Tips Mencegah Masalah Peranakan Jatuh secara Semulajadi dan Selamat

Wednesday, September 27, 2017 0 Comments A+ a-


Jatuh Organ Peranakan (JOP) (atau dikenali sebagai prolapse/rahim turun) adalah sinonim di kalangan wanita yang sudah berkahwin & beranak atau pun masih bujang. Ia disebabkan kelemahan pada otot pelvik yang menampung kedudukan rahim atau jika ada tekanan tinggi dalam abdomen yang boleh menyebabkan rahim turun atau berada di luar lubang faraj.


TAHUKAH ANDA?
Masalah rahim jatuh ini boleh menyebabkan kesukaran untuk hamil! 😨

Anda perlu ambil berat jika mengalami simptom² berikut:

  1. Berasa ada benda berat di celah alat sulit/sekitar kawasan ari-ari
  2. Sukar kawal kencing, kerap kencing atau kencing tidak puas (sukar kawal kencing ketika batuk, bersin atau buat aktiviti yang sebabkan tekanan dalam perut  meningkat seperti ketawa)
  3. Sakit/senak apabila bersama suami. So obvious! (faraj longgar terutamanya pada otot yang memegang faraj sebabkan kekuatan kemutan berkurang)
  4. Sakit pinggang, sakit melingkar kawasan pinggang tungking dan ari-ari. (sangat terasa jika banyak berjalan atau berdiri)
  5. Peha dan betis rasa kebas-kebas.
  6. Pendarahan faraj selepas menapause
  7. Ketulan pada faraj

Kenali penyebab terjadinya rahim lemah 

  • Kerap mengangkat bebanan berat yang tidak mampu diangkat oleh badan
  • Berat badan yang berlebihan yang tidak mampu ditampung oleh badan
  • Faktor kelahiran terdahulu iaitu proses bersalin yang normal menyebabkan otot-otot, ligament hilang keupayaan untuk memegang rahim ataupun lantai pelvik
  • Mempunyai sembelit (iaitu terlalu meneran apabila membuang air besar) ataupun batuk kronik (asma dan bronchitis) yang mana memberi tekanan tinggi pada abdomen
  • Faktor usia seiring dengan penurunan paras hormon estrogen secara semulajadi menyebabkan menopaus

Dianggarkan, hampir separuh daripada wanita yang pernah melahirkan anak mengalami masalah rahim jatuh atas pelbagai faktor penyebab.


Kategori peranakan/rahim jatuh terbahagi pada 4 tahap 


Tahap 1: Rahim jatuh sikit pada vagina

Tahap 2: Pintu rahim jatuh hingga ternampak pada permukaan faraj

Tahap 3: Rahim terkeluar daripada permukaan faraj

Tahap 4: Keseluruhan rahim memang terkeluar

Keadaan ini juga dipanggil procidentia



Ini adalah disebabkan oleh kelemahan dalam semua otot sokongan. 


Macamana nak cegah?

  • Elakkan berdiri lama². Ambil masa untuk duduk seketika sambil melunjur kaki atas bangku. 
  • Lakukan senaman pelvik seawal semasa bujang. Ia menguatkan otot² dalaman, membantu percepatkan proses pemulihan pasca-surgeri, mendapatkan semula kawal kencing dan kurangkan sakit belakang
  • Amalkan pemakanan yang betul untuk elak sembelit. Banyakkan makan berserat, sayuran, buahan & bijiran.
  • Jangan merokok dan elakkan dari perokok bagi mengelak dari batuk kronik
  • Jarakkan tempoh mengandung sekurang-kurangnya 2 tahun. Cuba kaedah perancang keluarga yang alami
  • Elakkan obesiti. Kawal berat badan 


Petua bonda untuk naikkan peranakan selepas bersalin 👐
Jika nak bangun berdiri dari keadaan duduk ataupun sebaliknya, tarik nafas tinggi²(terutama semasa mencangkung/duduk di lantai)

Rawat sebelum parah!

Apa yang boleh kita lakukan jika mengalami masalah rahim jatuh?

👉 Berurut dengan bidan bagi menaikkan semula rahim pada kedudukan asal

👉 Lakukan senaman kagel (rujuk rajah 👇)



👉 Kemudian ikhtiar dengan suplemen Shaklee
Apa yang shaklee boleh bantu untuk peranakan jatuh ni?

Klik gambar untuk belian terus 👆

1) ESP adalah sumber protein. Sangat penting untuk menguatkan lantai peranakan kita

2) Alfalfa sangat sinonim sebagai jamu moden. Ia bantu untuk kecutkan peranakan. Selain itu bagus untuk bantu masalah peranakan jatuh ni 

3) Vitamin E pula dapat menguatkan otot² peranakan kita


Boleh tambah VIVIX sebagai set premium 💗

Last but not least, women's health is one of who's highest priorities!

Macamana nak dapatkannya?



Follow me 👇👇👇





*PERHATIAN: Kepada yang mengalami rahim jatuh kronik atau dah teruk, sila dapatkan nasihat dengan doktor pakar dengan segera.

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.