Cara Menghilangkan Bau Badan dengan Cepat dan Berkesan

Friday, January 26, 2018 0 Comments A+ a-

Bau badan tidak menyakitkan atau memudaratkan tetapi ia sangat mempengaruhi hidup seseorang sama ada orang sekeliling mahu pun diri empunya bau badan itu sendiri. Bayangkan, muka dah comel, penampilan dah vouge sekali bila dekat dengan orang, semua lari. Malukan? Tak pun orang cakap belakang. Tak baik mengumpat tau. Apa kata pi kat orang yang punya bau badan tu dan berikan solusi yang terbaik. Pahala pun angpa dapat dari dok mengata kat orang, tak baik aih!

So, apakah cara terbaik, cepat dan berkesan untuk mengatasi masalah bau badan yang sangat tidak diingini ini?

Kenal Pasti Punca dan Sebab Bau Badan dahulu
Punca utama badan berbau adalah daripada peluh yang keluar. Peluh merupakan salah satu daripada sistem perkumuhan manusia selain daripada urin dan najis. Tubuh manusia mempunyai 2 jenis kalenjar yang menghasilkan peluh iaitu kelenjar accrine dan apoccrine yang berada di lapisan kulit. Kelenjar accrine terdapat pada seluruh anggota badan yang berfungsi untuk mengawal suhu badan. Manakala kelenjar apoccrine pula banyak terdapat di bahagian berbulu lebat seperti ketiak dan tempat sulit. Kalenjar ini mengeluarkan peluh yang lebih aktif dan mengandungi protein dan juga lemak. Inilah sebabnya apabila bakteria bercampur dengan rembesan peluh akan menghasilkan bau yang sangat tidak menyenangkan.

Bakteria akan mengurai peluh untuk mendapatkan sumber makanan. Hasil dari penguraian itu, sejenis bahan kimia dikeluarkan iaitu, ammonia. Sifat ammonia yang berbau busuk inilah punca kepada bau badan. 

Sebab-sebab seterusnya pula, adalah:

1) Toksin dalam badan 
Pengumpulan toksin dalam badan hasil dari proses pencernaan yang tidak efektif merupakan faktor utama terhasilnya bau badan. Pengambilan bermacam jenis makanan selain daripada diserap untuk aktiviti metabolisme tubuh, lebihannya akan disingkirkan melalui ginjal, hati dan saluran penghadaman (usus) jika ia berfungsi dengan sempurna. 

Jika tiada aktiviti fizikal untuk mengeluarkan peluh atau mengalami masalah sembelit yang berterusan, sisa makanan akan termendap di dalam tubuh menjadi toksin dan akibatnya pelbagai penyakit tidak diundang dan masalah bau badan juga timbul.

2) Aspek pemakanan (lebih kafein dan berempah)
Corak pemakanan sangat mempengaruhi punca bau badan. Amalan makan makanan yang berbau seperti bawang, bawang putih dan rempah ratus memberi impak terhadap peluh yang dihasilkan. Makanan yang berlemak juga memberi beban pada hati menyebabkan kelenjar sebum lebih aktif dan menggalakkan pertumbuhan bakteria. 

3) Tekanan (stress)
Eh, tekanan pun boleh jadi punca bau badan ke? Ya! Apa yang berlaku jika anda cemas? Tak semena-mena peluh akan keluarkan walaupun dok dalam aircond. Sebab badan kita akan memberi tindakan refleks terhadap emosi pada masa stress, cemas, takut. Ia merangsang kelenjar apoccrine bekerja lebih efektif dan produktif sehingga menyebabkan peluh keluar dan jika tidak dibersihkan segera ia akan bercampur dengan bakteria pada kulit dan pakaian menyebabkan bau tidak enak muncul.

4) Rokok dan Alkohol
Rokok dan alkohol juga boleh menjadi punca kepada masalah bau badan. Selain merosakkan organ dalaman, ia juga memberi kesan yang negatif pada emosi dan fizikal keseluruhannya. Jauhi rokok dan arak!

Makanya, apakah solusi/penyelesaian bagi mengurangkan atau menghilangkan terus bau badan ini?
Berikut adalah beberapa tips yang boleh diguna pakai dan diamalkan:

  • Mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Pastikan mandi dengan membersihkan kawasan yang tersorok, celah-celah pelipat kulit (ketiak, jari, kelangkang) dengan menggunakan sabun anti-bakteria. Cukur/trim bahagian yang berbulu lebat bagi meminimumkan tempat pembiakan bakteria. Basuh juga rambut setiap hari untuk mengurangkan pengeluaran minyak yang boleh sebabkan tersumbat.
  • Pakai pakaian jenis fabrik kapas yang mudah meresap peluh dan longgar supaya lebih selesa dan dapat pengudaraan yang baik.
  • Penggunaan deodorant anti-perspirant yang mengandungi bahan antiseptik untuk mengelakkan bau badan. Tapi ia tidak berkesan 100% kerana jika tidak akan menghasilkan bau yang lebih teruk lagi.

Bagi mereka yang mengalami masalah bau badan yang kronik, kemungkinan tips di atas tidak berkesan kerana ia melibatkan faktor dalaman yang perlu dibaik pulih dengan cara yang betul seperti berikut:
  • Jaga pemakanan, lebihkan minum air putih, ambil buah-buahan dan sayuran untuk proses detoksifikasi yang lebih efisyen.
  • Amalkan suplemen semulajadi yang boleh membantu masalah bau badan dengan kandungan ekstrak tumbuhan yang selamat dan berkesan.

Cadangan Suplemen untuk Masalah Bau Badan
Suplemen yang dimaksudkan adalah Alfalfa Complex
  • Selaku agen diuretik, pembersih dan penyahtoksik tubuh
  • merangsang pengaliran hempedu dan membuang unsur toksin dari badan 
  • membantu untuk halang dari radiasi 
  • mengawal bau badan
Seterusnya, Garlic Complex. Bawang putih Shaklee ini bukan macam yang kita masuk dalam masakan tu. Tablet garlic ini dirumus khas untuk kawal bau sebab ia tidak pecah sehingga ia sampai ke dalam usus kecil. Lagi pula ia digabungkan dengan pudina dan estrak rosemary bagi mengawal bau dengan  lebih berkesan.

Lagi satu adalah Herb-Lax. 

Pengambilan suplemen Shaklee memang terbukti dapat menghilangkan bau badan. Eboo ambil Alfalfa Complex sebagai milkbooster secara tak langsung memang terperasan juga badan tidak berbau bila berpeluh walaupun bila terlupa pakai deodorant. Malukan untuk kita mengaku punya bau badan. Kalau diri sendiri pun dah terbau bau badan, inikan pula nak berdepan dengan orang sekeliling. Jangan risau kerana Shaklee menghasilkan produk yang diyakini Halal, selamat, semulajadi dan sangat berkesan untuk setiap masalah yang dihadapi. Ikhtiar kita pasti berbaloi, InsyaAllah.

Usah biarkan diri berbau 'kebawangan' hingga orang tak mau dekat dan cakap² belakang. Anda berhak rasa selesa dan yakin berhadapan dengan orang keliling 😉

Klik pada gambar untuk belian terus ☝

Feedback Mereka yang Berjaya Nyah Bau Badan dengan Selamat





Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum ðŸ˜˜

HUBUNGI EBOO SEKARANG!


Follow me 👇




PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.