Cara Memulakan Bisnes dengan Modal yang Kecil dan Rendah Risiko

Tuesday, June 05, 2018 0 Comments A+ a-

Antara dua (2) sebab seseorang itu memulakan bisnes sama ada terdesak perlukan wang ataupun minat dalam bisnes. Walau bagaimana pun, sebelum memulakan bisnes, kita perlu ada ilmu di dada supaya tidak mengalami kerugian yang menyusahkan lagi kehidupan. Pertimbangkan bisnes yang rendah risiko dan hanya memerlukan modal yang kecil sahaja. Modal kecil tidak bermakna keuntungan sedikit, ia bergantung kepada kesungguhan dan konsistennya diri sendiri untuk mengusahakan bisnes itu.

Tiada bisnes yang tiada langsung risiko tapi kita boleh pilih untuk meminimakan risiko yang bakal dihadapi. Dalam dunia perniagaan, kita selalu membayangkan kereta besar, rumah besar, duit kepok², fly sana sini, shopping tak hengat tapi langkah pertama pun belum kita mulakan. Tak terfikir pancaroba dan liku² yang perlu diharungi sebelum nak merasa impian dalam bayangan tu. Sebab itu ramainya kecundang sebelum menikmati manisnya dunia perniagaan.

Jom eboo kongsikan 5 cara untuk memulakan bisnes dengan modal yang kecil.

𝟙 Pilih produk 
Nak mula bisnes perlu pilih produk, perlu buat research. Pemilihan produk ni biasanya bergantung kepada individu, ada yang ikut minat contohnya suka tudung so nak jual tudung tetapi ada juga tak kisah jual apa asalkan dapat untung. Betulkan? Sebenarnya perkara yang perlu diambil berat adalah:

✓ Siapa pembekal/syarikat mana?
 Peratusan keuntungan?
✓ Keuntungan secara bermusim/harian/bulanan/tahunan?
✓ Produk yang mengikut syariat agama (bagi Islam)?

Semestinya yang menawarkan modal yang kecil untuk permulaan bisnes.

𝟚 Guna peralatan sedia ada/sewa/2nd hand/kongsi dahulu
Untuk memulakan bisnes, kita perlukan peralatan untuk berniaga. Bisnes secara online pastinya kita perlukan 2 benda penting iaitu laptop/pc/smartphone dan internet. Tanpa salah satu memang tak boleh jalan. Tapi masyarakat kini tak jadi hal dah rata² semua memiliki 2 benda asas tersebut. 

Berbeza bagi yang ingin melakukan bisnes offline bagi produk fizikal seperti makanan, pakaian dll memerlukan peralatan khusus untuk urusan sales dan marketing. Untuk menjalankan bisnes dengan modal yang rendah, mungkin boleh buat sewaan atau pun berkongsi mula². 

𝟛 Mulakan secara part-time
Tidak kira anda sebagai seorang pekerja, ibu selaku surirumah ataupun seorang pelajar boleh mulakan bisnes secara part-time (separuh masa). Elakkan semata² nak buat bisnes hingga sanggup mengabaikan kerja yang sedia ada atau pun perkara² yang lebih penting. Anda perlu bijak membahagikan masa antara yang perlu diutamakan dengan tugasan² tambahan lain. 

Setiap dari kita mempunyai jumlah masa yang sama iaitu 24 jam. Jika seorang ibu beranak 5 pun boleh berjaya dengan bisnes yang diusahakan, tiada alasan untuk kita yang tiada anak/single untuk berjaya sama. Perlu bijak dalam pembahagian masa. Tak senang tapi ia tak mustahil ✌

𝟜 Bertapak di rumah
Mulakan bisnes kecil²an dari rumah. Usah bermimpi untuk ada kedai sendiri sebelum mula apa² bisnes ataupun keuntungan belum mencecah puluh ribu ringgit secara konsisten setiap bulan. 

Zaman sekarang, bisnes boleh dilakukan di mana² dengan adanya media sosial (FB, Instragram, Twitter, Blog, Youtube etc). Kalau bosan dok rumah, carilah port² santai macam Starbuck, McDonald, kedai mamak, tepi laut asal ada Wifi 😉

𝟝 Integriti melawan nafsu
Berbalik pada diri sendiri yang mana perlu ada kekuatan dalaman untuk berjihad dalam bisnes. Rata² sekarang kita nampak mudah orang berniaga tapi adakah berbaloi? Adakah konsisten keuntungan? Adakah berpanjangan dalam bisnes? Selagi tiada integriti dalam diri selagi itu ibarat melepaskan batok di tangga sahaja. Kita seronok dapat duit hasil berniaga tapi kalau tidak tahu uruskan, bisnes tidak akan kemana². 

Sebab itu perlu konsisten dan beri komitmen yang terbaik untuk bisnes anda kerana walaupun modal kecil dan rendah risiko untuk rugi besar tetapi bisnes anda berpotensi untuk menjana pendapatan yang di luar jangkaan sendiri. Duit takkan jatuh dari langit, takkan datang bergolek² pada kita, semuanya atas usaha sendiri. Rezeki Allah yang tentukan bagi kita Islam. Selagi ada usaha dan istiqamah, InsyaAllah pasti berjaya 💪

Peluang bisnes rendah modal dan risiko yang ingin eboo kongsikan adalah bisnes Shaklee iaitu serendah RM75 sahaja seumur hidup. malah pendapatan boleh dijana tanpa sekatan dan sempadan 💚🍃

Apa yang boleh kami tawarkan dengan bisnes Shaklee?

🚀Produk Shaklee berkualiti tanpa kompromi dan sentiasa ada demand. Belum habis lagi InshaAllah customer akan repeat order sebab dah jadi produk keperluan untuk kesihatan. [KLIK]

🚀Buktinya produk Shaklee dah 103 TAHUN dalam pasaran, permintaan bukan setakat ada tapi semakin bertambah sampai tak cukup tangan. Lebih² lagi teknologi di hujung jari je.


🚀Sale konsisten. Tidak mengira musim sama ada perayaan atau tidak.


🚀Paling penting, kita ada customer based yg kuat, support yg mantap, sistem yang hebat produk yang berkualiti dan well known seantero dunia bukan setakat Malaysia.


🚀Bisnes bergerak di mana² kita berada dengan teknik yang 'proven' boleh menjana pendapatan




HUBUNGI EBOO SEKARANG!

Follow me 👇