Atasi Masalah Kencing Tak Lawas secara Semulajadi

Thursday, December 28, 2017 0 Comments A+ a-

Sebelum ini eboo telah kongsikan masalah tak boleh kencing dan kali ini boleh kencing tetapi tak lawas. Masalah berkenaan sistem perkumuhan ini boleh mengundang rasa stress dan terseksa apabila terasa air kencing seperti tidak habis-habis.

Kencing tak lawas atau penyakit kencing kotor (Urinary Tract Infection -UTI) dapat dikenal pasti apabila aliran air kencing mengecil dan tersekat-sekat. Selepas membuang air kecil, terasa masih ada aliran urin menitis dan berasa tidak puas. Terasa sakit pada bahagian ari-ari dan pedih apabila kencing.

Bagaimanakah cara untuk atasi masalah kencing tak lawas ini dengan berkesan tetapi selamat?

Punca Kencing Tak Lawas

Kurang minum air (air suam)
Air bukan sekadar menghilangkan dahaga dan mengelakkan dehidrasi badan tetapi dapat membantu menyingkirkan toksin dan kekotoran dari dalam badan. Bila badan kurang air, mudah untuk terkena penyakit kencing kotor atau kencing dijangkiti kuman.

Amalan suka tahan kencing
Tabiat suka menahan kencing boleh menjejaskan kesihatan anda. Bila anda tahan kencing, toksin atau kekotoran yang sepatutnya keluar dari badan akan mula terperangkap dan membuatkan kuman mudah membiak.

Kebersihan kawasan intim
Pastikan selepas membuang kawasan intim dibersihkan betul-betul bagi mengelakkan pembiakan kuman.

Cara atasi Masalah Kencing Tak Lawas

1. Minum air kosong secukupnya (sekurang-kurangnya 2 liter sehari)
2. Keringkan kawasan intim selepas membuang air kecil dengan tuala/tisu bersih supaya kebersihan dijaga
3. Amalkan cara membasuh (beristinjak) yang betul seperti dari depan ke belakang untuk mengelakkan kuman dari dubur masuk ke pundi kencing
4. Membuang air kecil dengan mengosongkan pundi kencing secara berkala
5. Tidak menahan apabila ingin membuang air kecil
6. Elak menggunakan pewangi atau sabun pada bahagian kemaluan untuk mengurangkan iritasi pada bahagian vulva yang menyebabkan radang
7. Membuang air kecil selepas berjimak (pasangan suami isteri)
8. Mengambil makanan yang dapat mengurangkan asid dalam air kencing supaya bakteria tidak membiak dengan cepat.  Segera mendapatkan nasihat doktor jika masalah semakin teruk sehingga mengganggu rutin harian untuk mengenal pasti masalah dengan lebih tepat
9. Elak pengambilan secara berlebihan makanan pedas, minuman kafein dan alkohol kerana ia memburukkan lagi masalah pada saluran kencing
10. Mengamalkan minum air rebusan barli mampu melawaskan kencing kerana barli mengandungi serat yang tinggi dan membantu mengurangkan rembesan asid hempedu

Selain daripada itu, boleh ikhtiar dengan pengambilan suplemen yang dapat membantu masalah kencing tak lawas ini. 

Suplemen Shaklee untuk Kencing Tak Lawas

Amalan suplemen yang tinggi anti kulat dan anti radang dapat membantu untuk mengawal jangkitan menjadi lebih teruk.

Saranan kombinasi vitamin terbaik untuk masalah kencing tak lawas adalah:

Vivix 
  • sumber anti radang dan anti bakteria terbaik untuk mengurangkan jangkitan saluran air kencing akibat bakteria dalam salur air kencing
  • bertindak memberi perlindungan dan menguatkan sistem imun pada tahap optimum terutama penyakit kencing tak lawas

Alfalfa Complex
  • bersifat antikulat dan membantu lawaskan kencing serta meneutralkan asid dalam badan

Garlic 
  • antibiotik semulajadi yang bertindak mengawal bakteria merebak dengan cepat dan meningkatkan antibodi badan

Vitamin C

  • bantu menguatkan sistem imun di samping jadikan air kencing lebih berasid di mana boleh menghalang pembiakan bakteria

Pappermint Ginger Plus
  • mengatasi masalah angin dalam badan tapi juga bertindak untuk sistem penghadaman yang sihat kerana kandungan pudina, halia, jintan manis dan jintan hitam memberi rasa nyaman dan melegakan
TESTIMONI 


Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum ðŸ˜˜

HUBUNGI EBOO SEKARANG!


Follow me 👇




*PERHATIAN: Jika anda mengalami tanda-tanda kencing tak lawas, terus dapatkan rawatan di klinik/hospital dengan segera. Saranan yang dikongsikan hanyalah untuk langkah pencegahan dan ikhtiar untuk mengatasinya.

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.