Tips Memilih Bisnes yang Menguntungkan dan Cerah Masa Depan

Friday, December 29, 2017 0 Comments A+ a-

Dunia kini masing-masing berlumba untuk buat duit semata-mata untuk teruskan hidup yang penuh tekanan dan cabaran. Di saat ekonomi turun naik, kebanyakan syarikat tidak dapat bertahan untuk menampung komitmen bulanan dan akhirnya terpaksa ditutup. 

Jika anda masih bekerja, buatlah persediaan untuk sebarang kemungkinan ibarat 'sediakan payung sebelum hujan'. Renung-renungkan adakah cukup gaji yang diperoleh setiap bulan sama ada melebih-lebih, cukup makan atau pun tak cukup untuk sampai ke gaji seterusnya? 

Ini adalah realiti terhadap keadaan yang berlaku kepada masyarakat bandar masa kini. Sebahagian kita dikategorikan sebagai MISKIN BANDAR jika hanya peroleh pendapatan RM3000 sebulan.

Keadaan dan kedudukan sudah berubah jauh berubah. Landskap kos sara hidup di Malaysia semakin melebar. Dan terkini Tengku Razaleigh Hamzah mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan mantan Menteri Kewangan mengingatkan rakyat Malaysia supaya bersiapa sedia supaya rakyat Malaysia terutamanya golongan bumiputera di Malaysia tidak senasib dengan Red Indian di Amerika Syarikat, menjadi pengemis di negara sendiri. – petikan dari Berita Semasa
Tiada siapa yang dapat mengubah nasib kita melainkan kita sendiri. Jika mahukan perubahan gaya hidup, kita perlu berusaha untuk meningkatkan pendapatan. Terlalu banyak bisnes yang tumbuh sekarang, ada yang makin kembang dan ada juga yang layu lalu mati di tengah jalan. 

Tiada jalan singkat untuk peroleh kemewahan, semuanya perlu bermula dengan semangat jati diri untuk menempuh alam perniagaan yang penuh pancaroba. Anda buat, anda dapat. 

Jangan kerana nak senang dapat duit hingga sanggup buat bisnes yang membawa anda ke kancah kegelapan. Bijak pilih, bijak buat keputusan dan bijak laksanakan bisnes sehingga berjaya, InsyaAllah.

5 Tips Pilih Bisnes 

Sebagai panduan bagaimanakah cara untuk memilih bisnes yang menguntungkan sekali harung memberi masa depan yang cerah.

𝟙 Bisnes sentiasa berkembang & kalis gawat (Growth)
Pilih bisnes yang terus berkembang dan mempunyai skala yang besar. Ini bermakna bisnes yang boleh maju di peringkat global dan bersifat jangka masa panjang. Anda perlu kenal pasti hala tuju bisnes yang hendak diusahakan supaya nampak arah tuju di masa akan datang. 

Ambil kira juga keadaan ekonomi semasa. Cari bisnes yang boleh bertahan walaupun dalam keadaan ekonomi yang terumbang ambing (gawat). Contohnya seperti suplemen/vitamin, ia adalah keperluan dan boleh jadi sangat penting bagi pesakit-pesakit yang cuba berikhtiar untuk sembuh. Produk Shaklee telah terbukti selamat, berkesan dan mesra alam. Anda mesti pilih!


𝟚 Produk yang dijual (Product)
Pemilihan produk sangat penting sebab kita menjual untuk memberi manfaat kepada pembeli/pengguna. Produk perlu ada ciri istimewa tersendiri serta ada kelainan dan unik untuk bersaing dengan produk-produk yang sedia ada. 

Paling bagus adalah bisnes yang menawarkan produk di mana customer akan ambil/guna hari-hari dan akan repeat order setiap bulan. Contohnya seperti produk makanan lagi baik sebab hari-hari orang makan ataupun makanan tambahan/suplemen (Shaklee) yang penting untuk kesihatan sejagat.


𝟛 Motif Perniagaan (Purpose)
Selidik dan kaji bisnes yang hendak dijalankan adalah berdasarkan keuntungan semata sahaja atau bertujuan untuk menyelesaikan masalah manusia. 

Niat berniaga perlu jelas untuk peroleh rezeki yang berkat. Perasaan yang sangat sukar diterjemahkan jika barang niaga/produk yang dijual dapat memberi manfaat terbaik kepada pembeli. Secara tak langsung, kita melaksanakan jihad ekonomi terhadap keluarga, agama dan bangsa. Contohnya seperti produk Shaklee yang terbukti dapat membantu masyarakat lebih celik untuk jaga kesihatan sekaligus dapat membantu untuk menjana pendapatan yang di luar kemampuan normal.


𝟜 Bisnes Bersistem Lengkap (System)
Pilih bisnes yang mempunyai sistem serba lengkap bagi kemudahan pihak pembekal  (supplier) dan penjual (reseller). Dengan adanya sistem, bisnes lebih produktif dan bersistematik kerana masing-masing faham peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Contohnya seperti bisnes Shaklee, dengan adanya sistem online yang lengkap (shaklee2u) pihak pengedar mudah membuat segala urusan order, peroleh maklumat, pengurusan downline dan macam-macam lagi hanya di hujung jari. 


𝟝 Bisnes Tidak Bermusim (Seasonal)
Cari bisnes yang bukan bermusim yang mana produknya orang sentiasa akan dapatkan tak kira masa dan keadaan. Contohnya produk kesihatan Shaklee, sekali anda dapat kesan yang terbaik, InsyaAllah anda akan terus-menerus mengambilnya semata-mata untuk kesihatan optimum. Secara tak langsung, bila dah rasa kesannya, anda akan kongsikan kebaikan dengan orang lain.


Beza orang BERJAYA adalah orang buat lebih awal dan yang bertindak lagi awal dari yang bernanti-nanti
Berminat untuk sertai Eboo dengan bisnes Shaklee?


HUBUNGI EBOO SEKARANG!


Follow me 👇