5 Tips Buat Duit Online sambil Bekerja @ Belajar

Friday, November 03, 2017 2 Comments A+ a-

Zaman sekarang, rata-rata kita buat lebih daripada 1 kerja demi meningkatkan taraf hidup dan ekonomi keluarga khususnya. Setiap dari kita akan bertungkus lumus untuk memenuhi keperluan hidup dan mencapai kepuasan bagi merealisasikan impian. 

Teknologi sekarang memudahkan kita untuk mencari peluang jana pendapatan secara online dengan pantas sama ada yang sedang bekerja mahupun pelajar. Semuanya dihujung jari sahaja ✌

Tapi... Bagaimana?
Antara kerja hakiki/kuliah dengan side income/part time bisnes yang baru nak mula.

Tak salah untuk berniaga sambilan, tapi kita perlu tahu serta cekap untuk kenal pasti keutamaan tugasan yang diamanahkan. Ada sesetengah tempat kerja sangat strict, pekerjanya tidak boleh terlibat dengan aktiviti perniagaan. Bagi seorang pelajar pula terikat dengan jadual padat dan assignment yang tak habis-habis.

Apa-apa pun pengurusan masa sangat penting bagi memastikan tugasan hakiki dan bisnes yang dijalankan bergerak dengan baik.

Jom! Eboo kongsikan 5 tips untuk buat duit secara online walaupun sambil bekerja/belajar.

1. Kenal Pasti Bisnes yang Tak Ganggu Kerja

Kenal pasti bisnes yang nak dibuat boleh dilakukan semasa senggang (sejam awal sebelum @ selepas waktu bekerja/lunch hour) yang mana tidak mengganggu waktu bekerja (8 jam). Ada sesetengah tempat kerja tidak membenarkan pekerjanya melayari media sosial pada waktu bekerja. 

Bagi pelajar pula, gunakan masa gap antara kuliah @ waktu pagi sebelum kuliah @ waktu malam sebelum tidur untuk menjalankan aktiviti bisnes.

2. Pilih Jenis Bisnes yang Tiada Modal/Modal Rendah

Apabila baru nak mulakan perniagaan, cari bisnes yang tiada modal/modal rendah. Elakkan untuk buat mana-mana pinjaman! 

Jika anda seorang pekerja, bisnes adalah mesin untuk tambah income bukan untuk bayar hutang. Bagi pelajar pula, pastinya anda perlukan duit saku lebih untuk beli keperluan personal anda.


Konsep dropship adalah 1 kaedah paling mudah dan tak perlu simpan stok. Semua urusan pengumpulan stok dan penghantaran kepada customer adalah tanggungjawab supplier. Anda hanya perlu buat marketing dan sales sahaja.
Eboo akan kupas lanjut nanti dalam tajuk DROPSHIP

3. Manfaatkan Masa & Sanggup Berkorban

Kita semua ada masa 24 jam sehari tiada lebih atau kurang. Persoalannya, macamana masa yang ada itu dimanfaatkan? Tidak dinafikan apabila perlu dibahagi-bahagikan masa sangat memenatkan. Tapi itulah harga pengorbanan untuk berjaya dan menjana pendapatan yang luar biasa. 

Perlu korbankan waktu bersantai, melepak di kedai dan tidur. Kebiasaannya, waktu malam adalah waktu yang paling sesuai untuk semak segala order dan pertanyaan. 

4. Buat To-Do List dan Sistem Berjadual

Terdapat banyak medium khusus untuk bisnes online seperti Facebook, Instagram, Blog, Whatsapp, Google Ads dan bakal bertambah lagi. Gunakan sebaik-baiknya kerana kesemua medium ini adalah lubuk passive + active income. 

Senaraikan segala plan/perkara yang perlu (to-do-list) bagi memudahkan urusan dan teratur.

Jadualkan posting-posting dengan menggunakan aplikasi autopost seperti Buffer, Hootsuite, dlvr.it, networkedblog, sproutsocial dan lain-lain. 

Kita sediakan bahan (gambar/ayat copywriting) biar robot yang tolong postkan ikut masa yang telah kita tetapkan secara berterusan. Biasanya kita boleh prepare bahan pada waktu malam untuk post keesokan harinya.

5. Buat Bisnes Ber'partner'

Bisnes yang dibuat secara berjemaah/berkumpulan mampu generate more income berbanding berseorangan. Kita tak perlu buat semua, tapi kita perlukan orang-orang yang mahir dalam sesuatu perkara untuk jalankan bersama. 

Ini bagi mengelakkan masalah apabila bisnes laju tapi kudrat seorang manusia terbatas disebabkan perlu handle semua kerja (layan PM, ambil order, pos barang, buat database etc) dalam 1 masa.


Adakah anda rasa teruja untuk buat duit sambil bekerja/belajar?

Di sini eboo akan kongsikan sedikit bagaimana buat duit online bersama Shaklee 💝

Perniagaan Shaklee boleh beroperasi secara online atau offline. Kemudahan yang kita peroleh dengan bisnes Shaklee adalah:

🌱 Modal serendah RM80
🌱Perkhidmatan dropship (hanya perlu promote & ambil order, Shaklee urus penghantaran)
🌱 Sistem online lengkap (90% sudah diuruskan)
🌱 Ilmu percuma padat dengan coaching & mentoring secara online/offline
🌱 Punya support group yang super awesome 
🌱 Perniagaan MLM terawal di dunia (meliputi bonus, insentif kereta dan insentif lain yang sudah di paten.)
*Paten bermaksud tiada syarikat lain yang boleh menciplak sistem bisnes Shaklee. Merupakan syarikat MLM pertama di dunia yang sudah bertahan selama 60 tahun*

Setiap apa yang kita usahakan perlulah berlandaskan kesungguhan, konsistensi, kepercayaan, tawakal dan doa untuk berjaya. 


Berminat untuk sertai Eboo dengan bisnes Shaklee?

HUBUNGI EBOO SEKARANG!

Follow me 👇




2 review

Write review