Cara Merawat Kaki Makan Air (Athletes Foot) dengan Berkesan dan Semulajadi

Sunday, January 28, 2018 0 Comments A+ a-

Kaki kena makan air? Itu bahasa pasar yang biasa kita cakap bila kaki naik gatal-gatal, kulit celah kaki jadi putih-putih lembut dan bila dikoyakkan lama-lama akan luka, pedih jadinya. Buruklah nampak kaki kita, betul tak? 

Masalah kaki makan air ini sukar sembuh dan akan berulang akibat daripada jangkitan kulat yang mudah berlaku. Apakah cara merawat masalah ini dengan berkesan dari bahan semulajadi?

Kebiasaanya, masalah ini sering dihadapi oleh kaum lelaki kerana sering memakai kasut dan juga peringkat remaja. Remaja selalunya yang tinggal di asrama terpaksa memakai selipar sepanjang masa dan akan menjadi lebih teruk jika selipar jenis kain. Ini akan menyebabkan kaki sentiasa lembap dan basah.

Jangkitan kulat air/ulat air yang juga dikenali sebagai Athletes Foot atau dalam bahasa perubatannya adalah Tinea Pedis merupakan suatu penyakit kulit yang menyerang bahagian kaki khususnya apabila kaki dalam keadaan lembap, berpeluh dan kekurangan pengaliran udara pada kaki.

Berikut adalah kawasan yang biasa dijangkiti oleh kulat air 👇
Punca masalah kaki makan air ini adalah disebabkan:
  • Kaki yang kerap berpeluh
  • Kaki yang tidak dilap dengan kering selepas mandi/berenang
  • Pakai kasut dan stokin yang ketat
  • Iklim yang panas

Tanda-tanda kaki makan air ini pula adalah seperti berikut:
  • ruam di kaki
  • berasa gatal dan kulit menjadi merekah dan mengelupas
  • kaki melecet

Apakah langkah pencegahan daripada dijangkiti kulat air?
  1. Sapukan herbal cream untuk legakan kegatalan 
  2. Cuci kaki dengan bersih selepas melakukan aktiviti terutamanya di celah-celah kaki
  3. Lap kaki supaya sentiasa kering especially celah antara jari
  4. Jika jenis kerap berkasut, pastikan stokin yang digunakan jenis serap peluh (kain kapas) supaya kaki bernafas dan kasut tidak terlalu ketat. Stokin perlu ditukar setiap hari.
  5. Elakkan pakai selipar di dalam rumah, hanya berkaki ayam sahaja
  6. Cuci kasut at list seminggu sekali dengan Basic H dan boleh renjiskan serbuk anti kulat ke dalam kasut pada waktu siang dan jemurkan
Rawatan bagi jangkitan kulat/fungi ini selain dari luaran, membaik pulih dari segi dalaman juga mampu bantu mencegah daripada jangkitan berulang dan bantu mengatasinya dengan lebih baik. Selain mengamalkan pemakanan yang sihat, pengambilan vitamin juga dapat membantu masalah kaki makan air ini.

Vitamin yang sesuai untuk melawan jangkitan kulat air adalah 👇
 Set Cegah Kaki Makan Air
Klik pada gambar untuk belian terus ☝

Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum ðŸ˜˜

HUBUNGI EBOO SEKARANG!


Follow me 👇



Jika berminat untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Shaklee kami, jom daftar dengan klik sahaja gambar di bawah 👇👇👇


PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.