Cara Mengatasi Vertigo dengan Berkesan dan Selamat

Monday, March 26, 2018 0 Comments A+ a-

Pernah tak anda rasa tiba-tiba keadaan sekeliling berpusing hingga menyebabkan rasa tidak seimbang? Boleh jadi sama ada sedang berdiri, duduk atau pun baring. Selain itu, ada ketika telinga rasa berdengung. Keadaan ini adalah suatu penyakit yang dikenali sebagai Vertigo. 

Kebiasaannya masalah ini akan menyerang dalam tempoh beberapa saat atau minit sahaja tetapi tahap seriusnya boleh berlarutan sehingga berhari-hari. Apakah cara untuk mengatasi masalah Vertigo dengan mudah dan selamat?

Apakah Vertigo?
Vertigo adalah suatu penyakit dimana rasa tidak seimbang, dunia seakan berpusing, bergoyang walaupun dalam keadaan statik. Jika sedang berdiri atau duduk, kita akan berasa seperti hendak jatuh ataupun akan berasa loya/mual.

Penyebab utama vertigo ini berlaku adalah akibat daripada masalah bahagian dalam telinga yang mengganggu sistem keseimbangan badan. Antaranya dikenali sebagai berikut:

BPPV (Benign Paroxysmal Positional Vertigo)
BPPV berlaku apabila zarah kalsium kecil (canaliths) berkumpul di laluan dalam telinga. Bahagian dalaman telinga akan menghantar isyarat kepada otak mengenai pergerakan kepala dan badan berbanding dengan graviti. Ia membantu kita mengekalkan keseimbangan. Contohnya:
  • Perubahan posisi kepala yang mendadak seperti dari posisi tegak terus menunduk 
  • Bangun tiba-tiba dari tidur
  • Gerakan mendongakkan kepala

Meniere's Disease
Ini adalah gangguan bahagian dalam telinga yang disebabkan oleh cecair yang terkumpul dan perubahan tekanan dalam telinga. Ia boleh menyebabkan episod vertigo bersama deringan di telinga/berdengung (tinnitus) dan hilang deria pendengaran. Gejala ini boleh berlarutan selama beberapa jam sehingga berhari-hari dan disertai dengan muntah dan mual yang teruk.

Vestibular neuritis atau labyrinthitis 
Masalah dalam telinga yang disebabkan oleh jangkitan menyebabkan keradangan akibat jangkitan virus (cold and flu virus). Kesan radang pada bahagian saraf penting dalam telinga yang berperanan untuk membantu keseimbangan tubuh.

Selain daripada 3 sebab yang biasa berlaku ini, vertigo juga dikaitkan dengan:
  • Kecederaan kepala atau leher
  • Kecederaan otak (strok dan tumor)
  • Ubat-ubatan tertentu yang menyebabkan kerosakan telinga
  • Migrain/sakit kepala

Simptom Vertigo
Anda boleh kesan masalah vertigo ini apabila mengubah kedudukan kepala dan akan berasa:
  • berpusing-pusing
  • senget
  • bergoyang/gayang
  • tidak stabil
  • seolah-olah ditarik ke satu arah
Selain itu, anda akan berasa:
  • loya/nak muntah
  • pergerakan mata yang tidak normal (seperti bergerak-gerak pada kelopak mata yang dikenali sebagai nystagmus)
  • tubuh rasa berdebar-debar
  • pandangan kabur
  • nadi berdenyut dengan cepat
  • sakit kepala
  • berpeluh
  • telinga berdesing/hilang deria mendengar
Simptom-simptom ini akan berlarutan selama beberapa minit sehingga berjam-jam dan akan datang dan pergi.

Siapa yang Berpotensi Alami Vertigo
Selain daripada peningkatan umur, kebarangkalian wanita mengalami vertigo adalah 2-3 kali ganda berbanding lelaki.  
  • Melibatkan 2.5% daripada penduduk umum (US) (Hain 2009)
  • 1 daripada 5 orang dewasa yang terlibat (Yardley 1998)
  • Gejala yang biasa bagi pesakit yang melebihi 65 tahun (65%)
Tips untuk Atasi Masalah Vertigo 

Lakukan:
1) Tenangkan hati dan berbaring dalam bilik yang gelap untuk mengurangkan rasa berpusing

2) Gerakkan kepala perlahan-lahan dan berhati-hati semasa lakukan aktiviti harian

3) Duduk segera apabila rasa pening/berpusing

4) Buka lampu apabila bangun pada waktu malam

5) Gunakan tongkat jika berisiko untuk jatuh

6) Tidur dengan meninggikan kepala dengan menggunakan 2 atau lebih bantal

7) Bangun perlahan-lahan dari katil/tilam dan duduk dahulu di tepi katil sebelum berdiri

8) Cuba untuk bertenang dan relaks - kebimbangan (anxiety) boleh menyebabkan vertigo menjadi lebih teruk

Elakkan: 
1) Jangan membongkok untuk ambil barang - tetapi turunkan badan (mencangkung/squat) untuk mencapainya

2) Jangan mendongak dan regangkan leher untuk mencapai barang yang tinggi di rak/almari

Dapatkan rawatan selanjutnya dengan segera jika:
  • Sakit kepala yang teruk
  • muntah-muntah yang teruk
  • demam dengan suhu yang tinggi sehingga rasa menggigil

Cara/Rawatan Mengurangkan Vertigo

Suplemen vitamin D - bermanfaat untuk pesakit yang di diagnosis dengan vertigo paroxysmal. Dapatkan khidmat pakar perubatan untuk kenal pasti sama ada anda mempunyai masalah kekurangan vitamin D atau tidak

Penyembuhan dengan herba - seperti akar halia, ginkgo biloba dan ketumbar dapat membantu mengurangkan gejala vertigo pada sesetengah orang. Rujuk doktor anda sebelum mengambil ubat herba

Akupunktur - boleh memberikan bantuan untuk gejala beberapa jenis vertigo


Atasi Vertigo dengan Berkesan dan Selamat

Saranan terbaik untuk pesakit Vertigo adalah Vivix.

Vivix adalah tonik yang dirumuskan secara teliti untuk membantu memulihkan kesihatan tubuh hingga ke peringkat sel.

Kajian makmal telah menunjukkan ramuan utama dalam Vivix melindungi dan membaik pulih sel-sel DNA.

Ramuan utama dalam Vivix juga bertindak melindungi tubuh dari tindak balas keradangan yang berpunca dari pemakanan yang tidak sihat yang menyebabkan tubuh menjadi semakin tua dari usia sebenar.

Melalui ujian klinikal juga telah menunjukkan tindak balas Vivix yang melambatkan pembentukan protein AGE yang merosakkan sel-sel badan.


Vivix juga membantu mempertingkatkan fungsi otak agar dapat mentafsir impuls yang diterima dengan lebih baik dan tepat.


Apa Kata Mereka yang Ikhtiar dengan Vivix Shaklee





Kita wajib berikhtiar selebihnya serahkan kepada Yang Maha Kuasa (bagi Islam) untuk memperoleh kesihatan yang lebih baik, InsyaAllah.

Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum ðŸ˜˜

HUBUNGI EBOO SEKARANG!

Follow me 👇





*PERHATIAN: Jika anda mengalami tanda-tanda vertigo yang kronik, terus dapatkan rawatan di klinik/hospital dengan segera. Saranan yang dikongsikan hanyalah untuk langkah pencegahan dan ikhtiar untuk mengatasinya.

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.