Cara Mencegah Batu Karang dengan Selamat dan Berkesan

Friday, December 22, 2017 0 Comments A+ a-

Cuba anda bayangkan...
Bangun pagi biasanya kita akan ke tandas untuk membuang air kecil mahupun air besar. 
Tetapi, malangnya anda gagal untuk kencing walaupun terasa sangat-sangat untuk membuang 😰

Ngeri! Sebab kita takkan tahu bila masa ia akan berlaku.

Bagaimanakah cara untuk kita cegah berlakunya masalah batu karang secara selamat dan berkesan?

Sedikit perkongsian berkenaan pengalaman suami eboo sendiri yang mengalami batu karang pada tahun 2014. Ia terjadi dengan tiba-tiba di mana pada waktu pagi, suami mengadu yang beliau tidak boleh membuang air kecil. Kami pergi ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan dan ubat. Jangkaan kami mungkin suami mengalami masalah kencing kotor. Tetapi keadaan semakin kronik sehingga menyebabkan suami tidak dapat menahan kesakitan akibat tidak boleh kencing. Eboo terus bawa suami ke hospital tuju ke emergency room. Setelah diperiksa, kedudukan batu karang tidak dapat dipastikan pada masa itu menyebabkan doktor terpaksa menebuk di kawasan pundi kencing untuk mengeluarkan air kencing yang terkumpul. Seterusnya, suami di bawa ke bilik bedah untuk prosedur mengeluarkan batu karang. Situasi yang sangat-sangat mencemaskan 😢

Batu karang adalah batu yang terbentuk di dalam saluran pembuangan air kencing yang bermula daripada buah pinggang sehingga ke bahagian pundi kencing. 

Di dalam istilah perubatan, penyakit batu karang mempunyai pelbagai nama dan mempunyai simptom dan tempat kesakitan bergantung kepada lokasi batu yang terbentuk. 

Istilah umum bagi penyakit batu karang di saluran pembuangan air kencing dinamakan Urolithiasis.

Anatomi sistem pembuangan air kencing manusia.
Ia dimulakan dengan penghasilan air kencing di buah pinggang (kidney). Kemudian ia disalurkan ke pundi kencing (urinary bladder) melalui saluran ureter.

Rakyat Malaysia dianggarkan 15 hingga 20 peratus mengalami batu karang semasa hayat mereka. Batu karang kerap berlaku di kalangan lelaki berumur antara 20 hingga 40 tahun.

Proses berlakunya batu karang disebabkan dua (2) fenomena asas seperti berikut:

𝒜. Air Kencing Pekat 
Apabila berlakunya peningkatan kepekatan kompaun tertentu di dalam air kencing seperti kalsium, oxalate dan juga asid urik dan membentuk kristal. 

Bermula daripada kristal dan akan membentuk batu yang lebih besar apabila kompaun lain melekat kepadanya. Seterusnya, apabila batu itu bergerak ke pundi kencing, ia akan tersekat di bahagian ureter dan menyebabkan kesakitan dirasai. 

Batu karang yang dihasilkan akibat kepekatan air kencing jenis asid urik dan cystine.


𝓑. Kalsium terenap pada saluran kencing
Apabila enapan kalsium tercabut daripada saluran dalam buah pinggang, ia akan membentuk batu kecil dan memudahkan kompaun kalsium lain melekat padanya sehingga menjadi batu yang lebih besar akhirnya. 

Punca terjadinya batu karang adalah:
  • Kurang minum air – Bila badan dehidrasi, kencing akan menjadi lebih pekat dan memudahkan pembentukan kristal sehingga menjadi batu (minum air kurang 1,200ml sehari)
  • Sejarah keluarga atau diri sendiri – 25% daripada pesakit mempunyai sejarah keluarga yang juga menghidap penyakit batu karang. Masalah pemakanan yang sama dalam keluarga juga main peranan (seperti penyakit kencing manis/penyakit metabolik lain). Perhatian kepada anda yang pernah terkena penyakit batu karang kerana risiko untuk berulang adalah tinggi
  • Faktor umur – Kes batu karang tertinggi di kalangan yang berusia 20 - 70 tahun
  • Faktor jantina – Lelaki lebih mudah mengalami penyakit batu karang berbanding wanita
  • Penyakit lain – Penyakit-penyakit metabolik seperti hyperparathyroidism (kelejar yang terlibat dalam metabolisme kalsium terlebih aktif), hyperthyroidism (kelenjar thyroid terlebih aktif menyebabkan pengeluaran mineral daripada tulang dan pengumpulan kalsium) sistinuria (penyakit metabolik yang diwarisi yang menyebabkan sistin berlebihan dalam tubuh dan menyebabkan batu jenis sistin)
  • Kesan sampingan ubat – Pengambilan ubat-ubat seperti diuretik akan meningkatkan pengeluaran air kencing, lalu menyebabkan kencing semakin pekat. Berbalik kepada kadar pengambilan air yang kurang.
  • Faktor pemakanan – Pengambilan makanan yang tinggi protein purine (hati, jantung, limpa, daging merah dan makanan laut yang bercengkerang). Daging merah khususnya mengandungi kandungan fosforus yang tinggi, menyebabkan lebih banyak kalsium dikeluarkan melalui air kencing. Selain itu, alkohol dan diet kurang serat turut memberi kesan yang sama.
  • Gaya hidup kurang aktif – Individu yang kurang aktif atau terlantar sakit adalah lebih berisiko kerana tulang membebaskan kalsium ke dalam salur darah dalam individu ini.
Bayangkan hanya batu sekecil ini boleh membawa penderitaan dan kesakitan amat.

Simptom yang boleh dikenal pasti menghidapi batu karang adalah:
  • tidak boleh kencing
  • kencing berdarah
  • sakit belakang/kawasan pundi kencing
  • wujud butiran pasir di dalam air kencing
  • jangkitan saluran kencing (batu karang ialah punca jangkitan)
  • demam dan badan menggigil
  • kencing kotor
  • loya, muntah dan berpeluh

Langkah pencegahan yang perlu diambil:
  • Minum air sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari supaya air kencing cair dan badan terhidrat
  • Hadkan pengambilan makanan yang kaya dengan purine seperti daging merah, makanan laut dan alkohol
  • Kurangkan pengambilan garam (Natrium) dalam diet (hanya 2,300mg sehari/lebih kurang satu sudu teh sahaja sehari)
  • Hindari makanan yang kaya oksalat dan fosfat (coklat, bayam, rhubarb, ubi bit merah, teh, kekacang dan minuman cola)


Cegah batu karang dengan Shaklee pastinya selamat & berkesan!

Manfaat setiap vitamin:

Vivix - Bantu baik pulih sel sehingga DNA melalui 4 mekanisme penuaan selular. Mengurangkan keradangan yang disebabkan oleh radikal bebas sehingga menyebabkan pembentukan batu karang

B-Complex - Selaku vitamin anti-stress yang menenangkan serta beri tenaga. bantu menurunkan bahan oksalat (oxalate) yang membentuk batu karang

Vitamin C - Bantu meningkatkan keasidan dalam urin kerana batu karang tidak mudah terbentuk dalam urin yang berasid

Ostematrix - Bantu mencukupkan keperluan kalsium pada tubuh supaya dapat mencegah peningkatan oksalat (akibat daripada kekurangan kalsium). Jangan khuatir, ostematrix mengandungi magnesium yang berfungsi sebagai pemangkin untuk memastikan penyerapan maksimum kalsium oleh tubuh

Alfalfa Complex - Bantu mengurangkan jangkitan dan keradangan yang berlaku akibat batu karang

Carotomax - Bantu percepatkan penyembuhan luka di bahagian urinari akibat batu karang. 

Performance Drink - Terdapat kandungan sitrat bantu cegah batu karang dan mencukupkan keperluan air pada tubuh  dalam sehari. Usah diabaikan kerana ia bebas gula dan tiada bikarbonat 


Optional: Boleh ambil Omega Guard dan Lechitin selaku pembakar lemak yang berlebihan bergantung kepada kondisi individu.



Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘


HUBUNGI EBOO SEKARANG!




Follow me 👇




*PERHATIAN: Jika anda mengalami simptom-simptom batu karang, terus dapatkan rawatan di klinik/hospital dengan segera. Saranan yang dikongsikan hanyalah untuk langkah pencegahan dan ikhtiar untuk tidak berulang kembali.

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.