Cara Ubati Kayap dengan Cepat secara Semulajadi

Monday, November 27, 2017 0 Comments A+ a-

Melihat sahaja dah jadi gerun apatah lagi menghidapinya 😰 Kayap (shingle) atau dalam istilah perubatan dikenali sebagai Herpes Zoster adalah sejenis penyakit kulit dan saraf yang menyebabkan radang dengan tompok-tompok merah atau gelembung air pada permukaan kulit dan kadangkala amat menyakitkan.

Apakah cara untuk mengubati kayap dengan cepat secara semulajadi?

Pengenalan kepada Kayap

Penyakit kayap disebabkan oleh Virus Varicella Zoster (VZV) yang mula menghuni dalam badan pesakit apabila menghidapi penyakit cacar air (chickenpox). Selepas sembuh daripada cacar air, VZC akan berhibernasi di dalam pusat saraf (ganglion). Sekiranya sistem imun menjadi lemah, VZC akan aktif semula  dan menyerang urat saraf dan sebabkan keradangan saraf tersebut.

Anda perlu pastikan tahap imuniti/ketahanan tubuh badan berada di tahap yang maksimum terutamanya yang telah diserang chicken pox
Tahukah anda, bahawa kayap masih tiada ubat/preskripsi khusus untuk merawatnya. Doktor lazimnya akan berikan ubat antiviral, ubat tahan sakit, ubat tingkatkan ketahanan badan serta krim. 

Risiko utama kayap:
  • Usia meningkat biasanya melebihi daripada 50 tahun. Tanpa pengambilan suplemen seperti multivitaminsistem ketahanan badan manusia makin berkurang. 
  • Kelemahan sistem ketahanan/imun kerana faktor tertentu seperti jangkitan kuman HIV dan kesan daripada ubat-ubatan (steroid)
  • Bayi yang terkena cacar air sebelum berumur satu (1) tahun 

Petanda Diserang Kayap

Kebiasaannya simptom yang boleh nampak adalah kulit menjadi menggelembung berisi air seperti melepuh (blister). Selain itu, terasa sakit mencucuk-cucuk dan panas di bahagian tertentu kulit.

Kronologi Jangkitan:

𝟭 Simptom awal - tempoh berlarutan sehingga 1-5 hari
  • Rasa sakit sangat tidak tertahan, kebas-kebas dan gatal-gatal pada bahagian tertentu kulit
  • Demam urat dan sakit kepala

𝟮 Muncul lepuh/blister
  • Selepas hari ke-5, ruam mula muncul pada bahagian kulit yang tertentu
  • Ruam merah yang muncul mengembang menjadi lepuh berisi cecair gatal
  • Ruam mungkin melibatkan muka, mata, mulut dan telinga
  • Kadang-kadang kulit yang melepuh bergabung, membentuk jalur berisi air pada badan
  • Lepuh yang baru akan sentiasa timbul dalam masa seminggu

𝟯 Kulit Kering berkeruping
  • Dalam 7-10 hari, lepuh akan beransur-ansur kering membentuk keruping dan gugur dari tubuh
  • Parut-parut kecil mungkin terbentuk
  • Pada ketika ini, ruam tidak lagi berjangkit

Tempoh masa jangkitan kayap lazimnya antara 2-4 minggu untuk pulih sepenuhnya. 

Pesakit dengan penyakit kayap pada bahagian muka yang berdekatan dengan mata perlulah mendapat rawatan segera daripada pakar mata. Pakar mata akan memeriksa dan merawat mata pesakit tersebut untuk mengelakkan komplikasi terutamanya menjadi buta.

Pantang Larang Ketika Kayap Menyerang

Sahih atau tidak, tiada sokongan bukti sahih tapi ini adalah pantang larang orang-orang lama yang mungkin dapat percepatkan tempoh penyembuhan.

  1. Jangan makan makanan berminyak
  2. Buah tempatan tak boleh di makan
  3. Tak boleh memasak seperti menggoreng 
  4. Tidak boleh terkena sabun
  5. Tidak boleh makan makanan yang menjalar atau berjalur seperti tembikai,timun dan labu
  6. Tidak boleh makan makanan yang gatal-gatal seperti makanan laut, ayam, telur

Rawatan Alternatif

Punca utama kayap menyerang adalah disebabkan sistem ketahan badan manusia itu lemah. Oleh itu, selain daripada ubat yang disarankan oleh doktor, pengambilan suplemen Penggalak Sistem Imun (Immune Booster) juga satu alernatif yang terbaik mengelakkan kayap merebak dan menjadi lebih teruk. 

Cadangan bagi Penggalak Sistem Imun termasuk untuk Bebas Parut Kayap adalah seperti berikut:




Perkongsian pengalaman Cik Siti Norhayati yang mengalami penyakit kayap di bahagian muka.




Cara untuk Dapatkan Set Kayap 

Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘


HUBUNGI EBOO SEKARANG!

Follow me 👇




*PERHATIAN: Sila dapatkan rawatan dan konsultasi doktor terlebih dahulu untuk penyakit kayap. 

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.