Rahsia Penyusuan Anak yang Berjaya secara Semulajadi

Tuesday, October 24, 2017 0 Comments A+ a-

Menjadi seorang ibu yang berjaya menyusukan anak sejak dilahirkan adalah impian setiap wanita. Anak yang lahir merupakan anugerah terindah dan amanah yang besar bagi setiap pasangan ibu ayah. 


Setiap ibu pasti mahukan yang terbaik untuk setiap anaknya bermula dari lahir hingga dewasa (selagi hayat dikandung badan). Sebaik sahaja ibu disahkan hamil, tanamkan dalam diri bahawa anak yang dikandungkan akan mendapat khasiat susu ibu seawal hari pertama. Sebab itu ilmu penyusuan sangat penting bagi melatih si ibu untuk bersedia fizikal dan mental.

Susu ibu merupakan makanan & minuman terawal yang paling baik untuk bayi kerana mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan bagi tumbesaran dan perkembangan otak bayi, mudah hadam dan sentiasa tersedia pada suhu yang tetap. 

Pengalaman eboo selaku ibu kepada 3 orang cahaya mata cukup memberi pengalaman yang sangat berharga dan bernilai dalam ilmu penyusuan secara eksklusif. Alhamdulillah, Kaklong dan Abangah berjaya disusukan sehingga 2 tahun ++ 😍 InsyaAllah semoga Si Adik ni pun berjaya juga sampai 2 tahun (sekarang ni dah setahun umurnya)

Apakah rahsia bagi penyusuan yang sukses?

1. Tanamkan niat dan berkemahuan untuk menyusukan anak dengan yakin. 

Mindset. Jika kita rasa ragu, malu, resah, sedih, marah atau cemas, penghasilan oksitosin (oxytocin) akan terencat dan ini akan menghalang pengeluaran susu ibu.


2. Mulakan penyusuan secepat mungkin.

Reflex rooting dan sucking (menghisap) bayi lebih kuat dalam masa 1 jam pertama selepas kelahiran. Ini akan merangsang pengeluaran prolaktin dan oksitosin yang menyebabkan pembentukan dan pengeluaran kolesterol. Pengeluargan oksitosin semasa hisapan akan mengecutkan rahim dengan cepat dan ini juga mengurangkan kejadian pendarahan.


3. Bersama bayi setiap masa (24 jam) "Rooming in"

Dalam tempoh 3 hari pertama, kolostrum akan dikeluarkan. Jumlah kolostrum yang dihasilkan adalah sedikit (20-30 ml) setiap susuan. Tetapi jangan bimbang kerana ia cukup untuk keperluan bayi.


Tahukah puan?  
Kolostrum bersifat pekat, kelihatan berkrim, kaya dengan protein dan rendah kandungan lemak. Ia mudah dihadam ini kaya dengan antibodi dipanggil immunoglobulin yang dapat melawan penyakit dan menguatkan sistem ketahanan badan bayi anda.

Dalam tempoh ini, bayi perlu menghisap susu sekerap mungkin, pada bila-bila masa serta selama mana bayi mahu. Sekiranya bayi tidur terlalu lama, kejutkan untuk menyusu. Pastikan bayi melekap dengan betul dan menyusu di waktu malam. Bayi dan ibu akan cepat mengenal pasti kedudukan yang paling selesa (posisi yang baik).


4. Demand feeding.

Kolostrum berubah kepada susu matang selepas dua minggu kelahiran. Susu ibu matang berubah dari masa ke masa, hari ke hari dan dari satu susuan ke satu susuan. Bayi yang diberi susu ibu mengikut kemahuan (demand feeding) tidak memerlukan sebarang minuman lain walaupun air masak bagi 6 bulan pertama. Semakin kerap bayi menyusu, semakin bertambah penghasilan susu. Anda perlu menyusukan bayi pada bila-bila masa terasa penuh untuk mengelakkan bengkak buah dada.


5. Teknik terbaik penyusuan susu.

Menyusui bayi sambil duduk atau berbaring adalah pilihan anda. Syarat penting, mengikut keselesaan ibu dan bayi.

Lihat video berikut 👇

Sumber: Youtube - http://www.myhealth.gov.my


6. Bagaimana cara meningkatkan penghasilan susu?
  • Bayi perlu melekap dengan betul
  • Tidak memberi puting tiruan atau botol susu (elak kekeliruan puting)
  • Tidak memberi apa jua minuman atau makanan selain daripada susu ibu sebelum bayi berumur 6 bulan
  • Beri bayi menyusu sekerap & sebanyak yang bayi mahu (demand feeding)
  • Beri bayi menyusu di waktu malam
  • Amalkan suplemen yang selamat, berkesan dan semulajadi 🌱
SUPPLEMENT SHAKLEE YANG DISARANKAN:
Set Berpantang & Penyusuan/Set Post-Natal Shaklee 
Vitalea, Bcomplex, Vitamin C, Ostematrix, ESP, Alfalfa & Omega

Apakah punca & sebab susu merudum?

📌 Haid
📌Pengambilan pil perancang (ibu menyusu hanya boleh ambil Noriday jenis Progesterone - only Pill (POP) sahaja)
📌 Stress
📌 Puasa
📌 Sakit
📌 Mengandung
📌 Kurang minum air masak tetapi kuat minum ais dan berkafein
📌 Letih dan kurang tidur
📌 Anak dah mula meningkat usia (hampir 2 tahun)


Adakah anda alami senarai di atas? Jika YA, anda perlu lakukan seperti berikut.

Apakah penyelesaiannya?

1) POWER PUMPING

Merupakan salah satu kaedah yang sangat membantu untuk meningkatkan lagi pengeluaran susu ibu dengan meniru gaya cluster feeder di kalangan bayi menyusu. Boleh buat dalam 2 atau 3 kali sehari, InsyaAllah.

Cara membuat power pumping ialah: (dalam masa 1 jam)

(double pumping)
10 minit pam, 10 minit rehat
10 minit pam, 10 minit rehat

(single pumping)
5 minit pam kanan, 5 minit pam kiri, 5 minit rehat
5 minit pam kanan, 5 minit pam kiri, 5 minit rehat


2) KERAPKAN PAM DI WAKTU MALAM

Hormon prolaktin meningkat secara natural pada waktu malam. Jadi anda digalakkan untuk mengepam pada waktu malam agar penghasilan susu dapat dihasilkan dengan lebih banyak.


3) KERAPKAN LAGI SESI MENGEPAM DI PEJABAT / RUMAH

Kalau sebelum ni hanya 2 kali sahaja pam di pejabat, cuba lebihkan menjadi 3 kali pula. Jangan biar susu "tinggal lama" dalam payudara. Ini kerana susu mengandungi FIL – feedback inhibitor of lactation (faktor menghalang penyusuan).

👉 Bila payudara dipenuhi susu, FIL akan memperlahankan pengeluaran susu.
👉 Bila payudara kosong, FIL berkurangan – penghasilan susu lebih cepat.

So jangan biar lama-lama atau biar betul-betul bengkak baru nak pam. Kesimpulannya bila payudara kosong, maka lebih cepatlah susu dapat dihasilkan.


4) PAM DENGAN LEBIH LAMA

Kalau biasa pam 10 minit, cuba tambah lagi 10 minit. Mungkin dalam tempoh mengepam yang extra tu boleh dapat letdown berkali-kali. Biar je corong pam tersebut berada di payudara walaupun susu masih belum keluar sebab bila "letdown sudah datang" jeng..jeng..jeng! banyaklah susu tu akan keluar 👏👍


5) RANSANG PUTING PAYUDARA

Sebelum pam, cuba anda sentuh puting selama 5 minit. Bila susu dah mula nak keluar baru letakkan corong pam. Sambil-sambil tu anda juga boleh mengurut payudara iaitu dengan cara dari dada ke puting, cuba bayangkan anda menolak susu tu keluar. Kadang-kadang minda bawah sedar sangatlah powerful InsyaAllah.


6) AMBIL MAKANAN BERKHASIAT

Untuk membantu bagi meningkatkan lagi penghasilan susu ibu, anda bolehlah mengambil apa-apa milk booster atau galactagogue sebagai contoh makanan yang tinggi protin (ESP), serat (Alfalfa) dan kalsium (ostematrix).

Nak tau apa yang eboo amalkan sehingga berjaya menamatkan tempoh penyusuan sehingga 2 tahun? 

cekidaut! ⮟⮟⮟

Apa yang BESTnya Set Menyusu Shaklee?

Kombinasi vitamin yang dicadangkan bukan sahaja untuk penyususan semata tetapi juga untuk kesihatan badan si ibu. Keperluan nutrient penting yang  diperlukan membantu penghasilan susu badan, sekaligus menghasilkan susu yang banyak, berkualiti dan berkhasiat untuk anak syurga kita.





Penerangan ringkas bagi fungsi Set Penyusuan Eksklusif Shaklee 💗


🌱 ESP

Merupakan protin yang boleh dibancuh sebagai minuman yang membantu memberi tenaga untuk ibu. ESP juga membantu menggalakkan penghasilan susu ibu dengan lebih cepat dan berkualiti. Kebanyakkan pengguna menyatakan dengan pengambilan ESP, susu mereka lebih cepat terhasil untuk sesi berikutnya.

🌱 Ostematrix

Merupakan kalsium yang dapat melengkapkan keperluan buat ibu dan bayi. Kalsium membantu mengurangkan sakit pinggang dan membantu ibu mendapat rehat yang lebih baik walaupun kurang tidur.

🌱 Vitalea

Multivitamin yang membantu menampung kekurangan nutrisi dalam diet harian ibu yang bekerja atau masih berpantang yang semakin sibuk. Keperluan nutrisi sangat penting untuk penghasilan susu ibu yang bernutrisi tinggi yang kaya anti bodi.

🌱 B Complex

Lengkap dengan asid folik dan kesemua vitamin B membantu menukarkan makanan kepada tenaga. Ibu juga menjadi lebih fokus dan tenang kerana vitamin B membantu mengawal stress dan mengelak kemurungan.

🌱 Vitamin C

Membantu menguatkan antibodi ibu dan khasiatnya turut dikongsi dengan bayi. Membantu menyokong kesihatan tulang, gigi dan gusi yang sihat.

🌱 Alfalfa

Merupakan galactagogue atau herba penggalak susu ibu a.k.a milk booster. Alfalfa juga membantu masalah keputihan ibu dan mengurangkan angin dalam badan.


Jom tonton dan dengar pengalaman seorang ibu yang bekerjaya tidak tentu masa dan mengalami masalah susu yang merudum. Apa yang sanggup beliau lakukan?
Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.



Testimoni ibu2 yang berjaya menyusukan dengan ikhtiar Shaklee 💖





Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘


HUBUNGI EBOO SEKARANG!

Klik 👉 http://shakleepandanindah.wasap.my

Untuk pembelian terus, klik link berikut:




Follow me 👇👇👇






*PERHATIAN: Kepada para ibu, sila ikuti kelas di hospital/klinik kesihatan dan dapatkan nasihat pakar penyusuan yang bertauliah

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Artikel berkaitan:
Petua Atasi Bengkak Susu secara Semulajadi