Cara Mengatasi Masalah Resdung Muka Berjerawat dengan Berkesan dan Semulajadi

Tuesday, November 07, 2017 0 Comments A+ a-

Resdung adalah satu masalah yang popular di kalangan kita. Kebiasaannya jika kita mengalami gatal-gatal (pada muka, mata, hidung, telinga, kepala), hidung berhingus atau tersumbat, mata berair, sakit kepala, jerawat di muka/belakang badan, bersin-bersin merupakan simptom lazim kepada masalah resdung. 

Bagaimanakah resdung menyebabkan kulit wajah berjerawat?

Kenali Apa itu Resdung & Jerawat

Resdung adalah penyakit hidung yang disebabkan oleh radang pada selaput sinus yang berpunca daripada alahan (habuk, makanan, parasit) atau perubahan cuaca. 

Jerawat pula adalah sejenis penyakit kulit yang kronik akibat daripada liang kulit atau liang roma yang tersumbat dan memerangkap kotoran. Jerawat terbentuk di dalam lapisan kulit disebabkan oleh ketidak seimbangan hormon, persekitaran, dan tekanan.

Kedua-duanya saling berkait dimana resdung akan membuat kulit menjadi gatal dan kita akan menggaru dengan kuku. Kuman dari kuku akan melekat pada wajah. Di tambah dengan serangan virus resdung dari bawah kulit menyebabkan jerawat akan tumbuh dengan cepat. 

Lebih kronik apabila virus resdung menyerang secara berterusan akan menyebabkan struktur kulit kita rosak dan liang–liang roma kulit tertutup. Akibatnya jerawat akan terbentuk apabila wajah anda penuh dengan kulit mati dan kotoran dari udara.


Simptom Resdung:
  • hidung selalu tersumbat
  • kerap bersin dan banyak lendiran dalam hidung dan tekak
  • selalu rasa sakit dan berat di muka terutamanya bahagian mata
  • sakit tekak berpanjangan dan berulang
  • jerawat di muka dan badan
  • nafas berbau
  • kulit kepala berkelumumur, gatal dan rambut gugur
  • selalu sakit kepala (migrain)
  • demam atau rasa tak selesa akibat tanda-tanda di atas

Antara komplikasi kronik penyakit resdung adalah:
  • Masalah jerawat kronik
  • Alahan hidung atau hidung sensitif 
  • Selsema yang teruk
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
  • Jangkitan otak (meningitis)

Pantang Larang Resdung dan Jerawat

  1. Elakkan makan makanan seperti seafood (udang, sotong) dengan kerap kerana ia merangsang kegatalan pada kawasan resdung
  2. Elakkan makanan berminyak, berlemak, bergula tinggi kerana ia semua merangsang penghasilan kalenjar minyak yang menyebabkan kulit lebih sensitif
  3. Elakkan minuman berkafein (kopi, nescafe, teh) sebab hama resdung sangat aktif dengan kafein
Apa yang Perlu Anda Lakukan? 
  • Minum air masak dengan banyak dan kerap (min. 3 liter)
  • Makan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C dan sayuran dan sumber mineral
  • Bersihkan muka dengan kerap dan guna pencuci muka maksimum 2 kali sehari sahaja


Apakah cara terbaik untuk atasi resdung muka berjerawat dengan berkesan?

Pengalaman eboo sendiri yang mengalami masalah kulit muka berjerawat sejak di bangku sekolah lagi. Pelbagai ubat (antibiotik) dan cleanser untuk atasi masalah jerawat dah cuba tapi kesannya hanya sementara. Tambah-tambah lagi memang punya simptom resdung yang nyata dan jelas 😂😂😂 

Arwah ayah eboo penah cakap, "Masalah jerawat kamu ni kene rawat dari dalam". Sampai ke hari ini eboo ingat kata-kata beliau. Tak putus asa cari solusi dan akhirnya pada umur 30 tahun baru eboo temui penawar yang terbaik dan berkesan. Walaupun pada umur sekarang, jerawat tidak seaktif zaman remaja tetapi ia memberi kesan yang amat memuaskan. 

Shaklee Penawar Terbaik dan Berkesan

Eboo amalkan vitamin-vitamin berikut untuk tujuan penyusuan tapi kesannya lebih dari apa yang diharapkan 😍


Vitamin C
  • Bertindak sebagai anti-histamin tanpa perlu alami side effect daripada pengambilan drugs anti-histamin
  • Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit
  • Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh
  • Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna

B Complex 
  • Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan
  • Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka
  • Membantu dalam membina protein dalam tubuh
  • membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati

Alfalfa Complex
  • Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis)
  • Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis)
  • PERHATIAN! mereka menghidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen
Apa yang pasti set vitamin Shaklee adalah semulajadi dan bebas dadah. Semua produk shaklee berasaskan alam semulajadi yang dijamin selamat serta berkesan untuk jangka masa panjang. 

Mari kita lihat kisah Ummi Zainab yang alami masalah resdung dan berjerawat dan apakah penyelesaiannya.


Saya Ummi Zainab Mohamad, Nama glemer di Fb Ummi Ussi (Cik Zai). Sebelum ini tak pernah kenal apakah itu Shaklee. Tak pernah tahu dan tak pernah diberitahu walaupun saya yang sangat aktif berinternet. Sehinggalah satu hari, saya ke hospital dan diperkenalkan oleh seorang Doktor. Langkah kanan gamaknya masuklah bilik No.1 dan saya menceritakan segala masalah saya kepada doctor tersebut . Tq yer doc !

Ok dipendekkan cerita, setelah diperkenalkan melalui flyer shaklee yang doc bagi saya tak mencuba terus sehinggalah saya tengok banyak suplemen di rumah saudara saya. So dia pulak menceritakan kebaikan Shaklee kepada saya. Ingat lagi suplemen first saya cuba adalah Alfalfa Complex.

Saya diberitahu Alfalfa Complex ni sesuai untuk penyakit resdung. So saya cubalah. Alhamdulilah memang menakjubkan kegatalan dimuka, hidung, lelangit, telinga kembali berkurang dan sembuh dengan sekelip mata. Kalau dulu saya peruntukkan hampir RM 300.00 untuk settle masalah resdung saya ni (facial muka, berbekam, beli batang rokok resdung) tetapi dengan Alfalfa Compex saya hanya peruntukkan RM 53.75 (harga bukan ahli) yang kuantiti sebanyak 330 biji. Bonusnya lagi masalah keputihan dan masalah dalaman saya semakin pulih dan hilang terus .. Menakjubkan !!!

Sejak dari sebotol Alfalfa Complex saya mula yakin bersama Shaklee. Saya semakin rajin google dan mencari input2 dan sharing/testimoni dari pengguna dan kebaikan dari suplemen shaklee.

Ok Settle masalah resdung & keputihan. Saya fokus untuk kecantikan kulit muka pula. Muka saya dulu teruk (kusam, bernanah, sensitif, berparut dan berjerawat). Untuk masalah itu, saya mula mencuba set kecantikan kulit muka. Saya pernah cuba suplemen ESP, Vivix, Vitamin C, Vitamin E, Alfalfa Complex, B-Complex, Omega Guard, Herblax dan set skincare pula saya memilih Skincare Enfuselle (masa itu saya pakai sebab kulit muka teruk) sekarang dah takde jerawat saya kembali setia dengan Set SkinCare Nutriwhite (Kulit dah kelihatan normal dah). Memang banyak saya guna suplemen shaklee tetapi saya tak beli semua sekaligus la. Ada duit saya topup sikit untuk suplemen. Saya laburkan untuk diri saya sendiri. Semua BERJAYA kerana saya KOSISTEN guna selama 2 tahun.

Alhamdulilah, Allah dah temukan saya dengan suplemen yang sangat berkualiti dengan ujian klinikal yang terbaik dan ia sangat sesuai dengan diri saya. Tahniah untuk diri saya sendiri dan juga untuk berjuta-juta pengguna/testimoni lain yang telah berjaya bersama Shaklee.

Yang masih ragu-ragu dengan shaklee. Cuba dulu.. Alami sendiri.. Jangan buat andaian sebelum mencuba. Apa-apapun semoga testimoni ini memberi manfaat pada semua.

Bersin tak berenti sampai terkeluar darah dari hidung 👇

Cara untuk Dapatkan Set Resdung Shaklee

Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘


HUBUNGI EBOO SEKARANG!


Follow me 👇





PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Artikel menarik: