Showing posts with label Set Penjagaan Rumah. Show all posts
Showing posts with label Set Penjagaan Rumah. Show all posts

Cara Mengatasi Serangan Kutu Kucing pada Manusia secara Semulajadi

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang sangat disayangi Rasulullah S.A.W dan sekalian manusia. Gerak geri yang lincah dan comel mampu menambat sesiapa sahaja yang melihatnya. 

Tetapi, jika kucing yang dipelihara tidak dijaga dengan sempurna boleh memberi kesan kepada kulit manusia akibat serangan kutu kucing. Bukan manusia je ada kutu, kucing pun tak terlepas juga. Apakah cara untuk mengatasi serangan kutu kucing pada manusia? Permasalahan ini khusus untuk panduan pencinta-pencinta kucing (catlover) sekalian.

Kutu kucing atau Ctenocephalides felis merupakan sejenis parasit penghisap darah halus yang boleh dijumpai pada kucing. Persoalan yang timbul, boleh ke ia menyerang manusia?

Secara amnya, kutu kucing tidak dapat hidup pada tubuh badan manusia tetapi boleh digigit semasa menangani kucing. Mereka hanya boleh menggigit terutama di kawasan buku lali, pergelangan kaki dan betis. Gigitan boleh menjurus kepada iritasi, ruam, alahan dan keradangan.

Air liur kutu kucing bersifat alergen yang boleh menyebabkan alergi pada kulit  yang disebut dermatitis. Gigitan kutu kucing pada manusia akan membuatkan rasa gatal dan membentuk benjolan kecil berwarna merah pada kulit. 

Serangan kutu kucing biasanya melalui karpet, selimut, sofa, cadar atau bantal yang diduduki oleh kucing yang dijangkiti kutu. Bagi mengelakkan daripada jangkitan menjadi lebih teruk, laksanakan dahulu langkah pembersihan untuk membasmi kutu kucing di dalam rumah.

1) Vakum
Bersihkan rumah dengan vakum sekurang-kurangnya empat (4) kali seminggu untuk menyingkirkan kutu dewasa dan telur kutu. Pastikan beg vakum dibersihkan dengan cermat bagi mengelakkan kutu membiak di dalam mesin vakum.

2) Cuci karpet
Basuh karpet, cadar, selimut dan bantal dengan air panas. Air panas mampu membunuh kutu dan telur kutu. 

3) Rendam dalam Basic H
Masukkan beberapa titis Basic H ke dalam rendaman kain dan biarkan seketika. Basic H bukan pencuci jenis toksik tetapi boleh matikan serangga kerana Basic H membolehkan air masuk ke saluran pernafasan serangga sehingga menyebabkan lemas dan mati.

Basih H juga boleh digunakan untuk membuang kutu pada kucing kesayangan anda. Berikut adalah caranya:
  1. Masukkan beberapa titik Basic H (3 titik memadai) ke dalam baldi/besen yang berisi air suam
  2. Masukkan kucing dan basahkan badannya menggunakan tangan
  3. Jangan selam atau basuh muka dia sebab kucing memang pantang
  4. Gosok dan garu tubuh kucing dengan air Basic H sampai rata
  5. Jangan terus bilas sebab nak bagi masa kutu kucing tu lemas dan mati
  6. Lepas seketika, bilas kucing untuk tanggalkan kutu
  7. Keringkan badan kucing
Atasi serangan kutu kucing pada kulit secara selamat dan berkesan

Jika diserang dengan kutu kucing, apa yang perlu anda lakukan adalah seperti berikut:

1. Cuci kawasan yang dijangkiti dengan sabun antibakteria atau Basic H yang semulajadi dan tidak bertoksik.

2. Basuh dengan menggunakan air sejuk bukan air panas atau air suam kerana ia akan memburukkan lagi rasa gatal pada bintik tersebut. Penggunaan ice pack juga dapat membantu mengurangkan bengkak gatal.

3. Lap kering dengan tuala yang bersih

4. Sapukan krim hydrocortisone atau losyen calamine untuk melegakan rasa gatal. Herbal blend juga dapat memberikan kelegaan pada kulit disamping selamat dari sebarang bahan kimia (tanpa steroid)

5. Ambil vitamin C untuk meningkatkan sistem imun bagi melawan rengsa pada kulit yang dijangkiti.   


Semoga Cik Bulu anda kekal sihat dan tuannya juga bebas daripada serangan kutu kucing yang boleh membawa kepada iritasi pada kulit dan parut. 

Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum ðŸ˜˜


HUBUNGI EBOO SEKARANG!


Follow me 👇





*PERHATIAN: Rujuk doktor veterinar untuk kucing anda dan doktor perubatan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan yang sewajarnya.

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Tips Rumah Bersih dari Bahan yang Selamat dan Semulajadi

"Rumahku Syurgaku" atau "Home Sweet Home" biasa digunakan bagi menunjukkan bahawa di mana pun kita berada, pasti tak sabar-sabar nak balik ke rumah jugakan 😃

Kita pasti membayangkan suasana rumah yang bersih, segar dan kemas selepas seharian berada di luar. Bagi yang berkeluarga, bab kebersihan lagilah penting untuk pembesaran dan kesihatan anak-anak. 

Persoalannya, bagaimana untuk memastikan bahan-bahan cucian yang kita gunakan itu selamat dan semulajadi? 

Perkara ini sangat dititik beratkan bagi ibu-ibu yang mempunyai anak-anak yang mengalami alahan (allergy), ekzema ataupun lelah (athma).

Berita baik!

Shaklee bukan sahaja terdiri daripada rangkaian vitamin semulajadi, malah terdapat juga set penjagaan rumah yang selamat, berkesan dan mesra alam (semulajadi) yang dikenali sebagai Get Clean Shaklee.


Set Get Clean Shaklee terdiri daripada empat (4) produk (turutan kiri ke kanan):

Basic H2™ Organic Super Cleaning Concentrate

Satu botol Basic H2™ Organic Super Cleaning Concentrate boleh selesaikan macam-macam masalah di rumah dan yang paling best sekali tiada toksik! Ia merupakan pembersih serba guna dan berkuasa kerana mempunyai kepekatan berganda tetapi sungguh selamat digunakan serta  dilengkapi kuasa pembersihan yang tinggi untuk menanggalkan kotoran dan minyak dalam sekelip mata.

Kaedah mencuci secara semulajadi tanpa racun!
Fresh Laundry Concentrate
Sabun basuh baju yang sangat selamat untuk semua jenis fabrik serta berkesan tak kira panas/sejuk suhu air. Baunya tidak seharum dxxxy/sxxxxxxd tetapi sangat fresh dan nyaman baunya. Ia dirumus dengan enzim semula jadi, maka bukan sahaja membersihkan pakaian dengan lebih baik tapi juga tidak memudaratkan bumi.

Kebanyakan sabun basuh/serbuk pencuci ni mengandungi bahan perengsa yang boleh disedut atau diserap oleh kulit - punca lazim berlaku tindak balas alahan. Salah satu bahan perengsa yang biasa ada 👉 Triethanolaminedodecylbenzenesulfonate (tersenarai dalam bahan berbahaya oleh EPA dan DOT) Sentuhan dengan bahan ini boleh merengsakan dan membakar kulit dan mata. Jika terhidu, ia akan merengsakan hidung, tekak dan paru-paru hingga menyebabkan batuk, asma dan sesak nafas. Kulit yang kerap bersentuhan dengannya akan menjadi kering dan gatal serta mengalami masalah alergi kronik dan ruam.
Fresh Laundry Concentrate tiada sebarang bahan berbahaya!


Soft Fabric Concentrate
Pelembut pakaian/softener yang berbau segar dan sesuai untuk semua jenis fabrik yang boleh dibasuh. Ia berkesan mengelakkan pakaian daripada berkedut dan melekat pada badan akibat kesan statik. Rumusan berkepekatan tinggi (32 auns) ini mampu melembutkan 64 cucian. 

Rasai perbezaannya dengan hanya dengan sekali sentuhan!



Dish Wash Concentrate
Pencuci pinggan yang mesra alam ini tidak merengsa tangan kita sehingga menjadikan kasar atau mengelupas (pada yang allergic sabun). Hanya dengan beberapa titisan sahaja mampu menanggalkan timbunan minyak yang melekat pada pinggan mangkuk anda. Ramuan semulajadi tumbuh-tumbuhan yang diekstrak daripada jagung dan kelapa dengan buih sabunnya tahan lebih lama.

Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti diethanolamine (DEA) dan sodium dodecylbenzensulfonate. Kedua-dua bahan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata.
Pencuci pinggan yang lembut pada tangan!


Apa tunggu lagi?
Bertukarlah pada Set Penjagaan Rumah yang semulajadi lagi selamat dengan Set Get Clean Shaklee 💗



Cara untuk Dapatkan Set Get Clean Shaklee


Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum ðŸ˜˜


HUBUNGI EBOO SEKARANG!


Untuk pembelian terus, klik link berikut:



Follow me 👇👇👇




PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan/ set penjagaan rumah Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.