Punca Kulit Berminyak dan Cara Mengatasinya dengan Berkesan dan Semulajadi

Thursday, March 01, 2018 0 Comments A+ a-

Uih! Berkilatnya muka ko boleh jadi cermin. Waah! Dari jauh dah nampak bercahaya-cahaya. Sentap tak? Lagi haru pakej dengan jerawat sekali penuh kat muka. Pakai make up pun kejap dah cair. Muka naik gatal-gatal tak selesa. Umpamanya, minyak kat kulit tu boleh goreng telor. Lawak tak? Hrmmm... ia tak lawak bagi yang sedang mengalaminya. Usah bermuram durja, jom kita cari penyelesaiannya dan atasi dengan bijak.

Kenali Punca Kulit Muka Berminyak

PEMAKANAN
Jika menu harian masak lomak cili api, kari ayam, fastfood, donut dan semua makanan berlemak & berminyak, perlu tukar kepada lebihkan sayuran dan buah. Makanan berlemak, berminyak, tinggi gula dan garam hanya mengundang penyakit dan merangsang kulit muka menjadi lebih berminyak. Jika kurang nutrisi dan vitamin juga boleh menjadi penyebab kepada kulit berminyak.

GENETIK
Gen yang diwarisi dari susur galur keturunan. Faktor genetik ini tidak semestinya diturunkan dari ibu ayah, mungkin juga dari peringkat atuk nenek moyang yang mengalami masalah kulit berminyak. tetapi ia bukan penghalang untuk ikhtiar untuk atasinya.

HORMON
Setelah akil baligh, kondisi badan kita dan hormon semakin aktif. Dengan itu, penghasilan minyak yang berlebihan akan dihasilkan jika keadaan hormon yang tidak stabil punca daripada pemakanan, kebersihan dan cara hidup. Bagi wanita, kedatangan haid akan memberi kesan kepada perubahan hormon yang ketara dan boleh menyebabkan kulit muka bermasalah.

TEKANAN
Stress bukan punca secara langsung muka berminyak tetapi ia sebagai pencetus kulit berminyak apabila hormon kita dalam keadaan tidak stabil. Apabila stress, penghasilan hormon kortisol akan meningkat dan ini menyebabkan tubuh akan menghasilkan minyak berlebihan dan membuat wajah kita berminyak.

KOSMETIK
Penggunaan alat kosmetik atau skincare yang tidak sesuai pada kulit boleh menyebabkan kulit rosak dan lebih berminyak. Pastikan kandungan kosmetik yang digunakan itu selamat dan tidak mengandungi bahan-bahan berbahaya seperti merkuri, parabens dan hidroquinon. Kulit berminyak tidak sesuai krim pelembap/sun protector/bedak yang berasaskan minyak kerana ia akan mengerohkan lagi keadaan kulit anda.

CUACA
Faktor suhu dan cuaca tidak dapat dielakkan. Malaysia mengalami cuaca panas dan lembap menyebabkan masalah kulit berminyak menjadi lebih ketara. Kulit kita masih perlukan kelembapan dari minyak yang terhasil tetapi perlu dikawal penghasilannya.


Ikhtiar untuk Atasi Kulit Berminyak dengan Berkesan

KAWAL CARA MAKAN
Penyakit dan masalah kulit adalah berpunca daripada pemakanan harian kita. Gula adalah musuh ketat kepada kecantikan wajah. Manakala buah dan sayuran adalah sahabat baik kulit manusia. Cukupkan pengambilan vitamin C khususnya.

CUCI MUKA BERSIH
Basuh muka 2 kali sehari sahaja dengan pencuci muka yang lembut (jangan lebih). Pilih waktu mencuci muka bila mana muka sangat berminyak seperti pagi  (bangun tidur) dan petang (balik kerja/riadah). Lain orang lain masanya so ikut pada kulit masing-masing. Bonus untuk umat Islam, kita ambil wuduk 5x sehari 😊

MINUM AIR 
Amalan minum air ini memang berkesan untuk mengatasi segala masalah kulit mahupun kesihatan. Air sangat penting untuk tubuh kekal terhidrat.

GUNA KERTAS MINYAK
Kertas minyak boleh didapati di farmasi dan gunakannya bila-bila masa. Hanya perlu tekapkan sahaja kertas penyerap minyak pada kawasan yang berminyak dan jangan digosok

AMAL PETUA 
  • Limau nipis - Potong dan gosokkan perlahan pada muka. Biarkan 15 minit dan cuci. Buat sekali sehari
  • Air garam -  Campurkan sedikit garam dalam air suam dan cuci muka. Lakukan hari-hari
  • Timun - Kisarkan timun dan sapu pada muka sebagai masker selama 30 minit kemudian bilas. Buat 2 kali seminggu
  • Putih telur - Buat masker putih telur dan biarkans ehingga kering sebelum membilasnya. Amalkan sekali sehari
  • Daun seleri - Panaskan air dan masukkan daun seleri yang dipotong kecil. Setelah sejuk, cuci muka dengan air daun seleri dan biarkan kering. Kemudian bilas dengan air bersih. BUat setiap hari sekali

IKHTIAR DENGAN SUPLEMEN

Pengambilan suplemen/vitamin Shaklee boleh membantu masalah kulit berminyak dengan berkesan dan selamat. Anda boleh rasakan perubahan pada kulit muka dengan mengamalkan Vitamin C (rangsang kolagen), B Complex (vitamin anti-stress), ESP (protein), GLA Complex (stabilkan hormon) dan juga Vivix (baik pulih sel sehingga ke DNA).




SKINCARE TERBAIK UNTUK KULIT BERMINYAK

Cara makan dan penggunaan untuk kesan optimum mengenai Vitamin Shaklee dan YOUTH® akan dikongsikan khas untuk customer eboo sahaja.


Anda boleh dapatkan rangkaian produk YOUTH® khususnya bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah kulit yang anda hadapi serta cara pemakaian yang betul bagi mendapatkan kesan optimum ðŸ˜˜ 
 
HUBUNGI EBOO SEKARANG!



Follow me 👇





Tips Menghilangkan Kedutan di Muka Akibat Selalu Berkerut secara Semulajadi