Jana Pendapatan dengan Mudah dari Rumah

Saturday, December 09, 2017 0 Comments A+ a-

Dunia kini, kaum ibu terutamanya pasti mengimpikan untuk berada di rumah sahaja berbanding di pejabat. Tuntutan kehidupan masa kini memerlukan kaum ibu turut mencari rezeki di luar bagi menyara kehidupan keluarga. 

Untungnya dengan teknologi masa kini, para ibu mampu menjana pendapatan dengan mudah sambil menjaga anak, melakukan kerja-kerja rumah dengan hanya beroperasi dari rumah.

Sebelum eboo teruskan bagaimana untuk menjana pendapatan hanya dari rumah, apakah alasan-alasan yang biasa kita selaku ibu-ibu ni berikan untuk memilih 'huru-hara' di rumah bersama anak-anak dengan usaha untuk duit masuk?

𝟙 Tuntutan kerja yang memerlukan komitmen yang tinggi sehingga perhatian terhadap keluarga sangat terhad.

𝟚 Kekangan daripada pusat asuhan/penjaga/kesihatan si anak yang memerlukan perhatian sepenuhnya.

𝟛 Gaji kerja hakiki tidak mencukupi untuk menanggung kos sara hidup yang kian meningkat.

𝟜 Usaha untuk mengubah taraf hidup menjadi lebih baik bagi merealisasikan impian sendiri, keluarga dan beramal kepada insan yang memerlukan.

𝟝 Minat berbisnes dan mencari ruang untuk lebih banyak menjalin ukhuwah serta memberi perkhidmatan sesama manusia.

Sebenarnya, terbuka banyak peluang bisnes untuk semua terutamanya kaum ibu walaupun hanya selaku pengurus rumah tangga. Dengan adanya kemudahan internet, laptop/desktop, smartphone semuanya di hujung jari, tidak mustahil untuk dilaksanakan. Si ibu tidak perlu keluar rumah, hanya online bila-bila masa kita nak. Pokok-pangkalnya, semangat dan komitmen terhadap bisnes itu berterusan dan konsisten. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Kurangkan beralasan kerana hidup kita akan berubah, bila mana kita buang 1 perkataan iaitu 'NANTILAH'. Maka 'BERTINDAKLAH SEKARANG

Jom, kita tengok peluang yang terbentang luas untuk menjana pendapatan dari rumah.

(1) Dropship
Model perniagaan tanpa modal dan tak perlu simpan stok menjadi pilihan popular di kalangan wanita kerana kadar risiko yang rendah. 

Tugas anda hanya sebagai orang tengah untuk melakukan sales & marketing. Penyimpanan stok serta proses penghantaran kepada pembeli semuanya diuruskan oleh pihak pembekal (supplier). Mudah bukan?

Tapi, perlu selidik dan ambil tahu berkenaan pembekal barangan yang ingin anda jual kerana barang dari pihak pembekal dan anda hanya selaku orang tengah yang menguruskan proses transaksi bayaran. Seterusnya pihak pembekal yang akan menghantar barang kepada pembeli.


(2) Berniaga Produk Fizikal
Mungkin ada dikalangan anda yang gemar kepada produk-produk fizikal seperti tudung, baju, makanan, kek/pastri, alat kosmetik/skincare, permainan, produk kesihatan dan macam-macam lagi.

Bisnes sebegini memerlukan modal yang agak besar, ruang penyimpanan stok atau lokasi yang sesuai untuk berniaga. 


(3) Ejen Insurans/Unit Trust
Memiliki insurans telah menjadi trend dan 1 keperluan masa kini. Anda yang minat dengan perihal kewangan boleh memilih untuk menjadi sebahagian daripada komuniti ejen insurans ataupun unit trust

Peluang agak cerah dan terbuka luas bagi anda yang masih muda/baru habis belajar untuk berkongsi ilmu dengan rakan-rakan lain berkenaan merancang kewangan. Anda bebas untuk bergerak dengan tetapan masa yang fleksibel.


(4) Freelancer
Bagi anda yang memiliki pengalaman dan skill tertentu, membuat kerja-kerja freelance akan dibayar mengikut hasil kerja yang dilakukan. 

Contoh-contoh kerja freelance seperti:
  • Penterjemah (translator)
  • Proofreader
  • Penulis/Copywriter
  • Pereka grafik
  • Web developer
  • Data entry
Sebelum menerima sebarang kerja freelance, pastikan ada agreement (black and white) yang ditandatangani bagi memastikan hasil kerja anda berbaloi dan bayaran diterima.


(5) Network Marketing

Atau lebih dikenali sebagai Multi-Level-Marketing (MLM). Bisnes seperti ini memerlukan anda berdaftar sebagai agen di syarikat yang dipilih.

Kebanyakan syarikat MLM menawarkan produk-produk kesihatan/cosmetic/skincare seperti Shaklee, Herbalife, Amway, Hai-O dan macam-macam lagi.

Istimewanya bisnes MLM ini adalah anda berpeluang mendapat pendapatan daripada untung runcit dan bonus bulanan.

Selain daripada itu, anda layak untuk menerima bonus kereta, trip percuma, insentif kenaikan pangkat dan banyak lagi.

Lazimnya masyarakat agak skeptikal dengan perniagaan seperti ini. Tetapi, selaku masyarakat yang celik scammers, anda perlu kaji dan siasat latar belakang syarikat MLM yang dipilih supaya tidak menjadi mangsa keadaan.

Kalau tanya eboo, eboo memilih produk kesihatan yang dijamin selamat, berkesan dan semulajadi (boleh membantu ramai orang yang memerlukan) disamping strategi pemasaran yang adil & saksama (bukan sistem piramid yang mana orang bawah kerja keras yang di atas goyang kaki). 


Kalau nak tau lebih lanjut mengenai bisnes yang super ohsem lagi lumayan, jemput baca 👉 Kenapa Perlu Buat Bisnes Ini?


Agak-agak nampak dah pilihan bisnes untuk jana pendapatan dengan mudah dari rumah? 😊😊😊

Akhir kata, 
Hasil masa depan ditentukan oleh tindakan kita pada hari ini. BERTINDAKLAH!

Berminat untuk sertai Eboo dengan bisnes Shaklee?

HUBUNGI EBOO SEKARANG!


Follow me 👇





Tips Bisnes Berkaitan:
5 Tips Buat Duit Online sambil Bekerja @ Belajar 
Cara Buat Bisnes Tanpa Modal dan Tak Perlu Simpan Stok