10 Cara Tingkatkan Kesuburan Agar Cepat Hamil

Tuesday, November 28, 2017 0 Comments A+ a-

Setiap pasangan yang telah berumahtangga pasti ternanti-nantikan kehadiran nyawa baharu antara mereka. Tanda cinta antara Adam & Hawa pengikat kasih yang terjalin sebagai satu anugerah terindah dari Yang Maha Esa. Tidak semua pasangan yang bernasib baik dapat menimang cahaya mata dalam tempoh yang singkat (bunting pelamin). Ada di antaranya menunggu sehingga bertahun-tahun akan kehadiran Si Comel dalam keluarga kecil mereka.

Apakah masalah yang berlaku?
Bagaimanakah cara untuk meningkatkan kesuburan supaya mudah hamil?

Menurut  Pengarah Perubatan Fertility Associates Malaysia, Dr. Mathi Arasu Muthusamy, 50% masalah kesuburan dipengaruhi lelaki. Manakala 50% selebihnya berkait rapat dengan faktor umur kerana wanita bakal mengalami fasa menopaus.

Secara purata setiap pasangan yang berkahwin, sebanyak 85% peluang untuk mengandung pada tahun pertama perkahwinan, manakala sekitar 15% akan mengalami masalah kesuburan. 

Kebanyakan lelaki boleh menghasilkan sebanyak 80 juta sperma setiap hari bersamaan dengan 1200 sperma bagi setiap degupan jantung

Berhadapan dengan gaya hidup masa kini, kadar kesuburan semakin merudum dengan mentaliti masyarakat yang lebih mengejar kemewahan hidup dan tidak menitik beratkan keperluan institusi keluarga. Ditambah pula dengan faktor kesuburan suami (kandungan sperma) dan isteri (ovum tidak berkualiti), persenyawaan secara semula jadi sukar berlaku. 

Berikut adalah sepuluh (10) cara untuk meningkatkan kesuburan disamping mengawal tekanan emosi, menyediakan tubuh badan yang sihat dan seterusnya bersedia untuk hamil.

𝟷 - Tenangkan fikiran, elakkan rasa cemas
Kawal diri supaya tidak stress dan didik diri menjadi lebih positif. Lelaki/Wanita yang sering stress mempunyai kadar kesuburan yang rendah berdasarkan terbitan daripadAmerican Society for Reproductive Medicine. 

Nikmati saat bersama dalam keadaan yang tenang. Lupakan segala masalah kerja atau perkara-perkara yang merunsingkan. Sekali sekala pergi bercuti atau bersama di suatu sudut berbeza dari bilik tidur bagi menzahirkan sensual. Percaya pada rezeki, InsyaAllah bila tiba masanya pasti akan dikurniakan cahaya mata.


𝟸 - Elakkan 5 perkara ini
Walaupun tidak mempengaruhi secara langsung pada sel sperma dan sel telur tetapi dipercayai akan melemahkan tahap kesuburan lelaki dan wanita kerana ia tidak memberi sebarang manfaat pada tubuh.

Ubat-ubatan

Alkohol

Rokok

Kafein

Makanan ringan
   
𝟹 - Ambil Asid Folik
Wanita disarankan untuk mengambil Asid Folik sekurang-kurangnya 2-3 bulan sebelum mengandung. Ini bermakna apabila bersedia untuk mengandung, pastikan mengambil 0.4mg Asid Folik untuk mengurangkan 50-70% risiko melahirkan bayi yang mengalami kecacatan tiub neural (Spina Bifida).



𝟺 - Elak tempat kerja yang terdedah kepada bahan berbahaya
Andai anda pasangan suami isteri atau salah seorang bekerja di tempat yang terdedah kepada bahan-bahan radioaktif/berbahaya, cari peluang untuk cari di tempat lain kerana ia memberi kesan negatif kepada kualiti sperma, ovum dan juga perkembangan embrio.


𝟻 - Pastikan kawasan sekitar faraj 'mesra sperma'
Penggunaan pencuci faraj atau tuala wanita/pantyliner yang berbau wangi boleh menyebabkan berlaku ketidakseimbangan pH di sekitar vagina. Bahan pencuci buatan/minyak sayuran boleh membunuh sperma.


𝟼 - Mandi ais sejuk sebelum bersama
Mengikut kajian, air sejuk dapat melancarkan pengaliran darah dan meningkatkan kadar pergerakan sperma. Disarakan untuk suami dan isteri mandi air sejuk lebih kurang 30 minit sebelum melakukan hubungan intim.


𝟽 - Jangan terus bangun selepas bersenggama
Selepas melakukan ejakulasi, jangan terus bangun, rehatkan diri dahulu sambil berbaring dan letakkan bantal di bawah punggung dan biarkan selama 30 minit. Cara ini dapat memberikan masa dan meningkatkan jumlah sperma untuk berenang ke ovum dengan lebih banyak.


𝟴 - Nombor dan kiraan kitaran kesuburan
Setiap kali bersama/hubungan intim, peluang untuk hamil adalah 25 - 30% sahaja mengikut kitaran kesuburan masing-masing. Jangan terlalu meletakkan harapan yang tinggi walaupun hubungan intim kelihatan 'sempurna'. Anda perlu kerap bersama at list 3-4 kali seminggu bagi memberi kebarangkalian yang tinggi berlakunya persenyawaan.


𝟿 - Berjumpa doktor
Dapatkan khidmat nasihat pakar perubatan untuk mengetahui rekod perubatan dan tahap kesuburan suami isteri serta berbincang secara terbuka alternatif untuk merancang kehamilan.


𝟷𝟶 - Amalkan pemakanan yang meningkatkan kesuburan
Persediaan tubuh bagi suami dan isteri bagi memberi tahap optimum untuk terjadinya persenyawaan adalah melalui pemakanan yang betul. Selain Asid Folik, pengambilan nutrien-nutrien penting bagi meningkatkan kadar kesuburan adalah seperti:

Vitamin B6 - untuk keseimbangan hormon dan kesuburan

Vitamin C - merupakan antioksida yang baik. Mampu meningkatkan jumlah dan kesuburan sperma

Vitamin E meningkatkan kualiti sperma agar hidup lebih lama dan penghasilan telur

Vitamin A - penting untuk pertumbuhan embrio

Vitamin D membantu menghasilkan hormon seks yang diperlukan sepanjang proses ovulasi.

Zink - mampu mengaktifkan dan meningkatkan kualiti sperma kerana zink merupakan mineral paling banyak dijumpai dalam sperma.


Bagi pasangan yang beragama Islam, setelah kita berusaha, berdoalah dan bertawakal kepada Allah agar memberi kemudahan dan dikurniakan anugerah terindah penyeri rumahtangga 💖

Kita hanya merancang, berusaha, berikhtiar dan selebihnya kuasa dari Yang Maha Esa. Berikut dikongsikan pengalaman Pn. Aini yang berikhtiar dengan suplemen yang semula jadi, selamat, hebat dan berkesan 😍



Assalammualaikum wbt.

Nama saya Nurul Ain Najwa Rosli, sudah berumur 28 tahun pada bulan November ini. Actually saya adalah staff kepada Master Hadhatina dan Master Kamarul. 

Alhamdulillah, saya juga telah diberi peluang oleh mereka untuk saya kongsi testimoni saya kepada semua. Bagi saya cerita saya ini akan memberi inspirasi kepada semua pasangan yang baru berkahwin dan yang ingin mempunyai zuriat. Sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut, saya juga seorang SID yang baru mendaftar pada tahun ini. Saya memang sangat menyukai Shaklee ini sebelum saya mendaftar sebagai ahli lagi.

Saya ingin bercerita tentang pengalaman dahulu sebelum mempunyai anak lagi. Alkisahnya bermula sebelum saya menjadi ahli Shaklee. Untuk makluman, saya berkahwin pada 13 September 2013. Memang sebelum saya berkahwin lagi saya mempunyai masalah haid yang tidak teratur atau lebih dikenali sebagai masalah hormon yang tidak stabil.

Orang cakap jika kita mengalami masalah di atas, agak sukar untuk hamil. Memang benar pada saya,setelah tunggu hampir 3 bulan, saya masih tidak hamil dan period saya pun masih tidak teratur.

Sampailah satu hari tu, kawan saya consult saya untuk ambil Set Kesuburan Shaklee. Dalam set kesuburan tu ada 3 produk yang perlu saya ambil iatu GLA Complex, Alfalfa Complex dan ESP. Apa salahnya saya mencuba kan. Ni pun atas sokongan suami saya jugak. GLA Complex tu saya ambil untuk menjadikan hormon saya stabil dan period saya akan teratur. Ia mengandungi Vitamin E dan gamma linolenic acid (GLA) yang juga memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan dan hilang mood.

Alfalfa Complex pula membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid.

Akhir sekali, saya ambil ESP yang sangat disukai ramai ni. ESP merupakan salah satu produk untuk membantu dalam meningkatkan kesuburan yang mana penting dalam persediaan rahim menerima janin.

Sangat bersyukur setelah 3 bulan konsisten mangambil set kesuburan ini, memang period saya kembali teratur setiap bulan dan saya telah dikejutkan dengan berita gembira yang saya telah hamil anak pertama pada masa itu.

Dahulunya lama kami berdua sahaja then selepas itu Alhamdulillah kami telah bertiga.

Saya fikir saya memang tidak boleh hamil, tapi Allah itu maha berkuasa. Saya juga sedang hamil anak kedua. Saya bersyukur sangat kerana diperkenalkan dengan Shaklee. Vitamin Shaklee ini hanyalah sebahagian daripada usaha sahaja.

Taraf kesihatan pada suami isteri turut menjadi faktor utama kesuburan, dan pastinya rezeki ini datang dari Allah Yang Maha Esa. Amin.

Love U Shaklee
Credit to Facebook Page Supermom Shaklee Story


Cara untuk Dapatkan Suplemen untuk Kesuburan Suami Isteri


Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘


HUBUNGI EBOO SEKARANG!



Follow me 👇





*PERHATIAN: Anda boleh rujuk pakar perubatan untuk sesi kaunseling berkenaan masalah yang dihadapi.

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.