihatnya. 

Tetapi, jika kucing yang dipelihara tidak dijaga dengan sempurna boleh memberi kesan kepada kulit manusia akibat serangan kutu kucing. Bukan manusia je ada kutu, kucing pun tak terlepas juga. Apakah cara untuk mengatasi serangan kutu kucing pada manusia? Permasalahan ini khusus untuk panduan pencinta-pencinta kucing (catlover) sekalian.

Kutu kucing atau Ctenocephalides felis merupakan sejenis parasit penghisap darah halus yang boleh dijumpai pada kucing. Persoalan yang timbul, boleh ke ia menyerang manusia?

Secara amnya, kutu kucing tidak dapat hidup pada tubuh badan manusia tetapi boleh digigit semasa menangani kucing. Mereka hanya boleh menggigit terutama di kawasan buku lali, pergelangan kaki dan betis. Gigitan boleh menjurus kepada iritasi, ruam, alahan dan keradangan.

Air liur kutu kucing bersifat alergen yang boleh menyebabkan alergi pada kulit  yang disebut dermatitis. Gigitan kutu kucing pada manusia akan membuatkan rasa gatal dan membentuk benjolan kecil berwarna merah pada kulit. 

Serangan kutu kucing biasanya melalui karpet, selimut, sofa, cadar atau bantal yang diduduki oleh kucing yang dijangkiti kutu. Bagi mengelakkan daripada jangkitan menjadi lebih teruk, laksanakan dahulu langkah pembersihan untuk membasmi kutu kucing di dalam rumah.

1) Vakum
Bersihkan rumah dengan vakum sekurang-kurangnya empat (4) kali seminggu untuk menyingkirkan kutu dewasa dan telur kutu. Pastikan beg vakum dibersihkan dengan cermat bagi mengelakkan kutu membiak di dalam mesin vakum.

2) Cuci karpet
Basuh karpet, cadar, selimut dan bantal dengan air panas. Air panas mampu membunuh kutu dan telur kutu. 

3) Rendam dalam Basic H
Masukkan beberapa titis Basic H ke dalam rendaman kain dan biarkan seketika. Basic H bukan pencuci jenis toksik tetapi boleh matikan serangga kerana Basic H membolehkan air masuk ke saluran pernafasan serangga sehingga menyebabkan lemas dan mati.

Basih H juga boleh digunakan untuk membuang kutu pada kucing kesayangan anda. Berikut adalah caranya:
  1. Masukkan beberapa titik Basic H (3 titik memadai) ke dalam baldi/besen yang berisi air suam
  2. Masukkan kucing dan basahkan badannya menggunakan tangan
  3. Jangan selam atau basuh muka dia sebab kucing memang pantang
  4. Gosok dan garu tubuh kucing dengan air Basic H sampai rata
  5. Jangan terus bilas sebab nak bagi masa kutu kucing tu lemas dan mati
  6. Lepas seketika, bilas kucing untuk tanggalkan kutu
  7. Keringkan badan kucing
Atasi serangan kutu kucing pada kulit secara selamat dan berkesan

Jika diserang dengan kutu kucing, apa yang perlu anda lakukan adalah seperti berikut:

1. Cuci kawasan yang dijangkiti dengan sabun antibakteria atau Basic H yang semulajadi dan tidak bertoksik.

2. Basuh dengan menggunakan air sejuk bukan air panas atau air suam kerana ia akan memburukkan lagi rasa gatal pada bintik tersebut. Penggunaan ice pack juga dapat membantu mengurangkan bengkak gatal.

3. Lap kering dengan tuala yang bersih

4. Sapukan krim hydrocortisone atau losyen calamine untuk melegakan rasa gatal. Herbal blend juga dapat memberikan kelegaan pada kulit disamping selamat dari sebarang bahan kimia (tanpa steroid)

5. Ambil vitamin C untuk meningkatkan sistem imun bagi melawan rengsa pada kulit yang dijangkiti.   


Semoga Cik Bulu anda kekal sihat dan tuannya juga bebas daripada serangan kutu kucing yang boleh membawa kepada iritasi pada kulit dan parut. 

Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum ðŸ˜˜


HUBUNGI EBOO SEKARANG!


Follow me 👇





*PERHATIAN: Rujuk doktor veterinar untuk kucing anda dan doktor perubatan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan yang sewajarnya.

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.