Tips Menghilangkan Kedutan di Muka Akibat Selalu Berkerut secara Semulajadi

Monday, February 26, 2018 0 Comments A+ a-

Belek-belek muka kat cermin tetiba spotted garis-garis halus menonjolkan diri di bahagian dahi dan bahagian tengah antara mata paling ketara. Mana taknya, dok kerut dahi je memanjang. Masalah tak habis-habis akhirnya kulit muka yang menjadi sasaran timbul kedutan. 

Adakah anda sedang alami masalah sebegini? Itulah tanda-tanda kulit anda sedang mengalami proses penuaan dan jika tidak dicegah kedutan di kulit muka khususnya akan menjadi lebih ketara. Jangan risau! Jom kita kenal pasti dahulu punca berlakunya kedutan di muka dan bagaimana untuk atasinya.

Kedutan terhasil akibat kulit semakin menipis dan kendur terutamanya di bahagian muka, leher dan belakang tangan. Secara semulajadinya, semakin kita meningkat usia, kulit juga akan mengalami proses penuaan yang disebabkan oleh kandungan kolagen dan elastin dalam tisu penghubung kulit berkurang dan rosak akibat perubahan fibroblas (the main connective tissue cells present in the bodyyang menghasilkan kolagen dan elastin secara alami oleh tubuh. 

Punca Utama Kedutan di Muka

Jika ia merujuk kepada perbuatan berkerut yang kerap sehingga terbentuknya lekuk di dahi dan antara mata, ia disebabkan oleh ekspresi wajah yang berulang-ulang sehingga menjadikan kedutan yang terbentuk bersifat kekal pada permukaan kulit. 

Faktor-faktor luaran yang menyebabkan kedutan semakin teruk adalah:

1) Pendedahan terhadap cahaya matahari secara berlebihan dan direct.
Sinaran UV boleh memusnahkan kolagen dan elastin yang mengekalkan keanjalan kulit. Take note! Indeks Sinaran UV di Malaysia lebih tinggi berbanding di US. Oleh sebab itu, pastikan kulit dijaga dengan sebaik-baiknya bagi mengelak masalah lebih kronik seperti kanser kulit.

2) Serangan radikal bebas 
Radikal bebas berpunca daripada pencemaran udara & air, sinaran UV, merokok dan asap rokok. Ini akan menyebabkan sel kulit cepat rosak dan membawa kepada masalah kesihatan yang lebih kronik.

3) Posisi tidur 
Apabila posisi tidur memberi tekanan kepada bahagian muka ia akan menyebabkan kulit cepat berkedut. 

4) Tabiat pemakanan yang memusnahkan kolagen dengan cepat
Gula merupakan bahan perosak kolagen pada kulit. Selain itu, makanan proses dan alkohol. Kekurangan nutrien penting untuk kesihatan kulit juga penyebab  utama kepada masalah kedutan. Solusinya, ambil makanan yang tinggi antioksidan, kaya vitamin C dan protein serta kolagen.


Tips Hilangkan Kedutan 

1) Petua Tradisional
  • Minyak Zaitun - Kaya dengan vitamin C, D dan E serta zat besi. Sapukan saja pada muka sebelum tidur setiap hari dan urut dengan cara yang betul.
  • Lemon - Kaya dengan vitamin C. Perah buah lemon dan sapukan pada muka untuk membersih dan memudarkan bintik hitam, garis halus dan kedutan
  • Lidah buaya (Aloe vera) - Lendir lidah buaya kaya dengan antioksida yang bantu kurangkan kedutan dan anjalkan kulit. Jadikan masker dengan mencampurkan lendir lidah buaya dalam putih telur. Sapu pada muka dan biarkan 15 minit sebelum cuci. Lakukan at list 2 kali seminggu.
  • Pisang - kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan yang bantu meremajakan kulit. Hancurkan pisang sampai jadi krim dan lumurkan pada muka selama 30 minit. 
  • Tomato -  Tomato dan kulit tidak dapat dipisahkan. Kulit tomato je dah buat kita jelous kan. Potong tomato bulat-bulat dan kemudian sapukan sikit madu sebelum tepek pada muka atau bahagian berkedut selama 15 minit.

2) Lebihkan Buah dan Sayuran dalam Diet Harian

Jika anda penggemar buah dan sayuran pasti tidak menjadi masalah. Tapi jika anda sebaliknya, pengorbanan diperlukan untuk kebaikan kulit anda. Buah dan sayuran yang kaya dengan vitamin mampu bantu menyegarkan, melembapkan, membaik pulih dan mengawetkan kulit muka supaya lebih sihat dan nampak muda.


3) Petua Cara Islam
  • Bangun je pagi sebelum basuh muka dan gosok gigi, urut wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi dengan selawat 3 kali. Amalkan setiap pagi. 
  • Kebiasaannya muka kita akan berminyak bila bangun tidur, so masa inilah sesuai untuk buat urutan. Mulakan dari bawah mulut (dagu) dan gunakan jari telunjuk kiri dan kanan. Kemudian, pusingkan jari ke pipi, hidung dan berakhir di dahi. Amalkan setiap pagi dan minum air suam sebelum sarapan. Awas! Jangan urut menghala ke bawah kerana ia boleh menyebabkan kedutan dan kenduran pada wajah.

4) Amalan suplemen semulajadi

Pengambilan vitamin dan mineral yang betul dapat mempercepatkan baik pulih kulit yang rosak dan yang terdedah kepada radikal bebas. Selain pemakanan seimbang, suplemen dapat mencukupkan keperluan nutrien yang diperlukan oleh tubuh akibat daripada penguraian zat-zat nutrisi yang tubuh badan tidak dapat serap sepenuhnya. 


Kombinasi Vitamin Cantik dan Awet Muda

Konsultasi eksklusif untuk anda mengikut masalah dan keperluan suplemen yang penting untuk bantu menyelesaikan masalah kulit berkedut. 


Skincare untuk Cantik dan Awet Muda

Cara penggunaan dan untuk kesan optimum mengenai YOUTH® akan dikongsikan khas untuk customer eboo sahaja. 

Bagaimana untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan menjadi orang terawal merasai keberkesanannya? Tempahan awal telah dibuka 🙌

Anda boleh dapatkan rangkaian produk YOUTH® khususnya bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah kulit yang anda hadapi serta cara pemakaian yang betul bagi mendapatkan kesan optimum ðŸ˜˜ 

HUBUNGI EBOO SEKARANG!


Follow me 👇