Cara Mengatasi Masalah Rosacea dengan Berkesan dan Semulajadi

Saturday, June 02, 2018 0 Comments A+ a-

Masalah kulit Rosacea tidak sepopular jerawat dan jeragat bagi masyarakat di Malaysia. Tetapi ia merupakan suatu masalah kulit yang kronik dan biasa dialami oleh masyarakat di luar negara. Selalu kita akan nampak mat saleh muka merah² ingatkan blusher/blushing tapi berkemungkinan mereka mengalami masalah ini. Dianggarkan lebih 45 juta manusia yang menghidapi masalah rosacea ini di seluruh dunia. Apakah punca dan jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah rosacea ini?

Rosacea (ro-zay-sha) adalah suatu masalah kulit kronik yang boleh menyebabkan kulit kemerahan dan pembuluh darah nampak dengan lebih jelas. Selain itu, timbul benjolan merah yang kecil dan padat, berkemungkinan bernanah yang akan menyerang bahagian hidung, pipi, dagu, serta dahi.

Ramai yang salah anggap rosacea ini sejenis jerawat, tindak balas alergi atau masalah kulit yang lain. Masalah ini boleh menyerang sesiapa sahaja terutamanya wanita pertengahan umur (30 - 50 tahun) yang berkulit cerah.

Setakat ini, rosacea tiada penawar hanya rawatan tertentu yang boleh mengawal dan mengurangkan simptom² dan tanda²nya sahaja. 

Simptom² Rosacea

Wajah kemerahan - Kulit akan kemerahan secara berterusan di bahagian tengah wajah. Pembuluh darah kecil di bahagian hidung dan pipi sering bengkak dan nampak jelas.

Benjolan dan jerawat - Kebanyakan yang ada masalah ini akan timbul jerawat dan kadang² bernanah. Kulit akan berasa gatal, perih, nyeri, dan muncul sensasi seperti terbakar.

Iritasi mata - Separuh daripada penghidap rosacea mengalami masalah mata kering, iritasi dan bengkak atau kelopak mata yang memerah dan bengkak. Sebahagian daripada yang alami iritasi mata akan bermula daripada simptom pada kulit.

Hidung membesar - Jarang berlaku apabila kulit menebal di bahagian hidung menyebabkan hidung kelihatan besar (rhinophyma). Ia sering berlaku kepada lelaki berbanding wanita.

Sebab² Rosacea

Sebab utama rosacea masih belum diketahui dengan pasti. Namun, ia ada kene mengena dengan kombinasi faktor genetik dan persekitaran. Walau bagaimana pun, rosacea bukan disebabkan kelemahan dalam menjaga kebersihan.

Berikut adalah faktor² yang boleh merangsang rosacea dengan peningkatan aliran darah dalam kulit:
  • Pemakanan - minuman panas/alkohol dan makanan pedas
  • Perubahan suhu yang ekstrem
  • Matahari dan udara (panas/dingin)
  • Emosi/stress
  • Senaman
  • Penggunaan kosmetik
  • Ubat-ubatan terutama ubat darah tinggi 
  • Tindak balas abnormal pada saluran darah di muka akibat hormon
  • Bakteria 

Rawatan Perubatan

⚈ Ubat untuk mengurangkan kemerahan dan bengkak - Brimonidine (Mirvaso) dalam bentuk gel, azelaic acid and metronidazole

⚈ Antibiotik yang dapat mengurangkan serangan bakteria - Doxycycline dalam bentuk pil, tetracycline, minocycline dan lain²

⚈ Ubat jerawat yang kuat (oral acne drug) - Isotretinoin (Amnesteem, Claravis, others) Tidak sesuai untuk wanita hamil

⚈ Terapi laser untuk kurangkan kemerahan akibat pebesaran saluran darah

Langkah² Atasi Rosacea 

1) Elakkan pencetus (trigger) rosacea yang menyebabkan ia menjadi teruk (flare-ups)

2) Rawat kulit muka dengan lembut dan lindunginya dengan cara menggunakan set penjagaan kulit yang selamat bebas bahan kimia dan amalkan penggunaan moisturiser/sun block yang boleh melindungi kulit daripada UVA dan UVB. Gunakan sabun tanpa buih (non soap cleanser) dan elakkan menggosok atau menyentuh kulit terlalu kerap.

3) Mengubah corak pemakanan yang anti-radang seperti salmon (kaya omega-3), bawang putih, kekacang, buah beri (strawberry, blueberry, raspberry, blackberry etc), sayuran segar seperti ayam, sawi hijau dan bronkoli. Elakkan makanan proses, gula dan daging merah.

4) Minum air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Elakkan minuman panas, berkafein (kopi) dan alkohol yang boleh menyebabkan muka menjadi merah.

5) Mengamalkan vitamin/suplemen yang penting untuk mengawal masalah rosacea. Suplemen yang perlu diamalkan ialah:
  • Vitamin B3 - dikenali sebagai Niacinamide yang mempunyai kesan anti-radang. Suatu kajian yang dibuat menunjukkan niacinamide boleh menguatkan penghalang kulit dan memperbaiki gejala rosacea
  • Vitamin C - berbentuk asid L-ascrobic yang juga mempunyai kesan anti-radang khusus untuk saluran darah bagi mengurangkan kemerahan dan iritasi pada kulit. Selain itu, ia dapat mengawal penghasilan histamin suatu kimia yang menyebabkan saluran darah lebih besar semasa tindak balas alergik
  • Vitamin A - adalah retinol yang mempunyai antioksidan yang tinggi untuk meresap ke dalam kulit dan melindungi daripada serangan perengsa
  • Vitamin E - bertindak sebagai pelindung daripada kerosakan kulit akibat matahari
Pengambilan suplemen Shaklee dapat membantu mengurangkan rangsangan rosacea dari dalam manakala penggunaan set penjagaan kulit Youth dapat membantu kulit dari luar. Walau bagaimana pun, sila dapatkan khidmat nasihat doktor terlebih dahulu jika tahap rosacea makin kronik dan kenal pasti dahulu gejala rosacea yang anda alami. 

Sebagai langkah ikhtiar dengan suplemen, anda boleh dapatkan rangkaian produk Shaklee & YOUTH® khususnya bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah kulit yang anda hadapi serta cara pemakaian yang betul bagi mendapatkan kesan optimum ðŸ˜˜ 

HUBUNGI EBOO SEKARANG!

Follow me 👇




Artikel berkaitan:
Ciri-ciri Kulit Sensitif dan Cara Menanganinya dengan Selamat