Cara Mengatasi Masalah Kulit Kering dengan Berkesan dan Semulajadi

Wednesday, March 07, 2018 0 Comments A+ a-

Lazimnya, komplikasi kulit berjerawat, berminyak, berjeragat, kusam menjadi masalah kepada majoriti masyarakat di Malaysia akibat daripada faktor cuaca dan suhu. Tetapi, ada dikalangan kita yang mengalami masalah kulit kering dan ia merupakan masalah yang agak serius juga. 

Kulit yang normal, tidak terlalu berminyak dan tidak terlalu kering seimbang tahap kelembapan yang perlu ada pada kulit manusia. Dengan itu, bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah kulit kering ini?


Kulit kering atau dalam istilah perubatan dikenali sebagai Xerosis, adalah keadaan dimana kulit kurang mendapat lembapan yang secukupnya. Kulit yang selalunya kering adalah di bahagian-bahagian yang terbuka, seperti bahagian muka, tangan dan kaki yang selalu terdedah pada panas dan udara luar. 

Cuba anda goreskan kuku pada kulit, apa yang anda nampak?

Jika terdapat garisan-garisan putih pada kulit yang digores, itu menandakan kulit anda kering.


Kenal Pasti Ciri-ciri Kulit Kering
  • Kulit kasar, kusam dan bersisik
  • Pori-pori kecil, hampir tak nampak
  • Banyak garis halus, kerutan
  • Kulit mudah mengelupas
  • Kulit gatal/iritasi
Apakah Punca Kulit Kering?
1) Kekurangan air -  Keseluruhan tubuh kita perlukan air yang cukup, jika tidak akan terhidrasi. Begitu juga dengan kulit, ia akan hilang kelembapan menyebabkan kulit menjadi kering. Oleh itu, pastikan pengambilan harian air mencukupi bagi peroleh tubuh dan kulit yang sihat.

2) Genetik dan Usia - Semakin bertambah usia, kelembapan kulit kita akan berkurangan lalu menyebabkan ketahanan kulit kita berkurang dan perlahan-lahan menjadi kendur.

3) Penggunaan Produk - Penggunaan moisturiser yang tidak sesuai dan sabun anti bakteria juga mengakibatkan kehilangan lapisan lemak dan air dari kulit.

4) Cuaca & Suhu Suhu yang terlalu panas boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami strok haba kerana jumlah air yang diperlukan oleh badan tidak mencukupi. Akibat suhu yang terlalu panas juga boleh menyebabkan kulit kehilangan kelembapannya dengan lebih cepat kerana terlalu banyak peluh yang dikeluarkan dari tubuh badan.

Penggunaan pendingin hawa dan pemanas ruangan yang kerap juga dapat menurun kelembapan kulit.

5) Gangguan Kesihatan - Individu yang mengalami masalah hipotiroid dimana kadar hormon tiroid yang terlalu rendah menyebabkan aktiviti kelenjar peluh dan kelenjar minyak semakin menurun maka kulit menjadi kasar dan kering. 

Selain itu, Psoriasis ialah keadaan kulit yang kemerahan, kasar dan bersisik tebal yang berlapis-lapis akan timbul sekiranya tubuh kita tidak mempunyai air yang cukup.

Langkah atasi:
  • Minum air masak/mineral yang cukup agar tidak mengalami masalah kurang air (dehydrated).
  • Makan buah-buahan dan sayuran supaya tubuh badan dan kulit dapat memperoleh vitamin yang cukup. (consume vitamin A, C & E, asid lemak omega untuk kulit kering)
  • Mandi 2 kali sehari tapi kurangkan penggunaan sabun mandi (sabun banyak buih & detergen,  antiseptik, ada alkohol/wangian/pewarna/pengawet) dan cari  sabun/ cecair mandian yang boleh mengekalkan kelembapan kulit adalah sangat digalakkan.
  • Hindari penggunaan air panas ketika mandi kerana penggunaan air panas boleh mengakibatkan kelembapan kulit berkurangan.
  • Penggunaan losyen pelembap selepas mandi juga disarankan terutama ketika cuaca panas ataupun sejuk.
  • Amalkan petua orang lama:
    • Minyak zaitun - Kaya dengan vitamin E. Hanya sapukan sedikit minyak zaitun pada wajah dan biarkan ia meresap selepas itu boleh cuci. Amalkan setiap hari. 
    • Masker pisang - Jadikan masker yang dicampur dengan yogurt/madu asli. 
    • Masker sengkuang - Blend sengkuang sehingga halus then sapu pada muka selama 25 minit sebelum bilas. Ulang 2-3 kali seminggu. 
    • Masker betik - Selaku krim pelembap semulajadi. Blend betik supaya jadi krim dan sapukan pada wajah dengan urutan 

  • Amal suplemen semulajadi:
    • Vivix - Kaya dengan polifenol dan resveratrol untuk melawan radikal bebas yang menyebabkan kerosakan kulit muka. Membaik pulih sel kulit hingga ke DNA dan memberi tenaga kepada sel untuk regenerate sel kulit baharu 
    • Vitamin E - melembapkan kulit. Terkandung selenium yang bantu penyerapan vitamin E dengan lebih berkesan 
    • Vitamin C - merangsang pembentukan kolagen pada kulit supaya lebih lembut dan anjal
    • ESP - sumber protein penting bagi kulit untuk perbaiki dan perbaharui struktur kulit yang rosak akibat kering
    • Set Penjagaan Kulit YOUTH™ 
Anda boleh dapatkan rangkaian produk Shaklee & YOUTH® khususnya bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah kulit yang anda hadapi serta cara pemakaian yang betul bagi mendapatkan kesan optimum ðŸ˜˜ 

HUBUNGI EBOO SEKARANG!

Follow me 👇






Cara Menghilangkan Jerawat Batu Hinggap di Muka dengan Berkesan dan Selamat