Atasi Masalah Kemurungan Sebelum Terlambat Secara Selamat

Friday, December 22, 2017 0 Comments A+ a-

Pernahkah anda atau insan-insan disekeliling mengalami masalah kemurungan? Jika ya, perkara ini perlu diambil serius dan perhatian lanjut kerana ia boleh mengundang pengakhiran yang tragik.

Masalah ini telah menjadi suatu fenomena yang sangat menakutkan dan menjadi trauma kepada keluarga dan kenalan mangsa yang terlibat. Secara logiknya, kita sukar untuk memahami kenapa pesakit sanggup bertindak  sehingga membunuh diri hanya kerana sedih dan murung. Hakikatnya, hanya mereka yang mengalami sahaja tahu keadaan yang sangat menyeksakan.

Pada 18 Disember 2017 yang lepas seorang penyanyi dari kumpulan Shinee, Kim Jong hyun (27 tahun) telah ditemui mati akibat daripada tindakan membunuh diri. Ia disebabkan oleh masalah depression yang sangat teruk. Melalui kenyataan akhbar yang melaporkan, mangsa telah meninggalkan nota yang menyatakan "I was broken from the inside" and "the life of fame was never meant for me". Selanjutnya klik sini untuk berita sepenuhnya.
Kemurungan (depression) adalah suatu masalah jiwa dan emosi yang terganggu akibat daripada perasaan kesedihan yang berpanjangan, kecelaruan dan tekanan emosi yang melampau. Penyakit ini biasa berlaku dan sangat serius kerana memberi kesan negatif terhadap perasaan, cara berfikir dan bagaimana individu bertindak. Depression tidak mengenal siapa untuk diserang kerana ia mempengaruhi seseorang individu dengan cara yang berbeza.


Punca/Sebab Kemurungan
Terdapat banyak sebab dan punca wujudnya depression di kalangan masyarakat. Ia bergantung kepada individu kerana penerimaan sesuatu masalah itu tidak sama antara kita, mungkin bagi kita masalah yang dihadapi agak terlalu kecil tapi bagi individu lain ia memberi impak yang sangat besar.

Antaranya seperti:
  • Kematian. Kesedihan akibat daripada kehilangan seseorang yang amat disayangi sememangnya boleh menyebabkan depression.
  • Penderaan. Sama ada secara fizikal, emosi atau seksual. Semua ini boleh menyebabkan depression kepada seseorang itu di masa depannya jika tidak ditangani dengan baik.
  • Perubahan dalam kehidupan. Contohnya seperti dapat kerja baharu, berkahwin, berpindah rumah dan sebagainya juga boleh mengundang kepada depression sebab kita akan cuba bertoleransi dengan sesuatu yang baharu yang mungkin sangat berbeza dengan keadaan sebelum perubahan tersebut.
  • Faktor genetik. Sekiranya dalam sesebuah keluarga itu memang pernah ada ahli keluarga yang mengalami depression, maka memang tidak mustahil ia boleh diwarisi dipanggil sebagai genetics of psychiatric disorders.
  • Ubat-ubatan. Sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan depression seperti Accutane iaitu ubat untuk jerawat, boleh menyebabkan meningkatnya risiko depression.

Simptom/Tanda Kemurungan
  • Berasa sedih yang berpanjangan dan alami tekanan perasaan 
  • Hilang semangat atau tidak berminat lagi melakukan aktiviti sosial yang biasa dilakukan hampir setiap hari
  • Kurang selera makan dan berat badan turun (~5%) mendadak dalam masa yang singkat 
  • Masalah tidur sama ada kurang tidur (insomnia) atau terlebih tidur (hypersomnia)
  • Perubahan dalam melakukan aktiviti seharian, sama ada terlebih aktif atau kurang aktif
  • Terasa diri tidak bernilai atau perasaan bersalah tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
  • Alami kesukaran untuk berfikir, fokus dan membuat keputusan
  • Berfikir tentang kematian atau bunuh diri

Masalah kemurungan telah dikenal pasti oleh WHO sebagai penyakit keempat terbesar yang menyumbang kepada penyakit global (global disability) yang dialami oleh manusia di seluruh dunia pada ketika ini. Kajian juga meramalkan bahawa penyakit kemurungan akan menjadi penyebab utama masalah kesihatan dalam negara-negara membangun menjelang tahun 2020. Oleh itu, isu ini tidak boleh dipandang ringan.



Tips Elak/Atasi Kemurungan

  • Bersenam bukan hanya memberi kesihatan fizikal, malah ia boleh mebaik pulih mood juga. Pilihlah aktiviti yang disukai dan seronok, seperti berenang atau berkebun
  • Bermain dan bela binatang peliharaan
  • Makan makanan yang sihat, banyak buah dan sayur serta bijirin penuh untuk tingkatkan kesihatan fizikal dan emosi
  • Makan supplement yang kaya dengan Vitamin B12, OmegaGuard sebab ia sangat membantu menukar stress mood anda
  • Kurangankan pengambilan kafein sebab ia boleh membuatkan kita rasa lebih berdebar dan resah. Selain itu, kurang kafein boleh membantu tidur lebih lena
  • Jaga kesihatan. Bila selalu sakit kita akan rasa depress
  • Dapatkan cahaya matahari yang mencukupi. Elakkan selalu berada di dalam kegelapan kecuali waktu tidur. 
  • Explore hobi dan kegemaran anda! Lakukan perkara yang disukai memang sangat membantu menceriakan diri dan terhindar dari kemurungan
  • Dapatkan tidur yang cukup, berkualiti dan memuaskan
  • Elakkan alkohol dan dadah
  • Berhenti merokok

Bagaimana Shaklee (vitamin) boleh bantu atasi masalah kemurungan?
Untuk mengatasi masalah kemurungan, pemakanan yang mampu mengawal emosi dan mental memainkan peranan sangat penting. Bagi pesakit kemurungan, lazimnya mereka mengabaikan corak pemakanan sehingga mengalami kekurangan atau ketidakstabilan nutrisi dalam badan terutamanya kekurangan vitamin B (terutamanya asid folik) dan vitamin C, juga kalsium, zat besi (iron), magnesium dan potassium. Vitamin B6 biasanya diberikan kepada pesakit yang mengalami kemurungan kronik.

Dengan itu, saranan vitamin yang perlu diamalkan adalah;

1) B complex terdiri daripada gabungan:
  • Vitamin B1 - menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metobolisma. Vitamin ini akan melengkapkan tindakan sinergistik antioksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas
  • Vitamin B2 - memproses asid amino dan lemak serta membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folik
  • Vitamin B3 - membantu mengurangkan kolestrol dalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah. Vitamin B3 membantu dalam menjaga kulit yang baik. Kajian telah menunjukkan, kekurangan Vitamin B3 akan menyebabkan depresi@gangguan mental, ini seterusnya akan meninggikan risiko seseorang individu untuk menjadi psyco@sakit mental
  • Vitamin B5 - membantu mengurangkan stress@tekanan mental; membantu mengurangkan penuaan pramatang. Vitamin ini akan melengkapkan tindakan sinergistik antioksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas.
  • Vitamin B6 - merupakan vitamin yang paling utama dalam pemprosesan asid amino. Mengawal serotonin di dalam otak. Ketidakseimbangan serotonin akan menyebabkan depresi@gangguan mental
  • Vitamin B9 - membantu fungsi neurotransmitter; seperti mengurangkan depresi di dalam badan.
  • Vitamin B12 - mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan Vitamin B12 akan menyebabkan masalah mental dan ketidaktenteraman

2) Vitamin C 

Merupakan antioksidan yang dapat meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel tubuh badan. Disebabkan stress dan kemurungan sememangkan lebih menggalakkan penghasilan radikal bebas, vitamin antioksidan ini sangatlah penting untuk mengawalnya. 

Mereka yang mengamalkan vitamin C tidak menunjukkan tanda-tanda mengalami tekanan dan fizikal apabila kerap menghadapi cabaran psikologi. Mereka bangkit daripada keadaan tertekan lebih cepat daripada orang yang mempunyai tahap pengambilan vitamin C yang rendah dalam darah.


3) Omega Guard

Kandungan DHA dan EPA membantu menstabilkan emosi dan perkembangan kesihatan mental termasuk kemurungan, tekanan, kegelisahan, insomnia, autism, hiperaktif dan skizofrenia.


4) Ostematrix

Kombinasi kalsium, magnesium dan vitamin K dapat bantu mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, menggalakkan tidur yang selesa, memperbaiki stres, kegelisahan, pitam dan sakit kepala.


5) Vitalea

Multivitamin yang yang mengandungi zat besi (iron) yang diperlukan untuk proses sel-sel tubuh


Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum ðŸ˜˜


6) Vivix 

Minuman botanikal yang kaya dengan polifenol dan resveratrol dari sumber alam semulajadi membaik pulih fungsi tubuh sehingga ke peringkat sel. Sel-sel akan menjadi lebih bertenaga dan memberikan kesihatan menyeluruh secara optimum. Vivix merupakan suplemen Shaklee premium dan berkualiti tinggi (patented) dan ramai yang telah peroleh manfaat darinya.


Berusahalah untuk kesembuhan, usah dibiarkan diri terus dirundung duka akibat masalah depresi yang melampau sehingga boleh merosakkan diri sendiri dan orang sekeliling.



HUBUNGI EBOO SEKARANG!


Follow me 👇





*PERHATIAN: Kepada pesakit atau ahli keluarga pesakit, sila dapatkan khidmat nasihat pakar perubatan/psikologi dahulu untuk mengenal pasti tahap kemurungan yang dialami. Set yang dicadangkan adalah sebagai ikhtiar bagi mencukupkan keperluan nutrisi tubuh supaya lebih sihat fizikal dan mental.

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.