Ciri-ciri Kulit Sensitif dan Cara Menanganinya dengan Selamat

Tuesday, March 13, 2018 0 Comments A+ a-

Aku tak berani lah nak cuba produk-produk ni, kulit aku ni sensitif kang tak pasal-pasal breakout


Adakah anda atau orang-orang yang dikenali mengalami masalah kulit sensitif? Tak boleh salah sikit mulalah naik merah-merah, gatal-gatal, jadi kering lagi teruk terus trigger penyakit kulit yang serius. Jom kenali ciri-ciri kulit sensitif ini dan bagaimanakah cara untuk tanganinya dengan selamat.

Kulit sensitif merupakan keadaan kulit yang sangat sensitif terhadap faktor persekitaran yang mana kulit akan mengalami tindak balas seperti gatal (iritation), pedih, kemerahan dan rasa menyengat apabila memakai bahan kosmetik yang beracun, sabun mandi, syampu ataupun sun block cream. Kulit akan menjadi lebih sensitif apabila terdedah kepada panas terik mentari ataupun kesejukan.

Ciri-ciri Kulit Sensitif
  • Kulit nipis
  • Alergik/ruam
  • Nampak salur darah pada kulit muka
  • senang kena iritasi (rengsa pada kulit)
  • Muka kemerah-merahan
  • Sangat kering dan bersisik
  • Gatal bila cuaca panas/sejuk
  • Sensitif pada kosmetik
  • Sukar hilangkan bekas luka

Punca Kulit Menjadi Sensitif
  • Penggunaan kosmetik beracun - Berhati-hati dalam pemilihan alat kosmetik ataupun set penjagaan muka supaya tidak terdedah kepada bahan kimia berbahaya. Kulit akan menjadi sangat sensitif kerana lapisan kulit menjadi nipis akibat terhakis dan kelihatan urat-urat kapilari merah pada wajah. Kesan bahan beracun akan merosakkan sehingga lapisan paling dalam kulit dan menyebabkan ambil masa yang lama untuk pulih 
  • Terdedah kepada sinaran UV - Apabila kulit sering terdedah kepada cahaya matahari pembentukan kolagen pada kulit akan terbantut/tidak sempurna. Pigmen dan melanin juga menyebabkan proses penuaan lebih cepat berlaku
  • Alami perubahan cuaca yang drastik - Perubahan suhu & cuaca juga mempengaruhi penghasilan minyak. Bukan hanya ketika musim panas, musim sejuk juga boleh menyebabkan kulit menjadi kering, gatal dan sensitif
  • Keturunan/Genetik - Masalah kulit juga dipengaruhi oleh genetik yang diwarisi daripada ahli keluarga yang mempunyai masalah kulit. 
  • Diet tidak seimbang - Kekurangan nutrisi yang penting untuk kesihatan kulit dan kekurangan air boleh menjadi sebab kulit sensitif. Pengambilan makanan yang ber9minyak, bergoreng dan tinggi gula juga boleh meningkatkan paras sensitiviti kulit.
  • Hormon tidak stabil - Perubahan hormon yang tidak seimbang menyumbang kepada masalah kulit sensitif. Faktor-faktor yang menyebabkan hormon tidak stabil seperti stress, kurang tidur/rehat, hamil, haid/menopause dan usia meningkat. 

Cara Atasi Masalah Kulit Sensitif

1) Pilih set penjagaan kulit yang sesuai, semulajadi dan bebas bahan beracun
  • Sabun pencuci muka (cleanser)
    • Elakkan pencuci muka yang mengandungi alkohol, pewangi, minyak atau bahan kimia yang boleh merengsa kulit
    • Cuci muka dengan perlahan sebaik-baiknya menggunakan span lembut yang tidak merosakkan kulit
  • Pelembap (moisturiser)
    • Gunakan krim pelembap yang dapat melindungi kulit daripada sinaran UV berspektrum luas SPF 50 UVA/UVB

2) Berhati-hati dengan pemakaian alat kosmetik
Penggunaan alat kosmetik yang mempunyai bahan kimia beracun boleh menipiskan lapisan kulit seterusnya menjadi sangat sensitif. Kulit manusia mempunyai 3 lapisan (epidermis, dermis & hipodermis). Dengan adanya bahan kimia berbahaya, kulit boleh rosak sehingga ke lapisan paling dalam sekali. Lagi memburukkan keadaan kesan bahan kimia berbahaya boleh menyebabkan masalah buah pinggang.


3) Pastikan pengambilan makanan yang seimbang dan sihat
Pengambilan gula secara berlebihan akan meningkatkan penghasilan jerawat di wajah dan lebih teruk jika miliki kulit muka yang sensitif. Penyelesaiannya adalah kurangkan pengambilan seperti roti, nasi dan pasta tetapi tingkatkan pengambilan gandum, sayuran dan buah-buahan. Pastikan juga minum air minimum 8 gelas sehari


4) Tingkatkan daya kertahanan tubuh dan kulit dengan suplemen semulajadi
Setiap masalah kesihatan tubuh mahupun kulit yang dialami dipengaruhi oleh daya ketahanan tubuh (immune system). Pengambilan vitamin C sangat digalakkan untuk meningkatkan sistem imun dan bantu untuk flush toksin dalam tubuh (perlu disertai dengan min 8 gelas air sehari). Selain itu, suplemen/vitamin yang tinggi antioksidan juga disarankan bagi melawan radikal bebas yang boleh merosakkan struktur kulit sensitif akibat daripada faktor-faktor luaran (alam sekitar) dan dalaman (pemakanan). 

Amalan senaman dan aktiviti beriadah harian juga merupakan salah satu cara untuk meningkatkan stamina dan melancarkan sistem perkumuhan dengan berpeluh setiap hari. 

Amalan gaya hidup yang sihat, dapat memperbaiki masalah kulit sensitif sekaligus menaik tarafkan daya ketahanan tubuh. 


Penyelesaian Masalah Kulit Sensitif dengan Shaklee

Kombinasi Vitamin untuk Dalaman

Konsultasi eksklusif untuk anda mengikut masalah dan keperluan suplemen yang penting untuk bantu menyelesaikan masalah kulit sensitif yang dihadapi. 

Kombinasi Vitamin untuk Luaran

Cara penggunaan dan untuk kesan optimum mengenai YOUTH® akan dikongsikan khas untuk customer eboo sahaja. 

Anda boleh dapatkan rangkaian produk YOUTH® khususnya bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah kulit yang anda hadapi serta cara pemakaian yang betul bagi mendapatkan kesan optimum ðŸ˜˜ 

HUBUNGI EBOO SEKARANG!


Follow me 👇




*PERHATIAN: Anda perlu dapatkan khidmat nasihat pakar perubatan/kulit dahulu untuk mengenal pasti masalah kulit sensitif yang dihadapi sebelum berikhtiar dengan pengambilan suplemen Shaklee yang terbukti selamat, berkesan dan semulajadi.

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


Cara Menghilangkan Jerawat Batu Hinggap di Muka dengan Berkesan dan Selamat
Cara Mengatasi Masalah Kulit Kering dengan Berkesan dan Semulajadi