Cara Mengatasi Rambut Gugur Selepas Bersalin dengan Berkesan

Wednesday, January 31, 2018 0 Comments A+ a-

Sekali sikat, tuuuu dia rambut segenggam. Bila mandi cuci rambut, penuh rambut gugur dekat saluran air. Ini adalah masalah yang sering dialami oleh ibu selepas melahirkan/bersalin. Ia merupakan suatu masalah yang agak kronik juga bila mana rambut gugur ada di mana-mana dalam rumah.

Apakah punca kepada masalah rambut gugur ini dan bagaimanakah penyelesaiannya? Mari kita dapatkan jawapan selanjutnya.

Setiap dari kita tak kira lelaki atau wanita pasti mengalami masalah keguguran rambut sama ada teruk atau tidak. Untungnya wanita kerana kebanyakan berambut panjang, manakala bagi lelaki ia memang mengganggu penampilan individu itu sendiri. Fokusnya kepada para ibu selepas bersalin. 

Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu lepas bersalin boleh hilang antara 50 – 100 urat rambut setiap hari.
Masalah keguguran rambut bagi ibu-ibu adalah normal. Orang tua kaitkan bila bayi mula menyebur, siap sedialah ibu untuk berhadapan dengan masalah keguguran rambut yang kronik! Secara logik, tiada kaitan sebenarnya tetapi merujuk kepada umur bayi ketika itu, 2-3 bulan (sudah pandai main air liur) hormon si ibu mengalami suatu fasa di mana paras hormon estrogen mengalami penurunan mendadak ke paras normal. Ketika mengandung, kandungan estrogen adalah tinggi menyebabkan scalp rambut jadi kuat dan sihat dan mudah tumbuh baru. Tetapi selepas bersalin, akar rambut jadi longgar dan mudah gugur akibat daripada penurunan hormon estrogen.

Terdapat juga punca-punca lain seperti:

Faktor pemakanan: Pengambilan makanan proses/tiada khasiat boleh menyumbang kepada masalah rambut gugur. Rambut yang subur dan sihat diperoleh daripada kecukupan nutrien penting seperti zink, iron, protein dan mineral lain untuk elakkan rambut kusam dan rosak

Tekanan & kurang rehat: Peranan ibu selepas bersalin memang penat dan tidak cukup rehat dan boleh menjadi tekanan (stress). Dengan itu, vitamin B (anti-stress) sangat-sangat diperlukan sekaligus merupakan nutrien penting bagi kesihatan rambut

Penggunaan syampu yang tidak sesuai: Kebanyakan syampu yang ada di pasaran mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan struktur rambut

Tindakan yang perlu ibu lakukan/amalkan

1) Teruskan pengambilan makanan yang seimbang dengan nutrien yang mencukupi hasil daripada amalan makanan/suplemen yang kaya dengan zink, iron, protein dan vitamin B

2) Minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari bagi melembapkan kulit kepala dan mengelakkan kelemumur

3) Dapatkan rehat yang cukup dan kawal tekanan dengan baik

4) Elakkan membuat rawatan rambut yang menggunakan bahan-bahan kimia yang boleh merosakkan lagi struktur rambut dengan lebih teruk (mewarna, kerinting, rebonding) atau pakai wig (rambut palsu)

5) Sikat rambut dengan lembut dengan menggunakan sikat yang soft dan bergigi jarang ketika rambut kering

6) Pilih syampu yang berasaskan tumbuhan semulajadi dan selamat dari bahan kimia seperti Set Pro Sante

7) Jika anda/suami tidak kisah, potong rambut jadi pendek supaya mudah diurus dan dapat kurangkan masalah keguguran rambut

Perhatian! Jika masalah keguguran rambut terlalu serius, dapatkan khidmat nasihat daripada pakar perubatan bagi memastikan sama ada adakah itu petanda kepada penyakit ‘Postpartum Thyroiditis'
Suplemen untuk Masalah Rambut Gugur

Setiap masalah yang kita alami pasti bersangkutan dengan cara makan seharian. Bagi mengatasi masalah rambut gugur ini, bukan sahaja penjagaan luaran (rambut) tetapi dalaman juga perlu dibaik pulih dahulu.

Ibu-ibu boleh memilih sama ada mendapatkan Set Lengkap Selepas Bersalin atau pun hanya untuk fokus kepada masalah rambut gugur seperti berikut:
 Set Dalaman untuk Rambut Gugur
Klik pada gambar untuk belian terus ☝

Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum ðŸ˜˜

HUBUNGI EBOO SEKARANG!


Follow me 👇



Jika berminat untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Shaklee kami, jom daftar dengan klik sahaja gambar di bawah 👇👇👇

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.