Cara Atasi Masalah PCOS supaya Mudah Hamil

Wednesday, December 27, 2017 2 Comments A+ a-

Suatu ketika dulu, doktor pakar sakit puan mengatakan bahawa eboo mempunyai PCOS. Punca utama, period yang tidak tetap. Eboo jalani ultrasound untuk kenal pasti apa masalah yang menyebabkan irregular menses (haid tidak tetap). 

Semua ini berlaku pada tahun 2004, tamat tempoh pengajian dan eboo bekerja sementara di klinik berkenaan. Ambil peluang untuk dapatkan khidmat nasihat doktor di situ. Bermula saat itu, sangat concern pasal PCOS sebab salah satu kesannya adalah sukar untuk hamil.

Jika anda disyaki atau disahkan penghidap PCOS, jom teruskan pembacaan dari perkongsian ini.

Polycystic ovary syndrome (sebutan "pah-lee-SIS-tik OH-vuh-ree SIN-drohm") atau PCOS dan juga dikenali sebagai Stein-Levanthal Syndrome merupakan masalah berkenaan hormon wanita yang tidak seimbang. Masalah ini boleh menyebabkan masalah pada kitaran haid serta yang paling ditakuti oleh para wanita adalah kesukaran untuk hamil.

Wanita dengan PCOS akan mengalami kitaran haid yang tidak tetap atau dalam tempoh yang lama (prolonged menstrual period) ataupun mempunyai lebihan hormon lelaki (androgen). Situasinya di mana, ovari menghasilkan banyak cecair folikel yang kecil dan gagal untuk melepaskan telur secara teratur.

Sebab musabab utama PCOS masih misteri dan tiada penemuan lanjut. Walaubagaimanapun, diagnosis awal dan dapatkan rawatan berserta penurunan berat badan boleh mengurangkan risiko komplikasi jangka panjang seperti diabetes dan penyakit jantung.

Simptom PCOS
Simptom dan tanda PCOS bagi setiap wanita berbeza-beza. Diagnosis PCOS dikenal pasti jika anda mengalami sekurang-kurangnya dua (2) tanda berikut:

  • Haid tidak teratur. Lazimnya, kitaran haid yang tidak teratur atau berpanjangan adalah tanda PCOS yang biasa berlaku. Contohnya, anda akan datang haid kurang daripada 9 bulan dalam setahun ataupun lebih daripada 35 hari kitaran haid bulan seterusnya dan berkemungkinan darah haid yang terlalu banyak. 
  • Lebihan androgen. Peningkatan kadar hormon lelaki yang menyebabkan perubahan fizikal seperti tumbuh bulu berlebihan di badan & muka (hirsutism), jerawat yang teruk dan botak seperti lelaki.
  • Polycystic ovaries. Apabila scan pelvis menunjukkan kilang ovari mempunyai cyst kecil-kecil selalunya sebanyak 12 atau lebih.

Simptom PCOS menjadi lebih teruk jika individu mempunyai masalah berat badan (gemuk).

Punca PCOS
Walaupun punca utama tidak dapat dikenal pasti, berikut adalah antara faktor-faktor yang menyebabkan PCOS: 

  • Lebihan insulin. Insulin adalah hormon yang dihasilkan di pankreas untuk mengawal kandungan gula dalam tubuh yang digunakan sebagai sumber tenaga. Jika sel menentang tindakan insulin, kandungan gula dalam darah akan meningkat dan badan akan menghasilkan lebih banyak insulin. Lebihan insulin ini yang akan meningkatkan kadar androgen menyebabkan kesukaran ovulasi
  • Keradangan tahap rendah. Keadaan dimana penghasilan sel darah putih untuk melawan jangkitan. Kajian menunjukkan wanita yang menghidapi PCOS mempunyai low-grade inflammation yang merangsang berlakunya polycystic ovaries dengan menghasilkan hormon androgen, yang boleh membawa kepada masalah jantung dan saluran darah
  • Keturunan. Kajian menunjukkan sebahagian gen dikaitkan dengan PCOS 
  • Lebihan androgen. Ovari menghasilkan lebihan tahap androgen yang luar biasa sehingga menyebabkan masalah hirsutism dan jerawat.

Komplikasi PCOS
  • Kemandulan
  • Kencing manis atau tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh kehamilan
  • Keguguran atau or kelahiran pramatang
  • Nonalcoholic steatohepatitis — keradangan hati yang teruk yang disebabkan oleh pengumpulan lemak dalam hati
  • Metabolic syndrome — penyakit seperti tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi dan aras kolestrol yang tidak normal atau trigliserida yang dapat meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular
  • Diabetes Type 2 atau prediabetes
  • Sleep apnea (gangguan tidur yang mengganggu pernafasan seseorang ketika tidur)
  • Kemurungan, kebimbangan dan ganguan pemakanan
  • Pendarahan luar biasa di uterine 
  • Kanser rahim (endometrial cancer)
PCOS dan obesiti boleh memburukkan lagi komplikasi terhadap si penghidap!

Tips Rawatan Secara Alami
Rawatan untuk PCOS biasanya tertumpu kepada menyelesaikan masalah penghidap yang melibatkan perihal kesuburan, masalah kulit berjerawat, masalah berat badan atau hirsutism (abnormal growth of hair on a person's face and body, especially on a woman)

1) Kawal pemakanan 
Lebihkan sayuran segar, buah-buahan, kekacang dan gandum tetapi kurangkan makanan yang tinggi gula, lemak dan kolestrol. Bagi yang mengalami masalah berat badan (obesiti) perlu amalkan makanan yang kaya dengan asid lemak (omega 3) serta diet rendah karbohidrat (GI rendah) bagi mengelakkan peningkatan tahap insulin dalam tubuh.

2) Amal gaya hidup sihat dan aktif
Senaman akan membantu mencegah rintangan insulin dan mengawal berat badan. Bergerak aktif juga dapat mengeluarkan hormon endorfin, boleh membuat kita merasa tenang dan kurang stress.

3) Kurangkan atau elakkan kafein
Kafein meningkatkan paras estrogen. Ini boleh mengganggu keseimbangan hormon dalam badan.

4) Pengambilan vitamin/suplemen 
Tubuh manusia amat memerlukan makanan tambahan atau vitamin untuk proses penyembuhan sebarang penyakit. Pengambilan suplemen yang berkualiti dapat menampung keperluan nutrisi yang kurang dari pengambilan makanan harian. Ia dapat membina sistem imun, meningkatkan tenaga, menstabilkan hormon serta menggalakkan peredaran darah pada tubuh dengan lebih efektif.

Saranan suplemen untuk masalah PCOS:

Testimoni

Feedback daripada customer eboo sendiri yang telah berikhtiar dengan Set PCOS untuk Hamil dalam tempoh 3 bulan dan telah diberitakan hamil anak sulong 😍 Semoga lancar perjalanan tempoh mengandung dan melahirkan.





Sambungan pengalaman eboo berhadapan dengan masalah PCOS. Selepas berkahwin pada tahun 2008, eboo dan suami tidak merancang kehamilan. Kami memang mengharapkan kehadiran cahaya mata pada bila-bila masa. Sekali lagi eboo berjumpa dengan doktor di klinik biasa untuk mendapatkan khidmat nasihat. Mengikut kata doktor yang ditemui, beliau juga seorang penghidap PCOS dan beliau berjaya hamil. Maksud kata di sini, PCOS tidak bermakna kita langsung tidak boleh hamil (mandul) tetapi perlukan usaha dan sokongan untuk  berjaya hamil. Ditakdirkan tidak lama selepas itu, eboo disahkan hamil 💓 

Oleh demikian, jika anda menghidapi PCOS, usah putus asa. Berikhtiarlah, berusaha dan seterusnya berdoa untuk berjaya menimang cahaya mata. Sesungguhnya perancangan Allah adalah sebaik-baiknya. 


Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘


HUBUNGI EBOO SEKARANG!


Follow me 👇




Jika berminat untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Shaklee kami, jom daftar dengan klik sahaja gambar di bawah 👇👇👇

*PERHATIAN: Anda boleh rujuk pakar perubatan untuk sesi kaunseling berkenaan masalah yang dihadapi.

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


Artikel berkaitan:

2 review

Write review