Cara Menghilangkan Jerawat dengan Berkesan dan Selamat

Wednesday, January 17, 2018 4 Comments A+ a-

Kecantikan wajah adalah idaman setiap wanita mahupun lelaki. Tetapi yang lebih menjaga penampilan wajah khususnya pastilah wanita. Wanita sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan wajah yang halus mulus jelita.

Tetapi sedarkah anda, terdapat lambakan produk yang boleh mendatangkan kemudaratan terhadap kulit wajah dalam jangka masa panjang? Berhati-hati dalam pemilihan produk kecantikan pastikan ia selamat, semulajadi sekaligus memberi kesan yang terbaik. Bagaimanakah cara menghilangkan jerawat dengan berkesan dan selamat?

Berdasarkan pengalaman eboo sendiri yang mengalami masalah jerawat yang agak kronik. Ia sangat memberi kesan terhadap penampilan dan tahap keyakinan diri yang rendah. Pelbagai usaha telah dibuat untuk mengatasi masalah jerawat. Bermula pada sekolah menengah dulu, eboo start pakai 1 krim yang agak popular pada masa tu. Tanpa usul periksa dan hanya ikut cakap orang melulu akhirnya membawa kepada kesan yang sangat mendukacitakan. Zaman remaja, kulit kita memang sangat sensitif sebab perubahan hormon yang sangat aktif pada tika itu. Ditambah pula dengan produk yang berminyak dan tidak sesuai untuk kulit remaja. Kesannya, eboo terpaksa jumpa pakar kulit, pergi hospital kerajaan dan mengambil antibiotik selama 2 tahun untuk cure masalah jerawat kronik. Bukan itu sahaja, macam-macam skincare dicuba tetapi hasilnya tiada perubahan yang membanggakan. (Ini zaman sebelum tahu kewujudan produk Shaklee). Masalah jerawat slowly berkurang bila eboo mula meningkat ke umur 30an. Pada tika itu memang hanya guna skincare yang pelbagai jenis untuk hilangkan kesan & parut jerawat tapi berkesan hanya sementara. Kesudahannya, selepas eboo mula ambil set menyusu shaklee baru nampak kesan yang ketara pada perubahan kulit muka. Alhamdulillah, sekarang masih meneruskan amalan suplemen Shaklee dan kesannya memang superb! 😍 Sekarang, eboo guna pula Youth Skincare yang sangat mengujakan. Kesan parut jerawat berlekuk semakin pudar dan jika ada jerawat 'gatal' tumbuh pun tidak menjadikan ia radang seperti sebelum ini.  
Apa itu Jerawat?
Jerawat atau bahasa perubatannya acne vulgaris adalah bintik atau benjolan pada pemukaan kulit yang disebabkan oleh liang roma tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati. Ia merupakan masalah biasa atau boleh menjadi teruk jika terdapat keradangan pada kulit sehingga menyebabkan berdarah dan bernanah.

Jerawat biasanya menjadi masalah utama kepada golongan remaja yang mana berlaku perubahan hormon yang mendadak pada tubuh. Tetapi ia tidak semestinya jerawat tidak menyerang apabila umur meningkat 30an ke atas.


Punca Jerawat
Pelbagai faktor yang mengundang masalah jerawat seperti:
  • Genetik/keturunan
  • Perubahan hormon (ketika akil baligh, hamil)
  • Cara pemakanan & diet tidak seimbang
  • Jangkitan kuman/bakteria Propionibacterium acnes
  • Penggunaan kosmetik yang berasaskan minyak boleh menyumbatkan liang roma kulit
  • Pengambilan ubat-ubatan seperti steroid (sebab hormon tidak stabil)
  • Pengeluaran androgen berlebihan bagi penghidap PCOS
  • Penggunaan bantal ketika tidur/tuala yang kotor untuk lap muka
  • Persekitaran yang kotor dan berminyak

5 Petua Hilangkan Jerawat secara Semulajadi
Penggunaan bahan-bahan semulajadi pastinya tidak mendatang kerosakan pada wajah malahan kos juga sangat rendah. Memang ada banyak petua untuk kecutkan/hilangkan jerawat tapi yang 5 ini paling mudah dan senang didapati.  Boleh guna bahan-bahan yang ada di dapur sahaja.

1. Bawang putih
Bawang putih merupakan antibiotik semulajadi yang terbaik walaupun ada bau yang kuat. Untuk kulit berjerawat, tumbukkan seulas bawang putih atau titik-titikkan bawang putih tu supaya keluar airnya dan tekapkan pada jerawat selama 5 minit. Kemudian, bilaskan dengan air bersih dan lap dengan tuala yang bersih.

2. Serbuk kayu manis
Ambil sebatang kayu manis dan parut menjadi serbuk. Ada juga yang jual serbuk kayu manis ni. Cuma campurkan dengan air dan sapukan pada kulit yang berjerawat. Boleh juga dicampur dengan bedak sejuk untuk beri kesan dingin pada kulit. Awas ye! Serbuk kayu manis ni memang pedih dan pijau pada kulit. Tapi hanya seketika sahaja, bila kulit dah mula adapt tak rasa pijau lagi. Perlu tahan sedikit rasa pijau tu kalau nak cantikkan hihi...

3. Putih telur
Sebiji telur diasingkan kuning dan putih telur. Ambil putih telur dan pukulkan sehingga berbuih. Sapukan putih telur pada wajah dan biarkan selama 15minit sehingga kering. Kemudian, cuci dengan air bersih. Boleh juga dijadikan masker D.I.Y dengan cara, ambil sehelai tisu (preferable tisu dapur yang keras sedikit). Guntingkan bahagian mata dan hidung. Kemudian, sapukan dahulu putih telur pada muka dan kemudian tekapkan tisu tadi supaya melekat. Sapukan baki putih telur atas tisu tadi. Selang 15minit/dah kering boleh tarik tisu perlahan-lahan. Sangat berkesan untuk buang whitehead/blackhead dan sangat best bila nampak ia terkeluar.

4. Ubat gigi
Tak kisah jenama apa pun hanya sapukan pada jerawat dan biarkan semalaman. Eboo suka letak ubat gigi bila jerawat mula tumbuh. Ia akan cepat masak (istilah bagi jerawat cepat matang) dan seterusnya cepat sembuh biasanya.

5. Ais ketul
Letakkan ais pada jerawat dan ia akan bantu mengecilkan jerawat. Selain itu, amalan meletakkan air pada seluruh muka juga dapat menaikkan seri wajah dan kalau pakai make up, bedak lebih melekat cantik. 


5 petua tadi untuk luaran, bagaimana pula untuk rawatan dalaman?
  • Minum air yang banyak (<3 liter sehari) - Air sangat penting untuk tubuh bagi menyingkirkan toksin dalam tubuh melalui peluh dan air kencing. Jika kurang air, tubuh akan dehidrat dan toksin berkumpul dalam tubuh menyebabkan liang roma tersumbat dan mudah tumbuh jerawat.
  • Makan buah-buahan dan sayuran hijau - Buah dan sayuran hijau kaya dengan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Vitamin C (oren) sangat penting untuk kecantikan kulit.
  • Elak makanan berlemak, bergula - Makanan yang berlemah dan gula tinggi meningkatkan kadar penghasilan minyak pada kulit dan menyebabkan liang pori tersumbat dan mudah jerawat terbentuk
  • Elak stress dan tidak cukup tidur - Stress memang boleh menyebabkan jerawat muncul. tidue yang tidak mencukupi juga boleh menggangu metabolisme tubuh menjadi tidak teratur.
Kesimpulannya, masalah jerawat bukan perlu dibaik pulih dari luaran sahaja tetapi faktor dalaman juga sangat penting untuk diberi perhatian lanjut. Selain kebersihan wajah, pemakanan sangat² menyumbang kepada pembentukan jerawat bagi anda yang mempunyai jenis kulit bermasalah. Sebab itu, ambil berat tubuh badan supaya sihat bagi menyerlahkan kulit wajah yang lebih berseri. Bukan itu sahaja, anggota lain seperti rambut, kuku juga lebih sihat dan cantik.

Merawat dari dalam dengan bahan Semulajadi yang Selamat dan pastinya Berkesan 

Jika anda mencari produk yang terbaik untuk dalaman dan menyerlah secara luaran, Vivix adalah pilihan yang tepat.
1. Membantu melindungi dan membaiki DNA
Kandungan Vivix yang hebat adalah untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA. Sel-sel tubuh badan kita diserang oleh hampir sejuta agen yang mampu merosakkan DNA kita setiap hari. Ia mampu merosakkan pengkalan data genetik, menghasilkan ‘typo’ (kesilapan susunan DNA dari yang asal) yang mana ini boleh mengganggu fungsi sel. Vivix mengandungi resveratrol iaitu sejenis antioksidan yang sangat hebat dan terbukti membantu melindungi DNA dari berterusan rosak dan membetulkan sel-sel yang telah rosak.
2. Pengawalaturan gen
Kerosakan dan kecacatan DNA boleh menyebabkan kemerosotan umur pada tahap sel. Dalam satu penemuan utama ramuannya, Vivix membantu mengaktifkan satu sistem pengawalan genetik utama yang membantu melambatkan penuaan terus pada tahap sel.
3. Biogenesis Mitokondria
Mitokondria sangat penting dalam penghasilan tenaga yang diperlukan oleh sel. Mitokondria merupakan penjana tenaga dalam tubuh. Apabila jumlah mitokondria berkurangan, kecekapan sel badan dalam menghasilkan tenaga juga berkurangan. Salah satu kelebihan Vivix adalah ia menggalakkan biogenesis (penghasilan baru) bagi memastikan penghasilan tenaga sentiasa mencukupi seperti yang diperlukan oleh sel.
4. Melambatkan pembentukan proten AGE
Pembentukan dan pengumpulan protein AGE (Advanced Glycation End Products) boleh menyebabkan kerosakan pada tahap sel yang mengganggu kekuatan dan jangka hayat sel. Ramuan Vivix yang mengandungi 10x ganda resveratrol (kandungan unik dalam Anggur Muscadine) sangat membantu melambatkan pembentukan protein AGE tersebut.

Bukti bahawa Vivix adalah pilihan terbaik untuk masalah jerawat 👇👇👇









Rata-rata menyatakan kesan Vivix memang drastik. Jika anda mahukan pilihan vitamin mengikut budget anda, eboo akan bantu berdasarkan masalah yang anda hadapi, InsyaAllah. Kita ikhtiar selebihnya dengan kuasa Yang Kuasa jua 💗 Setiap makhluk yang dijadikan Allah terutamanya manusia ini sangat hebat dan kita berhak untuk pelihara nikmat yang telah diberikanNya.

Jika anda tercari-cari pula set penjagaan kulit (skin care) yang super power yang mana 100% daripada tumbuhan bebas bahan kimia serta telah menjalani ujikaji selama 8 tahun oleh saintis dan pakar kulit, jeng jeng jeng.... 

Produk YOUTH Shaklee dengan 100% berkesan akan  menggantikan Nutriwhite dan Enfuselle yang akan mula berada di pasaran Malaysia pada bulan Mac 2018 ini dengan tagline uniknya Be Younger By A Decade

Set yang terdiri daripada 7 produk iaitu:

1. Luminous Gel Oil Cleanser
2. Perfecting Skin Toner
3. Youth Activating Serum
4. Age Defense Mineral Moisturizer SPF 30
5. Advanced Renewal Night Cream (Rich or Light)
6. Radiance C + E Capsules
7. BB Cream

Apa menariknya produk YOUTH ini?

✔ 100% dari tumbuhan langsung tiada bahan kimia sintetik

✔ Kajian di jalankan oleh saintis dan pakar kulit selama 8 tahun untuk membuktikan Youth betul-betul selamat untuk di pasarkan

✔ Bebas Gluten, Hypoallergenic (sesuai untuk anda yang ada alahan)

✔ Diuji oleh Dermatologist (Pakar Kulit) dan Ophthalmologist (Pakar Mata)

✔ Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk anda yang mempunyai kulit sensitif

✔ Paling penting bebas daripada 2500 jenis bahan kimia berbahaya yang biasanya terdapat dalam produk kosmetik

✔ Dijamin 100% kulit akan nampak lebih muda seawal 7 hari

✔ Ujian klinikal mendapati 2 daripada 3 orang mendapat kulit seperti 10 tahun lebih muda bermakna jika umur 50 tahun kulit akan jadi macam umur 40 tahun; kalau 30 tahun jadi macam umur 20 tahun 😍


✔ Antara bahan yang digunakan ialah ekstrak anggur muscadine (seperti dalam Vivix), alga hijau, stem sel epal dan banyak lagi

Tak sabar nak cuba kan? 

Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘

HUBUNGI EBOO SEKARANG!


Follow me 👇




*PERHATIAN: Vivix tidak sesuai untuk ibu hamil khususnya dan yang berumur bawah 18 tahun. Bagi ibu menyusukan, boleh ambil atas risiko sendiri.

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

4 review

Write review
Nurjuwaini
AUTHOR
23 January 2018 at 10:04 delete

Boleh la try tips ni huhu. Terima kasih

Reply
avatar
Eboo Idziani
AUTHOR
23 January 2018 at 10:14 delete

Yes, cuba tau Nurjuwaini ;) InsyaAllah kesan bahan semulajadi ni terbaik.

Reply
avatar
Eboo Idziani
AUTHOR
23 January 2018 at 15:49 delete

Betul tu Pn. Nafisah Musa :) Vivix is the best solution.

Reply
avatar