Showing posts with label Patah tulang. Show all posts
Showing posts with label Patah tulang. Show all posts

Ada apa dengan Vivix?

Vivix Wanted!

Nama yang menjadi perbualan hangat dan tular di media sosial. 
Famouskan Cik Vivix ni?

Sungguh…
Tak hebat orang tak cari

Tak istimewa orang tak cite

Apa yang HEBAT lagi ISTIMEWAnya Vivix ni?
Vivix adalah minuman campuran botani yang merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol (kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi)

Kandungan utama Vivix yang unik adalah campuran Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang sememangnya kaya dengan polifenol.

Jom berkenalan serba sedikit dengan empat (4) bahan ajaib dalam Vivix 👇👇👇

(1) Anggur Muscadine (Muscadine Grape)
  • Sejenis anggur liar yang istimewa
  • Mempunyai sumber terbaik antioksida dan anti-radang
  • Mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yang terbukti baik untuk:
    • kesihatan kardiovaskular
    • menurunkan tahap gula dalam darah
    • melambatkan proses penuaan
    • mencegah kanser
    • selaku anti-virus dan anti-bakteria

(2) Lobak Ungu (Purple Carrot)
  • Merupakan sumber terbaik vitamin A dan mengandungi phytochemical 
  • mengandungi anthocyanins (antioksida mustajab - btanggungjawab pd warna merah menyala, biru dn ungu pd buah dn sayur) yang bertindak sebagai anti-radang, anti-mikrob dan anti-carcinogen yang dapat membantu mengurangkan risiko sakit jantung 
  • Asid klorogenik adalah antioksidan paling banyak dalam semua karot dan ia bertanggungjawab mengurangkan gejala diabetes

(3) Elderberi Eropah (European Elderberries)
  • Mengandungi vitamin C yang tinggi dan sangat bermanfaat untuk jangkitan daripada virus dan bakteria
  • Kemampuannya untuk mencegah dan mengubati kanser (fakta dikaitkan dengan antioksidan yang dikandungnya)
  • meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan 
  • Menurunkan kadar kolesterol dan mengurangi kolesterol jahat. Hal ini dapat sangat bermanfaat dalam mencegah penyakit jantung
  • Mencegah dan membantu penyembuhan diabetes, perlindungan terhadap infeksi virus, dan sesak nafas
  • Meningkatkan kesihatan jantung dan ginjal

(4) Polygonum Cuspidatum (Japanese Knotweed)
  • Merupakan tumbuhan perenial yg besar berasal dari asia dan banyak juga ditemui di Amerika Utara dan Eropah
  • Mempunyai sumber resveratrol yang sangat tinggi
  • Digunakan untuk merumuskan supplemen anti penuaan 
  • Merendahkan kolesterol dan tekanan darah
  • Meningkatkan prestasi atlet
  • Mengurangkan berat badan

Gabungan 4 bahan istimewa ini telah menghasilkan 1 minuman yang memberi 1001 manfaat dan ekslusifnya ia telah dipatenkan oleh Shaklee (dengan ini tiada produk yang boleh sama dengan Vivix, jika ada yang tiru boleh kena tindakan saman).


Kita dah bongkar 4 bahan ajaib yang dirumus khas untuk Vivix super power ni, kita lihat pula apakah tindakan/mekanisme vivix terhadap tubuh kita.

Macamana Vivix bertindak?
Terdapat 4 tindakan berikut:

1) Mempertahankan Sel (Cell Defense)

Vivix pertahankan sel dari kerosakan biological.

CONTOH: Lihat cara pemakanan kita. Dari pagi hingga malam, makan banyak benda bukan-bukan (processed food, perisa tambahan, dengan pewarnanya, conservative tambahan dll)  

TOLONG SEDAR! BENDA NI SEMUA MENYEBABKAN STRESS BIOLOGI (biological stress) KEPADA SEL BADAN KITA

Contoh yang dikaji, lepas makan makanan berlemak tinggi (biological stress), sel-sel badan akan bertindak menghasilkan biomarker tertentu sebagai respon kepada makanan yg tinggi lemak tu.

Biomarker ini selaku indicator biological stress dimana lagi tinggi biological stress, lagi banyak biomarker ni akan dihasilkan dan lagi cepat sel-sel badan kita mengalami kerosakan/penuaan.

Peranan Vivix, ia menahan biomarker tu dari dibebaskan, makanya sel-sel dapat diselamatkan dari rosak. Dengan itu, lambatlah sel-sel penuaan berlaku.


2) Menambah Tenaga Sel (Cell Energy)

Pusat penghasilan tenaga dalam sel adalah mitokondria (Jom bukak buku Biologi Form 5 😀).

Vivix terbukti meningkatkan penghasilan tenaga dari peringkat mitokondria lagi. Apa terjadi bila mitokondria kita ni sentiasa bertenaga?
  • Antara kebaikannya adalah sel kita tak mudah termutasi menjadi sel yang tak elok (sel jadi kuat). Tahukah anda, sel termutasi ni boleh berubah jadi sel kanser? 
  • Sel akan menjadi bertenaga maka prestasi sel akan meningkat. Jadi sihat dan bertenaga
  • Kalau sel ada yg rosak sangat cepat dapat diperbaiki dan tak sempat termutasi menjadi sel kanser
  • Sel akan menjadi sel yang berprestasi tinggi


3) Memperbaiki Sel (Cell Repair)

Vivix juga memperbaiki sel DNA dan mengelakkan sel daripada radikal-radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel.


4) Meningkatkan Prestasi Sel (Cell Performance)

Protein AGE (advanced glycation end products) adalah antara 'culprit' yang boleh menyebabkan kerosakan tahap selular dan menyebabkan penuaan sel.

Vivix bertindak menghalang penghasilan protein AGE ini dan memperbaiki prestasi sel. Ini juga kerana Vivix bantu tingkatkan tenaga dalam mitokondria tadi.

Gabungan Polifenol & Resveratrol Selaku Bahan Aktif Vivix
Resveratrol adalah sejenis antioksida polifenol yang didapati pada tumbuhan, buah-buahan, bijian dan kekacang. Manakala kulit anggur merah mengandungi konsentrasi resveratrol yang paling tinggi. 

Resveratrol bertindak sebagai sistem imunisasi bagi memelihara sel-sel daripada jangkitan virus dan bakteria.

Resveratrol yang terkandung dalam Vivix telah dirujuk pada lebih 2,500 penerbitan penyelidikan, termasuk pelbagai kajian yang dijalankan oleh Harvard University, National Institutes of Aging dan Institut Sains Kesihatan Alam sekitar.

Vivix menyediakan 100mg resveratrol dalam setiap hidangan (1 sudu teh Vivix) dan mempunyai resveratrol semulajadi kandungan 98% lalu menjadikan Vivix sebagai suplemen anti-penuaan yang terbaik di dunia.



Pabila Resveratrol + Polifenol Bergabung 💥

Merujuk kepada data yang diterbitkan oleh Dr. David Sinclair (Harvard University), gabungan polifenol telah menjadikan resveratrol lebih berkuasa. Oleh sebab itu, Vivix mempunyai 10x lebih berkuasa berbanding resveratrol tunggal.

Selain itu, Vivix mengandungi polifenol yang kaya dengan asid elagik (bahan kimia semula jadi yang berlaku (daripada proses fitokimia) yang terkandung dalam buah-buahan seperti delima, strawberi, beri hitam, raspberi, kranberi, walnut dan pecans), yang mana tidak terdapat di dalam wain merah (wain merah dikatakan mengandungi khasiat resveratrol tertinggi).

TAHUKAH ANDA? 100 gelas wain = 1 sudu kecil Vivix dengan kandungan resveratrol sebanyak 100 mg. Kita tidak boleh minum wain (selaku orang Islam) 100 gelas sehari betul tak?
Asid elagik menghalang enzim yang terlibat dalam pembentukan protein AGE (salah satu daripada empat pusat mekanisme penuaan selular). Resveratrol mempunyai kesan ke atas enzim ini, tetapi menyekat tiga kunci lain mekanisme penuaan selular.

Secara ringkasnya, Vivix menjadi lebih berkuasa berbanding suplemen berasaskan resveratrol tunggal atau polifenol tunggal semata-mata hasil daripada penambahan kompaun polifenol yang mengandungi asid elagik dan 10 lagi polifenol bersama-sama resveratrol.


Landmark Study II - Kajian Telomere 

Shaklee bukan sahaja menjalankan kajian Landmark Study ke atas pengguna suplemennya, malah turut mengadakan Landmark Study Kedua khusus berkenaan dengan Kajian Telomere terhadap pengambilan Vivix

Secara ringkasnya dalam kajian ini, pengguna Vivix yang mengambilnya setiap hari selama 5 tahun & bukan perokok kemudian bacaan diambil terhadap DNA mereka. Kajian telah dijalankan oleh pemenang Anugerah Noble Perubatan pada 2009, Dr Elizabeth Blackburn.

Berdasarkan hasil kajian, didapati kadar pemendekan telomeres bagi pengguna Vivix yang berumur 80 tahun adalah 40% lebih perlahan, iaitu sama dengan mereka yang berumur 41 tahun.  

Ini menunjukkan Vivix membantu untuk mengekalkan kemudaan, keremajaan, dan membantu mengelak daripada penyakit-penyakit yang disebabkan oleh peningkatan usia.

Fakta Menarik Vivix

✅ Disokong oleh 5 hak paten (hak eksklusif yang diberikan untuk sesuatu ciptaan)

✅ Semua gabungan bahan semulajadi polifenol yang berkuasa tinggi

✅ Kuasa antioksidan yang sangat besar

✅Berdasarkan anggur muscadine - merupakan salah satu daripada buah-buahan yang paling jarang ditemui dan tahan lasak 

✅ Proses pengekstrakan yang dipatenkan mengekalkan polifenol bioaktif



Kelebihan & Manfaat Vivix 
  • menggalakkan penuaan yang lebih sihat, awet muda dan anti penuaan
  • membantu mengelakkan kanser - memberi tenaga melawan kanser, merencatkan sel kanser dari terus merebak
  • menurunkan risiko sakit jantung dengan melindungi jantung dan menggalakkan jantung bekerja dengan lebih efisyen
  • mengawal tekanan darah
  • mengurangkan komplikasi akibat kencing manis/diabetis
  • menurunkan rintangan insulin
  • menyokong kesihatan sendi dan saraf termasuk bell palsy
  • melambatkan simptom alzheimer
  • membantu pesakit parkinson
  • membantu mempercepatkan pemulihan pesakit strok dan angin ahmar
  • meningkatkan kekuatan sistem imun 
  • menyahtoksin dari badan dan membantu mengurangkan habit merokok
  • menggalakkan kesihatan keseluruhan badan
  • mempercepatkan penyembuhan luka sama ada operation akibat kemalangan atau luka bersalin (episiotomy)
  • mencantikkan dan meremajakan kulit
  • membantu proses menurunkan berat badan dan detox dengan lebih berkesan

Kenapa perlu BERVIVIX?

Dipersembahkan suplemen Shaklee yang paling eksklusif, Vivix the Vast! 😍 

1 botol mengandungi 150ml pati resveratrol dan polifenol tulen (tahap ketulenan 98%) yang tiada pada mana-mana jus resveratrol yang lain.
TAHUKAH ANDA? Bagi mendapatkan 100mg resveratrol + polifenol (1 sudu teh VIVIX) = 22 pil/kapsul @ 100 gelas wine sehari (for non-muslim) 

Betul ke MAHAL SANGAT VIVIX ni?
Dengan harganya itu anda akan dapat:
  • Khasiat resveratrol dan polifenol
  • Pati resveratrol asli dan tulen 
  • Sokongan kepada kesihatan tubuh secara menyeluruh
Ciri-ciri unggul Vivix Shaklee:

  • Mempunyai kajian klinikal ke atas setiap ramuan dan keberkesanannya
  • Mempunyai landmark study tersendiri bagi menyokong keberkesanan penggunaannya
  • Terbukti selamat diambil oleh semua golongan
Tak sabar-sabar nak rasakan kelainan tahap kesihatan dengan hanya sesudu kecil VIVIX?

HUBUNGI EBOO SEKARANG!


Follow me 👇





PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Rawatan Semulajadi Patah Tulang Akibat Kemalangan yang Berkesan

Kemalangan? 
Patah tulang?
Ngeri ke tidak bila dapat perkhabaran sebegitu?

Malang tidak berbau. Trauma yang dialami akibat daripada kemalangan jalan raya pasti beri impak pada kehidupan seterusnya. 

Tapi, jangan putus harap kerana setiap penyakit ada penawarnya. Kita perlu tahu bagaimana cara untuk bantu tulang kembali bercantum semula dengan sempurna supaya kuat dan sihat. Mungkin ia mengambil masa yang agak lama untuk sembuh tapi InsyaAllah dengan pengambilan nutrisi yang betul, tempoh penyembuhan boleh dipercepatkan dengan izinNya.

Fakta Ringkas Patah Tulang
  • Kebanyakan keretakan tulang adalah disebabkan jatuh, kemalangan ataupun penderaan
  • Retak tulang yang disebabkan oleh penyakit dirujuk sebagai patah patologi (pathological fractures)
  • Compound fracture merupakan salah satu kecederaan pada permukaan kulit 
  • Terdapat beberapa jenis patah, kebiasanya jenis close/simple  bone fracture dan open/compound bone fracture 
  • Penyembuhan tulang adalah proses semulajadi, rawatan dengan  pengambilan nutrisi penting secara berkala & berterusan akan memberikan keadaan optimum pada tulang untuk sembuh dengan sendirinya

Proses Penyembuhan Patah Tulang

Proses penyembuhan terdiri daripada empat (4) peringkat, iaitu:

(1) Pembengkakan (Inflamation) - Patah tulang akan menyebabkan pendarahan kecil dan kawasan sekitarnya akan membengkak (radang). Ia mengambil masa dalam 2 - 3 minggu.

(2) Pembentukan kalus lembut (Soft Callus) - Bengkak dan rasa sakit mula hilang. Pembentukan kalus halus pada hujung tulang yang patah untuk proses penyambungan. Ambil masa 4 - 8 minggu.

(3) Pembentukan kalus keras (Hard Callus) - Peringkat ini kalus lembut berubah menjadi kalus keras dan dapat dilihat dengan x-ray. Tempoh masanya antara 8-12 minggu.

(4) Pembentukan semula tulang baharu (Remodeling bone) - Peringkat terakhir adalah proses pembentukan semula dengan memperbaiki setiap cacat yang mungkin tetap sebagai akibat dari kecederaan yang berlaku. Ia merupakan tahap terakhir penyembuhan patah tulang yang dapat bertahan sehingga beberapa tahun.
Sumber: mediskus.com


4 Nutrisi Penting untuk Patah Tulang Lekas Sembuh

Pengambilan makanan yang berkhasiat dan nutrisi bertepatan mampu untuk percepatkan proses penyembuhan patah tulang. Mari kita lihat satu per satu 👇

Protein 

Merupakan zat nutrisi makro (utama) yang sangat penting untuk membaik pulih sel yang cedera serta membina sel-sel tulang baharu yang lebih padat dan kuat bagi menggantikan sel tulang yang rosak dan mati akibat patah.

Berdasarkan kajian dari Tufts Unversity, pengambilan diet protein yang tinggi dapat mempercepatkan penyembuhan tulang yang rapuh dan patah. Keperluan protein adalah mengikut usia. Bagi orang dewasa, keperluan protein harian adalah sebanyak 55 - 65 gram per hari. Mengikut kajian yang dibuat (bagi kes patah tulang) protein sebanyak 79 gram diberikan sehari. 


Kalsium

Nutrisi terpenting seterusnya adalah kalsium kerana tugas utama kalsium untuk menjaga kesihatan tulang manusia


➤ Nutrien Anti-Radang

Seperti asid lemak omega-3 yang berfungsi untuk bantu melegakan keradangan, mempercepatkan proses penyembuhan dan mengurangkan kesakitan


➤ Vitamin 

Vitamin D selaku vitamin larut lemak membantu dalam penyerapan kalsium di dalam tubuh sehingga diperlukan untuk memperbaiki tulang yang rosak 

Vitamin K juga adalah vitamin larut lemak yang berperanan dalam mencegah pendarahan dan mempercepatkan penyembuhan luka serta meningkatkan penyerapan kalsium

Vitamin C berperanan sebagai antioksidan yang dapat meningkatkan imuniti ketahanan tubuh. Selain daripada itu, membaik pulih tulang yang rosak serta menyerap kalsium dan mineral lain dengan lebih efektif dalam tubuh


Saranan Set Patah Tulang Shaklee yang Disyorkan

ESP - sumber protein terbaik bagi pembentukan/pembaikpulihan dan pertumbuhan tulang, protein penting bagi pertumbuhan sel² tulang yang cedera/mati
Ostematrix - selaku kalsium utk kuatkan tulang dan magnesium bagi meningkatkan kadar penyerapan kalsium dalam tulang. Sangat penting!

Omegaguard - adalah minyak ikan bagi bantu kurangkan keradangan pada sendi/otot yang cedera

Vitamin C - untuk tingkatkan sistem imun, bina sel darah merah bg penyerapan zinc yg lebih baik

Vivix - adalah suplemen menyeluruh utk tubuh dan sangat berkesan sehingga ke sel bagi percepatkan membaik pulih luka


Eboo kongsikan feedback  dari customer yang mana suaminya alami kecederaan akibat kemalangan selepas sebulan pengambilan Set Patah Tulang Shaklee 😍


Sekarang, jom dengarkan pula pengalaman Faiz yang mengalami kemalangan menyebabkan patah tulang belakang dan tapak kaki dan sembuh dalam sebulan!




Cara untuk Dapatkan Suplemen untuk Kecederaan Patah Tulang akibat Kemalangan


Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘

HUBUNGI EBOO SEKARANG!



Follow me 👇





*PERHATIAN: Sila rujuk pakar perubatan dahulu bagi mendapatkan khidmat nasihat serta rawatan selanjutnya.

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.