Showing posts with label OsteMatrix. Show all posts
Showing posts with label OsteMatrix. Show all posts

Cara Atasi Kejang Kaki (Tidur) ketika Hamil dengan Berkesan

Kaki kejang (cramp) atau bahasa famousnya simpul biawak/tarik mengkarung adalah situasi biasa berlaku kepada ibu hamil ketika tidur. Kebiasaannya gejala ini menyerang di bahagian kaki terutamanya ketika trimester kedua & ketiga. Ia disebabkan oleh pertambahan berat badan yang meningkat memberi tekanan kepada otot2 untuk menyokong. 

Kenapa ia terjadi?

Beberapa teori sebab berlakunya kekejangan otot terhadap ibu hamil ketika tidur, iaitu:
  • Suhu persekitaran pada waktu malam lebih sejuk menyebabkan fizikal tubuh yang tidak aktif melakukan regangan secara tiba-tiba boleh menyebabkan urat tergeliat
  • Keletihan otot  akibat dari pertambahan berat badan
  • Peredaran darah yang tidak lancar
  • Dalam darah terlalu banyak fosforus (terdapat dalam daging proses, makanan ringan dan minuman bersoda) manakala kalsium dan potassium pula terlalu sedikit 
  • Apabila uterus ibu mengembang, ini boleh memberi tekanan kepada saraf-saraf yang mengunjur daripada badan ke kaki

Apa perlu buat apabila kejang kaki?

Sekiranya berlaku kekejangan semasa tidur, regangkan otot serta-merta dengan luruskan kaki, perlahan-lahan bengkokkan (flex) buku lali dan jari-jari kaki ke arah anda. Memang sakit tapi terpaksa tahan sikit InsyaAllah akan beransur hilang nanti. 

Boleh juga legakan kaki kejang dengan urut otot atau guna hot pad/botol panas tuam perlahan-lahan. 

Berjalan perlahan-lahan seketika bagi meredakan ketegangan.




Tips elak kejang kaki

𝟷 Sebelum tidur, buat aktiviti regangan dengan berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.




𝟮 Lakukan senaman tapak kaki dengan membengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.




𝟯 Elakkan berdiri atau duduk dengan kaki bersilang untuk jangka masa yang lama. Pastikan posisi berdiri dan duduk adalah betul.





𝟰 Amalkan pengambilan makanan, vitamin dan mineral tambahan seperti Vitamin C, magnesium, potassium dan kalsium. Makan makanan yang kaya dengan magnesium seperti bijirin, kekacang dan buah-buahan kering. Pengambilan pisang disyorkan setiap hari kerana pisang kaya dengan potassium yang membantu mengurangkan kekejangan otot. Anda juga digalakkan untuk minum susu atau mengambil Ostematrix untuk mendapatkan kalsium yang mencukupi semasa hamil.


𝟱 Pastikan minum air pada kadar yang mencukupi supaya diri sentiasa terhidrat bagi mengelakkan kejang otot. 

Klik 👉 http://bit.ly/2iQUVx4

Tips! Amalkan memakai stokin semasa tidur untuk elakkan kesejukan pada waktu malam. 


Jom tonton pengakuan Pn. Suhaida dari Kedah mengenai masalah kejang kaki yang dialami setiap malam dan bangun pagi. Apakah penyelesaiannya?



Testimoni2 mereka yang tiada masalah kejang kaki lagi







Cara untuk Dapatkan Ostematrix Shaklee


Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘

HUBUNGI EBOO SEKARANG!


Follow me 👇





*PERHATIAN: Kepada para ibu, sila dapatkan konsultasi doktor jika alami kesakitan otot yang berterusan. 

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


Artikel berkaitan (Akan datang):

Cara Atasi Kaki Bengkak Semasa Hamil



Rahsia Gastrik Hilang secara Semulajadi

Gastrik merupakan suatu penyakit atau gejala perut yang menyebabkan anda berasa tidak selesa. Adakah cara yang berkesan untuk elakkan masalah gastrik datang menyerang? Pastinya setiap penyakit ada penyelesaiannya. 

Adakah anda sering berasa sakit atau tidak selesa pada bahagian tengah atas abdomen?

Perut berasa senak, berangin atau pedih?

Selainnya, anda akan berasa:
  • sakit ulu hati
  • rasa mual, loya dan muntah
  • perut berangin dan berbunyi2
  • asyik sendawa dan terkentut2
Bagi tahap yang lebih kronik, mereka akan alami muntah berdarah dan najis berwarna hitam 😨

Apa itu Gastrik?
Berdasarkan keterangan Dr. Mohd Faisal Jabar (Pakar Perunding  Pembedahan Laparoskopi), gastrik terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu:
  1. Gastritis - keradangan mukosa yang melapik perut
  2. Ulser perut/Peptik - Keradangan pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis)
Secara semulajadinya, perut kita mengeluarkan asid hidroklorik yang berfungsi untuk mencerna makanan. Asid hidroklorik sangat kuat dan  bersifat menghakis. Sebab itulah lapisan perut kita dilapisi dengan mukosa bagi mengelakkan terhakis.

Gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik dengan kekuatan lapisan pertahanan.

Lelaki 👨 lebih berisiko menghidap penyakit ini dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda daripada wanita 👩

Apa Punca Gastrik?
1 Makanan Pedas
Ia meransang lebih banyak rembesan asid perut untuk tujuan mencernakan makanan

2 Makanan @ Minuman masam
Meningkatkan kesan asid terhadap dinding perut

3 Makanan berminyak @ berlemak (kecuali menggunakan minyak zaitun)
Sukar untuk dihadam, menyebabkan lebih banyak asid perut akan dirembeskan untuk mencerna makanan

4 Merokok
Mengurangkan kecekapan Lower Esophogeal Sphincter yang berfungsi sebagai pintu pagar bagi membenarkan makanan masuk ke dalam perut dan menutupnya kembali

5 Minuman berkafein (teh @ kopi)
Mampu meransang rembesan asid perut

6 Penggunaan NSAIDS (non-steroidal anti inflammatory drugs)/Ubat Tradisional
Pengambilan yang berterusan dan kerap (contoh: aspirin) akan menyebabkan hakisan kepada dinding perut serta pengambilan ubat traditional/herba yang tidak diketahui kandungan sebenarnya

7 Stress/tekanan emosi
Ya! Stress boleh mengaktifkan aktiviti asid hidroklorik dalam usus kita

8 Jangkitan bakteria H.Pylori
Bakteria ini boleh menyebabkan dinding perut luka (gastrik ulser)

⛔ Tabiat suka skip main meal (breakfast/lunch/dinner) atau melambat2kan waktu makan juga merupakan punca gastrik menyerang.

Apa Cara Atasi Gastrik?
✅ Berhenti merokok

✅ Berhenti mengambil ubat tahan sakit

✅ Amalkan pemakanan yang sihat dan diet yang teratur

✅ Elakkan makanan yang masam, pedas, bercili, berempah dan banyak bahan pengawet

✅ Sekiranya berpuasa, pastikan bersahur

✅ Makan sedikit tetapi kerap

✅ Kurangkan minuman berkafein dan berkarbonat

✅ Banyakkan minum susu kerana susu bersifat alkali dan mengurangkan keasidan perut

✅ Kurangkan makanan berangin

✅ Berhenti mengambil minuman beralkohol

Untuk penghidap gastrik kronik, dapatkan rawatan & khidmat nasihat pakar perubatan. Doktor akan cadangkan pengambilan ubat yang menghalang penghasilan asid ataupun ubat penghalang asid (acid blocker) untuk mengurangkan pembebasan asid ke dalam saluran pencernaan.

Doktor juga mungkin akan jalankan ujian x-ray untuk melihat lapisan perut, ujian darah untuk mengenal pasti sekiranya anemia akibat pendarahan dalam perut, stool test untuk mengesan jika ada darah dan jangkitan bakteria serta rawatan membasmi bakteria H. pylori sekiranya sah terdapat jangkitan.

PERHATIAN!
Gastrik yang kronik serta tidak mendapatkan rawatan sewajarnya boleh mengundang kepada kanser perut.

Ikhtiar Gastrik dengan Vitamin Shaklee
Anda boleh berusaha dengan mengamalkan suplemen/vitamin semulajadi daripada Shaklee. 

Kombinasi produk Shaklee untuk masalah gastrik terdiri daripada:

ESP
Membantu m
eneutralkan keasidan dalam perut kerana mempunyai sumber protein soya non-GMO yang tinggi sifat kealkaliannya

Ia juga membantu
membina sel-sel baru dengan menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat hakisan asid hidroklorik yang menghakis dinding perut

Bonus! Dapat extra kulit cantik dan jadual period yang teratur 😍

Ostematrix
Lengkap dengan kalsium, magnesium dan vitamin D yang bersifat alkali sangat membantu
mengurangkan keasidan dalam perut
Mengurangkan rasa pedih ulu hati dengan cara menaturalkan asid yang memasuki esofagus

B complex
B Complex amat membantu dalam proses sintesis DNA, menguruskan tekanan dan membina tenaga dalam proses metabolisma

B Complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B (Vitamin B1 Tiamin, Vitamin B2 Riboflavin, Vitamin B3 Niacin, Vitamin B6, Folate,Vitamin B12 Cynocobalamine, Biotin dan Panthothenic Acid) yang diperlukan oleh tubuh bagi
menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang dari badan setiap hari akibat dari tekanan kerja, alkohol dan ubatan preskripsi

Peppermint Ginger Plus
Kajian klinikal menunjukkan pengambilan halia sebagai makanan tambahan dapat membantu mengurangkan masalah sebu, senak perut dan menyingkirkan angin dalam badan
Mengurangkan rasa tidak selesa akibat masalah penghadaman

TIPS! Untuk rasa yang lebih menyegarkan, rendamkan 3 biji Peppermint Ginger Plus dan minum airnya. Rasa herba yang sejuk mengegarkan tekak dan melegakan ketidakselesaan perut serta pedih ulu hati

Mari dengarkan keluhan Pn. Farahana yang mengalami masalah gastrik kronik lebih 10 tahun. Secara tak sengaja dengan pengambilan Set Pantang Shaklee, gastrik beliau hilang ntah kemana walaupun makan tak ikut masa 😍


Testimoni2 mereka yang gastrik tak serang dah!


Cara untuk Dapatkan Set Gastrik Shaklee

Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘

HUBUNGI EBOO SEKARANG!



Untuk pembelian terus, klik link berikut:



Follow me 👇




*PERHATIAN: Kepada yang mengalami masalah gastrik kronik, sila dapatkan khidmat nasihat doktor pakar dengan segera.

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

OsteMatrix


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

OSTEMATRIX


PROMOSI APRIL 2014

BUY 6 FREE 1
Harga per botol: RM61

Beli 7 botol= RM427

Tapi, sekarang anda beli 7 dengan harga RM366 sahaja!

JIMAT RM61


TANYA SAYA SEKARANG!

SMS/WHATSAPP ke 011 15726201
atau
EMAIL ke serimuslimahdotcom@gmail.com