Cara Menangani Pendarahan di Bawah Kuku Sehingga Tumbuh Kuku yang Sihat

Tuesday, December 19, 2017 0 Comments A+ a-

Kuku merupakan salah satu anggota tubuh yang perlu penjagaan rapi. Kuku perlu sentiasa pendek dan bersih bagi mengelakkan kuman, bakteria bermaharajalela di celah-celah kuku yang mana boleh menyebabkan diarrhea (cirit-birit).

Tapi pernahkah anda alami kesakitan yang luar biasa apabila kuku tersepit,  tersadung batu/objek keras atau benda terjatuh ke atas kaki sehingga menyebabkan pendarahan di bawah kuku? Jika kecederaan ini serius, kuku akan membengkak dan sangat sakit. Bagaimana nak rawat dan pastikan kuku sentiasa sihat?

Kuku berdarah atau dalam bahasa perubatan disebut Subungual Hematoma iaitu di mana terjadinya pendarahan bawah kuku. Jari akan berasa sakit berdenyut-denyut akibat daripada pembengkakan dan pendarahan yang ditekan oleh kuku. Lama-kelamaan, darah tersebut akan mengering sehingga menyebabkan kuku berwarna kehitaman. 

Jika darah terlalu banyak, maka darah tersebut akan menyebabkan kuku terangkat dan tercabut sendiri, dan dalam beberapa bulan kemudian kuku baharu akan tumbuh. 

Walau bagaimanapun, pendarahan di bawah kuku jangan dipandang remeh kerana jika tidak dirawat boleh menyebabkan jangkitan (infection) pada kuku tersebut.


Punca berlakunya pendarahan bawah kuku
  • Termukul jari dengan benda keras seperti tukul besi
  • Tersepit jari di pintu
  • Terjatuh benda berat atas kaki
  • Tersepak jari pada batu/benda keras (kerusi/meja)
  • Mendaki bukit/gunung atau melakukan aktiviti lasak
  • Bersukan

Apa yang boleh anda lakukan di rumah jika mengalami pendarahan di bawah kuku?

Berikut adalah tindakan-tindakan yang boleh dilakukan bagi mengelakkan jangkitan pada kuku menjadi lebih teruk:

𝟏. Bagi mengurangkan rasa sakit dan bengkak, angkat kuku pada kaki/tangan yang berdarah dan letakkan ais selama 20 minit. Anda perlu balut ais dengan kain yang bersih dan tekapkan pada kuku yang cedera. Ini bertujuan untuk mengurangkan bengkak dan radang serta bantu berhentikan pendarahan.

𝟐. Bersihkan kuku dengan cecair antiseptik atau alkohol sebelum dicucuk dengan jarum yang telah disterilkan (pada hujung kuku). Ia bertujuan untuk membantu mengeluarkan darah yang terkumpul di bawah kuku serta dapat mengurangkan rasa sakit. Tindakan ini juga dapat mencegah kuku daripada tercabut.

𝟑. Setelah darah sudah dikeluarkan, luka yang dicucuk tadi perlu disapu dengan ubat antibiotik dan dibalut dengan band-aid.

Seterusnya, pastikan tanda-tanda jangkitan pada kuku tidak berlaku. Jika terdapat simptom-simptom berikut, terus ke klinik untuk rawatan lanjut.
  • demam
  • kuku terasa hangat apabila disentuh
  • terdapat jalur-jalur/garis merah pada kuku
  • nanah keluar dari kuku

Pencegahan adalah lebih baik dari mengubati. 

Langkah-langkah pencegahan berikut perlu dititik beratkan:
  • Pakai kasut yang sesuai, tidak terlalu longgar/ketat. Terutamanya jika melakukan senaman atau aktiviti-aktiviti lasak seperti hiking
  • Jika bermain bola/tenis, cuba bermain di kawasan yang rata kerana ia bantu mengurangkan geseran antara kaki dan kasut.
  • Jika salah satu jari bermasalah/sakit, balutkan jari yang sakit bersama jari sebelahnya untuk kurangkan geseran.
  • Jika bekerja di tapak pembinaan/warehouse, lindungi kaki anda daripada kecederaan dengan memakai kasut but yang keras.

Perhatian! Jika anda penghidap kencing manis (diabetes), kuku yang dijangkiti boleh merebak ke tisu yang lebih dalam seperti tulang terutamanya jika tidak dirawat dengan betul. Anda lebih mudah terdedah kepada jangkitan, maka perlu diberi perhatian lanjut.

Bagaimana untuk pastikan kesihatan kuku terjaga atau untuk mempercepatkan pertumbuhan kuku baharu?

Melalui pemakanan yang mengandungi unsur-unsur vitamin yang penting untuk kuku seperti berikut:

Vitamin A - kuku terbentuk daripada segumpulan protein iaitu, keratin yang berfungsi untuk pertumbuhan kuku dan mengelakkan kuku kering. Contohnya seperti labu, betik, bayam, aprikot, sayuran hijau dan produk tenusu

Vitamin B - bantu menjaga tekstur kuku dan melindungi daripada jangkitan bakteria. Selain itu menguatkan dan mengelakkan kerapuhan kuku (biotin). Contohnya seperti bijirin, kekacang, susu, keju, telur, ikan dan daging

Vitamin C - Kolagen dalam Vitamin C bantu kukuhkan struktur kuku dan mengelakkan kuku kering/kusam. Ia juga membantu meningkatkan kadar serapan zat besi (iron). Contohnya seperti lemon, orange, bronkoli, kubis dan asparagus

Vitamin D & Kalsium - bantu pembentukan keratin (seperti vitamin A) supaya kuku jadi kuat dan tak mudah patah. Contohnya seperti salmon, tenggiri, kuning telur, keju dan susu

Vitamin E - melembap dan melembutkan kulit di sekitar kuku supaya tekstur kuku tetap kuat. Contohnya seperti sayuran hijau, almond, biji matahari dan kacang tanah

Vitamin K & Iron - mengelakkan kuku daripada mudah rapuh (brittle) dan patah. Iron dapat membantu perumbuhan kuku baharu dengan lebih cepat. Contohnya seperti sayuran hijau, plum, timun dan kacang peas

Protein - Sangat penting untuk pertumbuhan kuku yang lebih sihat. Contohnya seperti ikan, daging, ayam, telur dan kekacang


Pemakanan yang sihat bersama nutrien yang penting dapat memenuhi keperluan seluruh anggota tubuh termasuklah untuk kuku yang kuat dan sihat 💅💅💅

Dimudahkan cara untuk anda peroleh kesemua nutrisi dengan pengambilan suplemen Shaklee 👇

Banyaknya 😬 
Perlu ke ambil kesemua vitamin?

Jangan risau. Kesemua vitamin bukan sekadar menyelesaikan masalah kuku sahaja tetapi merangkumi keperluan nutrien seluruh tubuh badan kita. 
Nak cantikkan kuku, tetiba tercantik pulak kulit & rambut, badan jadi lebih bertenaga, tak mudah sakit (batuk, demam, selsema) dan macam-macam lagi.
Eboo sedia bantu dan mencadangkan ikut keperluan dan kondisi anda ✌

Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘

HUBUNGI EBOO SEKARANG!



Follow me 👇





*PERHATIAN: Sila dapatkan rawatan dan konsultasi doktor dahulu untuk kecederaan pada kuku. 

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.