Cara Atasi Kaki Bengkak Semasa Hamil
Kaki ibu dah macam kaki gajah ni sayang 😂 Perkara normal bagi ibu hamil yang telah menginjak ke 7 bulan (ada juga seawal 20 minggu) kehamilan akan mengalami kaki bengkak atau pun dikenali sebagai Edema. Kalau dah hujung-hujung kehamilan biasanya orang tua-tua kata dah nak sampai masa la tu!
Tapi apakah sebenarnya punca berlaku kaki bengkak seakan-akan kaki gajah bentuknya?
Ibu mengandung memang akan mengalami pelbagai perubahan kondisi tubuh dan pastinya rasa tidak selesa dari awal kehamilan sehinggalah saat melahirkan. Bukan senangkan nak melahirkan zuriat? 😍
Antara 50%-80% ibu hamil yang sihat akan mengalami bengkak kaki (adema) dan ia adalah normal. Kesan daripada cuaca panas di Malaysia memburukkan lagi keadaan ini.
Kebiasaanya, kaki bengkak akan menjadi ketara pada fasa trimester ke-3 apabila usia kandungan 7 bulan, rahim akan beri tekanan kepada saluran darah (vena cava) di pelvix menyebabkan peredaran darah menjadi perlahan dan darah akan terkumpul lalu memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Lazimnya, air akan diserap oleh tubuh tetapi ada kalanya ibu hamil akan menyimpan air lebih banyak dari biasa dan ini mengakibatkan bengkak lebih ketara.
Awas! Jika mengalami bengkak yang teruk di bahagian muka, tangan atau tapak kaki, perlu segera berjumpa doktor kerana ia mungkin salah satu tanda pre-eklampsia (plasenta tidak berfungsi dengan betul dan boleh memudaratkan ibu dan bayi jika tidak dirawat)
Cara Semulajadi Kurangkan Bengkak kaki ketika Hamil
𝟏 Minum air yang mencukupi. Air memberi kesegaran pada tubuh serta membantu proses perkhumuhan dan mengelakkan daripada dehidrasi (kekurangan air) tubuh. Air tidak menyebabkan pertambahan berat badan si ibu ye!
𝟐 Tinggikan kaki ketika baring dan duduk. Lapikkan kaki supaya lebih tinggi kedudukannya daripada paras jantung untuk melancarkan peredaran darah dan mengelakkan kaki kebas. Tarikan graviti ini boleh mengurangkan air terkumpul pada kaki terutamanya ketika waktu malam.
Apabila duduk pula, letakkan kaki di atas bangku kecil atau timbunan kotak/buku. Elakkan bersilang kaki ketika duduk kerana boleh menyebabkan kekejangan.
𝟑 Baring pada posisi mengiring. Baring secara mengiring adalah posisi terbaik bagi kita semua terutamanya ibu hamil. Selain daripada sunnah Rasulullah, dengan posisi mengiring janin tidak akan menekan salur inferior vena cava dan pengaliran darah ke jantung akan lebih lancar.
𝟒 Bergerak aktif & senaman. Bukan alasan bagi ibu-ibu hamil untuk bergerak aktif kerana ia lebih baik untuk si ibu supaya darah mengalir dengan lebih lancar. Secara tak langsung, boleh mengelakkan pembekuan darah pada salur darah kaki. Boleh melakukan senaman ringan untuk ibu mengandung.
Elakkan berdiri statik terlalu lama terutamanya semasa melakukan rutin kerja rumah harian.
𝟓 Pakai sarung kaki yang lembut dan kasut yang sesuai. Pakai stokin waktu malam, lantai simen atau musim hujan untuk kurangkan kesejukan dan elak kejang (cramp). Elakkan stokin yang ketat. Disarankan guna Compression stockings yang direka khas untuk melancarkan peredaran darah.
Pemilihan kasut yang sesuai juga penting untuk ibu hamil supaya tidak mengganggu kestabilan dan menambah tekanan pada kaki. Pastikan guna kasut yang longgar dan bertapak rata.
𝟔 Rendam kaki dalam air sejuk. Tidak banyak bukti yang menyokong tindakan merendam kaki boleh mengurangkan bengkak kaki tetapi amalan ini dapat mengurangkan lenguh pada tapak kaki.
7 Urutan di kaki. Minta suami atau seseorang untuk mengurut buku lali dan tapak kaki hingga ke lutut. Ini boleh membantu mengalihkan cecair keluar daripada tapak kaki.
𝟖 Amalan pemakanan sihat. Penting untuk ibu dan anak dalam kandungan peroleh nutrisi yang cukup sepanjang tempoh kehamilan. Elakkan makanan segera/dalam tin kerana kandungan kalori, lemak, gula, garam, bahan perasa (MSG) berlebihan yang boleh menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan seperti obesiti (tambah berat badan) dan terhidrat (hilang banyak air).
Pengambilan suplemen multivitamin, vitamin C, B Complex, kalsium dan zat besi sangat baik untuk membantu kesihatan ibu dan tumbesaran bayi yang sihat. Jangan abaikan nutrisi sepanjang kehamilan. Pastikan yang semula jadi dan bukan datang dari kejuruteraan sintetik.
Kesimpulannya, pengambilan makanan berkhasiat disertai dengan vitamin untuk ibu hamil haruslah diberi keutamaan. Ibu-ibu boleh dapatkan Set Hamil Shaklee yang diyakini Halal, selamat dan berkesan untuk membantu para ibu sepanjang tempoh kehamilan.
Bertabahlah ibu! Sungguhpun segala penat, lelah, ketidakselesaan akibat kaki bengkak dalam tempoh hamil, keadaan ini hanyalah sementara. Ia akan hilang sebaik melihat wajah Si Comel kita selamat di lahirkan ke dunia 💕
Cara untuk Dapatkan Set Hamil Shaklee
Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘
HUBUNGI EBOO SEKARANG!
Follow me 👇
FB page: serimuslimahsihat
FB: ridzianizr
*PERHATIAN: Kepada para ibu, sila dapatkan konsultasi doktor jika alami bengkak kaki yang menyakitkan dan berterusan.
PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.