Rawatan Semulajadi Patah Tulang Akibat Kemalangan yang Berkesan

Wednesday, November 22, 2017 0 Comments A+ a-

Kemalangan? 
Patah tulang?
Ngeri ke tidak bila dapat perkhabaran sebegitu?

Malang tidak berbau. Trauma yang dialami akibat daripada kemalangan jalan raya pasti beri impak pada kehidupan seterusnya. 

Tapi, jangan putus harap kerana setiap penyakit ada penawarnya. Kita perlu tahu bagaimana cara untuk bantu tulang kembali bercantum semula dengan sempurna supaya kuat dan sihat. Mungkin ia mengambil masa yang agak lama untuk sembuh tapi InsyaAllah dengan pengambilan nutrisi yang betul, tempoh penyembuhan boleh dipercepatkan dengan izinNya.

Fakta Ringkas Patah Tulang
  • Kebanyakan keretakan tulang adalah disebabkan jatuh, kemalangan ataupun penderaan
  • Retak tulang yang disebabkan oleh penyakit dirujuk sebagai patah patologi (pathological fractures)
  • Compound fracture merupakan salah satu kecederaan pada permukaan kulit 
  • Terdapat beberapa jenis patah, kebiasanya jenis close/simple  bone fracture dan open/compound bone fracture 
  • Penyembuhan tulang adalah proses semulajadi, rawatan dengan  pengambilan nutrisi penting secara berkala & berterusan akan memberikan keadaan optimum pada tulang untuk sembuh dengan sendirinya

Proses Penyembuhan Patah Tulang

Proses penyembuhan terdiri daripada empat (4) peringkat, iaitu:

(1) Pembengkakan (Inflamation) - Patah tulang akan menyebabkan pendarahan kecil dan kawasan sekitarnya akan membengkak (radang). Ia mengambil masa dalam 2 - 3 minggu.

(2) Pembentukan kalus lembut (Soft Callus) - Bengkak dan rasa sakit mula hilang. Pembentukan kalus halus pada hujung tulang yang patah untuk proses penyambungan. Ambil masa 4 - 8 minggu.

(3) Pembentukan kalus keras (Hard Callus) - Peringkat ini kalus lembut berubah menjadi kalus keras dan dapat dilihat dengan x-ray. Tempoh masanya antara 8-12 minggu.

(4) Pembentukan semula tulang baharu (Remodeling bone) - Peringkat terakhir adalah proses pembentukan semula dengan memperbaiki setiap cacat yang mungkin tetap sebagai akibat dari kecederaan yang berlaku. Ia merupakan tahap terakhir penyembuhan patah tulang yang dapat bertahan sehingga beberapa tahun.
Sumber: mediskus.com


4 Nutrisi Penting untuk Patah Tulang Lekas Sembuh

Pengambilan makanan yang berkhasiat dan nutrisi bertepatan mampu untuk percepatkan proses penyembuhan patah tulang. Mari kita lihat satu per satu 👇

Protein 

Merupakan zat nutrisi makro (utama) yang sangat penting untuk membaik pulih sel yang cedera serta membina sel-sel tulang baharu yang lebih padat dan kuat bagi menggantikan sel tulang yang rosak dan mati akibat patah.

Berdasarkan kajian dari Tufts Unversity, pengambilan diet protein yang tinggi dapat mempercepatkan penyembuhan tulang yang rapuh dan patah. Keperluan protein adalah mengikut usia. Bagi orang dewasa, keperluan protein harian adalah sebanyak 55 - 65 gram per hari. Mengikut kajian yang dibuat (bagi kes patah tulang) protein sebanyak 79 gram diberikan sehari. 


Kalsium

Nutrisi terpenting seterusnya adalah kalsium kerana tugas utama kalsium untuk menjaga kesihatan tulang manusia


➤ Nutrien Anti-Radang

Seperti asid lemak omega-3 yang berfungsi untuk bantu melegakan keradangan, mempercepatkan proses penyembuhan dan mengurangkan kesakitan


➤ Vitamin 

Vitamin D selaku vitamin larut lemak membantu dalam penyerapan kalsium di dalam tubuh sehingga diperlukan untuk memperbaiki tulang yang rosak 

Vitamin K juga adalah vitamin larut lemak yang berperanan dalam mencegah pendarahan dan mempercepatkan penyembuhan luka serta meningkatkan penyerapan kalsium

Vitamin C berperanan sebagai antioksidan yang dapat meningkatkan imuniti ketahanan tubuh. Selain daripada itu, membaik pulih tulang yang rosak serta menyerap kalsium dan mineral lain dengan lebih efektif dalam tubuh


Saranan Set Patah Tulang Shaklee yang Disyorkan

ESP - sumber protein terbaik bagi pembentukan/pembaikpulihan dan pertumbuhan tulang, protein penting bagi pertumbuhan sel² tulang yang cedera/mati
Ostematrix - selaku kalsium utk kuatkan tulang dan magnesium bagi meningkatkan kadar penyerapan kalsium dalam tulang. Sangat penting!

Omegaguard - adalah minyak ikan bagi bantu kurangkan keradangan pada sendi/otot yang cedera

Vitamin C - untuk tingkatkan sistem imun, bina sel darah merah bg penyerapan zinc yg lebih baik

Vivix - adalah suplemen menyeluruh utk tubuh dan sangat berkesan sehingga ke sel bagi percepatkan membaik pulih luka


Eboo kongsikan feedback  dari customer yang mana suaminya alami kecederaan akibat kemalangan selepas sebulan pengambilan Set Patah Tulang Shaklee 😍


Sekarang, jom dengarkan pula pengalaman Faiz yang mengalami kemalangan menyebabkan patah tulang belakang dan tapak kaki dan sembuh dalam sebulan!




Cara untuk Dapatkan Suplemen untuk Kecederaan Patah Tulang akibat Kemalangan


Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘

HUBUNGI EBOO SEKARANG!



Follow me 👇





*PERHATIAN: Sila rujuk pakar perubatan dahulu bagi mendapatkan khidmat nasihat serta rawatan selanjutnya.

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.