Cara Menegangkan Kulit Muka Kendur (Saggy) dengan Semulajadi

Wednesday, February 21, 2018 0 Comments A+ a-

Balik kampung jumpa mak. Tenung muka tua mak lama-lama. Walaupun kulit muka kelihatan kendur dan berkedut tapi wajah mak tetap manis dan ceria dengan kepulangan anak-anak tercinta. Bila difikir-fikir, sebagai wanita dan ibu takkan terkecuali menghadapi masalah kulit kendur sejajar dengan peningkatan usia. Zaman moden sekarang, ramai juga ibu-ibu yang tak kalis dek usia. Ada yang nampak ibu dan anak dah macam adik beradik dah. Kulit wajah yang kalis tua memang menjadi igauan setiap wanita di muka bumi ini. Persoalannya, bagaimana nak atasi kulit muka menjadi kendur apabila usia kian meningkat?

Berdasarkan gambar πŸ‘†, ada ke antara kita puas hati dengan kulit muka seperti di bahagian kanan sekali tu? πŸ˜‚ Benar, kita akan merasai tua tapi kulit kita boleh mengurangkan tampak tua dengan cara yang betul, InsyaAllah.

Kalau kat Korea, kendur sana sini boleh buat plastic surgery kan so tegang balik. Tapi kita selaku umat Islam, terimalah seperti yang telah dikurniakan dan usah diubah tapi kita boleh perbaiki untuk kecantikan yang semulajadi.

Jom kenal pasti Punca Kulit Muka Kendur

Faktor Penuaan dan Perubahan Hormon
Apabila usia semakin meningkat, penghasilan kolagen dan elastin semakin berkurang dan ini menyebabkan kulit tidak anjal seperti kulit bayi. Perubahan hormon juga memainkan peranan pada struktur kulit dimana penghasilan hormon estrogen semakin berkurang sejajar dengan penambahan usia terutamanya yang telah menopause


Terdedah pada Matahari dan Sinaran UV
Sering terdedah pada sinaran UV menyebabkan kulit cepat nampak tua. Ini kerana kulit akan mudah kering dan menghasilkan garis-garis halus dan kedutan. Sinaran UV yang boleh kena pada kulit selain matahari adalah lampu di dalam rumah dan ini boleh menyebabkan sel-sel kulit rosak serta kandungan kolagen dan elastin lebih cepat menyusut produktivitinya. Ini semua menyumbang kepada kulit cepat kendur, kedut dan nampak tua.


Kurang Minum Air
Bayangkan bila kurang minum air bibir kita akan jadi kering. Lagi tragis siap terkopek dan berdarah kalau air masih tak cukup (badan terhidrat). Sama kes juga dengan kulit kita. Kalau badan sendiri tak cukup air, macam mana organ semua nak berfungsi dengan baik dan kulit nak rasa lembap sentiasa? Ini merupakan 1 masalah umum yang dihadapi oleh kebanyakan wanita khususnya. Kadar pengambilan air masak tidak diambil berat. Bila air kurang, kulit akan kering dan terhasillah kedutan dan kulit jadi kendur.


Corak Pemakanan dan Diet Seimbang
Teliti corak pemakanan kerana ia merupakan faktor penting bagi miliki kulit yang sihat. Pengambilan protein sangat penting untuk menjaga keanjalan kulit selain dari membaik pulih sel-sel kulit yang rosak dan memperbaharuinya. Kekurangan protein bukan hanya menyebabkan datangnya penyakit tetapi membuatkan kulit lebih cepat berkedut dan kendur. Jika menjalani proses diet, perlu ikut cara yang betul sebab kalau diet terlalu ekstrem kulit juga akan dapat kesan yang buruk (jadi kendur) kerana tak dapat nutrien yang sepatutnya untuk tegangkan kulit.


Facial Expression dan Cara Cuci Muka
Muka yang selalu berkerut lagi cepat berkedut dan kendur dari yang selalu senyum. Sama juga dengan yang suka marah-marah dan stress. Selain itu, perangai suka letak bantal atas muka bila tidur. Ini akan menyebabkan kulit cepat kendur dan berkerepot. Hati-hati juga bila cuci muka. Cara pusingan dan urutan tu kena betul dan pastikan tangan di tarik ke atas bukan ke bawah. 


Selain daripada itu, gaya hidup perlu sihat. No over sugar, caffeine, salt, MSG etc. Avoid smoking, liquor (alcohol). Ambil yang menyihatkan bukan menjahanamkan tubuh badan. Nak cantik perlukan pengorbanan 😘


Cara Menegangkan Kulit Muka Kendur 

1) Minum air! Minum air! Minum air!
Bukan yang manis tapi plain water sahaja k. Minimum 8 gelas air bermakna perlu lebih dari 8 gelas air sehari.

2) Makan makanan seimbang
Yes! Buah dan sayuran perlu makan hari-hari tapi bukan setakat makan itu sahaja. Badan kita perlukan nutrien yang lengkap seperti protein, karbohidrat, zat-zat mineral dan vitamin. Untuk kulit kendur, anda perlu protein, vitamin C, dan kolagen. 

3) Tidur cukup dan berkualiti
Tidur dan kesihatan adalah sinonim sebab dengan tidur yang cukup dan berkualiti akan memberikan tubuh badan yang cergas dan otak yang sihat. Tidur cukup sahaja tidak mencukupi, ia perlu disertai dengan tidur yang berkualiti. Masa tidur juga kulit akan baik pulih sendiri sel-sel yang rosak sebab itu perlu apply krim yang betul.

4) Senaman muka 
Jom cuba senaman ini:
  • Buka mulut anda luas-luas. Lebarkan juga mata anda. Kembali semula kepada posisi normal. Lakukan teknik ini sebanyak lima kali dan ulang lagi sebanyak lima kali sambil menggerakkan kepala anda ke kanan dan ke kiri
  • Tekan dahi anda berhampiran dengan kawasan rambut dengan jari-jari. Urutlah dengan gerakan ke belakang. Cara ini berkesan untuk menyamarkan kedutan di dahi anda, sekaligus tegangkan kulit muka.
  • Buka mulut anda luas-luas, turunkan kepala ke belakang. Kemudian, buka dan tutup mulut seperti anda sedang mengunyah makanan. Lakukan sebanyak 10 kali.
  • Duduklah di depan cermin dan pastikan wajah anda memandang lurus ataupun tepat ke cermin. Tekan gigi atas dan bawah. Lebarkan bibir. Tahan dalam kiraan 10, kemudian kembali ke posisi normal dan ulang sebanyak 10 kali.



5) Petua dari bahan semulajadi 
🌱Putih telur - Ambil sebiji telur dan asingkan kuningnya. Pukul putih telur sehingga berbuih dan kemudian sapu pada seluruh muka atau kawasan yang bermasalah. Biarkan kering dan kemudian basuhkan dengan air bersih. 

🌱Timun - Kisarkan separuh daripada timun untuk jadi jus. Kemudian sapukan pada kulit yang kendur selama 30 minit dan kemudian bilas. Lakukan setiap hari. Timun baik untuk mencegah kesan kendur dan membantu dalam mendapatkan kuantiti kolagen dalam kulit. 

🌱Lidah buaya - Potong dan sapukan lendir lidah buaya pada muka dan leher. Biarkan kering dan seterusnya bilas. Khasiatnya boleh menegang, menganjalkan dan melembapkan kulit


6) Amalan suplemen dan set penjagaan kulit dari sumber alam dan selamat
Makanan tambahan (suplemen) dan vitamin sangat penting zaman sekarang kerana masalah kesihatan dan kulit berpunca daripada cara/gaya hidup dan faktor alam sekitar. Dunia sekarang serba pantas dan masa terasa sangat cepat berlalu. Sukar untuk kita seimbangkan gaya hidup yang sihat termasuk corak pemakanan, rutin senaman dan terhindar dari segala pencemaran. Apa solusi yang kita ada untuk tidak ketinggalan dalam menjaga kesihatan & kecantikan luar dalam. 

Alhamdulillah, cadangan eboo dengan pengambilan produk Shaklee InsyaAllah kita dapat memperoleh nutrien/zat yang lebih baik dan spesifik. Untuk kesihatan dan kecantikan kulit, berikut adalah kombinasinya πŸ‘‡

Kombinasi Vitamin Cantik dan Awet Muda

Konsultasi eksklusif untuk anda mengikut masalah dan keperluan suplemen yang penting untuk bantu menyelesaikan masalah kulit. 

Skincare untuk Cantik dan Awet Muda

Cara penggunaan dan untuk kesan optimum mengenai YOUTH® akan dikongsikan khas untuk customer eboo sahaja. 


Anda boleh dapatkan rangkaian produk YOUTH® khususnya bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah kulit yang anda hadapi serta cara pemakaian yang betul bagi mendapatkan kesan optimum πŸ˜˜ 

HUBUNGI EBOO SEKARANG!


Follow me πŸ‘‡




Artikel berkaitan: