Cara Atasi Kejang Kaki (Tidur) ketika Hamil dengan Berkesan
Kaki kejang (cramp) atau bahasa famousnya simpul biawak/tarik mengkarung adalah situasi biasa berlaku kepada ibu hamil ketika tidur. Kebiasaannya gejala ini menyerang di bahagian kaki terutamanya ketika trimester kedua & ketiga. Ia disebabkan oleh pertambahan berat badan yang meningkat memberi tekanan kepada otot2 untuk menyokong.Kenapa ia terjadi?
Beberapa teori sebab berlakunya kekejangan otot terhadap ibu hamil ketika tidur, iaitu:
- Suhu persekitaran pada waktu malam lebih sejuk menyebabkan fizikal tubuh yang tidak aktif melakukan regangan secara tiba-tiba boleh menyebabkan urat tergeliat
- Keletihan otot akibat dari pertambahan berat badan
- Peredaran darah yang tidak lancar
- Dalam darah terlalu banyak fosforus (terdapat dalam daging proses, makanan ringan dan minuman bersoda) manakala kalsium dan potassium pula terlalu sedikit
- Apabila uterus ibu mengembang, ini boleh memberi tekanan kepada saraf-saraf yang mengunjur daripada badan ke kaki
Apa perlu buat apabila kejang kaki?
Sekiranya berlaku kekejangan semasa tidur, regangkan otot serta-merta dengan luruskan kaki, perlahan-lahan bengkokkan (flex) buku lali dan jari-jari kaki ke arah anda. Memang sakit tapi terpaksa tahan sikit InsyaAllah akan beransur hilang nanti.Boleh juga legakan kaki kejang dengan urut otot atau guna hot pad/botol panas tuam perlahan-lahan.
Berjalan perlahan-lahan seketika bagi meredakan ketegangan.
Tips elak kejang kaki
𝟷 Sebelum tidur, buat aktiviti regangan dengan berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
𝟮 Lakukan senaman tapak kaki dengan membengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.
𝟯 Elakkan berdiri atau duduk dengan kaki bersilang untuk jangka masa yang lama. Pastikan posisi berdiri dan duduk adalah betul.
𝟰 Amalkan pengambilan makanan, vitamin dan mineral tambahan seperti Vitamin C, magnesium, potassium dan kalsium. Makan makanan yang kaya dengan magnesium seperti bijirin, kekacang dan buah-buahan kering. Pengambilan pisang disyorkan setiap hari kerana pisang kaya dengan potassium yang membantu mengurangkan kekejangan otot. Anda juga digalakkan untuk minum susu atau mengambil Ostematrix untuk mendapatkan kalsium yang mencukupi semasa hamil.
Jom tonton pengakuan Pn. Suhaida dari Kedah mengenai masalah kejang kaki yang dialami setiap malam dan bangun pagi. Apakah penyelesaiannya?
𝟰 Amalkan pengambilan makanan, vitamin dan mineral tambahan seperti Vitamin C, magnesium, potassium dan kalsium. Makan makanan yang kaya dengan magnesium seperti bijirin, kekacang dan buah-buahan kering. Pengambilan pisang disyorkan setiap hari kerana pisang kaya dengan potassium yang membantu mengurangkan kekejangan otot. Anda juga digalakkan untuk minum susu atau mengambil Ostematrix untuk mendapatkan kalsium yang mencukupi semasa hamil.
𝟱 Pastikan minum air pada kadar yang mencukupi supaya diri sentiasa terhidrat bagi mengelakkan kejang otot.
Klik 👉 http://bit.ly/2iQUVx4 |
Tips! Amalkan memakai stokin semasa tidur untuk elakkan kesejukan pada waktu malam.
Testimoni2 mereka yang tiada masalah kejang kaki lagi
Cara untuk Dapatkan Ostematrix Shaklee
Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘
HUBUNGI EBOO SEKARANG!
Follow me 👇
FB page: serimuslimahsihat
FB: ridzianizr
*PERHATIAN: Kepada para ibu, sila dapatkan konsultasi doktor jika alami kesakitan otot yang berterusan.
PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Artikel berkaitan (Akan datang):
Cara Atasi Kaki Bengkak Semasa Hamil