Panduan Posisi bagi Teknik Tepuk Percussion untuk Hilangkan Kahak Anak

Saturday, December 30, 2017 1 Comments A+ a-

Batuk dan selsema di kalangan bayi dan kanak-kanak adalah masalah yang biasa dan mudah menyerang. Keadaan cuaca yang tidak menentu, panas hujan, pencemaran alam sekitar, pemakanan merupakan faktor utama serangan batuk selsema di kalangan anak-anak. Ia boleh menjadi kronik apabila terlalu banyak kahak (mucus) terkumpul dan mereka sukar untuk mengeluarkannya dan boleh menjadi punca penyakit bronchitis atau pneumonia.

Lazimnya, selaku ibu ayah pastinya mencari solusi terbaik untuk masalah mengeluarkan kahak yang tersekat bagi bayi dan kanak-kanak. Teknik tepuk percussion adalah salah satu cara yang boleh dilakukan untuk kurangkan kahak si anak. Bagaimanakah cara yang betul? 

Teknik tepukan atau percussion ini adalah untuk melonggarkan kahak di paru-paru dan dada bayi/kanak-kanak. Sesi tepukan dibuat dalam tempoh keseluruhan 30 minit di bahagian dada dan belakang anak.

Teknik Percussion
Dimulakan dengan tangan berbentuk 'cup' dengan tujuan terdapat kusyen udara dan masa anda menepuk, anak akan batuk dan mungkin juga hingus akan meleleh keluar (boleh lapkan), jika tak keluar pun biarkan anak telan kerana kahak yang ditelan akan dicernakan dalam perut dan kemudian akan keluar melalui najis. Ia tidak akan memudaratkan si anak.
Posisi Anak untuk Tepuk Percussion (postural drainage)
Terdapat lima (5) posisi yang disarankan oleh doktor atau pakar terapi seperti berikut:
𝙰. Lower Lobes (Back/Belakang) - bahagian peparu bawah

Bayi: Baringkan bayi dalam posisi meniarap dimana kedudukan kepala dan badan perlu rata. Kemudian, cuppingkan tapak tangan dan tepuk di bahagian belakang. Lakukan tepukan secara perlahan dan dengan kadar yang sekata.

Kanak Kanak: Baringkan anak dalam posisi meniarap dan di lapik satu bantal atau pada kedudukan 30 darjah, kemudian lakukan tepukan secara perlahan dan sekata.

𝙱. Lower Lobes (Front/Hadapan)
Bayi: Baringkan bayi pada kedudukan yang rata mengadap anda. Lakukan tepukan di bahagian dada seperti di tunjukkan di dalam gambar.

Kanak kanak: Baringkan anak pada posisi 30 darjah dengan dilapikkan bantal  di bawahnya kemudian tepuk secara berkala.

𝙲. Lower Lobes (Sides/Tepi)
Bayi: Baringkan bayi secara mengiring dan dalam keadaan rata. Lakukan tepukan di bawah ketiak (armpit) pada kedua-dua belah.
Kanak Kanak: Baringkan anak pada posisi mengiring bersudut 30 darjah (seperti dalam gambar) bagi mendapatkan kesan yang lebih baik hasil dari bantuan graviti. Lakukan tepukan di bawah ketiak (armpit) pada kedua-dua belah.

Perhatian! Untuk bahagian lower lobespastikan bayi anda tidak dibangunkan secara tiba-tiba bagi mengelakkan kemungkinan reflux berlaku.

𝙳. Upper Lobes (Back/Belakang) - bahagian peparu atas
Lakukan posisi yang ditunjukkan di dalam gambar dan pastikan tepukan dilakukan secara berkala dan perlahan serta tidak menyakitkan.


𝙴. Upper Lobes (Front/Hadapan)

Lakukan posisi seperti ditunjukkan di dalam gambar dimana kedudukan pada sudut 30 darjah bagi mendapatkan kesan yang optimum.

Semoga perkongsian ini dapat memberi panduan dan manfaat kepada semua ibu bapa demi kesihatan si anak tersayang 💖

Jika anda perlukan konsultasi lanjut mahu dapatkan rangkaian produk Shaklee bersama Eboo secara eksklusif bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘

HUBUNGI EBOO SEKARANG!


Follow me 👇




*PERHATIAN: Kepada para ibu bapa, sila dapatkan konsultasi doktor jika anak anda alami batuk selsema yang berpanjangan. 

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Artikel berkaitan:

1 review:

Write review
Adaa
AUTHOR
7 May 2018 at 13:43 delete

very useful! Kalau orang ada baby memang patut tahu teknik ni kan.

Reply
avatar