Rawatan Terbaik bagi Jangkitan Paru-paru pada Anak secara Semulajadi

Thursday, November 16, 2017 0 Comments A+ a-

Kanak-kanak lebih terdedah kepada pelbagai jenis jangkitan secara terus (direct) terutamanya bayi. Sistem imuniti mereka yang masih belum matang (fragile) menyebabkan mereka mudah diserang penyakit berjangkit. 

Kali ini eboo akan fokus kepada masalah pernafasan yang disebabkan oleh jangkitan kuman di paru-paru anak-anak yang dikenali sebagai pneumonia. Ia boleh menyerang tidak kira orang dewasa mahupun kanak-kanak/bayi.

Berdasarkan anggaran dari United Nations Children's Fund (UNICEF), penyakit jangkitan kuman di paru-paru (pneumonia) di kalangan  kanak-kanak telah membunuh kira-kira 3 juta kanak-kanak di seluruh dunia. Ini menunjukkan bahawa jangkitan penyakit ini sangat merbahaya!

Pneumonia
Pneumonia adalah jangkitan kuman pada paru-paru yang membuatkan seseorang itu sukar bernafas. Ia berlaku disebabkan saluran udara pada paru-paru dipenuhi nanah dan lendir yang menyebabkan sistem pernafasan tidak dapat berfungsi dengan baik.

Ia disebabkan oleh jangkitan virus, bakteria fungus dan parasit. Kemungkinan disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selesema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan.

Jangkitan paru-paru kerap dialami oleh kanak-kanak berusia di bawah 5 tahun. 

Tanda dan Gejala
Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami:
  • Demam panas
  • Batuk dengan atau tanpa kahak
  • Sakit dada
  • Tiada selera makan, tidak mahu makan
  • Rasa tidak sihat, sering merengek
  • Pernafasan laju atau susah bernafas
  • Muntah atau cirit-birit
Ini bergantung kepada sebab, umur dan penyakit yang berkaitan dengan kanak-kanak terlibat.


Seriuskah Jangkitan Paru-paru ini?
Jangkitan paru-paru ini boleh menjadi sangat serius bagi kanak-kanak dalam tempoh yang singkat. Kanak-kanak boleh mengalami dehidrasi atau kekurangan oksigen. 

Jika anak-anak anda mengalami tanda-tanda berikut, sila terus bawa ke hospital secepat mungkin:
  • Pernafasan laju/luar biasa cepat
  • Sukar untuk bernafas
  • Bibir & kuku menjadi biru/kelabu
  • Batuk berdarah
  • Demam pada suhu 38.9ºC (102ºF) atau bagi bayi di bawah 6 bulan suhu melebihi 38ºC (100.4ºF)
  • Tidak boleh makan atau minum atau kurang kencing

Rawatan
Biasanya pesakit diberi antibiotik (jika disebabkan jangkitan bakteria) dalam masa sebulan selepas mengalami pneumonia. Banyak bukti menunjukkan penyusuan badan dapat melindungi anak daripada serangan bakteria pneumococcus.

Lazimnya diperingkat awal, anak-anak boleh dirawat di rumah sahaja dengan tips jagaan berikut:
  • Banyak rehat dengan persekitan yang bersih
  • Minum banyak air dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
  • Sediakan termometer untuk periksa suhu badan anak pagi & petang. Jika demam tinggi, dapatkan rawatan doktor serta merta
  • Teruskan penyusuan susu ibu bagi bayi untuk meningkatkan antibodinya

Anak-anak perlu mendapatkan rawatan hospital apabila mereka alami masalah pernafasan dan suhu badan yang terlalu tinggi. Selain daripada itu, kemungkinan 
  • oksigen tambahan diperlukan
  • mereka mempunyai jangkitan paru-paru yang mungkin telah merebak ke dalam aliran darah
  • mereka mempunyai penyakit kronik yang memberi kesan kepada sistem imun   
  • mereka muntah sehingga mereka tidak boleh mengambil ubat melalui mulut     
  • mereka mempunyai sejarah berulang (medical history) radang paru-paru

Ikhtiar dengan Suplemen Shaklee
Sebagai langkah pencegahan awal, boleh ambil vaksin yang berkaitan (vaksin influenza, pneumacoccol) sekiranya si anak berisiko mendapat jangkitan contohnya yang mengalami masalah buah pinggang atau sedang menjalani rawatan yang menyebabkan antibodi lemah. 

Selain daripada itu, kita boleh berikhtiar dengan memberikan suplemen untuk meningkatkan antibodi anak supaya virus-virus jahat dapat dilawan dengan jayanya 💪😊

Antara suplemen yang dicadangkan 👇👇👇

Nutriferon
NutriFeron adalah formula eksklusif berpaten yang menyediakan campuran proprietari empat ekstrak tumbuhan yang direka khas untuk meningkatkan tahap interferon secara semulajadi dan menyediakan sokongan imun pada tahap sel. Dengan pengambilan nutriferon secara berterusan, 'perisai' badan kita yang melawan virus akan menjadi lebih kuat dan seterusnya dapat mencegah daripada penyakit. Sesuai untuk anak yang berumur setahun ke atas.

Omega Guard
Pengambilan omega 3 secara berterusan dapat meningkatkan antibodi. Jika batuk berkahak atau selsema juga sangat elok ambil omega guard kerana selsema cepat kering dan kahak cepat cair. 

Omega Guard sangat bagus untuk sel-sel otak anak berhubung selain itu lebih fokus dan mudah terima pembelajaran dengan baik, InsyaAllah

Cara makan untuk anak, eboo akan bagi tips terbaik mengikut umur anak 😉


Pengalaman Ibu yang Punya Anak dengan Masalah Pneumonia

Auni Nadra memang sangat gemarkan Omega Guard dan Nutriferon. Dia boleh kunyah kapsul Omega Guard begitu sahaja.

Sangat jarang demam, batuk dan selsema. Dan kalau selsema pun, hingus cepat surut dan demam cepat reda.

Percaya tak yang Auni Nadra tidak pernah makan ubat batuk dan selsema. Pcm kalau tak silap saya pernah bagi sekali sebab temperature terlalu tinggi.

Ini kerana, bila anak-anak saya demam, selalunya disebabkan oleh selsema dan batuk. Jadi saya akan cuba kawal dengan beri Omega Guard, Nutriferon dan Chewable Vita C, serta melakukan kaedah steaming dan tepukan fisio untuk mengeluarkan kahak dalam paru-paru. Alhamdulillah demam selsema anak-anak saya setakat ini masih terkawal.

Masa anak pertama dahulu, saya belum kenal Shaklee dan Aqeef Danial sangat kerap selsema dan batuk. Hingga kini pun, saya nampak antibodi Auni Nadra lebih bagus daripada abangnya. Walaubagaimana pun, tahap kesihatan abangnya pun sudah semakin baik berbanding dahulu. Tiada lagi lawatan ke hospital untuk masalah bronchitis dan pneumonia. Alhamdulillah.

Terima Kasih Allah. Terima Kasih Shaklee. 

Cara untuk Dapatkan Suplemen untuk Masalah Jangkitan Paru-paru (pneumonia) bagi Anak


Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum ðŸ˜˜

HUBUNGI EBOO SEKARANG!

Follow me 👇




*PERHATIAN: Kepada para ibu bapa, sila dapatkan konsultasi doktor dahulu jika keadaan anak serius. 

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.