Cara Mengatasi Tangan Berpeluh secara Semulajadi

Sunday, December 31, 2017 0 Comments A+ a-

Biasanya kita akan berasa tidak selesa bila badan berpeluh. Tapi bagaimana jika tapak tangan pula asyik selalu berpeluh? Sungguhpun ia tidak mendatangkan kemudaratan (maut) tapi ia memberikan impak kepada kualiti kehidupan individu seperti sangat tidak selesa, sukar menulis atau membuat kerja dengan tangan yang basah dan terwujudnya perasaan rendah diri kepada yang mengalaminya.

Kebetulan, ada di kalangan rakan pejabat eboo juga mengalami masalah ini. Ia sangat mengganggu aktiviti sosial dan tugasan mereka dan boleh mendatangkan bahaya juga jika berkait dengan elektrik atau objek yang licin.

Adakah ia suatu penyakit? Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah tangan berpeluh ini?

Tapak tangan berpeluh atau istilah saintifiknya Palmar Hyperhidrosis merupakan suatu keadaan di mana si pesakit tidak dapat mengawal peluh di tapak tangan berpunca daripada rangsangan saraf sympathetic yang berlebihan pada kelenjar peluh kita.

Tangan akan berpeluh apabila pesakit berasa cemas, stress, demam atau cuaca yang panas. Menurut kajian penyakit ini berlaku seawal zaman kanak-kanak dan remaja.

Walaubagaimanapun, punca sebenar penyakit ini masih tidak diketahui dengan tepat. Secara umumnya, bahagian otak (hypothalamus) yang mengawal fungsi berkaitan peluh menghantar isyarat kepada saraf peluh. Saraf ini sebahagian daripada sistem saraf sympathetic yang terletak dalam rongga kaviti. Bagaimanapun, dalam kes hyperhidrosis, kelenjar peluh tidak patuh pada isyarat yang dihantar.

Jenis Tangan Berpeluh terbahagi kepada 

a) Hyperhidrosis Primer (sering berlaku) - bermula ketika seseorang remaja atau hampir remaja dan ia boleh berlaku kepada beberapa anggota keluarga kerana ada kaitan genetik (antara 30% - 50% anggota keluarga boleh terlibat)

b) Hyperhidrosis Sekunder - berpunca daripada masalah seperti penyakit pituitari, kencing manis, gout, tumor, menopause dan kesan sampingan beberapa jenis ubat-ubatan.

Rawatan Tangan Berpeluh

1) Perubatan - Ubat sapu aluminium chloride (boleh sebabkan iritasi pada kulit), suntikan botulinum toxin jenis A (BOTOX) untuk sekat kelenjar peluh buat sementara waktu, pil anticolinergic seperti oxybutynin (Ditropan) beri kesan memberangsangkan tetapi kesan sampingan yang dihadapi adalah rasa mengantuk dan rasa kering pada mulut

2) Teknik Iontophoresis - Pengaliran arus elektrik berkekuatan rendah pada tangan yang dicelupkan dalam air selama 10-20 minit untuk menutup saluran peluh

3) Pembedahan - Cara laparoskopik atau pembedahan lubang kunci (key-hole surgery) membabitkan pemotongan (clamping) saraf simpatetik pada bahagian dada iaitu Endoscopic Thoracoscopic Sympathectomy (ETS)

Cara Atasi Tangan Berpeluh
1. Kerap basuh tangan. Anda harus basuh tangan dengan air tanpa sabun kerana peluh tidak akan kering dengan sendiri. Kemudian keringkan dengan tuala bersih.
2. Bawa hand sanitizer. Dapat bantu kurangkan perpeluhan dan menghapuskan bakteria. Elakkan guna losyen yang berasaskan petroleum jel kerana ianya akan membuatkan masalah peluh menjadi lebih teruk.
3. Gunakan tisu lembap. Sangat diperlukan ketika situasi yang memerlukan anda bersalaman dengan orang lain. Sebaik-baiknya yang berasaskan aloe vera kerana ianya membuatkan tangan anda sejuk. 
4. Banyakkan minum air kosong. Peluh keluar dengan banyak untuk menyejukkan badan yang panas. Oleh itu air bantu untuk menurunkan suhu badan.
5. Jaga pemakanan. Elakkan makanan yang terlalu berminyak dan berlemak secara kerap kerana ia akan menaikkan berat badan sekaligus mengaktifkan lagi kalenjar peluh. 
6. Amalkan suplemen. Pengambilan suplemen yang dapat membantu masalah tangan berpeluh seperti berikut:
  • Vivix - mengesan sebarang ketidaknormal dalam badan kita terutamanya pada saraf simpatetik serta bantu meneutralkan kembali kalenjar peluh
  • B Complex - membantu peredaran darah menjadi lebih lancar serta dapat menyingkirkan toksin melalui air kencing
  • Vitamin C - membantu untuk detoks tubuh badan serta meningkatkan sistem imun
  • Ostematrix - kandungan kalsium dan magnesium dapat bantu mengurangkan peluh 
  • Omega Guard - membantu saraf-saraf berfungsi dengan lebih baik

Kesan Shaklee kepada yang Mengalami Masalah ini


Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum ðŸ˜˜

HUBUNGI EBOO SEKARANG!


Follow me 👇




Jika berminat untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Shaklee kami, jom daftar dengan klik sahaja gambar di bawah 👇👇👇

*PERHATIAN: Rawatan dan khidmat nasihat pakar perubatan perlu diberi perhatian dan anda boleh berikhtiar dengan pengambilan suplemen Shaklee yang terbukti selamat, berkesan dan semulajadi.

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.