Cara Atasi Hipotiroid dengan Berkesan secara Semulajadi

Wednesday, January 24, 2018 0 Comments A+ a-

Penyakit tiroid merupakan gangguan yang dialami oleh pesakit pada kalenjar tiroid (berbentuk rama-rama) dibahagian hadapan leher. Hormon tiroid yang terhasil berfungsi untuk mengawal metabolisme dan fungsi tubuh badan manusia seperti tumbesaran dan mengawal metabolisme protein dan lemak dalam badan. 

Hipotiroid berlaku apabila kekurangan hormon tiroid dihasilkan dan akan menyebabkan beberapa simptom seperti tindak balas yang lambat ketika melakukan aktiviti fizikal dan mental. Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah hipotiroid dengan berkesan secara semulajadi?


Hipotiroid berlaku akibat kalenjar tiroid yang tidak aktif berbeza dengan hipertiroid yang mana kalenjar tiroid sangat aktif menghasilkan hormon tiroid. 

Wanita lebih berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit tiroid sama ada hipertiroid ataupun hipotiroid berbanding lelaki. Harus diberi perhatian yang serius jika anda hamil ataupun berusaha untuk hamil (TTC).
 Punca berlakunya hipotiroid adalah disebabkan oleh:
  • Keradangan tiroid autoimun (dikenali sebagai Hashimoto’s thyroiditis
  • Keradangan tiroid selepas bersalin
  • Hipotiroid disebabkan pengambilan ubat (ubat lithium untuk merawat sakit jiwa, dan ubat amiodarone untuk merawat penyakit jantung)
  • Pembedahan pembuangan kalenjar tiroid
  • Radiasi terhadap kalenjar tiroid 
Sumber

Tanda-tanda jika anda menghidap hipotiroid adalah seperti berikut:
  • Rasa letih, lesu dan tidak bertenaga
  • Tidak tahan sejuk
  • Sering sembelit 
  • Kulit kering
  • Berat badan meningkat walaupun kawal makan/kurang makan
  • Muka bengkak/sembab
  • Haid yang terganggu - Pendarahan haid yang banyak dan lama bagi wanita
  • Rambut banyak gugur
  • Kuku jadi rapuh 
  • Penurunan libido - Kurang minat terhadap hubungan kelamin
  • Asyik mengantuk
  • Kerap lupa
Jika anda mengalami lebih daripada tiga (3) tanda-tanda di atas, anda mungkin mengalami hipotiroid dan sila dapatkan khidmat nasihat pakar perubatan.

Cara atasi masalah hipotiroid secara semulajadi
Berdasarkan rancangan Dr. Oz Show yang telah mengupas mengenai cara rawatan hipotiroid tanpa ubat kepada salah seorang penghidap hipotiroid dengan memberikan cabaran 10 hari untuk menyingkirkan pengganggu (distruptors) tiroid. 

Pengganggu tiroid (thyroid distruptors) adalah sesuatu yang menghalang aktiviti hormon tiroid dalam tubuh badan. Melalui kenal pasti makanan yang baik atau tidak kepada tiroid, 3 perkara berikut dilakukan untuk tempoh 10 hari:

1) Elakkan makanan pengganggu tiroid

Makanan yang mengganggu tiroid adalah seperti cruciferous vegetables (bronkoli, kobis, kobis bunga (cauliflower) yang diambil secara mentah. Harus dikukus dahulu dan diambil pada kadar yang sederhana.

Kacang tanah atau mentega kacang (peanut butter) perlu dielakkan kerana bersifat asid dan goitrogens boleh menyebabkan keradangan.

Elakkan ikan yang tinggi kandungan merkuri seperti tuna, mackerel etc.


2) Ambil makanan yang merangsang tiroid

Amalkan makanan-makanan yang bantu mengaktifkan hormon tiroid seperti berikut:
  • Vitamin A - Bantu mengaktifkan hormon tiroid (cth. keledek, tomato)
  • Iodin - Penting untuk menjalankan fungsi tiroid yang sihat dengan membantu menghasilkan hormon tiroksin (T4) (cth. seaweed, ikan)
  • Tirosina - Gabungan tirosina dan iodin dalam kalenjar tiroid penting untuk menghasilkan hormon tiroid (cth. putih telur, spirulina)
  • Selenium - Penting untuk fungsi tiroid yang normal (cth. kacang Brazil, sunflower seed dan cendawan)

3) Makan 'cheat meal'

Kebiasaannya ragam orang berdiet memang suka istilah cheat meal ni tapi untuk anda yang mengalami masalah hipotiroid, diadakan hari khas untuk makan cheat meal iaitu pada hari ke-10. 

Pastikan hari 1-9 anda perlu ambil makanan yang merangsang hormon tiroid dan elakkan makanan yang hapuskan hormon tiroid. 

Ia bertujuan untuk merangsang dan meningkat semula hormon tiroid dengan pengambilan kalori yang tiada had pada hari cheat day tersebut which is bagus dari segi psikologi. 


Tetapi, sila jangan terover cheat meal ye! 

Amalan pelan 10 hari ini boleh diteruskan dengan konsisten dan berdisiplin bagi memperoleh kualiti hidup yang lebih baik. Tahap kesihatan juga akan bertambah baik kerana corak dan gaya pemakanan yang perlu diamalkan itu adalah terbaik untuk kesihatan menyeluruh. 


Pengambilan suplemen juga sangat digalakkan bagi menambah baik kandungan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh serta menampung lompong-lompong nutrien yang tidak cukup dari raw food (bahan mentah) semasa kita kendalikan dan masak makanan. 

Bagi pesakit hipotiroid, digalakkan untuk mengambil suplemen berikut:

Vivix - Minuman yang tinggi antioksidan untuk bantu memperbaiki sel-sel badan yang tidak normal akibat serangan radikal bebas. 

Salah satu kandungan Vivix iaitu Polygonum Cuspidatum (dikenali sebagai Knotweed Jepun) dipercayai dapat menghalang masalah tiroid (sumber)




Vitalea - multivitamin lengkap untuk beri tenaga optimum

Vitamin E - mengandungi selenium yang diperlukan oleh tubuh yang bertindak sebagai antioksidan untuk melawan masalah hipotiroid dan meningkatkan sistem imun

Caratomax - mengandungi vitamin A yang bertindak sebagai antioksidan serta merangsang penghasilan hormon tiroid yang mencukupi
Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum ðŸ˜˜

HUBUNGI EBOO SEKARANG!



Follow me 👇





*PERHATIAN: Perlu dapatkan khidmat nasihat dan rawatan susulan dari pakar perubatan jika masalah hipotiroid semakin teruk.

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


Artikel berkaitan: