Showing posts with label Tips Pemyusuan Susu Ibu. Show all posts
Showing posts with label Tips Pemyusuan Susu Ibu. Show all posts

Petua Banyakkan Susu Ibu ketika Berpantang secara Semulajadi

Soalan yang biasa diterima daripada ibu-ibu yang pertama kali melahirkan ataupun ibu yang telah mempunyai anak tetapi tidak menyusukan anak sebelum ini iaitu "Macamana nak banyakkan susu ni?"

Alhamdulillah, nikmat Allah yang mana kita dustakan? Terbukti daripada bidang sains juga bahawa penyusuan susu ibu memberikan nutrien terbaik kepada anak yang baru dilahirkan. Tahniah ibu-ibu yang berkehendak untuk menyusukan anak semaksimum yang boleh semata-mata untuk kebaikan si permata hati. Persoalannya, susu tak banyak, macamana nak banyakkan? Eboo kongsikan beberapa petua untuk diamalkan.


Banyak sebenarnya cara atau petua yang boleh dipraktikkan untuk memeriahkan penghasilan susu ibu tetapi tidak semua cara itu bersesuaian dengan setiap individu. Ada yang makan lobak putih susunya jadi banyak tapi ada yang tak suka makan lobak putih. Ada yang makan kurma untuk susu banyak tapi mungkin ada yang tak dapat beri kesan yang maksimum. Walau apapun, semua makanan yang sudah pasti khasiatnya, ada manfaat tersendiri cuma untuk tujuan banyakkan susu si ibu tidak dapat dipenuhi. 

Jangan berputus harap! Pasti ada caranya. Jom eboo kongsikan...

Pertama-tamanya, jaga emosi wahai ibu. Emosi ibu semasa berpantang sangat sensitif. Sangat terkesan nak-nak bila trauma ibu selepas bersalin, anak kerap menangis di tambah pula dengan susu yang kurang. Allahu... eboo faham sangat perasaan itu. Mohon pasangan (suami) memberikan perhatian dan komitmen yang terbaik sepanjang ibu berpantang dan bantu beri semangat untuk ibu menyusukan anak tersayang. Dapatkan rehat yang cukup dan bertenang semasa menyusukan anak. Fikiran ibu perlu positif dan cakap dengan diri sendiri 'SUSU IBU CUKUP ANAK IBU YANG SOLEH/SOLEHAH NI'. Bagi yang Islam, zikir Ya Matin selalu. 

Keduanya, amalkan minum air masak tidak kurang 3 liter sehari. Sebagai ibu menyusukan, air sangat penting bagi penghasilan susu yang banyak. Jika ibu kurang minum air, macamana kilang susu nak proses supaya makanan dan air yang ibu ambil dapat menjana penghasilan susu yang cukup? Eboo rasa fakta ini sangat mempengaruhi penghasilan susu ibu kerana rata-rata kita kurang minum air, kalau kata banyak pun cukup tak 3 liter. Yes 3 liter! Pendapat orang tua dulu-dulu ada beranggapan, tak boleh minum banyak nanti rahim kembang. Maaf, kenyataan itu tidak benar sama sekali. 

Yang ketiga, jaga faktor pemakanan. Ambil makanan yang mempunyai khasiat dan zat seimbang untuk proses penyembuhan si ibu dan penghasilan susu si comel. Masa dalam pantang, kenal pasti makanan yang boleh makan dan yang perlu dielakkan supaya tidak mengalami sebarang masalah pencernaan ibu dan anak yang disusui. Ibu perlu ambil protein, vitamin dan mineral yang penting untuk kembalikan kesihatan si ibu dan untuk perkembangan fizikal dan emosi si anak.

Cadangan makanan yang boleh bantu memperbanyakkan susu ibu

1) Kurma 
Makan begitu sahaja atau boleh divariasikan dengan mencampurkan kurma + susu + ESP hasilnya yummeh!

2) Habbatusauda/Jintan hitam
Boleh direbus dan minum airnya. Buat 2-3 kali seminggu.


3) Halba
Cuci halba, rendamkan dalam secawan air panas selama 15 minit dan kemudian boleh minum. Halba berkemungkinan boleh menyebabkan bau badan kepada yang mengamalkannya.


4) Longan
Longan kering yang boleh didapati di kedai ubat cina. Rebuskan dengan sikit gula batu untuk rasa manis. Jangan letak ais ye bagi ibu berpantang. Jika tidak serasi, mungkin boleh demam. 


5) Lobak putih
Buatkan sup lobak putih. 


6) Alfalfa
Dikenali sebagai raja tumbuhan yang kaya kandungan fiber dan bantu proses detoks bagi tubuh, mudah lawas dan buang angin. Milkbooster terbaik! 


Niat seorang ibu yang mahu menyusukan anak sahaja sudah mendapat pahala, inikan pula yang berjaya menyusukan anak walau apa jua dugaan melanda. Setiap apa yang ibu-ibu lalui dititipkan hikmah dan nikmat setiapnya, teruskan usaha dan yakin, InsyaAllah dipermudahkan.

Jika perlukan konsultasi mengenai pengambilan suplemen/vitamin yang dapat membantu untuk mencukupkan keperluan susu badan untuk si anak, InsyaAllah eboo bantu. 



Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘 

HUBUNGI EBOO SEKARANG!


Follow me 👇




*PERHATIAN: Kepada para ibu, sila ikuti kelas di hospital/klinik kesihatan dan dapatkan nasihat pakar penyusuan yang bertauliah

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Artikel berkaitan:
Rahsia Penyusuan Anak yang Berjaya secara Semulajadi

3 Tips Pemilihan Pam Susu yang Berbaloi

Wah! Banyaknya pam susu nak pilih 😍Macam-macam jenama pam susu sekarang yang ada di pasaran. Kebiasaannya, ibu-ibu pasti akan survey dahulu, tengok harga, tengok review, tengok features yang bersesuaian dengan keperluan kita.

Tahniah! Anda bakal menimang cahaya mata pengarang jantung 💜Lagi menggembirakan apabila anda berniat untuk meneruskan penyusuan susu ibu walaupun setelah kembali bekerja 👏 Jom, eboo akan kongsikan beberapa tips bagaimana untuk buat pilihan pam susu yang berbaloi lagi mudah.


Sebelum bagi tips, eboo nak kongsikan pengalaman eboo selaku ibu yang bekerja dan tak lepas tanggungjawab pam susu di tempat kerja 😄

Tahun 2010, persediaan pertama untuk anak sulong (Kaklong), eboo beli breast pump dulu (sangat excited masa tu). Eboo cuba manual breast pump jenama Avent. Penggunaan pam susu manual agak mencabar 😂 Try manual pump sebab ikut pendapat seorang sahabat katanya kalau guna yang auto akan rasa sakit so kalau manual kita boleh adjust sendiri. Itu pada zaman kuno yang mana tiada pendedahan terus dengan pemilihan pam susu. Seterusnya bila anak sulong menginjak ke umur 1 tahun, penghasilan susu berkurangan. Eboo ambil keputusan untuk tukar pam susu dan dalam masa yang sama eboo ikhtiar dengan pengambilan suplemen untuk menyusu. Eboo decide untuk cuba Medela Freestyle (FS) (yang mana pada masa itu paling top hingga kini). Alhamdulillah kombinasi kedua-dua keperluan itu, eboo berjaya menyusukan Kaklong sehingga 2 tahun 3 minggu 💛 Penggunaan FS berterusan sehingga anak yang ke-2, Abangngah pada tahun 2012 dan berjaya juga menyusukan sehingga berumur 2 tahun 2 minggu. Ya, FS memang tahan lama dan agak lasak juga. Untuk anak yang ke-3 tahun 2016, eboo beli pam susu baharu jenama Eve Love Salsa Premium dan masih lagi digunakan sehingga sekarang (umur Si Adik da setahun lebih) 

Begitula serba sedikit perkongsian eboo bagi pengalaman menyusukan 3 orang #chentahatiibu 😍 Sekarang pilihan pam susu sangat banyak di pasaran sehinggakan tak tahu nak pilih yang mana kan? Okeh jom kita lihat tips bagaimana nak pilih pam susu yang berbaloi-baloi.


1) Pilih Jenis Pam 

Terdapat dua (2) jenis pam susu, iaitu pam Manual dan Elektrik


  • PAM MANUAL –  pam dengan menggunakan tangan untuk menekan pam sepanjang sesi mengepam. Kelebihan, ibu dapat adjust cara mengepam supaya tidak berasa sakit terutamanya masa dalam pantang. Kekurangannya, ia mengambil banyak masa, tenaga ibu dan agak melenguhkan
  • PAM ELEKTRIK – pam yang memerlukan tenaga elektrik ataupun bateri (rechargeable/bateri biasa). Kelebihan, ia mudah dan lebih menjimatkan masa dan tenaga ibu bekerja. Kekurangan, jika pam memerlukan bateri (biasa/rechargable) perlu ada plug/bateri penuh untuk cas
Untuk pam elektrik, terdapat dua (2) jenis pengepam

  • SINGLE PUMPING - jika ibu mengamalkan sebelah untuk disusukan (direct feeding) dan sebelah lagi guna pam
  • DOUBLE PUMPING jika ibu bekerja, memiliki pam yang boleh digunakan secara serentak amat digalakkan untuk menjimatkan masa
Walaubagaimana pun, terdapat pam susu yang boleh menggunakan kedua-dua jenis pengepaman sama ada single atau double pumping. Anda boleh kenal pasti semasa buat pilihan nanti.
Contoh: Dari kiri ke kanan (Electric Double Pumping, Electric Single Pumping. Manual pump)


Tips Bonus! Pertimbangkan pam susu jenis elektrik yang guna bateri (rechargeable) tanpa perlu disambung pada plug dan boleh guna power bank untuk hal-hal kecemasan.

2) Kenal Pasti Ciri-ciri Pam 


a) Pam susu perlu ada skrin untuk menunjukkan ciri-ciri berikut:
  • Miliki 2 fasa, iaitu Stimulation (sedutan laju untuk ransang oxytocin) dan Expression (sedutan perlahan dan berirama untuk keluarkan susu dengan banyak). Cara sedutan seakan-akan cara bayi menyusu yang mana pada awalnya dia akan sedut laju-laju kemudian bila susu keluar dia mula sedut perlahan. Ini akan menghasilkan banyak susu keluar.
  • Mempunyai Suction Level yang mana ibu boleh melaraskan tahap kekuatan sedutan supaya tak merasa sakit dan susu banyak dihasilkan.
  • Ada skrin masa untuk ibu monitor tempoh masa mengepam. Kebiasaannya 1 sesi mengepam mengambil masa 15 - 30 min ikut kepada kelapangan ibu yang bekerja. 
b) Pilih corong pam (breast shiled) yang punya alas getah yang lembut (silicon breast shield) serta sesuai dengan saiz payudara ibu. Ini untuk mengelakkan melecet akibat bergesel pada dinding corong pam jika saiznya kecil dari saiz payudara. Manakala susu tidak dapat dikeluarkan habis jika saiznya besar daripada payudara.

c) Saiz yang mudah dibawa kemana-mana. Kalau pam manual, biasanya saiz dan peralatannya lebih sedikit dan mudah diurus berbanding elektrik. 

d) Bunyi yang senyap dan kurang bising perlu di ambil kira terutamanya ibu yang bekerja untuk elak rasa terganggu dan kurang selesa semasa mengepam.

3) Servis dan Alat Ganti

Pentingnya kita tahu bagaimana untuk baiki/servis dan mendapatkan alat ganti (sparepart). Kenal pasti pusat servis pam dan pastikan mudah untuk peroleh alat ganti bagi bahagian yang mudah rosak seperttubing, filter atau connector. Ada jenis pam tidak ‘compatible’ untuk digunakan bersama botol susu atau alat ganti jenama lain.

Semak waranti dan cawangan/jenama pengeluarnya jika berdekatan dengan anda. Bagi jenama-jenama yang well-known kebiasaannya mudah untuk mendapat alat ganti secara online. 

Tips Bonus! Pertimbangkan jenama yang punya alat ganti yang mudah didapati serta affordable



Ini sekadar panduan untuk ibu-ibu yang mencari pam susu yang berpadanan dan berbaloi untuk stok susu Si Manja anda. Pilihan di tangan ibu, mama, mami, umi, mak sekalian 😊

Jika anda mencari suplemen untuk mencukupkan keperluan susu bayi, eboo sedia berkongsi ilmu disamping pengalaman menyusukan 3 orang anak, InsyaAllah. Ada juga kes susu terlalu banyak sehinggakan payudara menjadi bengkak, eboo boleh bantu juga ✌ 

Sebarang pertanyaan dan pemesanan boleh diajukan seperti berikut:

HUBUNGI EBOO SEKARANG!

Klik 👉 http://shakleepandanindah.wasap.my


Follow me 👇




Artikel berkaitan:

Tips Persediaan Penyusuan Susu Ibu bagi Ibu yang Bekerja


Tips Persediaan Penyusuan Susu Ibu bagi Ibu yang Bekerja

Alamak! Lagi 2 minggu dah nak naik kerja!
Boleh ke ibu sediakan stok susu yang cukup untuk cinta hati ibu ni?
Macamana cara terbaik untuk pastikan cinta hati ibu terus dapat khasiat susu ibu?

Selaku ibu bekerjaya, pelbagai persoalan dok berlegar di fikiran lagi-lagi melibatkan keperluan si anak terutamanya penyusuan susu ibu. Memang tidak mudah untuk menjayakan impian kita untuk memberikan susu ibu sepenuhnya kepada bayi kita selepas mula bekerja. Kene kuat emosi, mental dan fizikal 💪

Alhamdulillah... Pengalaman eboo yang bekerja sambil menyusukan anak menemui kejayaan untuk Si Kakak dan Si Abang. Sekarang (2017) ibu teruskan pula untuk Si Adik 😀 Penting sekali niat untuk menyusukan anak sehingga cukup umur mereka 6 bulan dan diteruskan sehingga 2 tahun. 

Perancangan dan persediaan Si Ibu adalah perlu sebelum mula bekerja. Ibu perlu tahu bagaimana untuk memerah susu dan melatih bayi untuk mengambil susu yang diperah.

Senarai Semak Persediaan Ibu Sebelum Mula Bekerja

1] Sediakan Peralatan Sokongan untuk Memerah Susu

Penting untuk mengenal pasti peralatan dan teknik untuk memerah susu. Selain daripada menggunakan pam susu (manual/elektrik), kaedah memerah susu menggunakan tangan juga perlu dipelajari & dipraktikkan (tujuan kecemasan)

Eboo nak selitkan sikit perihal kecemasan untuk sediakan stok susu anak masa dalam pantang dulu. Anak hidapi jaundice (demam kuning) dan terpaksa di tahan dalam ICU bawah lampu UV atas bawah. Masa tu, anak memang tak boleh diangkat langsung sebab nurse kate nanti lambat kuning anak turun. So pada masa tu, kena stayback kat hospital dan eboo tak bawa pam susu so terpaksa buat teknik marmet ataupun perah susu dengan tangan semata-mata untuk sediakan stok susu sebelum ayahnya dapat bawakan pam susu yang sedia ada kat rumah. 
So di situ kita nampak keperluan untuk pelajari teknik marmet di saat-saat kecemasan. 

Seterusnya pemilihan pam susu yang sesuai boleh rujuk Tips Pemilihan Pam Susu yang Berbaloi-baloi serta bekas simpanan yang mencukupi.

2] Berlatih Memerah dan Mengumpul Stok Susu Ibu

Berikut adalah tipsnya:
  • Ibu perlu punyai minda yang positif dan bersedia
  • Mulakan pengepaman sebaik-baiknya sebulan awal atau selewat-lewatnya 2 minggu sebelum mula bekerja dan perlu melatih si anak untuk minum susu perahan yang dibuat
  • Jika bayi tidak boleh menyusu di payudara, mulakan pemerahan secepat mungkin selepas bersalin (digalakkan dalam masa 6 jam selepas bersalin). Perhatian, elakkan berlakunya masalah bengkak susu!
  • Lakukan proses memerah dalam tempoh 15-20 minit dan simpan susu sebagai stok
  • Simpan susu yang telah diperah di dalam botol/bekas kecil yang bersih dan sesuai, cukup untuk sekali penyusuan (Kebiasaannya 1 botol = 4oz)
  • Pastikan cara penyimpanan susu diurus dengan baik supaya tidak berlaku kerosakan pada struktur susu yang disimpan (Rujuk rajah 👇)
Cara Penyimpanan Stok Susu Ibu (EBM)

3] Berlatih Memberi Susu Perahan kepada Bayi

Ibu dinasihatkan untuk melatih anak minum susu yang diperah 2 minggu sebelum kembali bekerja. Ini bertujuan supaya anak boleh menerima cara menyusu secara terus (direct feeding) atau pun dengan menggunakan botol, sudu atau syringe. Walaubagaimanapun, anak berkemungkinan akan mengalami keliru puting jika menggunakan botol susu pada awalnya, InsyaAllah seterusnya mereka lebih mudah menerima dua-dua keadaan. Penerimaan anak tidak sama antara satu sama lain.

Berikut adalah jadual sebagai panduan 👇
Sumber: Malaysian Breastfeeding Advisory Association

Cara Mendapat Sokongan supaya Ibu Dapat Meneruskan Penyusuan di Tempat Kerja

1) Kenal pasti kemudahan & masa mengepam di pejabat

Tempat mengepam memainkan peranan yang penting. Jika anda punya cubicle sendiri, itu  bonus untuk anda. 

Kemudahan-kemudahan yang mungkin terdapat di tempat kerja:
  • Pusat jagaan anak berdekatan tempat kerja
  • Bilik penyusuan/sura
  • Suis elektrik
  • Kerusi
  • Sinki
  • Tempat penyimpanan susu perahan – peti ais

Rancang masa yang sesuai untuk mengepam. Tempoh pengepaman susu boleh dibuat setiap 2-3 jam sekali bergantung kepada komitmen kerja masing-masing. Boleh dimulakan seawal 30 minit sebelum mula waktu kerja contohnya pukul 8 pagi, diikuti pukul 10-11 pagi, kemudian pukul 1-2 tengahari dan diakhir pukul 4-5 petang.

Seelok-eloknya masa mengepam adalah konsisten setiap hari kerana tubuh akan menghantar isyarat bahawa masa itu, akan ada permintaan untuk susu. Secara automatik susu akan terhasil dan tersedia untuk dikeluarkan. Ini berkaitan dengan konsep demand vs supply


2) Memaklumkan kepada rakan sekerja dan majikan berkenaan penyusuan di tempat kerja

Beritahu kepada rakan sekerja dan majikan tentang hasrat untuk menyusukan anak dengan susu ibu secara eksklusif. 

Berbincang dengan majikan tentang pembahagian masa bekerja, masa untuk mengepam susu dan pertukaran operasi kerja (waktu kerja yang lebih fleksibel jika dipersetujui oleh pihak majikan)

Zaman sekarang, masyarakat lebih peka mengenai kebaikan penyusuan susu ibu secara eksklusif. Pasti majikan anda akan lebih memahami dan beri kelonggaran untuk sesi mengepam.