Cara Mengurangkan Batuk 'Croup' pada Anak dengan Berkesan dan Semulajadi

Friday, November 24, 2017 0 Comments A+ a-

Pernah tak dengar anak-anak batuk macam bunyi anjing menyalak? 

Kalau pernah, batuk sebegitu dikenali sebagai croup cough atau barking cough atau dalam terma perubatan adalah laryngotracheobronchitis. 

Croup kebiasaannya menyerang kanak-kanak di antara umur 3 bulan sehingga 5 tahun dan lelaki lebih ramai diserang croup berbanding perempuan. 

Terlintas untuk berkongsi mengenai Croup bila Si Boolat (Eboo's 3rd precious berumur setahun lebih) terkena jangkitan batuk seperti anjing menyalak baru-baru ni. Mau tak terkejut dan risau bila dengar kasar bunyi batuknya dan bernafas dengan laju 😩

Batuk croup disertai dengan demam sampai suhu mencecah 39⁰C ke atas. Bawa terus ke hospital untuk rawatan selanjutnya. Dari penerangan doktor, croup lazimnya disebabkan oleh jangkitan virus (parainfluenza) yang menyebabkan salur tekak yang berhampiran dengan paru-paru mengalami kebengkakan. Bengkak itu yang menyebabkan gangguan pada suara anak dan batuk kedengaran kasar dari biasa.

Lazimnya batuk ini terjadi adalah disebabkan oleh cuaca yang agak dingin dan kering. Kalau di rumah ada buka aircond tanpa henti dan anak sejuk, tinggi kemungkinan batuk croup ini terjadi.

Croup terbahagi kepada tiga (3) peringkat, iaitu mild, moderate dan severe. Kebanyakan kes adalah mild (tidak serius). Rawatan yang diberikan adalah nebuliser (gas) disertai dengan ubat batuk, cair kahak dan demam. Antibiotik tidak perlu jika jangkitan disebabkan virus (rujuk penerangan Dr. Zubaidi)

Tetapi bagi peringkat moderate dan severe terutamanya, berkemungkinan perlu ditahan di hospital untuk pemerhatian lanjut. 

Bagaimana untuk monitor anak yang mengalami croup di rumah?

1) Anda boleh kira pernafasannya turun naik di kira 1. Pastikan tidak melebihi 50 kali anak bernafas dalam tempoh 1 minit (60 saat)

2) Anak langsung tidak mahu minum air sama ada air masak ataupun susu

Jika ada tanda-tanda tersebut, segeralah bawa ke hospital kerana dikhuatiri anak mengalami croup peringkat moderate/severe. Doktor mungkin akan mencadangkan kemasukan ke wad untuk pemerhatian dan rawatan.

Bagi mild case, cara untuk mengurangkan batuk croup dengan mengambil langkah-langkah berikut:

𝟙 Tenangkan anak. Disebabkan saluran pernafasan bengkak menyebabkan anak sukar untuk bernafas dengan normal. Jika mereka menangis akan menyebabkan keadaan lebih teruk. Jadi ibu/bapa perlu tenangkan anak dan berikan kedudukan yang selesa untuk mereka.

𝟚 Wap/Lembapkan keadaan bilik. Kurangkan pendingin udara tapi gunakan air purifier (jika ada). Selainnya, boleh buka water heater supaya bilik air menjadi berwap dan bawa si anak duduk di dalam bilik air atau mandikan dengan air suam dalam keadaan berwap tersebut dalam tempoh 10 minit.

𝟛 Ambil angin. Jika cuaca di luar agak dingin, boleh bawa anak keluar jalan-jalan/dalam kereta sambil tingkap terbuka sedikit selama 15-20 minit untuk melegakan masalah croup anak.

𝟜 Beri anak air. Penting untuk pastikan anak terhidrat jika dia mengalami croup. Berikan air suam bagi melonggarkan lendir yang tersekat. Jika masih bayi, gunakan sudu atau syringe.

𝟝 Kedudukan kepala yang tinggi. Gunakan bantal yang lebih tinggi untuk anak tidur supaya mudah untuk mereka bernafas. Jika bayi bawah setahun, ibu perlulah bersama-sama dengan anak untuk pemerhatian.

𝟞 Kawal demam anak. Periksa suhu anak secara berkala dan jangan biarkan demam bayi tidak dirawat. Berikan paracetamol untuk anak mengikut dos yang disarankan oleh doktor.

𝟟 Berikan minyak ikan. Bagi anak yang berumur setahun ke atas, boleh campurkan sedikit minyak ikan Omega Guard ke dalam susu atau makanan anak atau titikkan terus dalam mulut anak untuk membantu kurangkan alahan dan bengkak pada salur pernafasan.

𝟠 Nutrien untuk ibu yang menyusukan. Ibu menyusukan perlu tingkatkan sistem pertahanan badan dengan mengambil Vitamin C semulajadi bersama Nutriferon dan juga Omega Guard supaya khasiat dapat disalurkan pada anak melalui susu ibu untuk melawan jangkitan virus.

Cara untuk Dapatkan Suplemen untuk Batuk Croup pada Anak


Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘

HUBUNGI EBOO SEKARANG!


Follow me 👇





*PERHATIAN: Kepada para ibu bapa, sila dapatkan konsultasi doktor dahulu jika keadaan anak serius. 

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Artikel berkaitan: