5 Sebab Kenapa Perlu Pilih Youth Skincare

Friday, September 20, 2019 0 Comments A+ a-

Lambakan skincare di pasaran sama ada dijual secara online atau di toko² jamu sentiasa menjadi perhatian kesemua wanita masa kini. Siapa tak nak cantik kan? Sampaikan sanggup melabur beribu-ribu semata-mata nak nak kulit cerah, halus mulus bak mutiara. Tidak dinafikan setiap produk kecantikan menawarkan pelbagai keistimewaan dan jaminan terbaik untuk setiap pengguna²nya. Tetapi sebagai pengguna, anda haruslah meneliti dan mengambil langkah berjaga-jaga dalam memilih produk kecantikan yang berkesan dan selamat untuk penggunaan berterusan. 


Kupasan kali ini, disenaraikan LIMA (5) sebab kenapa anda perlu pilih produk kecantikan YOUTH™ sebagai BFF kulit anda.

Sebelum itu anda perlu tahu bahawa Youth™ merupakan produk kulit yang mempunyai KUALITI PREMIUM dan selaku solusi lengkap KECANTIKAN DALAMAN KE LUARAN. Penghasilan Youth™ adalah berasaskan bahan² semulajadi dan ia terbukti secara klinikal <KLIK 😍>

Berbalik kepada intipati utama, 5 Sebab Kenapa Perlu Pilih Youth Skincare?

1) Kerana Youth™ Sesuai untuk kulit ANDA!

Penggunaan skincare Youth™ sesuai untuk semua jenis kulit seperti:
  • normal (tiada masalah kulit)
  • jerawat
  • jeragat
  • parut hitam / parut berlubang
  • liang pori besar
  • whitehead / blackhead
  • kulit kusam
  • berkedut
  • lingkaran gelap bawah mata
  • terlalu berminyak / kering
  • kulit sensitif
Eboo pasti setiap dari kita mempunyai jenis kulit seperti yang dinyatakan 👆 Kebiasaannya, produk² penjagaan kulit yang sedia ada di pasaran mempunyai pelbagai set khusus untuk masalah kulit yang anda hadapi. Tetapi dengan Youth™ hanya 1 solusi untuk apa sahaja masalah kulit anda. 

Ini kerana Youth™ menggunakan bahan² semulajadi yang premium dan berkualiti tinggi seperti Muscadine Grape yang kaya dengan polifenol bagi memastikan kulit sihat dan menghalang kerosakan dari persekitaran. Selain itu, kandungan Youth™ Complex (iaitu vitamin dan nutrien) yang bantu menegangkan kulit serta mencegah serangan radikal bebas. 

Youth™ adalah produk penjagaan kulit bervitamin & bernutrisi yang menyerap ke setiap lapisan kulit bagi membantu merawat kerosakan yang berlaku. Ia dapat menunjukkan 100% perubahan dalam beberapa tanda penuaan pada kulit.

2) Kerana Youth™ Berkesan seawal 7 Hari 

Jaminan Youth™ boleh nampak kesan seawal 7 hari bergantung kepada masalah kulit yang dihadapi. Rata-rata kita mahukan kesan yang cepat untuk membuktikan bahawa produk itu berkesan. Ya, Youth™ skincare memang berkesan tak kira macamana keadaan kulit anda. Satisfaction guaranteed 👍 Paling penting kerajinan anda untuk melakukan rutin pembersihan kulit wajah setiap hari tanpa jemu bagi mendapatkan hasil yang diidamkan. 

Youth™ telah membuktikan keberkesanannya pada kulit rakyat Malaysia dari segi:
  • parut makin pudar
  • tekstur kulit semakin baik
  • tona kulit makin sekata
  • jeragat jadi pudar
  • pori-pori mengecil
  • kulit jadi lebih berseri (glowing)
  • kulit makin cerah sekata
Yang pasti, let the Youth™speak for itself 💆

3) Kerana Youth™ Ada Sesuatu yang Tiada pada Skincare lain

Setiap produk ada keistimewaannya begitu juga dengan Youth™ skincare 💓 Lagi best apabila Youth™ jadi sangat special kepada pengguna²nya sebab...
  • Youth™ dipasarkan selepas 8 tahun menjalani penyelidikan yang teliti. Makna kata Shaklee mengambil masa selama 8 tahun untuk menghasilkan Youth™ yang bermutu tinggi bersekali dengan 8 patern dan patern -pending
  • Diuji oleh pakar kulit (dermatologist) dan pakar mata (oftamologist). Maksudnya ia tidak merengsa atau beri ketidakselesaan pada kulit dan tak beri alahan pada mata
  • 100% vegan - Youth™ diekstrak daripada 100% tumbuh² 
  • Bersifat non-comedogenic - tidak menyumbatkan liang pori² makanya kulit dapat bernafas dengan baik
  • Bersifat hipoalergenic - selamat dan baik untuk kulit jenis alergik (alahan) / sensitif
  • Selamat untuk ibu hamil atau menyusukan dan boleh digunakan seawal 20 tahun


4) Kerana Youth™ Dibangunkan oleh Syarikat Nutrisi Bukan Syarikat Kosmetik

Kebanyakan produk² kecantikan dikeluarkan oleh syarikat kosmetik. Tetapi tidak bagi Youth™ yang telah dihasilkan oleh Shaklee selaku Syarikat Nutrisi No. 1 di USA. 

Shaklee dikenali sebagai syarikat yang mengeluarkan produk² kesihatan (suplemen & vitamin) untuk kesihatan tubuh yang optimum yang menerapkan  falsafah dan keistimewaan tersendiri iaitu:

SELAMAT . TERBUKTI . BERKESAN

Dengan itu, Shaklee tahu nutrisi penting yang diperlukan oleh kulit selaras dengan keperluan tubuh manusia. 

Setiap rangkaian produk Youth™ mengandungi bahan aktif semulajadi yang bukan sahaja membaik pulih struktur kulit (luaran) malah ia membekalkan nutrisi yang sepatutnya kepada kulit (dalaman) untuk menjadi sihat.

5) Kerana Youth™Selamat untuk Anda dan Alam Sekitar

Ini point paling penting dalam pemilihan produk kecantikan. Usah terlalu ghairah untuk kelihatan cantik sehingga membelakangkan keselamatan diri sendiri. Penggunaan bahan² kosmetik yang tidak diketahui tahap keselamatannya boleh membawa padah kepada pengguna²nya dalam jangka masa yang panjang. Ia bukan sahaja beri kesan kepada kulit, tetapi ia boleh meresap dan memberi impak yang serius terhadap kesihatan tubuh anda. 

Youth™ terbukti selamat kerana telah menjalani pelbagai tapisan keselamatan dan bebas dari bahan² kimia berbahaya seperti di bawah:
Seperti yang telah dinyatakan, produk Youth™ adalah 100% VEGAN (ekstrak tumbuh²an semulajadi) dan tidak diuji atau menggunakan sumber daripada haiwan (CRUELTY FREE).

Dengan itu, tiada sangsi untuk kita semua menggunakan produk Youth™ untuk apa sahaja masalah kulit yang dihadapi termasuk anda yang memiliki kulit yang semulajadi cantik (tanpa masalah kulit) 😍 

Patience & Consistency are the Keys to Success!


Anda boleh dapatkan rangkaian produk YOUTH® khususnya bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah kulit yang anda hadapi serta cara pemakaian yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘 

HUBUNGI EBOO SEKARANG!



Artikel berkaitan:
Ciri-ciri Kulit Sensitif dan Cara Menanganinya dengan Selamat